• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

Sumbangan Untuk Bencana Kebakaran di Pondok Pasir Tumboh

bencana4

Sebuah Penempatan Muslimat Pondok Pasir Tumboh Musnah Terbakar Petang Tadi

17 JUN – KOTA BHARU – Sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelajar muslimat Pondok Pasir Tumboh musnah terbakar dalam suatu kejadian kebakaran kira-kira jam 5.30 petang  tadi

Kesemua penghuni seramai 42 orang pelajar muslimat terselamat yang kebanyakannya pelajar yang megikuti daurah bulan Ramadhan.

Kami memerlukan sumbangan orang ramai untuk meringankan bebanan mangsa yang terlibat terutama 20 pelajar kekal yang balik cuti di mana barangan mereka musnah dalam kebakaran ini

Sumbangan boleh disalurkan melalui

Penyelia muslimat       Ustaz Syuib 0129975513

Pengerusi Jemaah Tadbir    Ustaz Hj Abdul Halim  0139012288

Setiausaha                 Ustaz Shairazi   0199388902

 

Atau melalui akaun Tabung Madrasah Diniah Bakriah BIMB 03018010098410

Program Umum Sepanjang Ramadhan 1437H

Program umum di Masjid Pondok Pasir Tumboh sepanjang Ramadhan 1437H

Tiap pagi – Kuliah Subuh
9 pagi – 12 tgh Pengajian kitab Unwanul Falah
Lepas Zohor Pengajian kitab Hidayah Salikin
3.30-4.30 ptg Pengajian kitab Misbah al-Munir

Tiap hari JUmaat cuti pengajian kitab…cuma diganti dgn kuliah JUmaat mula jam 12.30 tgh kitab Tajzib Atraf al-Hadith