Cara hikmat tegur ayah

AYAH saya seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga dan juga tekun dalam ibadah. Namun, selepas dia diserang penyakit dia seolah-olah telah berubah menjadi keras kepala, terutama dalam menjaga kesihatan. Walaupun berulang kali dinasihati, tetapi ayah tetap berdegil. Sehingga saya rasa putus asa dan dan hilang sabar sehingga ada ketikanya saya tertinggikan suara. Adakah saya dikategorikan sebagai anak derhaka? Bagaimanakah cara saya ingin menasihatkan ayah demi kebaikannya?

Jawapan

Dalam isu interaksi antara anak dengan ibu bapa, ada beberapa perkara yang ditetapkan di dalam al-Quran. Perkara tersebut ialah:

i. Tidak boleh bercakap kasar walaupun dengan perkataan uff. Termasuk dalam perkataan uff ini adalah apa jua perkataan yang boleh menyebabkan ibu bapa berasa kecil hati. Maka jika perkataan yang amat sedikit iaitu uff pun ditegah, apatah lagi perkataan yang lebih jelas maksudnya sehingga menyakiti hati ibu bapa. Oleh itu, perkataan ahh, egh, err dan sebagainya adalah tidak harus diungkapkan oleh seorang anak kepada ibu bapa.

ii. Tidak boleh menengking dan mengherdik ibu bapa. Tengkingan dan herdikan tentu melibatkan nada suara yang tinggi. Maka meninggikan suara dibimbangi juga termasuk dalam larangan. Namun jika ibu bapa kurang mendengar maka tidak mengapa bagi si anak menguatkan suara dan meninggikan suara.

iii. Hendaklah bercakap dengan lafaz yang mulia. Ini bermaksud perkataan yang digunakan adalah perkataan yang elok. Juga cara bercakap yang elok.

Ini adalah antara beberapa perkara asas dalam interaksi dengan ibu bapa. Oleh itu, keadaan penanya yang meninggikan suara hendaklah dikawal. Kita akui bahawa si anak mempunyai niat yang baik. Namun niat yang baik hendaklah diimbangi dengan perlakuan yang baik.

Jika niat kita benar-benar baik untuk kebaikan ibu bapa, tetapi kita tertinggi sedikit suara kita, maka mohonlah ampun kepada Allah SWT. Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Bagi menasihatkan si ayah ini, gunakanlah pendekatan kasih sayang, bukan memarahi. Pujuk, belai dan tunjukkan kasih sayang sebagai anak. Jika ibu bapa sudah tua dan terberak atau terkencing di dalam bilik, tidak perlu dimarahi. Inilah peluang untuk kita pula berbakti kepada mereka.

Bukankah di dalam riwayat hadis ada menyatakan bahawa rugilah bagi si anak yang mempunyai ibu bapa yang masih hidup, namun si anak tidak mendapat syurga. Maksudnya peluang bagi si anak untuk mendapat syurga adalah dengan berbakti kepada ibu bapanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: