7 Tanda taqwa pada Allah

Sifat taqwa (takut kepada Allah) dapat dikenali melalui tujuh tanda, iaitu :

1. LIDAH # Sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, 
bercakap benar dan sebagainya.
# Menghindari diri dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya.

2. HATI # Menghindari diri dari segala penyakit hati seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya.
# Rasulullah saw bersabda: "Hasad memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu."

3. MATA # Menghindari diri dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan
yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya.
# Tidak memandang dunia dengan keinginan, sebaliknya mengambil segala 
iktibar daripadanya.
# Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang memenuhi matanya dengan yang haram, Allah akan memenuhi matanya pada hari Qiamat dengan api neraka."

4. PERUT # Tidak makan makanan yang haram atau syubhat.
# Sabda Rasulullah saw: "Ketika sesuap makanan yang jatuh ke dalam perut cucu anak Adam, semua
malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama makanan itu berada di dalam perutnya. Kalau ia mati
dalam keadaan tersebut, tempatnya adalah neraka."

5. TANGAN # Tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak.
# Ka'bil Ahbar berkata: "Sesungguhnya Allah taala menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapat seribu bilik, khusus untuk seorang
lelaki yang meninggalkan perkara-perkara yang haram kerana takut kepada 
Allah swt."

6. KAKI # Tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat, sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah,
tempat ibadah dan sebagainya.

7. KETAATAN # Selalu mencari keredhaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak
(menunjuk-nunjuk) dan kemunafikan.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: