Makin banyak berpuasa makin jauh dari neraka

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

 

Sesungguhnya azab di akhirat nanti berganda ganda dahsyatnya dari azab kubur, sedangkan azab kubur pula lebih dahsyat dari azab dunia.

Allah menceritakan perihal orang orang kafir yang bangkit dari kubur dalam keadaan tercengang dan kebingungan dan terkejut apabila melihat azab akhirat yang sangat dahsyat sehingga mereka lupa bahawa mereka teruk diazab di dalam kubur sebagaimana firman Allah dalam Surah Yasin ayat 52:

قالوا يا ويلنا من بعثنا من مرقدنا هذا ما وعد الرحمان وصدق المرسلون

Ertinya: Orang-orang kafir berkata: Celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? Lalu dikatakan pada mereka: Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul.

Sesungguhnya kepedihan seksa neraka tidak terjangkau imaginasi manusia. Bagaimana tidak, neraka ialah tempat Allah menuangkan seluruh kemarahan dan laknat ilahiah yang belum pernah dinampakkan sebelumnya.

Seksa neraka ini bukan hanya menimpa jasad semata-mata, namun ia juga termasuk seksaan psikologi yang sangat pedih, sehingga sesaat berada di neraka melupakan seseorang seluruh kenikmatan dunia yang dia rasakan seumur hidup.

Nabi bersabda bahawa kepanasan api neraka itu 70 kali ganda lebih panas daripada api dunia. Sedangkan api duniapun boleh menghanguskan sebuah rumah papan dalam 15 minit, boleh menelan kereta, melembutkan besi dan boleh meruntuhkan bangunan WTC di Amerika Syarikat hanya dalam beberapa minit sahaja.

Betapa panasnya api neraka itu sehingga bahang panasnya dirasai dalam jarak 500 tahun perjalanan. Berapa kilometerkah 500 tahun itu? Hanya Allah yang tahu. Jauhnya antara langit dengan langit sejauh 500 tahun perjalanan.

Kalau 500 tahun perjalanannya pun kita sudah rasa bahang panasnya api neraka, maka cuba bayangkan jika kita dicampakkan ke dalamnya…. na’uuzubillah min zalik.

Maka antara sebab Allah wajibkan kita berpuasa, adalah supaya kita dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Nabi pernah bersabda:
من صام يوما في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار سبعين خريفا (متفق عليه)

Ertinya: Sesiapa yang berpuasa (sunat atau wajib) di jalan Allah kerana Allah, nescaya Allah jauhkan dirinya daripada neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Semoga puasa Ramadhan yang kita lakukan yang pahala wajib di dalamnya digandakan kepada 70 kali ganda dan puasa sunat yang kita lakukan Isnin Khamis, dan puasa-puasa sunat yang lain itu menatijahkan kita semakin jauh dari neraka dan akhirnya dimasukkan ke syurga tempat tinggal dan berseronok yang kekal abadi.

Sekian, wallahu a’lam, semoga bermanfaat untuk semua.
Senyum

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: