Syarat Kemasukan Pelajar Baru

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Mudir madrasah atau pun timbalannya

4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan

5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

 

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Tempat tinggal akan diuruskan oleh pihak pejabat bagi pelajar bujang manakala kelamin dan dewasa kena urus sendiri

3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 , yuran kecemasan RM 10.00 serta yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 30.00 (keseluruhan RM6.00). Jika kelamin dan warga emas RM 30.00 setahun

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

3 Respons

  1. Salam,

    Kalau nak cari jodoh perempuan muslimah pelajar pondok macammana ya.

  2. salam,
    sy seorang pelajar ipta berumur 23 tahun. sy bakal mhabiskan pgjian pd bulan jun 2012. skiranya diizinkan Allah SWT, sy mahu berlajar ilmu agama slps sj tmt pgjian di ipta.sy ingin berlajar fardhu ain bermula drpd asas lg.adakah pondok ini myediakan pgajian spt yg saya mahukan? sebarang respon sy ucapkan ribuan terima kasih.

  3. assalamualaikum. saya muslimah berumur 27 sangat berminat untuk mengikuti pengajian di pondok pasir tumboh. saya telah berpisah dengan suami dan mempunyai seorang anak. adakah mustahil untuk saya diterima belajar di pondok pasir tumbuh? apakah status menghalang? apakah ia kesalahan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: