Isra’ Mikraj dan Janji Allah Terhadap Kehancuran Yahudi

Tulisan Abu Haseef
Jika 2002 kita telah digemparkan dengan berita Presiden Amerika
Syarikat, George W.Bush menandatangani perundangan penuh kontroversi
yang memerlukan pentadbirannya mengiktiraf Baitulmaqdis dan bukannya Tel
Aviv sebagai ibu negara haram Israel. Perbuatan Bush ini pada
hakikatnya hanyalah untuk menyampaikan hasrat orang-orang Yahudi Israel
untuk merampas kembali Baitul Maqdis daripada milik umat Islam Palestin
bahkan milik kita umat Islam seluruhnya dan inilah sebenarnya cita-cita
yang telah lama diidam-idamkan oleh orang-orang Yahudi iaitu untuk
merampas kembali Baitulmaqdis dari tangan umat Islam, meruntuhkan
Masjidil Aqsa lalu membina semula tempat ibadah mereka yang dikenali
sebagai Haikal Sulaiman. Pada 12 Mei 2010 baru lalu, Perdana Menteri
negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset menegaskan
sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan
kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut
850 kali dalam Perjanjian Lama (Taurat sedangkan ia tidak disebut dalam
kitab-kitab suci lain. Quds juga disebut 142 kali dalam kitab Perjanjian
Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26
nama Arab untuk Quds
Peristiwa ini sebenarnya mengingatkankepada tafsiran al-Qur’an yang
pernah dibuat oleh Dr. Fadhal Hassan ‘Abbas, seorangg pensyarah di
University of Jordan di dalam bukunya tentang al-Israk wal Mikraj.
Beliau mempunyai tafsiran yang berbeza berbanding tafsiran para ulama
klasik di dalam ayat 4 dan 6 daripada surah al-Israk. Di dalam ayat ke-4
yang berbunyi:
وقضينا إلى بني إسرائيل في الكتاب لتفسدن في الأرض مرتين, ولتعلن علوا كبيرا
Bermaksud: Dan kami telah tetapkan terhadap Bani Israel di dalam
kitab itu: Sesungguhnya kamu (Bani Israel) akan membuat kerosakan di
muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan
kesombongan yang besar.
Di dalam mentafsirkan ayat ini, Dr. Fadhal mengatakan bahawa
orang-orang Yahudi telah ditetapkan oleh Allah s.w.t semenjak di Lauh
Mahfuz lagi bahawa mereka akan melakukan kerosakan, kebinasaan dan
kehancuran sebanyak dua kali selama mana mereka wujud di atas muka bumi
ini. Maka jelas kepada kita bahawa kerosakan yang pertama dilakukan oleh
mereka masanya telah pun berlalu iaitu semenjak mereka diutuskan oleh
Allah dengan para anbiya sehinggalah perutusan Nabi Isa a.s. Kita dapati
di dalam sejarah mereka, dipenuhi dengan kekejaman dan
kehancuran…mereka adalah bangsa yang dicop oleh Allah sebagai bangsa
yang paling banyak mengkhianati janji, bahkan mereka merupakan bangsa
yang paling kejam kerana merekalah bangsa yang paling banyak membunuh
para Rasul dan Nabi-nabi utusan Allah s.w.t. Bukannya seorang dua Nabi
tetapi lebih daripada seorang bahkan ramai sebagaimana yang digambarkan
di dalam al-Qur’an al-Karim di dalam surah al-Baqarah ayat 61:
ذلك بأنهم كانوا يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير الحق ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون
Bermaksud: Mereka itu (org2 Yahudi ) telah kufur dengan ayat2 Allah
dan mereka juga membunuh Nabi-nabi utusan Allah tanpa sebab, demikian
itu kerana mereka itu selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.
Bahkan hakikatnya tidak ada perbuatan yang lebih kejam dan lebih
zalim di dunia daripada perbuatan membunuh para nabi dan rasul-rasul
utusan Allah s.w.t. Inilah sebenarnya kebinasaan atau kehancuran pertama
yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t yang mana ianya berlaku sebelum
kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w.
Kemudian di dalam ayat 6 Allah s.w.t menceritakan pula bagaimana
Allah s.w.t akan memberikan sekali lagi kepada golongan Yahudi untuk
membuat kerosakan di atas muka bumi ini bahkan ianya merupakan kerosakan
terakhir buat mereka sebelum Allah s.w.t mengazab mereka di akhir zaman
sebelum berlakunya Qiyamat dan yg lebih pedih di akhirat nanti. Allah
berfirman di dalam ayat 6 surah al-Israk berbunyi:
ثم رددنا لكم الكرة عليهم وأمددناكم بأموال وبنين وجعلناكم أكثر نفيرا
Bermaksud: Kemudian kami berikan kepadamu giliran sekali lagi (buat
kali kedua) untuk mengalahkan mereka kembali (orang-orang Islam) dan
kami limpahkan kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak dan kami
jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
Kata Dr. Fadhal sewaktu mentafsirkan ayat ini, ini merupakan ayat
yang sangat jelas menunjukkan kerosakan dan kebinasaan yang akan
dilakukan oleh orang-orang Yahudi buat kali kedua malahan ianya disokong
dengan 4 perkara sebagaimana yg tersebut di dalam ayat ini.
 
Pertama: Perkataan (Karrah) di dalam ayat ini
membawa makna Negara. Iaitu di akhir zaman nanti orang-orang Yahudi akan
mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal mereka, walaupun sepanjang
sejarah Yahudi, tidak pernah mempunyai sebuah negara, negara di sini
sudah tentulah bermaksud Baitulmaqdis sendiri.
Kedua: Mereka akan mempunyai ekonomi yang kukuh.
Sebagaimana diperjelaskan di dalam ayat (wa amdadnaakum bi amwaal) yg
bermaksud kami limpahkan kamu dengan harta benda. Jelas kepada kita
bahawa pada hari ini ekonomi dunia dikuasai oleh oleh orang-orang
Yahudi.
Ketiga: Mereka akan mempunyai keturunan yang
ramai. Sebagaimana di dalam ayat ini yang menyebut kalimah (baniin)
bermaksud anak pinak. Lihatlah pada hari ini orang-orang Yahudi telah
lama mengembangkan keturunannya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan
mereka dengan berbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia. Bahkan
bangsa mereka telah berjaya menguasai banyak orang-orang besar politik
dunia hanya dengan mngahwinkan anak-anak perempuan cantik mereka.
Keempat: Mereka akan mempunyai pasukan tentera
yang ramai. Ini jelas di dalam tafsiran ayat (aksara nafiiraa) yang
ditafsirkan oleh Dr. Fadhal dengan makna pasukan tentera. Tafsiran ini
sebenarnya tepat kerana pada hari ini kita telah melihat bagaimana
kelengkapan persenjataan ketenteraan yang terdapat pada askar-askar
Yahudi, ditambah pula dengan sokongan ala tentera oleh Barat terutamanya
Amerika, Britain dan selainnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa mereka
sudah mula mempunyai kekuatan ketenteraan berbeza dengan sejarah kaum
Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kejatuhan
Empayer Islam Turki yang tidak pernah mempunyai sebarang kekuatan dari
sudut ketenteraan..
Perhatikanlah baik-baik apa yang dimaksudkan oleh ayat 6 di dalam
surah al-Israk ini sekiranya kita mentafsirkannya sebagaimana yang
difahami oleh Dr. Fadhal Hassan Abbas, seorang ulama tafsir kontemporari
di Jordan. Kita akan dapati ianya benar-benar bertepatan dengan realiti
orang-orang Yahudi pada hari ini.
Bayangkan kalau dahulu orang-orang Yahudi mampu berbuat kerosakan
tanpa mereka mempunyai sebuah negara, tanpa mempunyai ekonomi yang
kukuh, tanpa mempunyai keturunan yang ramai malah tanpa mempunyai bala
tentera…tetapi pada hari ini sepertimana ayat yang kita sebutkan
tadi…mereka telah mempunyai segala-galanya….itulah sebab pada hari ini
mereka tanpa teragak-agak berani mengishtiharkan Baitulmaqdis sebagai
pusat pentadbiran negara mereka bahkan bakal menjadi Pusat Pentadbiran
Dunia bagi orang-orang Yahudi kerana bagi orang-orang Yahudi dunia
adalah milik mereka semata-mata…Dan jangan kita terkejut sekiranya
orang-orang Yahudi sewenang-wenangnya membunuh kanak-kanak Palestin
tanpa sebarang perasaan belas kasihan….kerana mereka itulah juga pada
fasa pertama kerosakan dan kebinasaan mereka dahulu, membunuh nabi-nabi
dan rasul-rasul utusan Allah…umpama memancung Nabi Yahya, menggergaji
Nabi Zakaria dan cubaan membunuh Nabi Isa a.s.
Mengingat kembali saat-saat kejatuhan Baitul Maqdis ianya berlaku
ketika runtuhnya Empayer Islam Turki, kota Suci akhirnya diletakkan di
bawah mandat Inggeris. Pihak Inggeris kemudiannya menjanjikan sebuah
negara bagi umat Yahudi di Palestin melalui Perisytiharan Balfour
(1917). Ketika itulah imigran Yahudi dari Eropah mulai membanjiri
Palestin.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1947 telah
menghasilkan resolusi untuk membahagi Palestin menjadi dua, iaitu 55
peratus wilayah Palestin menjadi milik Yahudi dan selebihnya untuk Arab.
Dan setahun kemudian, pada 1948, diumumkan lahirnya negara Israel
dengan Tel Aviv menjadi ibu kotanya.
Walaupun begitu PBB tetap menganggap Baitul Maqdis menjadi milik
pihak Arab di Palestin. Wilayah Arab Palestin, termasuk Baitulmaqdis
dianggap menjadi sebahagian daripada Jordan. Oleh sebab itu kita
mengatakan tidak pernah mana-mana pihak di seluruh dunia mengiktiraf
kekuasaan Israel terhadap Baitul Maqdis termasuk PBB, tetapi hari ini
Presiden Israel dan Amerika Syarikat telah berani membuat kenyataan
membawa maksud bahawa Baitulmaqdis akan menjadi milik Yahudi bahkan
tempat peribadatan orang-orang Yahudi.
Apa yang dapat kita katakan, kalau inilah ketetapan Allah s.w.t,
sebenarnya Dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya, sejauh
mana komitmen kita untuk percaya kepada janji-janji Allah yang
menetapkan bahawa agamanyalah yang pasti mendapat kemenangan di suatu
masa kelak. Marilah kita sama-sama merenung akhir surah al-Israk ayat
108 yang berbunyi:
ويقولون سبحان ربنا إن كان وعد ربنا مفعولا
Bermaksud: Dan orang-orang Mukmin itu hanya berkata: Maha suci
Tuhan kami, sesungguhnya janji-janji Tuhan kami pasti akan terjadi.
Mungkin inilah akidah yang dipegang oleh salah seorang pemimpin
pejuang Palestin ketika ditanya wartawan tentang intifadhah dia
menjawab; Hakikatnya rakyat Palestin mempunyai dua pilihan: sama ada
menyerah atau terus menentang. Wartawan bertanya pula, “Bijakkah
membiarkan penduduk Palestin yang lemah menjadi mangsa dengan meneruskan
penentangan ini?” Dia menjawab: Saya ingin menjawab dengan menanyakan
soalan ini.
Bijakkah kami mengangkat tangan dan menerima penjajahan?
 
Inilah jawapan yg keluar daripada mulut seorang pejuang tulen
Islam, seorang yg berjuang atas dasar imannya kepada janji-janji Allah
s.w.t, bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah…dia hanya sekadar
berusaha dan berjihad, biarpun seketul batu menjadi senjatanya dia tetap
mulia di sisi Allah s.w.t berbanding dengan kita yang belum diuji oleh
Allah dgn keadaan sedemikian…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: