• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Kem Pengajian Kitab 2013 (Istimewa lepasan SPM/STPM/STAM/IPT dan Umum)

Istimewa bagi lepasan SPM/STAM/STPM dan umum (50 orang peserta lelaki sahaja)

Tarikh : 21 Disember 2013 – 4 Januari 2014 ( 2 minggu )

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 50 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui telefon/ sms

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki berumur 16 tahun ke atas  (terhad 50 orang sahaja)
  • RM 250 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

 

Tarikh & Masa Daftar Diri

21 Disember 2013  (Sabtu) jam 2.30  – 3.15 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan Hidayah Sibyan (Tauhid, Feqah dan Tasawwuf)
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab adab dalam Islam
  • Kelas al-Quran & Tajwid
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (kain pelikat, baju Melayu atau kemaja lengan panjang)  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , gayung, baldi, alat tulis, salinan fotostat kad pengenalan dan gambar berukuran passport sekeping

Sila hubungi :

019- 9388902(Ust. Shairazi )

Blog : albakriah.wordpress.com

Facebook : albakriah

Web : www.al-bakriah.com.my

Kelebihan baca al-Quran

Wan Madihah Wan Yusoff
Mukjizat besar tenangkan jiwa, kawal amarah

Kehidupan di dunia yang penuh pancaroba kini memaksa manusia supaya lebih bersabar dalam menjalani kehidupan seharian. Kadangkala kebahagiaan dan penderitaan datang bersilih ganti.
Perkara sebeginilah yang menguji daya tahan kekuatan seseorang Muslim sebenarnya sama ada mampu mengawal emosi ataupun sebaliknya.

Ketika ditimpa kesusahan, jiwa menjadi gelisah dan murung kerana memikirkan permasalahan yang dihadapi. Kebiasaannya kita akan berehat atau melakukan sesuatu aktiviti bagi mengatasi masalah emosi.

Namun, kita perlu sentiasa ingat bahawa Ibnu Mas’ud pernah berkata, bagi setiap kegembiraan ada kesedihan dan tidak ada satu tempat pun yang dipenuhi kesenangan kecuali tempat itu juga diisi oleh kesedihan.

Baca al-Quran rawat emosi

Masyarakat Islam seharusnya sedar ubat paling mujarab untuk merawat emosi di kala ditimpa kesusahan adalah dengan membaca al-Quran, iaitu amalan yang semakin ditinggalkan dan sering dilupakan kecuali apabila tiba bulan Ramadan saja.
Kitab suci teragung ini mampu memperkukuh kekuatan dalaman dan memberikan ketenangan jiwa dalam diri manusia selain menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut.

Muslim mengetahui dengan membaca al-Quran akan mendapat pahala, namun tidak ramai yang tahu membacanya adalah mukjizat agung dalam membaik pulih kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’ ayat 82).

Ayat ini menjelaskan sesungguhnya orang yang mengamalkan ayat suci al-Quran akan mendapat rahmat melaluinya.

Firman Allah lagi bermaksud: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus: 57). Ini jelas menunjukkan masalah jiwa dan emosi boleh dirawat melalui amalan pembacaan al-Quran.

Metodologi ubati penyakit jiwa

Amalan ini diakui metodologi sempurna dalam mengubati penyakit jiwa atau psikoterapi. Segala gangguan jiwa seperti kemurungan, fikiran berserabut dan cepat panik dapat diatasi dengan membaca al-Quran.

Lebih lama kita membacanya, jiwa menjadi semakin aman dan tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya yang rajin berusaha untuk mendapatkannya.

Oleh itu, jadikan membaca al-Quran sebagai gaya hidup dan jangan membacanya ketika ditimpa masalah saja.

Kesungguhan membaca al-Quran akan memantapkan rohani dan menjernihkan hati. Ingatlah Allah pada waktu lapang, tentu Allah akan ingat dan bantu kita ketika susah. Allah membekalkan mukjizat teragung al-Quran sebagai rahmat dan mereka yang membaca atau mendengar bacaan ayat suci itu akan diberikan Allah kekuatan dalaman.

Antara bacaan ayat al-Quran yang boleh dijadikan sebagai penyembuh jiwa ialah surah Yasin. Syeikh Mohd Alawi Al-Malik mengatakan, surah Yasin banyak kelebihannya kerana menurut Rasulullah, surah Yasin adalah hati al-Quran.

Sahabat Rasulullah, Abu Hurairah ada berpesan: “Sesungguhnya akan lapanglah penghuni rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran dan akan banyaklah kebajikan dalam rumah itu dan akan datanglah malaikat ke rumah itu dan akan keluarlah syaitan daripadanya. Sebaliknya, rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran, akan mendatangkan kesempitan kepada penghuninya. Di samping itu, kebajikan akan berkurangan, para malaikat akan keluar dan syaitan akan memasuki rumah itu.”

Selain itu juga, emosi marah sebagai contoh dapat dikawal dengan melakukan pergerakan fizikal kerana ia mampu melenturkan dan meredakan ketegangan saraf otak.

Air wuduk kekang amarah

Sabda Rasulullah, “Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, pada hal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil air wuduk untuk bersuci dan lakukan solat sunat dua rakaat.” Sesungguhnya air wuduk mampu memadamkan hati yang sedang menyala apinya.

Amalan pembacaan al-Quran seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana ternyata ia mampu merawat jiwa dan emosi manusia tatkala ditimpa dugaan dan kesusahan kelak.

Namun, kita perlu sentiasa ingat ujian yang diberikan kepada kita adalah untuk menguatkan lagi hubungan kita dengan Allah supaya kita tidak lalai dalam beribadat kepada-Nya.

Kubur menyeru setiap hari

Dari Abu Sa’id ra katanya: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke tempat solatnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa. Baginda SAW pun menegur mereka dengan bersabda: Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat.”

Maka apabila hamba Allah SWT yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau – kepada ku – sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu. Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan berasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam syurga itu).

Kubur mengepit

Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: “Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau – kepada ku – adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi: “Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.”

Kata perawi hadis ini: Nabi Muhammad SAW (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda SAW) memasukkan jari-jari sebelah tangannya di celah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda SAW bersabda lagi: “Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun daripada tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan melukakannya sehingga dia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)”.
Kata perawi hadis ini: Nabi SAW bersabda lagi: “Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung neraka.”

Pembuka dan penutup amalan

Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

MASIH belum terlambat menutup lembaran lama kita dengan taubat. – Gambar hiasan

Sedar ataupun tidak, sebenarnya setiap hari kita selalu membuka dan menutup amalan. Pembukaan amalan ialah apabila kita bangun daripada tidur pada pagi hari.

Sementara penutupan amalan pula ialah apabila kita menutup mata untuk tidur pada malam hari. Justeru, pada kedua-dua masa ini, malaikat dan syaitan berlumba untuk mempengaruhi kita.

Daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang mendatangi tempat tidurnya, malaikat dan syaitan bersegera mendatanginya. Malaikat berkata: “Tutuplah dengan kebaikan.” Syaitan berkata: “Tutuplah dengan keburukan.” Jika ia menyebut nama Allah SAW lalu tidur, maka malaikat menjaganya pada malam itu.

Apabila orang itu terbangun daripada tidurnya, malaikat kembali berkata: “Bukalah dengan kebaikan.” Syaitan pula berkata: “Bukalah dengan keburukan.”

Apabila ia berkata: Segala puji bagi Allah yang mengembalikan nyawaku dan tidak mematikannya ketika tidur. Segala puji bagi Allah yang menahan langit dan bumi agar tidak bergeser…(hingga akhir surah Fatir ayat 41).” Maka jika ia terjatuh dan mati, maka pasti masuk syurga.” (riwayat Ibnu Hibban)

Hadis ini menunjukkan bahawa setiap hari ialah lembaran baharu bagi hidup kita. Lembaran itu sangat putih dan bersih. Terpulang kepada kita, tulisan apakah yang akan mewarnai dan mengisi lembaran tersebut.

Setiap pagi dan petang dua orang malaikat ditetapkan untuk menjaga lembaran tersebut. Seorang malaikat menuliskan amalan kebaikan kita, dan seorang lagi menulis amal keburukan kita.

Jika kita melakukan amal kebajikan, maka pahala akan menghiasinya dengan rahmat daripada Allah SWT. Sementara maksiat hanya akan mengotori lembaran itu dengan dosa dan kemurkaan daripada Allah.

Rasulullah bersabda: Para malaikat silih berganti turun kepadamu di waktu malam dan di waktu siang. Mereka berjumpa pada solat fajar dan solat Asar. Malaikat penjaga malam lalu naik ke langit, dan Allah bertanya kepada mereka padahal Ia Maha Mengetahui: Bagaimanakah engkau tinggalkan hamba-hamba-Ku?

Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan tengah solat, dan kami datangi mereka dalam keadaan tengah solat. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Lembaran demi lembaran terus bertambah seiring pergantian bulan dan tahun. Ia bermula sejak kita memasuki usia baligh. Pada saat ini, lembaran-lembaran itu telah berbentuk sebuah buku catatan amalan. Pada hari kiamat nanti, buku itu akan dikembalikan kepada kita sebagai bukti tertulis bagi amalan kita selama di dunia.

Malaikat akan berkata: “Buku ini, lidahmu yang menjadi penanya, air liurmu yang menjadi dakwatnya dan tubuhmu menjadi kertasnya. Kamu sendiri yang mengimlakkan kepada para malaikat pencatat amal. Tidak ada yang ditambah ataupun dikurang.”

Allah SWT berfirman: Adapun orang yang diberikan kitabnya dari arah kanannya, maka ia akan dihisab dengan sangat mudah, lalu kembali kepada keluarganya dengan bergembira. Adapun orang yang diberikan kitabnya dari arah belakangnya, maka ia akan memekik ketakutan lalu dimasukkan ke dalam api yang menyala-nyala. (al-Insyiqaq: 7-12)

Pada minggu pertama tahun baharu hijrah ini, ada baiknya kita membayangkan sejenak kandungan buku amalan kita. Pastikan kandungannya tidak akan mengecewakan apabila kita membacanya pada hari kiamat nanti. Masih belum terlambat menutup lembaran tahun lama kita dengan taubat dan membuka lembaran tahun baharu kita dengan istiqamah. Wallahu a’lam.

Makna angka 40 dalam usia manusia

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Perkongsian nasihat yang amat baik. Assalamu’alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Pondok Intensif 2013 (Sempena cuti sekolah/IPT)

Istimewa Musim Cuti Sekolah/IPT

Sesi Pertama

Tarikh : 23 November – 2 Disember 2013

Sesi Kedua

Tarikh : 14 – 23 Disember 2013

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / sms)

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 120 orang sahaja)
  • RM 250 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)

a. Sesi pertama : 23 November 2013 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg

b. Sesi kedua : 14 Disember 2013 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg

Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Kitab Pelita Penuntut
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Pengajian Fardhu ain
  • Program berkumpulan
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
  • Sukan

Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (wajib jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakaian solat (wajib jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Hubungi :

Tel: 09-7126708 (P) / Tuan Hj Mohamad Daud 0199815656 / Us Nasharudin 0199859887

Facebook : epondok

Blog : epondok.wordpress.com

Kasut jenama ‘fly feet’ hina Islam

http://bicaraworld.blogspot.com/,

Boikot kasut jenama “Fly Feet” kerana tapak kasut jenama ini tertera kalimah “Allah”, “Muhammad” , dan “Islam”. Share supaya lebih ramai yang berhati-hati insyaallah