• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,260,688 orang
  • Kandungan Blog

Cara daftar pelajar sementara

Pihak madrasah sentiasa mengalu-alukan kemasukan sementara terutama pada musim cuti sekolah atau IPT. Kemasukan terbuka sepanjang masa kecuali pada musim cuti madrasah iaitu 3 kali setahun :

Cuti penggal madrasah telah  ditetapkan  sebagaimana berikut :

  1. Penggal  pertama –  bermula 2 hari sebelum hari raya  haji  hingga  15  Zulhijjah
  2. Penggal  kedua –  bermula pada  15  Rabiul Awal  hingga  29  Rabiul Awal .
  3. Penggal  ketiga –  bermula  15  Sya’ban hingga  15  Syawal

Syarat pelajar sementara

1. Paling minima 2 bulan belajar di pondok kecuali di bawah program atau pakej khusus yang ditawar dan dikendalikan oleh pihak madrasah seperti seminggu atau 2 minggu

2. Memenuhi syarat kemasukan dan sanggup mematuhi peraturan madrasah

3. Bawa dokumen iaitu surat imam atau penghulu kampung serta mana-mana dokumen tempat pengajian samada sekolah atau IPT semasa mendaftar

4. Diwajibkan juga membawa urine test bebas dadah semasa daftar

4. Yuran sebanyak RM 10 untuk pendaftaran manakala RM 10 sebulan.

5. Yuran elektrik dan air pula lebih kurang RM15 sebulan

6.  Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu kecuali pada cuti panjang sebagaimana tersebut di atas