• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Peluang masuk Pondok Pasir Tumboh sebagai pelajar sementara musim cuti sekolah

 

Peluang utk masuk sbg pelajar sementara samada Lelaki/Perempuan 13 tahun ke atas di Pondok Pasir Tumboh sepanjang cuti sekolah dibuka selagi tempat kosong masih ada

Dokumen yg wajib ada masa daftar

1. Fotostat kp pelajar
2. Fotostat kp ibubapa/penjaga
3. Gambar 3 keping
4. Sebarang dokumen pengajian spt sijil sekolah/IPT ( sijil persatuan/sebarang sijil peperiksaan yang menunjukkan sekolah mana turut diterima)
5. Surat sokongan imam/penghulu kampung

Pendaftaran lelaki

012-9623806 (Ustaz Wan Qusyairi)
013-2756400 (Hafiz)
019-9388902 (Setiausaha Agong)

Pendaftaran muslimat

01119802536 (Ustazah Fadhilah)
013-9943099(Ustazah Hidayah)

 

Tempat tinggal

  • Jika ada kawan yang sedang belajar di madrasah ini maka boleh tumpang pondok mereka

a. Pelajar bujang lelaki boleh hubungi Paklong 0145481907

b. Pelajar muslimat bujang boleh hubungi Ustazah Fadhilah 01119802536

c. Pasangan kelamin atau pelajar dewasa kena cari sendiri pondok sewa sekitar madrasah

Yuran
a. Yuran sebanyak RM 10 untuk pendaftaran manakala RM 10 sebulan.

b. Jika masuk asrama RM20 bayaran daftar masuk asrama
c. Yuran elektrik lebih kurang RM15 sebulan
d. Makan minum sendiri biasanya beli kedai makan berhampiran atau masak di pondok pelajar tetap
e. Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu

Kem Cuti Sekolah/IPT 2016 di Pondok Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan

Istimewa Cuti Sekolah/IPT

11 – 24 Disember 2016 (2 minggu)

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 50 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui sms /wtsap

Cara Daftar

Mesej atau watsap  <> Nama peserta <> Umur< >Kem cuti 2016

kepada  019- 9388902(Ust. Shairazi )

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki berumur 11 – 24 tahun (terhad 50 orang sahaja)
  • RM 240 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Daftar Diri

11 Disember 2016 (Ahad) jam 2.30 – 4.00 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Yusufiah,

Pondok Banggol Naim, Gelang Mas 17010 Pasir Mas

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Adab
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
Keperluan Yang perlu dibawa

Gambar passport sekeping, fotostat kad pengenalan pelajar atau surat beranak

Pakaian harian  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut,  tilam@toto , alat tulis, pinggan dan gelas plastik

Sila hubungi :

019- 9388902(Ust. Shairazi )

facebook : Pusat Pembangunan Pondok

Blog : epondok.wordpress.com

Web : www.al-bakriah.com.my

Kem Cuti Sekolah 2015 di Pondok Bukit Marak

intensif pondok poster 2016

Poster Kelas Fardhu ‘Ain Pondok Pasir Tumboh

Poster fadhu ain

Pengajian umum di Madrasah Tuan Guru Hj Mustafa (Madrasah Tengah)

Jadual harian di Pondok Pasir Tumboh yang boleh diikuti samada oleh pelajar berdaftar atau masyarakat umum

 

WAKTU KITAB/KULIAH NAMA USTAZ / DA’IE
8.00-9.00

Selasa-Khamis

Penawar Bagi Hati/ Pelita Penuntut Ust Hj Khairi
8.00-9.00

Sabtu-Isnin

Misbahul Munir Ust Ali Syabrimalisi
Lps Zohor Selasa Syamail Ust Ali Syabrimalisi
2.00-3.00 Minhajul Abidin Ust Sufian
3.00-4.00 Baijuri Ust Sobri
Lps Asar

Sabtu- Khamis

Bulughul Maram (PENGERUSI)Ust Hj Abd Halim
Jumaat (Lepas Asar) Tajwid Ust Mustafa Mat Desa
Sabtu & Selasa Jam’ul Fawaid Ust Sobri
Jumaat & Ahad Munyatul Musolli Ustaz Sulaiman

 

Pengajian umum di Masjid Pondok Pasir Tumboh

Jadual harian di Pondok Pasir Tumboh yang boleh diikuti samada oleh pelajar berdaftar atau masyarakat umum

WAKTU KITAB/KULIAH NAMA USTAZ / DA’IE TEMPAT KULIAH
7.30-10.30pg Sunan Abi Daud/Tafsir Jalalain (TIM MUDIR 1)Tuan Guru Hj Salleh Masjid
Minhajul Abidin
8.00-10.00 Kasyfu Giabiyyah ,Sabilal Muhtadin Ust Anuar Masjid Tingkat 1
8.00-9.00 Iqna’ (MUDIR)Tuan Guru Hj Wan Mohamad Masjid
10.00-11.00 (Selasa) Hidayah Sibyan Ust Abdullah Mohd Nor Masjid
9.30-11.30 (Kuliah Nizomi)
11.30-1.00 Kuliah Al-Quran & Iqra’ & Tajwid Ust Saharudin Masjid Tingkat 1
11.30-12.00 (Rabu,Khamis) Sirah Nurul Yaqin Ust Hazrie Asrar Masjid Tingkat 2
Lps Zohor Selasa Matla’al Badrain Ust Nik Zulkifli Masjid
2.00-3.00 Matla’al Badrain Ust Firdaus Masjid Tingkat 1
2.00-3.00 Tuhfatul Ghoribin,Masalah imam Ust Mustafa Mat Desa Masjid Tingkat 1
 Lepas Maghrib I’anah Tholibin (TIM MUDIR 2)Tuan Guru Hj Abu Bakar  Masjid
Isnin Malam Selasa, LpsMaghrib, Bacaan Yasin Apa Ertinya Saya Menganut Islam (AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN)

YB. Ust Ahmad Baihaqi Bin Hj Atiqullah

Masjid
Jumaat Malam Sabtu Isra Mikraj (ARAB) Ust Nordin Masjid
Lps Isyak Al-Azkar (MUDIR)Tuan Guru Hj Wan Mohamad Masjid
10.30-11.30 Mukhtasar Mubtadi Sdra Hafiz Masjid
11.30-12.30 Furu, Masail juz 1 Ust Anuar Masjid Tingkat 1
12.30-1.30 Minhajul Abidin Ust Anuar Masjid Tingkat 1

Kelas Fardhu Ain dan Kitab Sempena Cuti Sekolah untuk umum (ulang alik)

Pihak Pondok Pasir Tumboh sentiasa mengalu-alukan penyertaan muslimin/mat untuk kelas fardhu ain dan kitab terutama pada musim cuti sekolah

 

  1. Kelas fardhu ain dan kelas al-Quran utk anak2 lelaki n perempuan yg umur 12 tahun ke bawah trbuka utk masyarakat yg berdekatan dgn Pondok Pasir Tumboh…Tarikh mula Ahad 22 November 2015 di tingkat 2 masjid pondok mulai jam 3.15 ptg..kelas brlangsung dari Ahad hingga Khamis dari jam 3.15 – 5.30 ptg..Yuran RM5 n harga bahan pengajian….kelas in sya Allah brlangsung dari 22 November hingga 23 Disember…
  2. Bagi pelajar peringkat menengah/IPT dan juga dewasa digalakkan menyertai kuliah umumi brsama dgn pelajar pondok yg lain…Pelajar ulang alik tidak perlu daftar dan tiada yuran cuma sebarang sumbangan dialu-alukan….Contoh jadual harian sila layari al-bakriah.com.my

Jadual Pengajian Harian pondok

Cara daftar pelajar sementara

Pihak madrasah sentiasa mengalu-alukan kemasukan sementara terutama pada musim cuti sekolah atau IPT. Kemasukan terbuka sepanjang masa kecuali pada musim cuti madrasah iaitu 3 kali setahun :

Cuti penggal madrasah telah  ditetapkan  sebagaimana berikut :

  1. Penggal  pertama –  bermula 2 hari sebelum hari raya  haji  hingga  15  Zulhijjah
  2. Penggal  kedua –  bermula pada  15  Rabiul Awal  hingga  29  Rabiul Awal .
  3. Penggal  ketiga –  bermula  15  Sya’ban hingga  15  Syawal

Syarat pelajar sementara

1. Paling minima 2 bulan belajar di pondok kecuali di bawah program atau pakej khusus yang ditawar dan dikendalikan oleh pihak madrasah seperti seminggu atau 2 minggu

2. Memenuhi syarat kemasukan dan sanggup mematuhi peraturan madrasah

3. Bawa dokumen iaitu surat imam atau penghulu kampung serta mana-mana dokumen tempat pengajian samada sekolah atau IPT semasa mendaftar

4. Diwajibkan juga membawa urine test bebas dadah semasa daftar

4. Yuran sebanyak RM 10 untuk pendaftaran manakala RM 10 sebulan.

5. Yuran elektrik dan air pula lebih kurang RM15 sebulan

6.  Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu kecuali pada cuti panjang sebagaimana tersebut di atas

Kategori pelajar dan had umur

Madrasah ini menerima pelajar dalam beberapa kategori iaitu

1. Pelajar tetap samada muslimin dan muslimat bujang

2. Pelajar Sementara samada muslimin dan muslimat bujang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa dan pensyarah IPT serta umum daripada kalangan yang telah bekerja tetapi memohon cuti sementara

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang terutama pagi, petang dan malam)

Had umur

1. Pelajar tetap mesti berumur 13 tahun ke atas dengan syarat pelajar berumur 13 hingga 15 hanya diterima apabila mempunyai penjamin dari kalangan pelajar lama yang mampu menjaganya

2. Pelajar berumur atas 20 tahun ke atas turut diterima jika memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan

3. Warga emas terutama kalangan mereka yang pencen turut diterima belajar selagi mereka mampu berdikari tanpa perlu kepada bantuan penghuni lain untuk makan minum dan belajar

Jadual Pengajian Harian 1436H

Jadual Pengajian Harian pondok