• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,296,090 orang
  • Kandungan Blog

Amalan Perempuan Mudah Bersalin

 1. Sentiasa membaca surah Maryam jika mampu

2. Sentiasa membaca doa ini :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ         مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki

* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

Cara dapat anak lelaki atau perempuan(amalan tradisi masyarakat China)

  1. Jika mahu anak lelaki maka semasa bersetubuh dengan isteri sekiranya dimulakan dengan sébelah kanan maka hendaklah turun di sébelah kiri selepas setubuh atau sekiranya dimulakan dengan sébelah kiri maka hendaklah turun di sébelah kanan selepas setubuh
  2. Jika mahu anak perempuan maka semasa setubuh sekiranya dimulai dengan sébelah kanan maka turun pun sebelah kanan selepas setubuh begitulah sebaliknya
  • Ini hanya sebagai suatu usaha dan ikhtiar. Jangan lupa bertawakkal menyerah diri kepada Allah

Ini suatu petua amalan daripada Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh

Ceramah Perdana Maulidurrasul s.a.w 1436H

ceramah perdana maulid

Aturcara Sambutan Maulidurrasul s.a.w 1436H

ATURCARA SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1436H


Anjuran : Pondok Pasir Tumboh & Masjid Mukim Terusan

Tarikh : 31 Januari 2015M / 10 R. Akhir 1436H ( Sabtu )

10.00 pagi    Majlis Qasidah dan Marhaban
Tazkirah Cinta Rasul

12.30 tgh    Jamuan tengahari

Lepas Zohor – Berzanji dan Selawat
Lepas Asar – Khatam al-Quran Perdana

Lepas Maghrib – Persembahan Qasidah

8.50 malam Ceramah Perdana Maulidurrasul 1436H

– Ustaz Hj Abdul Halim b Abdul Ghani

– YB Dato’ Hj Nasaruddin b Hj Daud
( Exco Kerajaan Negeri Kelantan )

 

Muslimin / muslimat dijemput hadir

Rasulullah s.a.w dihina di zaman moden tiada penghujung

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
ISU akhbar satira Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita bagaimana maruah ar-Rasul yang mulia sentiasa menjadi perlecehan musuh Islam. Di zaman Rasulullah, an Nadhar bin al Harith, Uqbah bin Abu Muit antara sosok tegar yang sentiasa menghina nabi di Mekah, manakala Kaab bin Ashraf seorang bangsawan Yahudi adalah penghina Rasulullah SAW di Madinah.
Penghinaan terhadap Nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang terakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada maslahat umat Islam.
Pada tahun 1989 Salman Rushdie telah menghina Nabi SAW melalui karya bejatnya The Satanic Verses. Protes demi protes umat Islam tidak menggerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi SAW, sebagaimana yang diungkapkan oleh seorang ulama di Lubnan, jika sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa berkenaan dengan isu Salman Rushdie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah SAW. Kenyataan ini mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Nabi SAW berlaku berterusan malah semakin gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di Negara Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di negara Barat.
Di negara Timur Tengah pula muncul seorang penulis keturunan Syiria iaitu Haidar binti Haidar yang bermastautin di Negara Mesir. Beliau telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memasukkan watak Nabi SAW, Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aishah dalam novel itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemonstrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu dari pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi SAW telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah di mana telah mengorbankan seorang mahasiswi Islam. Serikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi SAW.
Di zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadhan beberapa tahun lepas. Nigeria merupakan sebuah negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebaga Khalifah Sokoto di mana seorang ulama besar Afrika iaity Sheikh Othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya tumpas dengan kedatangan penjajah British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia terkesima dan peluang terbuka kepada media untuk memburukkan pelaksanaan Syariah Islam apabila Mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita yang telah berkahwin namun melakukan perzinaan. Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia telah memilih Nigeria untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina pelaksanaan syariah Islam di Nigeria Utara) bahkan pertandingan itu dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadhan yang mulia. Pertubuhan Islam telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan, memorandum dan pelbagai tindakan sederhana lain supaya penganjur tidak mengadakan pertandingan tersebut. Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu Nigeria This Day telah menulis dalam kolumnya, “Jika sekiranya Nabi Muhammad masih hidup, Nabi Muhammad pun membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan dan Nabi Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isteri Nabi Muhammad”. Kebiadaban sang penghinaan ini tidak dibiarkan percuma oleh pencinta-pencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalan raya bagi menyatakan sikap dan bantahan di mana kemuncaknya pejabat utama akhbar Nigeria This Day telah dibakar oleh penunjuk perasaan. Peristiwa ini masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria.
Sehingga buku ini ditulis sebuah akhbar pun tidak berani mengulang siar karikatur yang menghina Rasulullah SAW walaupun sebanyak 146 penerbitan di seluruh dunia telah menerbitkan kembali karikatur yang menghina Nabi SAW. Baginda SAW dikritik dan dihina lagi oleh tokoh-tokoh pendusta dan pengkhianat barat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Umat Islam harus bermuhasabah hari ini, sejauh manakah tahap kecintaan mereka terhadap ar rasul SAW. Tidak cukup kita berselawat sebagai manifestasi kecintaan, namun yang paling penting menyambung risalah perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda, memberdaya kefahaman awam tentang sirah rasul, juga menegakkan sunnah rasulullah yang terbesar iaitu menegakkan pemerintahan Islam. Maruah ar rasul akan terjaga dibawah keadilan pemerintahan Islam dan pimpinan yang bertaqwa.

Halaqah Kitab 2015 untuk Lepasan SPM/STAM/STPM/IPT dan Umum

Halaqah Kitab untuk Lepasan SPM/STAM/STPM/IPT dan Umum

Sesi Ke-4

Tarikh : 31 Januari – 14 Februari 2015

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 60 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui telefon/ sms

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki berumur 16 – 24 tahun (terhad 60 orang sahaja)
  • RM 250 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

 

Tarikh & Masa Daftar Diri

31 Januari 2015 (Sabtu) jam 3.00 – 4.30 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan (Minhaj as-Salam)
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Penawar Bagi Hati
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
Keperluan Yang perlu dibawa

Kelengkapan daftar : Fotostat kad pengenalan atau surat beranak, Gambar ukuran passpor 1 keping

Pakaian harian  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Sila hubungi :

019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 013-2756400 (Hafiz) / 01129417932 (Shukri)

facebook

: albakriah

Blog : albakriah.wordpress.com

Web : www.al-bakriah.com.my

Daftar Baru DiBuka Semula 24 Januari 2015 nanti

Makluman buat pelajar dan warga Pondok Pasir Tumboh bahawa tarikh mula pengajian nanti ialah pada Ahad 27 Rabiul Awwal 1436H / 18 Januari 2015…

Minta datang lebih awal bagi memastikan kelancaran perjalanan pengajian selepas cuti Maulidurrasul….

Manakala daftar pelajar baru mula dibuka pada Sabtu 24 Januari 2015.

Syarat Kemasukan

Ø    Antara syarat kemasukan pelajar baru

 

1.    Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya

2.    Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat

3.    Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Wan Muhammad Mudir madrasah atau pun timbalannya

4.    Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan

5.    Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )

6.    Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok

7.    Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

Ø    Kelengkapan Bagi Pendaftaran

1.     Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas

2.     Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )

3.     Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 dan yuran bulanan sekurang-kurangnya  untuk setengah tahun sebanyak RM 50.00 (keseluruhan RM100.00)

4.     Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa milik pemohon

5. Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa milik ibubapa pemohon

5.     Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping

6.     Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)

7.     Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri

 

Kategori pelajar dan had umur

Madrasah ini menerima pelajar dalam beberapa kategori iaitu

1. Pelajar tetap samada muslimin dan muslimat bujang

2. Pelajar Sementara samada muslimin dan muslimat bujang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa dan pensyarah IPT serta umum daripada kalangan yang telah bekerja tetapi memohon cuti sementara

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang terutama pagi, petang dan malam)

Had umur

1. Pelajar tetap mesti berumur 13 tahun ke atas dengan syarat pelajar berumur 13 hingga 15 hanya diterima apabila mempunyai penjamin dari kalangan pelajar lama yang mampu menjaganya

2. Pelajar berumur atas 20 tahun ke atas turut diterima jika memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan

3. Warga emas terutama kalangan mereka yang pencen turut diterima belajar selagi mereka mampu berdikari tanpa perlu kepada bantuan penghuni lain untuk makan minum dan belajar

Yuran masuk dan tahunan

Semua pelajar  mestilah  mendaftarkan  diri  kepada pihak madrasah  di pejabat dengan mengisi borang yang  telah disediakan dan menjelaskan yuran  sebagaimana berikut:

1. Pelajar tetap (bujang)

a. Yuran pendaftaran RM 10.00

b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (setahun RM 100.00)

2. Pelajar Sementara (bujang)

a. Yuran pendaftaran RM 10.00

b. Yuran bulanan RM 10.00 sebulan (paling minima 2 bulan iaitu RM 20.00)

3. Pelajar Kelamin dan Warga Emas

a. Yuran pendaftaran RM 10.00

b. Yuran bulanan RM 5.00 sebulan (setahun RM 50.00)

4. Pelajar tumpang (biasanya pelajar atau penduduk berhampiran pondok yang datang belajar pada waktu luang)

–          Percuma tanpa perlu membayar yuran wajib cuma digalakkan untuk memberi sumbangan