• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.al-bakriah.com.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio






  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Statistik Pengunjung

    • 925,658 orang
  • Tetamu Online

Cara mengira fidyah puasa

http://almalakawi.wordpress.com

Fidyah puasa ramadan orang yang telah mati.

Menurut Mazhab Syafie wajib
mengeluarkan fidyah kerana meningalkan puasa ramadan bagi orang yang mati yang
tidak mengqada puasanya itu. Fidyah itu dikeluarkan dari harta peningalan
simati sebelum pembahagian pesaka.

Fidyah kerana meningalkan
puasa Ramadan ialah satu cupak bagi setiap satu hari yang tidak dipuasakan.

Fidyah tidak megqada setelah
masuk ramadan yang lain satu cupak, setiap melangkaui satu ramadan dan
digandaka jika melangkaui beberapa ramadan.

Jadual fidyah berganda kerana
tidak qada puasa dan melangkawi Ramadan yang lain

 

Disini saya buat contoh seorang yang baligh pada umurnya lima belas tahun
dan mati pada umurnya dua puluh lima tahun.

Peringatan jadual tidak perlu
dibuat hanya dicatat disini untuk kemudahan memahami.

Caranya ialah pastikan umur
baligh dan umur mati menurut tahun hijrah bukan tahun masihi, kemudian tolakkan
umur mati dengan umur baligh contoh 25-15=10 kemudian darabkan 10 dengan 30
cupak = 300 cupak, ini fidyah ganda pada ketika umurnya 15 tahun (T1). Kemudian
susutkan 30 cupak pada tahun kedua (T2) dan susut kan pada tahun ketiga (T3)
begitulah seterusnya sehinga mati.

Yang lebih mudah guna
calculator tekan 30+30 kemudian tekan = berturut sehinga umur mati, pada contoh
tekan 9 kali, kerana yang pertama telah dicampur. Jangan lupa catat setiap yang
terhasil kemudian campurkan keseluruhannya.

Cara ini boleh diguna pada fidyah
orang yang tidak mengqada puasa sehinga melangkaui beberapa ramadan sedangkan
dia masih hidup.

Jika dia mati setelah melalui
ramadan pada tahun mati (25t, T11)maka tidak wajib fidyah yang disebabkan tidak
megqada puasa yang disebabkan melangkaui ramadan kerana dia tidak ada melangkau
ramada pada tahun itu, dia hanya perlu membayar fidyah puasa yang tidak diqada
sahaja atau ahli waris qadakan untuknya dengan tidak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya tahun dia mati belum
lagi melalui ramadan maka tidak ada gandaan pada umur 24 tahun (24t, T10) dan
cupak ganda hanya didorab dengan sembilan iaitu 30 × 9=270 kemudian susutkan 30
pada setiap tahun seperti diatas.

Kemudian campurkan keseluruhan
cupak tahun mati:

Lihat pada cuntoh ramadan yang
ke 11

300

270

240

210

180

150

120

90

60

30

300 + 270 + 240 + 210 + 180 +
150+ 120 + 90 + 60 + 30 = 1650 cupak yang wajib dikeluarkan fidyah berganda
kemudian campurkan pula dengan fidyah puasa 330, sila lihat pada ruang puasa
yang perlu diqada, jadilah 1650+330 =1980.

Advertisements

4 Respons

  1. Salam, bagaimanakah pula dengan maklumat yang ada di laman web ini?
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah

    Harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih

  2. Salam, klu si mati tinggalkan solat perlu bayarkan fidyah untuknya? Boleh terangkan cara pengiraannya. tK

  3. salam. mta tlg kirakn fidyah bg simati yg tdk pernah bpuasa spnjg hayatnya hngga meninggal pd umur 67 thn melepasi ramadhan pd thn matinya.tiada pengesahan doktor utk tdk blh bpuasa, hanya mengalami sakit semput sejak umur lbh kurang 40 thn.t kasih.

  4. Salam.sy nk tanya jika lupa qada puasa selama 5hari pd thun 2011 sehingga ramadhan 2012.lima cupak mesti dibayarkan?adakah ia mencukupi dgn 5 kg beras?pd siapa sy perlu bg beras tersebut?ada niat atau prosedur ttu?puasa tsebut perlu qada atau tidak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: