• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,202,374 orang
  • Tetamu Online

Ijtima’ Pondok Nusantara Sempena Ihya’ Ramadhan 1433H

Suatu Ijtima’ besar-besaran yang bakal dihadiri oleh Ulama’ seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand akan diadakan pada 15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M bertempat di Qaryah Ramadhan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Semua pencinta Islam dijemput hadir beramai-ramai dalam memeriahkan majlis ini

 

TARIKH

MASA

PROGRAM

 

Sabtu

4.39– 5.00 pm Solat Asar berjemaah di Qaryah Ramadhan

15 Ramadhan

5.10 – 6.00 pm Halaqah al-Quran

1433H

7.30 – 8.00 pm Iftar Jamai’e dan Solat Maghrib berjemaah

8.39 pm Solat Isyak’ dan Terawih berjemaah

4 Ogos 2012M

  Tausiyah oleh Dr Wan Abdul Qadir bin Wan Ahmad (Fathoni)

11.00 pm Minum malam
  11.15 pm Khidmat diri dan tidur

 

4.00 –  4.55 am Khidmat diri & Qiamullail*

5.00 am Bersahur

Ahad

5.51 –  7.40 am Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh oleh wakil Ulama’ Nusantara

16 Ramadhan

8.30 am Solat Dhuha

1433H

9.00-9.20 am – Pendaftaran peserta dan persembahan Qasidah

5 Ogos 2012M

9.30 am Halaqah Ilmu 1 : “ Peranan Ulama’ Dalam Amar Makruf Nahi Mungkar”

Moderator : Ustaz Hj Tuan Saripudin b Tuan Ismail (KIAS)

Pembentang : Dr Hj Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman (Pondok Sungai Durian)

Pengulas        : Syeikh Muhd Zainul Asri b Hj Mohd Romli (Kedah)

 

10.45 am Halaqah Ilmu 2 : “ Peranan Pusat Pengajian Pondok Dalam Melahirkan Kepimpinan Ummah”

Moderator : Ustaz Azhar b Abdullah (KIAS)

Pembentang : Kiyai Fakhrudin b Abdul Wahab (Indonesia)

Pengulas        : Ustaz Hj Zulkifli b Ismail (Melaka)

12.00 pm – Ketibaan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

12.10 pm Majlis Perasmian Ijtima’ Pondok Nusantara 1433H

– Ucapan aluan Pengerusi Majlis

– Bacaan al-Quran al-Karim oleh Ustaz Mohd Nazri bin Daud  (Pondok Gelang Mas)

– Ucapan wakil Pusat Pembangunan Pondok Berhad (Dr Hj Lukman bin Hj Abdullah – Timbalan Pengerusi PPPB)

– Ucapan Perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

1.20 pm Solat Zohor berjemaah

2.00 pm Liqa’ Ulama’ Nusantara dan Resolusi

Moderator : Dr Ismail b Mahmud (KIAS)

4.39 pm Solat Asar berjemaah

5.00 pm – Kuliah Asar oleh Syeikh Haidar Hasan Salim al-Waqidi (Yaman)

– Qasidah dan Majlis zikir Ratib Haddad

7.30 – 8.00 pm Iftar Jamai’e dan Solat Maghrib berjemaah

8.39 pm Solat Isyak’ dan Terawih berjemaah

  Tausiyah oleh Kiyai Fakhrudin b Abdul Wahab (Indonesia)

10.35 pm Minum malam

Hikmah puasa dari aspek kesihatan

Mohd Rizal Azman Rifin

Kita sedia mengetahui kehebatan puasa Ramadan dari segi ganjaran pahalanya di sisi Allah. Puasa ibadah teragung terangkum dalamnya pelbagai hikmah dan tersingkap seribu rahmat yang penuh hikmah.

Banyak pakar dan ilmuwan bidang perubatan membuat kaji selidik sejak sekian lama dalam usaha mengkaji manfaat puasa dari sudut kesihatan.
Pada 1994, sekumpulan pakar sains kesihatan membentangkan hasil kajian di Kongres Antarabangsa mengenai Kesihatan dan Ramadan di Casablanca, Maghribi. Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan dan semuanya bersetuju puasa Ramadan dan amalan puasa tidak sekali-kali memudaratkan.

Apa yang lebih menakjubkan, pakar kesihatan dunia itu juga memperakui amalan berpuasa Ramadan mampu mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Pengkaji terkemuka dari Universiti Hospital di Amman, Jordan, Dr Soliman, membuat penyelidikan puasa Ramadan dari aspek kesihatan dan melakukan uji kaji terhadap 42 lelaki dan 26 wanita Islam yang sedang berpuasa Ramadan.

Kesan positif berpuasa

Hasil kajiannya mendapati puasa memberi kesan positif terhadap metabolisme tubuh badan dan menjadi pencegah kepada serangan pelbagai penyakit khususnya gejala lebihan gula dan lemak.
Turut membuat kajian, Dr F Azizi bersama beberapa rakannya dari Universiti Sains Perubatan Tehran, Iran, dan hasilnya sama seperti ditemui Dr Soliman.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang meragui kebaikan berpuasa Ramadan dengan mengatakan ia akan memudaratkan dan menjejaskan kualiti kesihatan khususnya kepada pesakit buah pinggang.

Mitos mereka disanggah dengan bukti dan hujah yang padat aspek imperikal. Sekumpulan ilmuwan sains kesihatan dilaporkan pada 2010 mendapati mitos itu palsu belaka, sebaliknya apa yang nyata ialah puasa Ramadan langsung tidak menjejaskan fungsi buah pinggang.

Bagaimana dengan pesakit kronik seperti angin ahmar atau strok. Tidakkah amalan berpuasa akan menambah kesengsaraan kepada kesihatan mereka? Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Dia tidak memerintahkan manusia melakukan sesuatu ibadah jika membebankan dan memudaratkan.

Begitu juga dengan puasa Ramadan. Kini manusia moden hairan dan kagum dengan perintah Allah ini. Rupa-rupanya tersirat pelbagai hikmah dari perspektif sains kesihatan.

Kita berpuasa bukan kerana kesihatan tubuh badan, tetapi berniat setulus hati demi mengharapkan keredaan Allah. Fadilat dari segi kesihatan ibarat ‘bonus’ awal yang dikurniakan Allah.

Jadi, amat rugi kepada mereka yang liat untuk berpuasa dan mengambil ringan perintah Allah ini.