• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    albakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,252,908 orang
  • Kandungan Blog

9 petua makbul doa

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa
mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara
azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah
bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga
malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa
kepada-Ku, maka
aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku
maka Aku akan mengampuninya.”

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak
ditolak doanya iaitu pemimpin
yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah
mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu
Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-

Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan
Tuhan-Nya
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar
ayam
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya
binatang itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah
perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut
melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah
bersabda: “Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa,
doanya akan dimakbulkan.
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat
malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata:
“Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah
Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8.
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan

dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku
berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”

9. Hadis daripada Abu Hurairah:
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari
Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam
keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan
dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Galakan tadarrus al-Quran bulan Ramadhan

Oleh Hasliza Hassan

AL-QURAN yang menjadi petunjuk kepada manusia menghimpun pelbagai pengajaran meliputi kebaikan akhlak, kisah teladan, serta penawar segala penyakit batin seperti kufur, syirik, hasad dengki dan khianat.

Allah berfirman bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)

Fadilat membaca al-Quran memang besar seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala.

Catatan sejarah menunjukkan ulama terdahulu tidak pernah lekang dengan amalan mengaji al-Quran sebaik tiba Ramadan. Mereka menghentikan kegiatan lain selain beristiqamah dengan amal ibadat, termasuk mengaji al-Quran.

Dalam satu riwayat, diceritakan bahawa Imam Malik, sebaik saja Ramadan tiba tidak mahu lagi menyibukkan diri dengan tugas lain serta meninggalkan seketika urusan mengajar, memberi fatwa atau hal berkaitan keduniaan sebaliknya menumpukan amalan membaca al-Quran.

Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.

Dalam beberapa riwayat ada dicatatkan kalangan ulama membaca al-Quran dengan penuh tartil (teliti). Kerap kali mereka menangis ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk serta bimbingan.

Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud: Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil). (Surah al- Baqarah, ayat 185)

Amalan tadarus bukan saja dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna ayat suci, malah memperbetulkan kesilapan bacaan terutama dari segi tajwid dan makhrajnya.

Bertadarus al-Quran menjadi amalan sepanjang Ramadan sama ada dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala berganda daripada Allah.