Kenyataan Media NADWAH
23 hb April 2013
Nadwah ULAMA dan Kepimpinan NGO Islam yang terdiri dari tuan-tuan guru , ulama dan pemimpin Ngo Islam dari seluruh negara bermuafakat bahawa perubahan pemerintahan di peringkat pusat dan negeri dalam PRU 13 adalah suatu tuntutan kepada umat Islam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Dengan isu-isu yang berbangkit sepanjang 1999 hingga 2013 , Nadwah yang di hadhir lebih 400 alim ulama dan 16 NGO Islam seluruh negara berlangsung pada 12 Jamadilakhir 1434 H / 23 hb April 2013 di Alor Setar Kedah .
Turut hadhir adalah :
TUAN GURU HAJI SALEH BIN MUSA ( Mursyid NADWAH )
TUAN SYEIKH MOHD. ZAINOL ASRI BIN HAJI ROMLI
TUAN GURU HAJI ABDUL MAJID ABU BAKAR AN NADWI
TN.GURU HAJI ABDUL WAHAB BIN HASSAN
TN.GURU HAJI ABDULLAH BIN LEBAI SAMAH Bukit Lada
TUAN GURU HAJI MOHD REJAB BIN MD. AKHIR
TUAN SYEIKH MOHD. RODI BIN ABDUL RAHMAN AL HAFIZ
TN.GURU KHAIRUL ANUAR SHAFII
TUAN GURU HAJI MOHD. NASIR
TUAN HAJI MOHD AZMI ABDUL HAMID
USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDIN
TUAN GURU HAJI AHMAD ABDULLAH
TUAN GURU HJ YUSUF HUSIN Pondok Penyarum
DR. MUHAMMAD FAUZI ZAKARIA
Para ulama , tuan guru dan pemimpin Ngo Islam bersepakat bahawa kuasa pemerintah perlu berubah tangan di PRU 13 ini demi menyelamatkan negara dari terus menuju kepada kepincangan dan penyelewengan dalam urustadbir negara.
Mereka yang telah memegang kuasa telah mengkhianati mandat rakyat dengan pelbagai penyalahgunaankuasa dan pembolotan kekayaan negara dikalangan pemimpin elit negara.
Isu berikut adalah alasan kenapa rakyat perlu menolak BN dan memberi mandat kepada gabungan parti alternatif dari PAKATAN RAKYAT untuk menerajui pemerintahan pusat dan negeri dalam PRU 13:
1. BN mempertajamkan sentimen agama dengan membiar pihak tertentu untuk menimbulkan konflik,
2.sentimen perkauman sempit semakin diapi-apikan oleh BN yang akan menghancurkan negara
4.status agama Islam tidak bertambahbaik malah semakin terjejas akibat dasar nasionalisme sempit dan faham sekular yang diamalkan oleh pemerintah ,
5.campurtangan dalam institusi awam oleh parti politik yang keterlaluan ,
6.perbelanjaan kewangan negara yang tidak telus ,
7.membenarkan politik lucah , politik wang dan politik mengaibkan yang semakin mengotorkan demokrasi ,
8.membenarkan penghakisan budaya hidup dan kelunturan aqidah umat Islam dan kerosakan moral masyarakat yang semakin parah ,
9.menyalahurus ekonomi negara sehingga menyebabkan kos hidup rakyat meningkat, beban hutang negara meningkat kepada lebih RM500 bilion ,
10.pengswastaan keperluan hidup asasi rakyat sehingga merumitkan kehidupan golongan berpendapatan rendah,
11.amalan rasuah , kronisme dan nepotisme yang semakin parah ,
12.kos hidup yang melibatkan makanan asas , khidmat kesihatan , khidmat pengangkutan , kos pendidikan , perumahan yang semakin meningkat,
13.keselamatan sosial yang semakin tidak terjamin ,
14.gejala keruntuhan akhlaq generasi muda yang semakin serius,
15.perbelanjaan kerajaan yang mencatat salahurus agensi kerajaan seperti yang dilaporkan oleh Audit Negara berulang setiap tahun,
16.keyakinan rakyat kepada agensi awam yang semakin luntur ,
17.politik kotor , politik wang , politik samseng dan politik lucah menjadi-jadi,
18.kebocoran wang haram yang berjumlah berbilion ringgit keluar negara yang merugikan pendapatan negara dari segi cukai ,
19.salahurus penggunaan tabungan awam seperti KWSP , Tabung Haji , Tabung Tentera ,
20.korporat penting negara seperti TNB , PETRONAS , TELEKOM , MAS , PNB yang disalahurus kerana campurtangan politik yang menyebabkan ada yang rugi dan ada yang disalahguna ,
21.pelbagai agensi awam diujudkan tetapi telah membebankan perbelanjaan negara tanpa memberi pulangan yang kepada rakyat seperti yang sepatutnya ,
22.kedaulatan negara terjejas akibat kelemahan pertahanan negara yang menyebabkan banyak khazanah negara dicerobohi dan kuasa besar seperti US terus mengguna kesempatan untuk menguasai ekonomi danolitik negara ,
23.Sektor media awam disalahguna sehingga kredbiliti agensi media awam terjejas teruk akibat campurtangan parti politik pemerintah yang melampau.
Tuan Guru Hj Saleh Musa
Mursyid NADWAH
Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi NADWAH
Filed under: Isu Hangat | Leave a comment »