Melatih nafsu ikut syarak

ABU Musa al-Asy’ari ialah seorang sahabat Nabi SAW yang sangat alim. Beliau pernah diutus oleh baginda Rasulullah SAW untuk menjadi pemimpin di Yaman. Dan pada masa Umar, beliau diserahkan jawatan amir di Kufah dan Basrah.

Suatu hari sekumpulan pemuda tengah duduk bersama Abu Musa al-Asy’ari untuk berbincang-bincang. Abu Musa lalu menghidangkan kepada mereka daging ayam untuk menjadi santapan siang hari itu.

Apabila melihat daging ayam, salah seorang daripada pemuda itu menjauhkan diri.

Abu Musa bertanya: “Ada apa denganmu?”

Pemuda itu menjawab: “Aku pernah melihat seekor ayam memakan najis. Sejak hari itu, aku bersumpah untuk tidak memakan ayam.”

Abu Musa berkata: Mendekatlah ke mari. Aku melihat Rasulullah SAW pernah memakan daging ayam. (riwayat al-Bukhari)

Tundukkan nafsu

Kita seringkali menjadikan nafsu sebagai rujukan dalam menilai. Sesuatu yang selari dengan kehendak nafsu, kita nilai baik. Dan sesuatu yang tidak selari dengan kehendaknya, kita nilai buruk.

Muslim sejati tidak menjadikan nafsu dan perasaan sebagai rujukan dalam menilai. Sebaliknya, sepenuh hati dan akalnya tunduk kepada kehendak syarak.

Justeru bagi seorang Muslim: Yang baik ialah apa yang dinilai baik oleh Islam. Dan yang buruk ialah apa yang dinilai buruk oleh Islam.

Seorang Muslim sejati percaya bahawa Islam lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk dirinya. Sebab Islam ialah perwujudan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui dengan segala yang ada di langit dan di bumi.

Rasulullah bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang sehingga hawa nafsunya tunduk kepada kebenaran yang aku bawa.” Berkata Imam al-Nawawi: Ini hadis hasan sahih.

Hakikat inilah yang hendak ditanamkan oleh Abu Musa al-Asy’ari dalam kisah di atas. Pengalaman negatif seseorang dengan ayam tidak boleh mendorong dirinya untuk mengharamkan ayam. Sebaliknya, ia mesti tunduk kepada ketetapan syarak yang melihat haiwan ini sebagai halal dan baik untuk dimakan.

Bulan Ramadan ini ialah masa yang paling tepat untuk melatih nafsu agar tunduk kepada kehendak syarak. Pada bulan ini kita meninggalkan apa yang kita sukai demi kehendak syarak. Bukan hanya makan dan minum, namun semua perbuatan dan ucapan yang diharamkan.

Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Amin ya rabbal ‘alamin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: