Soalan lazim berkenaan kem intensif kitab 2017

Pengajian intensif atau kem kitab dianjurkan khususnya kepada pelajar  lelaki yang berumur 16-25  tahun

bertempat di Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

 

1. Adakah peserta yang tak mampu baca jawi atau al-Quran boleh ikuti program ini

Jawapan : Boleh asalkan mahu belajar kerana kitab yang digunakan ada 2 versi samada jawi atau rumi. Program ini turut sesuai untuk mereka yang baru nak mula belajar ilmu fardhu Ain

2. Yuran RM250 itu untuk meliputi makan dan penginapan kah?

Jawapan : Yuran itu meliputi penginapan, kitab pengajian dan juga makan minum

 

3. Adakah bilangan peserta dihadkan atau terbuka.

Jawapan : Dihadkan untuk 50 orang peserta sahaja bagi memudahkan proses pembelajaran

4. Pendaftaran hanya terbuka pada 7 Januari 2017 sahaja atau boleh daftar masuk lewat jika ada masalah lain untuk diselesaikan terlebih dahulu

Jawapan : Daftar masuk dibuka mulai  7 Januari 2017 hingga seminggu sebelum tamat program.

 

5. Dimanakah pelajar akan tinggal sepanjang program

Jawapan : Pelajar akan menginap di asrama

 

6. Perlu tempah tempat terlebih dahulu atau datang daftar terus bila dah mula 7 Januari 2017 nanti

Jawapan : Perlu tempah tempah dulu melalui sms/wtsap kepada 019-9388902 bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengetahui jumlah peserta yang dihadkan seramai 50 orang sahaja

 

7. Bolehkah keluar dari kawasan kem jika ada urusan penting seperti temuduga, temujanji dan sebagainya

Jawapan : Boleh dengan syarat memaklumkan perkara demikian kepada pihak urusetia

8. Bolehkah mahu ikuti kem pengajian secara ulang alik dan berapa kos yuran

Jawapan : Boleh. Yuran RM150 sekali makan minum dan RM50 sahaja tanpa makan minum

9. Jadual harian bermula jam berapa dan berakhir jam berapa

Jawapan : Mula jam 8 pagi hingga 10.30 malam

Maklumat berkenaan program boleh layari al-bakriah.com.my

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: