Al-Quran mukjizat sepanjang zaman

 

UMAT Islam wajib mempercayai al-Quran serta melakukan suruhan di dalamnya.

 

BULAN Ramadan yang datang setahun sekali dalam kalendar Islam adalah bulan yang penuh keberkatan buat Muslimin dan Muslimat.

Di samping melaksanakan ibadah puasa wajib selama sebulan, pada bulan ini juga terdapat malam yang digelar Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Selain malam istimewa itu, sebenarnya ada rahmat yang besar berlaku pada bulan Ramadan, iaitu hari Nuzul al-Quran yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan.

Nuzul bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah yang merujuk al-Quran yang diturunkan ke langit bumi oleh Allah.

Peristiwa yang berlaku pada ulang tahun ke-41 kelahiran Rasulullah merujuk kepada peristiwa turunnya al-Quran yang diwahyukan Allah melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini juga menjadi bukti kerasulan Rasulullah yang berlaku pada tahun 610 Masihi ketika Rasulullah sedang bersendirian di Gua Hira.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 185 menceritakan tentang kalam Allah yang diturunkan pada bulan Ramadan dan mengandungi pelbagai panduan serta pedoman untuk manusia.

Penceramah bebas, Ustaz Rosdi Long berkata, al-Quran merupakan kitab lengkap yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan dunia dan akhirat.

“Bukan sahaja berkisar tentang keagamaan, tetapi dalam kitab ini mengandungi ilmu dunia seperti ilmu sains dan kesihatan serta gaya hidup manusia.

“Berbanding kitab-kitab lain, al-Quran cukup sempurna kerana menceritakan tentang hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia,” jelas Rosdi.

Al-Quran mempunyai 30 juzuk yang mengandungi 114 surah seperti surah Taha, al-Mulk, ar-Rahman dan al-Ikhlas yang mengambil masa 23 tahun secara keseluruhannya untuk diturunkan kepada umat manusia.

Dalam al-Quran juga turut diceritakan tentang kisah-kisah nabi terdahulu serta peristiwa yang akan terjadi, iaitu hari kiamat. Surah Taha pula ada mengisahkan tentang mukjizat yang dimiliki oleh Nabi Musa untuk menentang Firaun.

Mukjizat

Surah al-Waqiah dan al-Qariah pula menceritakan tentang hari kemusnahan iaitu hari kiamat yang wajib dipercayai oleh setiap Muslim.

Selain melibatkan akidah dan pegangan umat Islam, kitab ini juga mempunyai mukjizat yang besar buat manusia. Ayat-ayat suci al-Quran yang dialunkan mampu melembutkan hati manusia. Sebagai contohnya, Khalifah Umar al-Khattab yang terkenal dengan sifat bengis menjadi lembut hati untuk memeluk Islam tatkala mendengar alunan ayat suci yang dibaca oleh adiknya, Fatimah.

Surah tiga Qul, iaitu al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas boleh menjadi pendinding daripada gangguan makhluk halus dan sihir jika selalu diamalkan.

Selain itu, amalan pembacaan ayat-ayat suci kalam Allah ini juga boleh merawat pelbagai penyakit selain penyakit hati dan sihir.

Terdapat pelbagai potongan ayat suci yang digunakan untuk merawat penyakit seperti ayat-ayat dalam surah Mariam yang banyak digunakan untuk merawat sakit puan.

Tambah Rosdi, beriman kepada al-Quran adalah salah satu daripada Rukun Iman yang wajib dipercayai oleh setiap Muslim. Beriman kepada kitab ini bukan sahaja merujuk kepada percaya kepada kewujudannya, tetapi mesti diiringi dengan perbuatan.

Jelas Rosdi lagi, membaca al-Quran sahaja tidak cukup untuk membuktikan kepercayaan kepada kitab suci ini.

“Seseorang itu wajib membuktikan kepercayaan kepada al-Quran melalui perbuatan seperti melakukan setiap suruhan yang terdapat di dalamnya.

“Selain hadis, al-Quran adalah sumber utama rujukan bagi setiap persoalan yang berlaku sama ada berkaitan ilmu dunia atau akhirat,” katanya.

Al-Quran adalah mukjizat yang akan kekal hingga tibanya hari kiamat. Manusia, khususnya orang Islam wajib mempercayai kewujudannya menjadi pedoman untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: