• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,204,994 orang
  • Tetamu Online

Majlis Ilmu Bersama Kiyai Ahmad Jamhuri di Pondok Pasir Tumboh

Tempat : Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu

Tarikh : Selasa 2 Julai 2013M bersamaan 23 Sya’aban 2013H

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kitab : Ayyuhal walad dan Bustanul Arifin

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Rasulullah s.a.w tunjuk cara jaga kebersihan diri

Oleh Norhafizah Azizan
Kesempurnaan agama mencakupi setiap inci kehidupan umatnya. Nilai kebersihan yang diterapkan dalam kehidupan seharian penting untuk diamalkan. Disiplin dalam amalan kebersihan akan mencegah daripada penyakit berbahaya seperti demam denggi dan leptospirosis.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud kebersihan itu sebahagian daripada iman menjelaskan agama Islam sangat menitikberatkan kebersihan.
Selain itu, kepentingan kebersihan di sisi agama Islam boleh dilihat melalui ibadah solat yang meletakkan bersuci sebagai syarat sah ibadah itu. Ini kerana Islam agama fitrah dan fitrah itu sesuatu yang bersih serta suci.

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya ia tidak akan menjadi beban buat umatku, telah aku arahkan mereka supaya bersugi (memberus gigi) sebelum solat.”

Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu bersih oleh kerana itu bersihkanlah dirimu, sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang yang bersih.”

Kebersihan rohani

Umat Islam bukan saja dididik dengan kebersihan luaran, malah kebersihan dalaman atau kebersihan rohani. Firman Allah SWT: “Dan bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah perbuatan yang kotor (dosa).” (Surah al-Muddatsir, ayat 4-5)

Setiap perkara yang kita lakukan adalah biasan atau cerminan daripada dalaman diri. Faktor ini menyebabkan Rasulullah SAW sangat menitikberatkan kebersihan hati iaitu tunjang utama kepada tubuh badan kita.
Umat Islam mesti mengambil berat kebersihan anggota badan, pakaian, tempat tinggal, persekitaran dan apa saja berkaitan kehidupan seharian kita. Hal ini bertepatan firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

Menjaga kebersihan satu ibadah dan mendatangkan pahala kerana ia perbuatan yang dicintai Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menunjukkan cara menjaga kebersihan merangkumi semua bidang. Anggota luaran diberi perhatian lebih kerana ia membentuk personaliti selain membantu mencegah penyakit.

Saidatina Aishah berkata: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak).” (Riwayat Muslim)

Kebersihan mulut, gigi penting

Kebersihan mulut dan gigi juga penting. Profesional menyatakan, kesihatan anggota badan terutama sistem penghadaman bergantung kepada kebersihan mulut dan gigi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya ia tidak akan menjadi beban buat umatku, telah aku arahkan mereka supaya bersugi (memberus gigi) sebelum solat.”

Keprihatinan Rasulullah SAW dalam soal kebersihan bukan saja mencakupi soal kebersihan mulut dan gigi, kekemasan rambut dan wajah. Sikap Baginda yang menitikberatkan amalan kebersihan memang tidak ada tolok-bandingnya.

Selain itu, Rasulullah SAW memberi tunjuk ajar cara memotong kuku dan bagi yang mengikut sunnah itu disediakan ganjaran pahala. Amalan ini penting kerana kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti terdapat dalam najis manusia iaitu e-coli. Kuman itu tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

Kebersihan dalam agama Islam turut meliputi ruang lingkup pemilihan makanan. Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat.”

Islam telah menggariskan panduan terbaik buat umatnya dalam soal kebersihan. Bukan garis panduan biasa, malah dibekalkan dengan ganjaran pahala buat umatnya sebagai bekalan akhirat.

Memberi kemaafan boleh tenangkan diri

Nabilah Mohamed

Semua orang mempunyai sifat marah kerana sakit hati, tersinggung, terasa dibohongi atau hal lain yang membuatkan mereka terluka. Perasaan terluka melahirkan rasa marah yang akhirnya menimbulkan kebencian.

Apabila sudah benci, kita tidak akan sesekali memandang orang yang dibenci dengan perasaan positif. Malah, biasanya orang dalam keadaan terlalu marah sukar menerima permintaan maaf atau memberi kemaafan kepada orang yang menyakiti hatinya.
Ini adalah fitrah manusia. Memaafkan bukanlah perkara mudah untuk dilakukan dan memerlukan proses yang panjang. Namun, kita semua boleh menjadi seorang yang pemaaf. Apa yang penting ialah keinginan untuk memiliki kehidupan lebih damai dan tenang.

Mungkin ramai yang tidak menyedari apabila memberi kemaafan, sebenarnya kita tidak melakukannya untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri. Sebahagian kita beranggapan memberi kemaafan kepada orang yang telah menyakiti menunjukkan seolah-olah kita lemah.

Sedangkan jika direnungkan, tindakan memaafkan kesalahan orang lain membolehkan diri memperoleh ketenangan.

Perbuatan memaafkan perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan ketulusan hati untuk mencapai ketenangan diri. Ia juga perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, bukan hanya sekadar ucapan maaf atau saling bersalaman tanpa apa-apa perasaan.

Perbuatan dilakukan dengan sepenuh hati akan memperoleh hasil yang terbaik. Memaafkan kesalahan orang lain menunjukkan kematangan emosi kerana untuk memaafkan orang lain, kita harus mengalahkan ego sendiri.
Memaafkan akan menghasilkan tenaga positif yang akan memberi ketenangan hati kepada orang yang meminta dan memberi kemaafan.

Kawal nafsu

Rasulullah SAW bersabda, mereka yang mampu menahan kemarahan adalah orang yang kuat dan orang yang kuat adalah orang yang mampu memaafkan orang lain.

Sabda Baginda SAW: “Orang yang paling kuat di antara kamu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah. Manakala orang yang paling santun di antara kamu adalah orang yang memaafkan ketika mampu melakukan pembalasan.” (Riwayat al-Baihaqi)

Islam sangat memahami bahawa memaafkan sesuatu yang sukar dilakukan. Oleh itu, jika seseorang mampu memberikan kemaafan dengan setulus hati dan ikhlas kepada orang yang telah menyakiti, ganjaran pahala yang dijamin oleh Allah SWT juga amat besar.

Janji Allah sangat jelas dalam firman-Nya: “Dan (jika kamu hendak membalas maka)
balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim.” (Surah Asy-Syuura, ayat 40)

Sesungguhnya kemampuan memaafkan orang lain akan membebaskan jiwa daripada beban yang menghimpit dan lebih penting, mendapat kasih sayang Allah kerana kemampuan menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain.

Kemuliaan dan Keberkatan Malam Nisfu Sya’aban

Sya’ban sedang menemui kita, bulan dengan
segala keistimewaan dan peristiwa mulia di dalamnya. Tak terkecuali
dengan  terdapatnya satu malam yang mulia dan penuh keberkahan yaitu
malam pertengahan bulan (nishfu sya’ban). Pada malam ini Allah SWT
menampakkan dan mencurahkan rahmat dan ampunan  kepada hambaNya.
Barangsiapa berdo’a maka do’anya diijabah, barangsiapa meminta agar
dihilangkan kesusahannya maka akan dipenuhi permintaan itu dan pada
malam ini pula Allah mencatat rizqi-rizqi serta amal-amal hamba.

Malam Nishfu Sya’ban adalah malam yang mempunyai banyak fadhilah atau
keutamaan. Dalam kitab Zubdah Al-Wa`izhin terdapat hadits yang
diriwayatkan dari Abi Nashr bin Said, dari Nabi SAW, beliau bersabda,
“Tatkala datang malam ketiga belas bulan Sya`ban, pernah datang kepadaku
Malaikat Jibril seraya berkata, `Wahai Muhammad, bangunlah engkau,
karena sesungguhnya telah datang waktu bertahajjud, supaya engkau dapat
memohon kepada Allah atas keselamatan umatmu” Maka Nabi pun melakukan
itu.

Lalu datang pula Malaikat Jibril ketika fajar subuh bersinar, seraya
berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan
kepadamu sepertiga dari umatmu”. (yakni agar beliau dapat memberikan
syafaat kepada mereka)

Maka menangislah Nabi SAW sambil mengatakan, “Wahai Jibril, beritakanlah kepadaku tentang umatku yang dua pertiga lagi.”

Jibril menjawab, “Aku tidak tahu.”

Lalu datang lagi Jibril pada malam yang kedua (yaitu malam yang keempat
belas Sya`ban) seraya berkata, “Wahai Muhammad, bangunlah engkau dan
bertahajjudlah.”

Maka Nabi SAW pun melakukan itu.

Lalu datang lagi Malaikat Jibril pada waktu fajar, seraya berkata,
“‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah memberikan kepadamu akan dua
pertiga umatmu.”

Maka Nabi pun menangis seraya berkata, “Wahai Jibril, beritakanlah kepadaku tentang sisa umatku yang lainnya.”

Jibril menyahut, “Aku tidak tahu.”

Kemudian datang lagi Jibril pada malam Bara’ah (malam kelepasan,
pembebasan dari belenggu kesulitan, yaitu malam kelima belas Sya’ban),
seraya berkata, “Kabar gembira untukmu, wahai Muhammad. Sesungguhnya
Allah telah memberikan untukmu seluruh umatmu yang tidak menyekutukan
Allah dengan sesuatu.”

Malam Nishfu Sya`ban adalah malam kelepasan. Pada malam itu umat Nabi
Muhammad SAW sangat patut bersyukur dengan melakukan berbagai ibadah
yang diridhai. Terdapat banyak keterangan mengenai keutamaan malam
Nishfu Sya`ban dan fadhilah menghidupkannya.

Telah diriwayatkan dalam beberapa hadits tentang kemuliaan malam ini,
diantaranya hadits yang diriwayatkan oleh Al Imam Ath Thabaraniy dan
Ibnu Hibban dari sahabat Mu’adz bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda (yang
artinya):

“Allah SWT memandang kepada seluruh makhlukNya pada malam nishfu sya’ban
dan memberikan ampunan kepada seluruh makhlukNya kecuali orang yang
musyrik dan musyaahin”

Musyaahin adalah orang yang menyalakan api permusuhan dan merusak antara dua orang yang saling kasih.

Juga diriwayatkan oleh Al Imam Al Baihaqiy dari As Sayyidah ‘Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: malam ini adalah nishfu
sya’ban dan pada malam ini Allah SWT membebaskan dari neraka manusia
sebanyak bulu kambing bani kalb, pada malam ini Allah tidak melihat
dengan pandangan rahmat kepada musyrik, musyaahin, pemutus silaturrahim,
orang yang durhaka kepada orang tuanya dan peminum khamr”.

Dalam redaksi yang  lain Al Imam Al Baihaqiy meriwayatkan hadits dari
Utsman bin Abil ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya):

“Jika tiba malam nishfu sya’ban terdengar seruan yang berkata: siapakah
yang hendak meminta ampun (pada malam ini) maka Aku akan ampuni,
siapakah yang meminta sesuatu maka Aku akan berikan, tidak seorangpun
yang memohon kepadaKu kecuali pasti Aku kabulkan hajatnya kecuali pezina
dan musyrik”.

Pada bagian lain Al Imam Al Baihaqiy juga meriwayatkan dari Al ‘Alaa’ bin Harits, bahwasannnya As Sayyidah ‘Aisyah berkata:

“suatu malam Rasulullah sholat lalu beliau memanjangkan sujudnya
sehingga aku menyangka bahwa beliau telah meninggal, manakala aku
menyaksikan itu aku bangkit lalu aku gerakkan ibu jari beliau, dan
jari-jari beliau bergerak. Maka aku kembali ke tempatku.

Setelah beliau mengangkat kepalanya dari sujud dan menyelesaikan
sholatnya beliau bersabda: “Wahai ‘Aisyah tahukah kamu malam apakah
ini?”, aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Beliau SAW
melanjutkan: “Malam ini adalah malam nishfu sya’ban, sesungguhnya Allah
SWT pada malam nishfu sya’ban melihat dengan pandangan rahmat kepada
hambaNya, maka Dia memberikan ampunan kepada yang meminta ampunan dan
merahmati kepada yang memminta rahmat dan Dia membiarkan orang yang iri
dengki (tidak mendapat bagian dari rahmat itu)”.

Cara mengira fidyah puasa

http://almalakawi.wordpress.com

Fidyah puasa ramadan orang yang telah mati.

Menurut Mazhab Syafie wajib
mengeluarkan fidyah kerana meningalkan puasa ramadan bagi orang yang mati yang
tidak mengqada puasanya itu. Fidyah itu dikeluarkan dari harta peningalan
simati sebelum pembahagian pesaka.

Fidyah kerana meningalkan
puasa Ramadan ialah satu cupak bagi setiap satu hari yang tidak dipuasakan.

Fidyah tidak megqada setelah
masuk ramadan yang lain satu cupak, setiap melangkaui satu ramadan dan
digandaka jika melangkaui beberapa ramadan.

Jadual fidyah berganda kerana
tidak qada puasa dan melangkawi Ramadan yang lain

 

Disini saya buat contoh seorang yang baligh pada umurnya lima belas tahun
dan mati pada umurnya dua puluh lima tahun.

Peringatan jadual tidak perlu
dibuat hanya dicatat disini untuk kemudahan memahami.

Caranya ialah pastikan umur
baligh dan umur mati menurut tahun hijrah bukan tahun masihi, kemudian tolakkan
umur mati dengan umur baligh contoh 25-15=10 kemudian darabkan 10 dengan 30
cupak = 300 cupak, ini fidyah ganda pada ketika umurnya 15 tahun (T1). Kemudian
susutkan 30 cupak pada tahun kedua (T2) dan susut kan pada tahun ketiga (T3)
begitulah seterusnya sehinga mati.

Yang lebih mudah guna
calculator tekan 30+30 kemudian tekan = berturut sehinga umur mati, pada contoh
tekan 9 kali, kerana yang pertama telah dicampur. Jangan lupa catat setiap yang
terhasil kemudian campurkan keseluruhannya.

Cara ini boleh diguna pada fidyah
orang yang tidak mengqada puasa sehinga melangkaui beberapa ramadan sedangkan
dia masih hidup.

Jika dia mati setelah melalui
ramadan pada tahun mati (25t, T11)maka tidak wajib fidyah yang disebabkan tidak
megqada puasa yang disebabkan melangkaui ramadan kerana dia tidak ada melangkau
ramada pada tahun itu, dia hanya perlu membayar fidyah puasa yang tidak diqada
sahaja atau ahli waris qadakan untuknya dengan tidak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya tahun dia mati belum
lagi melalui ramadan maka tidak ada gandaan pada umur 24 tahun (24t, T10) dan
cupak ganda hanya didorab dengan sembilan iaitu 30 × 9=270 kemudian susutkan 30
pada setiap tahun seperti diatas.

Kemudian campurkan keseluruhan
cupak tahun mati:

Lihat pada cuntoh ramadan yang
ke 11

300

270

240

210

180

150

120

90

60

30

300 + 270 + 240 + 210 + 180 +
150+ 120 + 90 + 60 + 30 = 1650 cupak yang wajib dikeluarkan fidyah berganda
kemudian campurkan pula dengan fidyah puasa 330, sila lihat pada ruang puasa
yang perlu diqada, jadilah 1650+330 =1980.

Majlis Ilmu Bersama Habib Umar bin Abdul Rahman Al-Jufri

Beliau merupakan pembantu kepada Habib Zain Rubath Madinah
Tarikh : 19 Jun 2013M / 10 Sya’aban 1434H (Rabu)
Masa     :12.00 tengari hingga 2 .00 petang
Tempat : Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan

Majlis ilmu yang lain di Kelantan

19 Jun 2013 (Rabu)

3.00 petang di Pondok Moden, Kandis, Bachok

5.00 petang di Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh

20 Jun 2013 (Khamis)

7.00 malam di Maahad tahfiz, Padang Bongor, Padang Kala, Melor

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

Hikmah di sebalik sesuatu musibah

ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya Siti Zubaidah, 40 tahun, telah berkeluarga dengan tiga anak. Sebelum ini hidup kami bahagia walaupun sederhana. Empat tahun lalu, kami ditimpa musibah, suami diserang strok. Sebelah kanan badannya lumpuh. Kini dia tidak dapat bekerja. Baru-baru ini, anak kedua disahkan berpenyakit SLE.. Saya reda tetapi ingin tahu kenapa Allah turunkan musibah di saat kami bahagia? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam Puan. Soalan ini sering ditanya oleh pesakit saya. Sebenarnya, penyakit yang menimpa antara ujian Allah. Penyakit yang dihidapi adalah guru yang mengajar dan mendidik agar kita menjadi manusia lebih baik. Jangan berburuk sangka kepada Allah.

Sebagai pengamal perubatan Islam, sering saya dengar keluhan pesakit kronik. Ini asam garam kehidupan. Sebagai khalifah di muka bumi, kita perlu muhasabah. Berfikiran waras bahawa ketentuan Allah mempunyai seribu satu sebab terkandung hikmah dan pengajaran. Setiapnya perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi. Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”(Surah al-Baqarah: 155-157)

Derita Nabi Ayub

Al-Quran ada merakam kisah penderitaan Nabi Ayub. Dalam Kitab Duratun Nasihin, bab kisah kesabaran Nabi Ayub – seorang nabi yang dikurniakan kekayaan, kesihatan serta anak tetapi tidak lupa mensyukuri segala nikmat Allah kurniakan.

Iblis dengki melihat Nabi Ayub berjaya di dunia dan akhirat. Iblis ingin merosak salah satu atau semuanya. Lalu memohon kepada Allah menguji Nabi Ayub. Dengan izin Allah, kesabaran Nabi Ayub diuji apabila Iblis membakar rumah, harta benda dan anak-anaknya. Iblis belum puas melihat ketabahan dan kesabaran Nabi Ayub dan diuji lagi dengan penyakit kulit kronik hingga masyarakat jijik. Isteri-isterinya meninggalkannya kerana tidak mampu menanggung malu dan kesengsaraan hidup. Hanya tinggal Siti Rahmah, seorang isteri solehah. Selama tujuh tahun Nabi Ayub menderita, namun tidak lekang mulutnya berzikir. Siti Rahmah akhirnya dihasut iblis meninggalkan suaminya.

Dalam pada itu, Nabi Ayub merintih pada Allah firmanNya:: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiya’: 83)

Allah Maha Mendengar, tidak membiarkannya sendirian. Allah kabulkan rintihan Nabi Ayub. Allah menyuruhnya menghentak kaki ke tanah, lalu keluar air dingin, diminum, dimandi sebagai penawar. Firman Allah: “Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah”.(Surah Al-Anbiya’: 84)

Dengan izin Allah, Nabi Ayub sihat, Allah mengurniakan zuriat yang ramai dan mengembalikan kemewahannya sebagai tanda rahmat dan kasih sayang.

Kisah Nabi Ayub memberi pengajaran bahawa penyakit adalah ujian sebelum Allah mengurniakan rahmat. Allah ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya yang soleh.

Hikmah sebalik penyakit

Di sebalik musibah, mempunyai hikmah. Musibah bukan sahaja penyakit tetapi apa saja dugaan. Antara hikmah yang boleh diambil:-

1. Mengangkat Darjat

Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan Allah meninggikan darjat . Kisah Nabi Ayub contoh terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih berbaik sangka . Sudah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya menjauhkan diri. Nabi Ayub tetap bersabar sehingga Allah mengembalikan kesihatan dan ditinggikan darjat. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub melalui ujian Allah mempunyai hikmah besar.

2. Tanda Cinta

Musibah adalah tanda cinta Allah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang reda, maka ia akan mendapatkan keredaanNya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaanNya.”(HR. Ahmad dan Tirmidzi)

3. Belajar Erti Sabar

Yakinlah Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firmanNya: “Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar”.(Surah Ali ‘Imran:146)

4. Pembersihan Dosa

Sebagai manusia, kita tiada terlepas melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Iblis dan syaitan sentiasa menggoda agar melakukan dosa yang menjauhkan kita dengan Allah. Hikmah diturunkan sakit adalah cara membersihkan dosa. Ia sesuai dengan hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

5. Memberi Keinsafan

Kita mesti bersyukur segala nikmat Allah. Dengan kehendakNya, nikmat kesenangan boleh hilang sekelip mata. Jangan dicela andai musibah menimpa. Bila sakit atau ditimpa musibah, hakikatnya Allah sedang memberi perhatian. Bukankah itu satu kemuliaan?

6. Pengubat Ego

Sakit menjadikan kita ingat nikmat sihat yang Allah kurniakan hanya pinjaman. Segala yang di miliki adalah milik mutlak Allah. Sakit adalah petanda kita makhluk lemah. Didatangkan sakit atau musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita hambaNya dan tidak patut sombong dan bongkak kepada Allah. Musibah adalah pengubat ego.

7. Lebih Dekat Dengan Tuhan

Bila sakit, kita mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapanNya. Bila sakit kita bersungguh memohon perlindungan Allah. Ini mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan. Jarang orang merasa nikmat ketika sakit. Orang yang bersyukur dan bersabar, ia akan memperoleh nikmat

8. ‘Turning Point’ Kehidupan

Bila kita leka dalam hal duniawi, kita lupa beribadah. Hal duniawi lebih penting dari akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mendekatkan diri dengan Allah. Sakit adalah isyarat Allah sangat mengasihi kita agar menjadi hamba bertaqwa dan tidak lalai kerana matlamat adalah kehidupan abadi di akhirat, bukan dunia .

9. Membersih Hati

Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadi ujub dan takbur. Musibah dalam bentuk apa pun adalah rahmat Allah. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyuci iman. Itu ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah kepada orang beriman. Ketika hati bersih dan suci, sirnalah penyakit, martabat diangkat dan jiwa dimuliakan.

Penutup

Nikmat kesihatan yang kita perolehi ketika ini wajib disyukuri. Jika ditimpa penyakit, mohon kesembuhan kepadaNya. Perbanyak amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quran kerana di sana ada penawar. Firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Surah Al-Isra’:82)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, kami memberi panduan rangkaian ayat Al-Quran untuk pesakit amalkan tetapi kuasa penyembuhan daripada Allah. Setiap rangkaian ayat ibarat penawar. Berdoa dan mohon keredaan dan keampunan semoga segala penyakit segera sembuh, InsyaAllah.

Petua atasi sikap marah

MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab.

Tindakan segera

ketika rasa marah

1 Baca ta’awwuz dengan bermaksud ‘aku

berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’. Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.

2 Mengubah posisi dan kedudukan.

Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.

3 Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba

tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.

4 Mengambil wuduk. Marah itu

bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.

5 Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya

diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, “Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa yang boleh dipelajari daripadanya?”

6 Banyakkan berzikir

dan selawat.

7 Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan

perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.

8 Ingat, bukan kita sahaja boleh marah,

orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.

Tindakan jangka panjang

Bagi seseorang yang tahu bahawa dirinya memang jenis pemarah atau panas baran maka eloklah mengambil langkah-langkah jangka panjang seperti berikut:

1 Melakukan amalan seperti solat taubat,

buat baik, membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.

2 Menjaga diet pemakanan termasuk

makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.

3 Kegiatan Fizikal – badan yang sihat lebih

mampu mengawal emosi.

4 Rajin buat kerja-kerja amal bagi

membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya..

5 Banyakkan membaca buku-buku motivasi

bagi membantu diri sendiri.

6 Bergaullah dengan orang yang berilmu

dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

Amalan terbaik pada hari Jumaat

HARI Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja?

Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Antaranya ialah;

1Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

2Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.

Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.

Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

3Memperbanyakkan doa

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)

Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)

4Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)

Majlis Peringatan Isra’ Mikraj & Hari Murabbi 1434H

Tentatif Program

Majlis Penghayatan Isra’ Mikraj & Hari Murabbi

Peringkat Pondok Pasir Tumboh 1434H

 

Rabu 26 Rejab 1434H / 5 Jun 2013M

 

8.30 pagi                    Pelajar dan tetamu jemputan mengambil tempat

 

8.50 pagi                    Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan

 

9.00 pagi                    -Ucapan Pengerusi majlis

  Ustaz Hj Ahmed Khairi b Muhamed

 

                                    – Bacaan ayat suci al-Quran oleh

  Hj Abdul Hamid (Qari jemputan)

 

– Ucapan Aluan Oleh Ustaz Hj Abdul Halim b Abdul Ghani

  (Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh)  

 

          Ucapan YB Ustaz Hj Abdul Rahman b Yunus

(Adun Pasir Tumboh)

 

          Ucapan Perasmian oleh

YAB Dato’ Ustaz Hj Ahmad bin Yaakob

(Menteri Besar Kelantan )

 

          Anugerah Tokoh Murabbi Pondok 1434H

 

          Penyampaian saguhati kepada guru-guru pondok

 

11.00 pagi                  – Ceramah Motivasi  Oleh Syed Suhaimi

(Mudir Pondok Lubuk Jong, Terengganu)

 

1.00 tengahari          Jamuan nasi

 

9.00 Malam               Ceramah Perdana Isra’ & Mikraj Oleh

 

Ustaz Hj Abdul Rahim b Hj Hamzah (Pondok Pasir Tumboh)]

 

YB Ustaz Hj Ahmad Baihaki b Hj Atiqullah

(Ahli Parlimen Kubang Kerian)

 

Dr Azhar b Abdullah

(Pensyarah KIAS)

 

 

Semua Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;
mso-para-margin-top:0cm;
mso-para-margin-right:0cm;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0cm;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;
mso-fareast-language:EN-US;}