Daftar baru Pondok Pasir Tumboh sedang dibuka hingga Mei 2016 nanti

Makluman bahawa proses pendaftaran baru terus dibuka tiap hari Sabtu dan Ahad hingga awal Bulan Sya’aban 1437H atau Mei 2016 nanti

maklumat lanjut layari al-bakriah.com.my

Antara syarat kemasukan pelajar baru Pondok Pasir Tumboh

1. Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2. Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Wan Muhamad Mudir madrasah atau pun timbalannya (selepas siap proses daftar)

4. Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan (jika sebulan boleh dipertimbangkan jika ada kekosongan tempat tinggal)

5. Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6. Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7. Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

 

Kelengkapan pendaftaran pelajar baru L/P ke Pondok Pasir Tumboh

1. Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

2. Fotostat kad pengenalan ibubapa pelajar

3. Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

4. Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)
– Bagi pelajar sementara dari kalangan siswa IPT atau lepasan SPM/STAM/STPM boleh fotostat sjil SPM, PMR, PT3, SMU atau seumpamanya

5. Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

3 Respons

  1. Tumpang tanya, sy student u..sy habis paper 16 january..flight sy mgkin dlm 18 jan ,,sempat ke sy nk daftar lpas tarikh tersebut?

  2. Bila tarikh kemasukan pelajar baru lagi ye, saya teringin nak sertai pelajaran di sana..

  3. Asslamualaikum wbt ..

    bagaimana prosedur jika tidak membawa ibubapa sbb sy umur 21 .. tarikh daftar sebenar bila??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: