5 golongan hidup dalam kerugian

Oleh Hashim Ahmad

Amalan jadi sia-sia jika menyekutukan Tuhan, tunduk kepada hawa nafsu

Allah SWT menegaskan dalam al-Quran mengenai golongan orang yang rugi kerana semua amal mereka di dunia menjadi sia-sia. Semua amal mereka tidak mampu memberatkan timbangan kebaikan di akhirat, sebaliknya mendapat azab dan seksa yang amat pedih daripada Allah SWT.
Semua itu terjadi kerana sikap mereka yang lebih mengikuti potensi buruk daripada potensi baik yang ada dalam diri. Mereka tidak melaksanakan perintah Allah SWT, tetapi melakukan apa yang dilarang.

“Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi” Surah Ali-Imran Ayat 85

Lima golongan orang yang dikatakan hidup dalam keadaan rugi itu adalah orang yang mempersekutukan Allah SWT dengan ciptaan-Nya. Mereka percaya kepada kekuatan selain Allah SWT yang mampu memberikan manfaat dan melindungi daripada kejahatan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang yang merugi.” (Surah Az Zumar, ayat 65)

Mendustai al-Quran

Kedua, orang yang berpihak kepada yang batil. Mereka ini adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dalam al-Quran. Mereka juga tidak mempercayai akan menghadap Allah SWT untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan mereka di dunia.
Mereka ini berpihak kepada yang batil yang didorong oleh nafsu mendapatkan kenikmatan dunia sebanyak-banyaknya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan antaramu. Dia mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan orang yang percaya kepada yang batil dan ingkar kepada Allah, mereka itulah orang yang merugi.” (Surah al-Ankabut, ayat 52).

Seterusnya, orang yang menolak Islam sebagai agama yang benar dan diredai Allah SWT. Mereka menganggap Islam hanya produk budaya masyarakat Arab sehingga tidak semua ajarannya layak diterapkan saat ini. Bahkan, dengan dalih pluralisme, mereka melakukan kempen menolak kebenaran mutlak agama Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran, ayat 85)

Terpedaya dengan hawa nafsu

Orang yang terpedaya oleh hawa nafsu, akal dan agama yang diberikan Allah SWT tidak mampu menjadi benteng kepada mereka daripada dorongan nafsu yang merosak. Mereka melakukan semua perbuatan syaitan yang sangat dilaknat oleh Allah SWT.

Membunuh, mencuri, menipu, menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Mereka tidak lagi bertuhankan kepada Allah SWT tetapi kepada hawa nafsu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya. Sebab itu dibunuhnya, maka jadilah ia seorang di antara orang yang merugi.” (Surah al-Maidah, ayat 30)

Orang yang melupakan Allah SWT kerana sibuk dengan harta dan anak, mereka lupa bahawa harta dan anak sesungguhnya adalah amanah daripada Allah SWT yang sepatutnya menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah SWT.

Mereka terlena oleh nilai harta dan anak sehingga lalai memenuhi hak Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang yang beriman! Janganlah hartamu dan anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah at-Taghabun, ayat 9)

Sikap dan perilaku buruk hendaknya dijauhi setiap Muslim ketika hidup di dunia supaya semua amal yang telah dibuat tidak sia-sia dan dapat memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak sehingga terhindar kerugian yang amat besar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: