Solat sunat Gerhana Bulan lepas Maghrib malam ini

Pondok Pasir Tumboh menjemput muslimin dan muslimat untuk sama-sama menunaikan solat sunat gerhana bulan dan khutbah berikutan fenomena gerhana bulan penuh yang dapat dilihat pada hari ini.

Fenomena yang berlaku ini menunjukkan kebesaran ALLAH apabila bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan yang menyebabkan berlakunya gerhana bulan penuh.

Waktu yang terbaik menunaikan sunat ini adalah di antara waktu solat Maghrib dan Isyak seterusnya disertakan dengan khutbah.

Sebagai umat Islam kita digalakkan melakukan solat sunat ini walaupun sekali seumur hidup kerana fenomena seumpama ini jarang berlaku apatah lagi kita semua boleh melihat dengan jelas bagaimana proses gerhana berlaku.

Secara tidak langsung kita dapat melihat keagungan ALLAH yang boleh menjadikan apa yang ada di langit dan bumi berubah

Sementara itu, Agensi Angkasa Negara menyatakan fenomena gerhana bulan penuh ini merupakan satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia tahun ini.

Di semenanjung, bulan akan terbit sekitar 7.20 malam manakala kemuncak gerhana berlaku 8 malam dan fenomena ini berakhir pada 10.58 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: