Keutamaan bulan Ramadhan



Ramadhan adalah bulan yang paling mulia. Pada bulan inilah permulaan turunnya Al Quran. Ramadhan adalah bulan ketaatan, ibadah dan amalan baik. Ramadhan juga bulan keampunan,rahmat dan keredhaan.

Dalam bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam kemuliaan) yang lebih baik daripada seribu bulan. Oleh itu bulan ini, seorang mukmin membaiki perilaku keagamaannya melaksanakan urusan dunia jambatan akhirat.

Pada bulan ini banyak peluang bagi mukmin termakbulnya doa sepertimana dinyatakan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “ Bulan paling utama adalah bulan Ramadhan dan hari paling utama adalah hari jumaat” (diriwayatkan oleh ath-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud).

Betapa mulianya bulan ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seandanya manusia mengetahui besarnya pahala yang tersedia di bulan Ramadhan,nescaya dia berharap bulan Ramadhan itu sepanjang tahun” (diriwayatkan ole hath- Thabrani dalam al-Mu’jamul kabir).

Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ubadah bin Shamit bahawa suatu hari ketika bulan Ramadhan tiba, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Bulan Ramadhan yang penuh berkat telah datang. Dalam bulan ini Allah  telah melimpahkan rahmat kepada kalian, menghapus kesalahan dan mengabulkan doa. Allah memerhatikan amalan kalian didalamnya, dan menbanggakan kalian kepada para malaikatnya.kerana itu, perlihatkanlah amalan diri kalian kepada Allah, sesungguhnya orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah Azza wa jalla dalam bulan ini”

Dinyatakan lagi oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya yang bermaksud: “Apabila bulan Ramadhan tiba, pintu pintu syurga dibuka, pintu pintu neraka ditutup dan syaitan syaitan dibelenggu” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Sabdanya lagi yang bermaksud: “Solat lima waktu. Solat jumaat hingga solat jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan hingga bulan Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa dosa yang dilakukan , asalkan dosa dosa besar dijauhi” (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Setiap amalan manusia dilipatgandakan. Satu amal kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda.Allah telah berfirman, kecuali puasa, sebab puasa adalah untukku dan Akulah yang memberi pahala atasnya. Kerana demi Akulah orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makanannya. Orang berpuasa mendapat dua kegembiraan: ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhannya. Dan sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum menurut Allah dari bau minyak misk” (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).

Dalam sebuah riwayat at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ sesungguhnya Allah berfirman, setiap amal kebaikan diberi pahala sepuluh kali ganda. puasa adalah untukku, dan Akulah yang akan memberi pahala atasnya.Puasa adalah pelindung dari api neraka, dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum menurut Allah daripada bau minyak wangi. Jika salah seorang diantara  kalian sedang berpuasa  lalu dia diganggu oleh seseorang, hendaknya dia berkata, aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa” 

Seperkara lagi ialah kelebihan solat tahajud dijelas sepertiamana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa menunaikan solat tahajud di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinginan untuk mendapat pahala dari Allah nescaya dosanya yang lampau diampun”(diriwayatkan oleh Bukhari dan lain lain dari Abu Hurairah).”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: