• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Berbaris panjang untuk lihat janggut Nabi Muhammad s.a.w

KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid Nasional, Dhaka semalam.

DHAKA, Bangladesh – Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.

Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.

Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun. – Agensi

Setiap penyakit ada penawar jika berikhtiar

DARI Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: “Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana suatu malapetaka yang menimpanya. Jika ia tidak dapat berbuat sesuatu (sudah puas berubat atau berikhtiar) maka hendaklah ia berdoa: “Wahai Tuhanku, hidupkanlah aku seandainya kehidupan itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku seandainya kematian itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadis

ISLAM menyuruh umatnya agar berusaha dan berikhtiar dalam apa juga perkara dan kesulitan yang dialami di samping berdoa memohon petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT.

Hal ini kerana kehidupan itu adalah suatu ujian daripada Allah yang diberikan kepada setiap manusia demi menguji sejauh mana keteguhan iman seseorang itu dan setakat manakah pergantungannya terhadap Allah.

Golongan yang beriman akan sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan, sebaliknya bagi orang yang kurang imannya yang mana hal yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah hingga diri tersesat jauh daripada jalan-Nya.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa beringat bahawa setiap kesakitan atau ujian yang dialami itu adalah suatu tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang mana jika seseorang itu berjaya mengatasinya iaitu ia tidak mengeluh dan sentiasa bersabar sambil berusaha dan berikhtiar, Allah akan memberinya ganjaran pahala yang amat besar.

Bukankah setiap penyakit itu ada ubatnya. Maka kita selaku hamba-Nya mesti yakin akan kebesaran kuasa Allah dan janji Allah serta tidak berputus asa. Hidup adalah suatu perjuangan. Bak kata pepatah Melayu ‘pantang maut sebelum ajal’.

Replika dan Gambar kenangan rumah nabi Muhammad s.a.w

Oleh: siasahkini
Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat “tukanglawan” cari.
Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.
Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-
Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
. Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as .
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
. Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
. Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka

Haram main Forex Internet

Oleh ADHAM SHADAN

 

KOTA BHARU – Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

“Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram,” tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

“Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.

Berita gembira tentang kelahiran nabi Muhammad s.a.w dalam kitab dahulu -Siri 2

Saringan Buah Pena Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir)

Khabar-khabar Gembira Tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Baru.

Kitab Perjanjian Baru merupakan baki kitab suci bagi umat Nasrani (Kristian), ia adalah bahagian yang terpenting di sisi mereka. Ia dipanggil dengan nama Injil kerana ia disandarkan kepada Nabi Isa as. Tidak beriman dengan Kitab Perjanjian Baru ini seorang pun di kalangan Bangsa Israel melainkan dari kaum Nasrani. Golongan Nasrani membahagikan Kitab Suci itu dua bahagian, Perjanjingan Lama seperti yang telah lalu dan Perjanjian Baru.

Injil atau Perjanjian Baru atau juga dikenali dengan himpunan risalah –risalah ini merupakan bahagian yang baru di dalam kitab suci di mana golongan Nasrani menamakan catatan-catatan sebelum zaman kebangkitan Nabi Isa as dengan panggilan Perjanjian lama dan selepas zaman kebangkitannya dengan panggilan Perjanjian Baru. Ia mengandungi 27 kitab yang mana empat kitab pertama daripadanya dipanggil kitab-kitab Injil secara rambang iaitu Matta, Marqus, luqa dan Yuhana. Andaian yang dapat kita buat berdasarkan nama-namanya jelas bahawa kitab-kitab itu ditulis oleh pengikut-pengikut setia Nabi Isa as. Ianya merupakan himpunan sepuluh kitab-kitab lain yang tersebar pada awal-awal tahun masihi yang kemudiannya dibatalkan oleh perhimpunan Ugama Kristian kali pertama yang terkenal, diadakan di  Nicea (Izniq sekarang) di Asia Kecil pada tahun 325 Masihi di bawah kelolaan Maharaja Kaisar Rom yang bernama Qastantien yang agung di mana telah diputuskan bahawa hanya empat buah kitab ini sahaja yang dibenarkan sebagai sandaran dan selain daripadanya diperintahkan supaya dibakar. Oleh yang demikian ianya terkenal dengan nama Injil-injil Induk atau Injil-injil di sisi undang-undang.

Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran adalah lain daripada Injil-injil terbabit, tetapi yang dimaksudkan dengan Injil di dalam Al-Quran adalah wahyu asal yang diturunkan secara langsung kepada Nabi Isa as yang dikenali di kalangan orang-orang yang sezaman dengannya dengan nama di dalam bahasa Yunani sebagai “Evangelion” yang bermaksud “Khabar Gembira”.

Himpunan kitab-kitab Perjanjian Baru adalah seperti berikut:

  1. Matta
  2. Marqus
  3. Luqa
  4. Yuhana
  5. Tugas-tugas Para Utusan
  6. Risalah Paulus Kepada Rom
  7. Risalah Paulus (1) kepada Korenses
  8. Risalah Paulus (2) kepada Korenses
  9. Risalah Paulus kepada Galaty
  10. Risalah Paulus kepada Efesus
  11. Risalah Paulus kepada Piliey
  12. Risalah Paulus kepada Kolosy
  13. Risalah Paulus (1) kepada Thesaloniky
  14. Risalah Paulus (2) kepada Thesaloniky
  15. Risalah Paulus (1) kepada Themoses
  16. Risalah Paulus (2) kepada Themoses
  17. Risalah Paulus kepada Titus
  18. Rislah Paulus kepada Pilemon
  19. Risalah Paulus kepada Ibrani
  20. Risalah James
  21. Risalah Petros (1)
  22. Risalah Petros (2)
  23. Risalah Yuhana (1)
  24. Risalah Yuhana (2)
  25. Risalah Yuhana (3)
  26. Risalah Yahuza
  27. Mimpi Yuhana

Tidaklah dapat disangkalkan apabila Nabi saw disebut di dalam Kitab Perjanjian Lama yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana mereka juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci mereka. Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Lama telah cukup untuk menjadi hujah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan serentak kerana mereka semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka berusaha memalingkan maksudnya kepada sebaliknya.

Adapun perkhabaran-perkhabaran dan isyarat-isyarat mengenai Nabi saw di dalam Kitab Perjanjian Baru amatlah banyak. Sesungguhnya Nabi Isa as banyak membawa berita gembira mengenainya kerana tidak terdapat di antara Beliau dengan Nabi saw oleh nabi yang lain. Disebabkan demikian berita-berita mengenainya amat banyak sehinggakan juga terdapat di dalam Kitab-kitab Injil yang sudah diubah. Di antaranya seperti berikut:

1.  Di dalam Yuhana (16/7) Isa Al-Masih berkata: “Adalah suatu yang baik bagi kamu bahawa aku akan meninggalkan sekalian kamu jauh, kerana sekiranya tidak aku pergi sesungguhnya orang yang membawa hidayat itu tidak akan mendatangi kamu, tetapi bahawasanya apabila telahku pergi, akanku utuskan beliau kepada kamu”

2.  Kemudian Isa Al-Masih menerangkan sifat pembawa hidayat itu dengan katanya: “Sesungguhnya dia tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan daripada dirinya sendiri, tetapi dia akan berkata-kata mengikut apa yang dia dengari daripada wahyu”. (Yuhana 16/3)

Ini adalah suatu yang disifatkan oleh Allah swt mengenai Nabi saw di dalam Al-Quran di mana firmanNya bermaksud: “Tidaklah ia melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya”. (An-Najm;4)

3.  Di dalam Yuhana (14/16) berkata Isa Al-Masih: “Akan daku memohon daripada Bapa, dia akan mengurniakan kepada kamu semua Paracietus yang lain yang akan bersama kamu selama-lamanya”.

Perkataan Paracletus dari segi lafaznya bererti Ahmad (Yang Terpuji). Inilah adalah berbetulan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud:

“Daku (Isa Al-Masih) membawa khabar gembira berkenaan rasul yang akan datang selepasku bernama Ahmad” (As-Shaf:5)

4.  Di dalam Matta (11/14) berkata Isa Al-Masih: “Sekiranya kamu mahu menerima, maka inilah di Iliya yang teguh keazamannya, nanti akan tiba kedatangannya, sesiapa yang mempunyai dua telinga hendaklah dia dengar.”

Kiraan daripada jumlah huruf perkataan Iliya sama dengan kiraan jumlah perkataan Ahmad.

5.  Di dalam Matta (17/11) berkata Isa Al-Masih: “Sesungguhnya Iliya akan tiba pertama kalinya dan dia akan mendatangi segala sesuatu.”

6.  Di dalam Matta (21/32) Selepas Isa Al-Masih membuat perumpaan seorang tuan rumah yang menanam anggur dan menyerahkannya kepada penanam-penanam anggur, Isa Al-Masih seterusnya berkata: “Adakah tidak kamu baca di dalam kitab-kitab, sesungguhnya batu yang telah dipinggirkan oleh pembina-pembina binaan telah menjadi tapak kepada dinding-dinding bangunan daripada pihak tuhan. Ini merupakan suatu perkara yang pelik dan pelik pada mata-mata kita. Kerana demikian daku menegaskan kepada kamu, sesungguhnya kerajaan Allah akan dicabut daripada kamu dan akan diberikan kepada umat yang mengusahakan buah-buahnya. Barangsiapa jatuh ke atas batu tersebut dia akan hancur dan barangsiapa yang ditimpa batu itu dia akan binasa”.

Batu yand dimaksudkan oleh Isa Al-Masih itu merujuk kepada Nabi Ismail as yang telah dipinggirkan bersama-sama ibunya oleh Sarah  (Isteri Nabi Ibrahim as). Adalah suatu perkara yang pelik di sisi BaniIsrael bahawa kerajaan Allah akan dicabut dan diberikan kepada keturunan saudara-saudara mereka iaitu bangsa Arab, sebagaimana juga merupakan perkara pelik bagi mereka bahawa Hajar (Ibu Nabi Ismail as) bukanlah seorang yang merdeka pada mula-mulanya, dia hanyalah hamba kepada Sarah. Nabi saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as itulah yang dimaksudkan dengan batu yang menjadi tapak binaan yang Allah swt reda terhadap sesiapa yang mengikutinya dan membinasakan sesiapa yang ingkar terhadapnya di dunia dan di akhirat.

7.  Di dalam Yuhana (4/19,20,21) perbualan seorang perempuan dengan Isa Al-Masih di mana perempuan itu berkata kepada Al-Masih: “Wahai penghuluku, aku meyakini bahawa engkau seorang nabi. Sesungguhnya datuk moyang kami telah bersujud (sembahyang) pada bukit ini, dan engkau sentiasa berkata: Sesungguhnya pada Urasyalem merupakan tempat yang mesti dilakukan sujud padanya”. Lalu Al-Masih berkata kepadanya:

“Wahai perempuan, percayalah kepadaku sesungguhnya akan tiba suatu masa yang mana kamu tidak lagi bersujud padanya, tidak pada bukit ini dan tidak pada Urasyalem”.

Ini merupakan isyarat Nabi Isa as berkenaan pemalingan kiblat dan ianya bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang berbunyi:

“Akan berkata orang-orang bodoh dari kalangan manusia apakah yang memalingkan mereka (orang-orang yang beriman) daripada kiblat yang telah mereka berhadap ke arahnya (al-Baqarah;142)

hingga firmanNya berbunyi:

“Sesungguhnya kerap kali kami telah melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang mengadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaa’bah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka-muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan Kitab (Yahudi dan Nasrani) megetahui bahawa ia adalah perintah benar dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang mereka lakukan (Al-Baqarah;144)

8.  Di dalam Yuhana (15/26) berkata Isa Al-Masih mengenai Nabi saw, ujarnya: “Sekiranya datang ‘Munhamana’ dialah orang yang Allah swt utuskan kepada sekalian kamu.”

Perkataan ‘Munhamana’ yang merupakan bahasa Siryani secara lafaznya bererti ‘Muhammad’. Perlu diambil perhatian bahawanya perkhabaran Nabi Isa as ini telah digugurkan daripada cetakan-cetakan baru bagi kitab Injil, tetapi ianya masih terdapat di dalam cetakan-cetakan yang lama bagi Kitab Injil.

9.  Di dalam Yuhana (16/13) berbunyi: “ Apabila tibanya ruh kebenaran itu, maka dia akan memimpin kamu kepada seluruh kebenaran kerana dia tidak mengeluarkan perkataan daripada dirinya sendiri, bahkan dia berkata-kata mengenai apa yang dia dengari dan dia akan memberitahu kamu tentang perkara-perkara yang akan berlaku.”

 

Perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba

Apa yang telah lalu merupakan isyarat-isyarat dan perkhabaran-perkhabaran yang terdapat di dalam 4 buah kitab Injil yang rasmi dan diakui di sisi kebanyakkan golongan-golongan Nasrani (Kristian). Kita tidak terdedah sehingga sekarang kepada Injil-injil yang tidak diakui oleh pihak gereja yang mana bilangannya lebih banyak, di antaranya adalah Kitab ‘Injil Barhaba’ yang terdapat di dalamnya khabar-khabar gembira mengenai Nabi Muhammad saw secara terang dan jelas. Di dalamnya juga terdapat penegasan bahasa Isa Al-Masih adalah seorang hamba Allah. Di sana terdapat kitab-kitab Injil yang lain yang wujud pada kurun pertama dan ke-dua Masihi tetapi kemudiannya dibatalkan oleh pihak gereja selain Injil Barnaba.

Di antara Injil-injil tersebut:

–         Injil Abyon                                             – Injil Tujuh Puluh

–         Injil Yaakub                                           – Injil Dua Belas

–         Injil Thomas                                          – Injil Peringatan

–         Injil Nicodem                                        –  Injil Ibrani

–         Injil Petros                                             – Injil Mesir

–         Injil Yason                                              – Injil Many

–         Injil Marqiune.                                      –Injil Kehidupan

Yang menguatkan kewujudan Injil Barnaba dalam usia yang lama bahawa di sana terdapat catatan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Gereja Rom yang pertama iaitu Pope Glacius, telah menduduki kerusi Ketua Gereja pada tahun 492 Masihi iaitu 79 tahun sebelum kelahiran Nabi saw., di mana Baginda dilahirkan pada 571 Masihi. Pope berkenaan telah menyenaraikan kitab-kitab Injil yang diharamkan membacanya, di antaranya ialah kitab yang dipanggil Injil Barnaba. Satu-satunya naskhah yang tekenal sekarang adalah naskah Itali yang terapat di dalam perpustakaan Di Raja Viena. Ia dianggap kesan sejarah yang paling berharga di mana naskhah ini mempunyai 225 muka surat yang tebal daripada kertas yang dibuat daripada kapas dan dijilid dengan kertas yang kukuk serta dibalut dengan kulit. Orang pertama yang menjumpai naskhah ini adalh Kremer, Menteri Raja Prusia sewaktu beliau menetap di Amsterdam. Beliau meminjam naskhah berkenaan pada tahun 1709 Masihi daripada perpustakaan salah seorang orang-orang kenamaan di Amsterdam. Selepas empat tahun kemudian pembesar Holand ini telah menghadiahkan naskhah terbabit kepada Prince Jugend Savoy yang berminat terhadap kesan-kesan sejarah. Naskhah ini kemudiannya berpindah bersama bahan-bahan perpustakaan Prince berkenaan ke perpustakaan di Raja Nemsa.

Sesungguhnya telah didapati naskhah yang lain di Spanyol pada awal kurun ke-18 di dalam 220 muka surat yang mengandungi 222 fasal. Naskhah ini telah sampai ke tangan seorang orientalis bernama Sale, kemudiannya berpindah ke tangan Doktor Mancius yang merupakan salah seorang anggota sebuah fakulti di Oxford. Beliau lalu menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.

Perkhabaran-perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba yang menyebut tentang Nabi saw adalah seperti berikut:

  1. Di dalam Barnaba (17/22-23) Isa Al-Masih berkata: “Akan datang selepasku kemegahan sekelian nabi-nabi dan wali-wali, dia akan keluar sebagai cahaya yang menerangi kegelapan-kegelapan yang menyulubungi perkataan para anbiya’, kerana dia adalah Rasulullah (utusan Allah).
  2. Di dalam Barnaba (36/6) Isa Al-Masih berkata: “Sesungguhnya telah datang segala anbiya’ kecuali Rasulullah yang akan datang selepasku, kerana bahawasanya Allah mengkehendaki berlakunya demikian sehinggalah aku yang akan menyediakan jalannya.”
  3. Di dalam Barnaba (42/13) ketika Isa Al-Masih di tanya adakah beliau rasul yang ditunggu-tunggukan itu? Beliau menjawab dengan katanya: “Sesunguhnya mukjizat-mukjizat yang Allah lakukan ke atas dua tanganku menunjukkan bahawa aku berkata-kata mengikut apa yang dikehendaki Allah. Tidaklah sekali-kali aku mengira diriku sebanding dengan orang yang kamu tanya mengenainya, kerana bahawasanya aku tidak layak untuk menghurai ikatan-ikatan kasut atau tali-tali sepatu Rasulullah yang kamu namakannya sebagai Mesiyyah (Utusan) itu. Dia dicipta sebelumku dan akan datang selepasku, dia akan membawa kata-kata kebenaran dan tidak ada bagi ugamanya itu kesudahan.”

Kebanyakan teks-teks di atas dan juga kesemua teks-teks Injil Barnaba menerangkan bahawa nabi yang ditunggu itu adalah Nabi Muhammad saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as dan ugamanya akan tersebar luas lagi diikuti, sedangkan kita tidak pernah mendengar tentang ugama yang tersebar serata dunia setelah Nabi Isa as melainkan ugama Islam.

Perkhabaran-perkhabaran di dalam kitab-kitab lain.

Bukanlah kitab-kitab umat dahulu kala hanya terbatas kepada kitab-kitab suci yang diturunkan daripada langit sahaja, bahkan termasuk di dalamnya kitab-kitab yang menjangkau usia yang lama. Diantaranya ialah kitab-kitab suci Ugama Hindu dan bilangannya amat banyak, tetapi secara umumnya ia terbahagi kepada empat bahagian:

  1. Kitab Veda, yang bererti: Pengetahuan
  2. Upanisyad
  3. Purana, yang bererti : Usia Lampau
  4. Brahmana Granat

Sesungguhnya kitab-kitab suci ini ditulis di dalam bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa India Kuno. Tidak mengetahui bahasa ini sekarang melainkan hanya sami-sami Hindu.

Kitab Veda adalah dianggap sebagai kitab yang paling suci di antara segala kitab dan ia juga dikira sebagai kitab yang tertua di mana para ahli cendiakawan mereka berselisih pendapat mengenai tarikh penulisannya. Kebanyakan pendapat rata-rata mengatakan ianya ditulis sekitar 2000 atau 3000 tahun sebelum Masihi. Kitab Veda terbahagi kepada empat iaitu: Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.

Di dalam Sama Veda (2:6,8) terdapat sebutan mengenai Nabi saw secara terang-terangan di mana teks itu berbunyi: “Telah menerima Ahmad syariat ugamanya daripada tuhannya. Syariat ini keseluruhannya adalah hikmat. Sesungguhnya aku akan menerima daripadanya cahaya seperti cahaya matahari yang sempurna”.

Adapun Kitab Purana yang boleh kita terjemahkannya sebagai “Kitab-kitab Orang Dahulu Kala” disebabkan ertinya adalah “Usia Lampau”, ia merupakan kitab yang paling banyak tersebar di antara kitab-kitab suci lain. Ia membicarakan tentang cerita-cerita dongeng yang berkaitan dengan permulaan kejadian makhluk, kehidupan dewa-dewa dan raja-raja. Ia merupakan kitab yang paling banyak bilangannya, hampir empat puluh kitab semuanya. Di antaranya himpunan kitab yang dinamakan “Maha Purana” yang bererti Kitab Purana yang terbesar di mana ia terdiri daripada lapan belas buah kitab. Di antaranya lagi himpunan kitab yang dinamakan Upa Purana iaitu Kitab Purana  tambahan atau yang kedua dan ia terdiri daripada 18 buah kitab juga. Di sana terdapat empat buah kitab yang lain, salah satu daripadanya yang akan kita perkatakan mengenainya iaitu Kitab Pahaveshia Purana yang bererti “Purana Masa Hadapan”. Kitab ini menyebut tentang Nabi Adam as dan Hawa dengan panggilan Adaman dan Haryavati dan juga tentang keturunan mereka. Kitab ini juga menyebut tentang Nabi Isa as dengan panggilan “Anak Tuhan” dan turut menyebut tentang Nabi Muhammad saw. Golongan Hindu menganggap bahawa teks-teks tersebut suatu pembohongan yang diadakan dan dimasukkan pada zaman Raja India bernama Akbar yang berusaha untuk menyatukan semua ugama, tetapi mereka tidak mempunyai bukti terhadap perkara itu, hanya dakwaan semata-mata. Sedangkan teks tersebut masih wujud sehingga hari ini.

Berikut adalah teks mengenai perkhabaran yang menyebut nama Nabi saw di dalam kitab Pahaveshia Purana (Barti Saraj Barap ke-3: 303 ayat yang ke-5) berbunyi: “Akan muncul Malitsyaha (seorang asing yang bukan berbangsa Hindi) sebagai guru rohani bersama pengikut-pengikutnya. Beliau dikenali dengan nama Muhammad Raja, setelah dianugerahkan Mahadeva berbangsa Arab ini pembasuhan di dalam Panjajavia dan air Janaj (penyucian daripada dosa). Sesungguhnya orang yang mempersembahkan hadiah-hadiah kepadanya menguatkan lagi kebenaran, dan aku melihatnya dengan penuh penghormatan sambil berkata: “Aku jadikan bagi engkau segala kemuliaan, wahai kemegahan padang pasir! Wahai yang mendiami bumi Arab! Demi sesungguhnya engkau telah menghimpun kekuatan yang besar untuk memerangi syaitan dan engkau adalah terpelihara daripada musuh-musuh dari golongan Malitsyaha (orang-orang asing yang bukan berbangsa Hindi, yang dimaksudkan ialah golongan kafir Quraish). Wahai gambaran tuhan yang tertinggi dan tuhan yang terbesar! Aku adalah hamba kepadamu, pimpinlah daku seperti seorang yang tercampak diantara dua kakimu”.

“Sesungguhnya golongan Malitsyaha telah mengusir syaitan yang sesat (Abrahah berbangsa Habsyi) yang telahku bunuh dan akan muncul pada kali yang lain seorang yang diutuskan daripada musuh yang kuat supaya mereka dapat melihat jalan yang lurus dan supaya diberikan mereka hidayat yang diketahui melalui Muhammad yang aku berikan kepadanya gelaran Brahma. Dia seorang yang bertungkus lumus menarik golongan Bhesaji kepada jalan kebenaran”.

“Wahai Raja! Tidak perlu engkau pergi kepada bumi golongan Bhesaji yang jahil itu bahkan engkau menjadi sebagai seorang yang menyucikan dengan anugerahku di mana sahaja engkau berada”. Pada suatu malam dengan peraturan daripada langit akan adanya seorang lelaki yang bersangatan kuat. Di dalam rupa seorang Bhesaji dia berkata kepada Raja Yahuja: “Wahai Raja! Sesunggunya Aryadaharmak telah dicipta untuk menguasai seluruh ugama, tetapi sebagai menepati wasiat-wasiat Asywar Barmatama maka sesungguhnya aku akan menguatkan akidah yang teguh bagi golongan yang memakan daging. Sesungguhnya orang yang mengikutiku akan menjadi seorang lelaki yang berkhatan, tidak mempunyai ekor rambut (iaitu rambut yang dibuat oleh sami-sami di bahagian belakang seperti ekor) yang melepaskan janggut, lagi melakukan kebangkitan, yang melaungkan seruan kepada sembahyang dan dia akan menjadi seorang yang memakan yang halal, ia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak mencari kesucian pada tempat-tempat suci tetapi mereka menyucikan diri melalui peperangan dengan memerangi umat-umat yang tidak berugama. Sesungguhnya mereka dipanggil sebagai golongan Muslimani dan aku akan menjadi sebagai penegak kepada ugama ini yang merupakan ugama bagi umat yang memakan daging.”

Telah benar Allah Yang Maha Agung di mana dia berfirman: “Sesungguhnya demikian itu ada tersebut di dalam kitab-kitab orang yang dahulu kala.” (As-syu’ara : 196).

Seorang pendita hindu bernama Propesor Pandit Vedaprakash Upadhyay telah mengarang sebuah buku yang diberi tajuk: ‘Penjelmaan Kalki’ dan beliau menyebut di dalamnya bahawa kitab-kitab suci mereka menyebut bahawa nama bapa “Kalki” ialah “Bhagath Vishnu” yang bermaksud: “Hamba tuhan” di mana Vishnu bererti “tuhan” dan Bhagath bererti ‘hamba’. Ini menepati nama bapa Nabi saw iaitu Abdullah (Hamba Allah), sebagaimana nama ibu Kalki pula ialah Sumanib yang bermaksud: Ketenangan, kesejahteraan atau keamanan. Ini menepati nama ibu Nabi saw iaiti Aminah. Di antara sifat-sifat Kalki ialah beliau mempunyai kuda yang boleh terbang ke permukaan langit dan ini menepati binatang Buraq, sebagaimana Kalki adalah dilahirkan dikepulauan pada hari yang ke-12. Sesungguhnya Nabi saw juga lahir pada kepulauan Arab pada hari yang kedua belas Rabiul Awal. Disebut juga bahawa makanan Kalki adalah buah tamar dan zaitun dan beliau adalah manusia yang paling benar, paling beramanah dan beliau sentiasa membawa pedang.

Sememangnya penganut-penganut Hindu menyandarkan di dalam kitab-kitab mereka kepercayaan terhadap dewa-dewa dan kepercayaan-kepercayaan karut, mereka juga mempercayai bahawa Kalki itu adalah jelmaan dewa-dewa, dia adalah yang awal dan yang akhir di mana dia adalah dewa yang sangat berkuasa, di lahirkan dari keluarga Hindu.

Tulisan ini merupakan tinjauan terhadap perkhabaran-perkhabaran gembira yang terdapat di dalam kitab-kitab suci di sisi umat-umat yang terdahulu. Semoga Allah memberi hidayat dengannya kepada mereka yang masih tidak beriman dengan Nabi kesudahan yang dijanjikan iaitu Muhammad saw dan Semoga Allah menambahkan keyakinan kepada orang-orang yang mengikutinya terhadap ugama mereka sehingga mereka akan mewarisi bumi keseluruhannya, menepati firman Allah yang berbunyi: “Supaya menjadi yakin oleh mereka yang diberikan kitab dan bertambah keimanan orang-orang yang telah beriman dan supaya tidak merasa ragu oleh orang-orang yang diberikan kitab dan orang-orang yang beriman.” (Al-Mudassir : 31)

DARIPADA MAJALAH “AN-NUR AL-MUHAMMADI” Bilangan ke-4,2007M/1428H)

Keluaran : Maktabah Darul Jawamiul Kalim

Penterjemah:

Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim

Jun 2009M / Jumada Akhir 1430H

Berita kelahiran nabi Muhammad s.a.w dalam kitab dahulu – Siri 1

Saringan Buah Pena Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir)

 

Dengan nama Allah dan Kepujian hanya bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Sayyidina Rasulullah saw dan keluarganya, sahabat-sahabatnya serta mereka yang mengikutinya.

Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya banyak telah kami membicarakan tentang kenabian Nabi saw dan perilaku-perilaku Baginda daripada sumber-sumber ugama kita yang kuat lagi dipercayai, dan kami ingin pada kali ini untuk melihat kenabian Nabi saw di dalam kitab-kitab umat dahulu. Kenapakah umat Islam berkeyakinan bahawa Nabi saw telah disebut di dalam kitab-kitab terdahulu?

Sesungguhnya asas keimanan kita yang teguh terhadap kepastian terdapat sebutan mengenai Nabi saw di dalam kitab-kitab terdahulu (walaupun kita berkeyakinan bahawa ianya telah diubah) adalah perkhabaran dari Allah swt kepada kita mengenai perkara tersebut di dalam Al-Quran di mana firmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang yang mengikut Rasulullah, Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) yang mana mereka dapati tertulis (nama dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara baik dan melarang mereka daripada perkara-perkara keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan ke atas mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan daripada mereka bebanan dan belengu-belengu yang ada pada mereka”. (al-A’raf:157)

Maka jelas di dalam ayat ini bahawa Nabi saw disebut di dalam kitab Taurat dan Injil. Demikian lagi firmanNya :

“Ia (Al-Quran) dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu supaya engkau (wahai Nabi Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia), (ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. Dan sesungguhnya demikian itu tersebut di dalam kitab-kitab orang yang dahulu kala. Adakah tidak menjadi keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta Bani Israel mengetahui tentang kebenarannya itu?” (as-Syuara’:194-197)

Ayat-ayat ini menerangkan bahawa al-Quran dan penurunannya ke atas Nabi saw ada tersebut di dalam kitab-kitab umat terdahulu dan para pendeta bani Israel mengetahui tentangnya. FirmanNya:

“Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang mengadah ke langit maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah wajahmu ke arah Masjid Haram (tempat letaknya Kaa’bah), dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka-muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan kitab (Yahudi dan Nasrani) mengetahui bahawa ia adalah perintah yang benar dari tuhan mereka. Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang mereka lakukan”. (Al-Baqarah;144)

Di dalam ayat ini menunjukkan bahawa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) mengetahui pemalingan kiblat seperti yang akan kami sebutkan nanti. Pada apa yang akan dipaparkan ini, kita dapat melihat khabar-khabar gembira tentang Nabi saw di dalam kitab Perjanjian Lama.

 

Khabar-khabar Gembira Tentang Nabi SAW di dalam Perjanjian Lama

Perjanjian Lama adalah kitab yang dipercayai oleh kaum Yahudi sebagai satu-satunya wahyu tuhan. Ia merupakan kitab suci bagi mereka. Panggilan Kitab Taurat ditujukan kepada lima bahagian daripada Kitab Perjanjian Lama itu, walaupun ianya tidak ada kaitan langsung dengan Kitab Taurat sebenar, kecuali beberapa ayat yang berselerak yang masih kekal daripada Taurat yang asal.

Adapun yang baki daripada Kitab Perjanjian Lama, ianya ditulis selepas zaman Nabi Musa a.s. diselangi masa yang lama sehingga beratus-ratus tahun. Kebanyakkan daripadanya berkenaan sejarah kebangsaan bagi umat Yahudi.

Mengenai pengarang-pengarangnya sudah tentu dengan pasti mereka bukanlah nabi-nabi sepertimana disandarkan kitab-kitab tersebut kepada nama-nama mereka. Ia tidak lebih daripada sangkaan semata-mata ataupun angan-angan.

Sesungguhnya Kitab Perjanjian Lama ini telah pun diterjemah kepada bahasa Yunani pada kurun ke-3 sebelum masihi di Iskandariah (Mesir) pada zaman pemerintahan Iskandar yang agung (Alexander The Great) dan selepasnya. Terjemahan bahasa Yunani ini dipanggil dengan nama Sab’iiniyyah dan ia merupakan terjemahan yang menjadi ikutan kepada pengarang-pengarang Kitab Perjanjian Baru selepas daripadanya.

Kitab Perjanjian Lama ini atau lebih dikenali dengan Kitab Suci Yahudi adalah turut menjadi kepercayaan kepada umat Nasrani (Kristian) tetapi bukanlah dengan anggapan bahawa ia satu-satunya kitab daripada tuhan bahkan mereka menganggapnya sebagai satu bahagian daripada kitab suci mereka. Adapun kaum Yahudi tetap mereka tidak mempercayai Kitab Perjanjian Baru, walau satu huruf daripadanya.

Sesungguhnya Kitab Perjanjian Lama mempunyai beberapa bahagian kitab, di mana setiap kitab-kitab tersebut disandarkan kepada nama seorang nabi dari kalangan nabi-nabi a.s. Ianya dimulakan dengan lima kitab yang pertama yang dianggap sebagai kitab Taurat, kemudian kitab yang disandarkan kepada Nabi Yashyu’ a.s dan berakhir dengan kitab yang disandarkan kepada Mulakhi.

Kitab suci Yahudi ini atau Perjanjian Lama mengandungi 39 kitab seperti berikut:

  1. At-Takwin
  2. Al-Khuruj
  3. Al-Lawiyyin
  4. Al-Adad
  5. Al-Tasniyyah
  6. Yashyu’
  7. Al-Qudhoh
  8. Rau’uhs
  9. Samuel (1)

10.Samuel (2)

11. Al-Muluk (1)

12.Al-Muluk (2)

13.Al-Ayyam (1)

14. Al-Ayyam (2)15.Azra16.Nahmiya17.Istiyar18.Ayyub19.Al-Mazamir

20.Al-Amsal

21.Al-Jamiah

22.Al-Insyad

23.Ashi’ya

24.Armiya

25.Al-Mara’ie

26.Hizqieal

27.Danial28.Hushya’29.Yunil30.A’Mus31.U’badiya32.Yunan

33.Mikha

34.Nahum

35.Habquq

36.Shopniya

37.Hijie

38.Zakariyya

39.Mulakhi

Sesungguhnya telah disebut tentang Nabi saw di dalam Kitab Perjanjian lama mengenai nama Baginda, sifatnya dan qabilahnya lebih daripada sekali pada beberapa tempat, di antaranya:

1. Tersebut di dalam Kitab At-Takwin (29/10) yang merupakan awal-awal himpunan Kitab Perjanjian Lama, berbunyi: “Sentiasalah tongkat Kerajaan atau hukum Syariat berada di hadapan Yahuza sehinggalah datang Shayaluh dan akan tunduk kepadanya seluruh umat.”

Ini bermaksud kekuasaan memerintah dan kenabian tidak akan pupus daripada Yahuza dan keturunannya sehinggalah datang seseorang yang tertentu dengan sifat kekuasaan dan kenabian dan seluruh umat akan tunduk patuh kepadanya. Tidak diketahui di dalam catatan sejarah bahawa ada seorang nabi yang menguasai permukaan bumi dan umat-umat keseluruhannya tunduk kepadanya selepas daripada Yahuza (anak lelaki Nabi Ya’kub) melainkan Rasulullah saw.

2. Tersebut di dalam Perjanjian Lama pada naskhah yang telah diteliti isinya yang menjadi induk (RSV) di mana ianya telah dikeluarkan oleh pertubuhan Kitab Suci Britan di dalam Kitab At-Tasniyyah (18/18) termaktub di dalam catatan yang dihadapkan kepada Nabi Musa a.s. daripada tuhannya, berbunyi: “Daku akan mengutus kepada mereka (Bani Israel) seorang nabi dari kalangan saudara-saudara mereka seperti engkau dan akanKu jadikan kalamKu pada mulutnya.”

Barangkali khabar gembira ini menunjuk kepada perpindahan kenabian daripada Bani Israel kepada bangsa Arab. Ini kerana, sekiranya nabi yang dimaksudkan itu dari kalangan Bani Israel nescaya tentulah berbunyi: “Daku akan mengutus kepada mereka (Bani Israel) seorang nabi dari kalangan mereka”, tetapi apa yang tercatat adalah perkataan : “Dari kalangan saudara-saudara mereka”. Ini merujuk kepada bangsa Arab kerana Nabi Ismail as yang merupakan datuk kepada bangsa Arab adalah saudara kepada Nabi Ishak yang merupakan datuk kepada bangsa Israel. Kita tidak pernah mendengar tentang seorang nabi yang diutuskan sebagai Rasul dari kalangan bangsa Arab selain daripada Nabi Muhammad saw.

3. Dalam membicarakan tentang nabi yang ditunggu-tunggu yang akan membawa syariat yang diberkati, di dalam kitab yang sama (Kitab At-Tasniyyah (23/2) berbunyi: “Datangnya cahaya daripada tuhan dari Sina dan menjelang naik kepada mereka dari Saa’yar dan berkilau-kilauan dari bukit Faran dan datang bersama-samanya sepuluh ribu orang-orang suci sedangkan syariat yang bercahaya pada tangan kanannya.”

Ini menunjuk kepada tiga tempat datangnya wahyu yang        terbesar iaitu Sina tempat wahyunya Nabi Musa as, Sa’ayar tempat wahyunya Nabi Isa as dan Faran iaitu Mekah dan bumi Hijaz yang didiami Nabi Ismail as. Yang mengatakan Faran itu adalah Mekah adalah Kitab Perjanjian Lama itu sendiri di mana telah tersebut pada tempat yang akhir di dalam membicarakan tentang Nabi Ismail as yang berbunyi: “Sentiasa Allah bersama kanak-kanak itu (Nabi Ismail as) lalu dia menjadi dewasa dan tinggal di padang pasir, dia membesar sebagai seorang yang pandai memanah dan mendiami di padang pasir Faran. Ibunya telah menjodohkannya dengan seorang perempuan dari bumi Mesir.” – Kitab At-Takwin (21/20-21)

Sepuluh ribu orang-orang suci tersebut adalah bilangan sahabat-sahabat Nabi saw ketika pembukaan Mekah. Jika tidak, siapakah nabi yang diwahyukan di Bukit Faran (Mekah) yang datang bersama sepuluh ribu pengikutnya itu?

4. Di dalam Kitab Habquq (3/3) berbunyi: “Seorang yang suci dari Bukit Faran keagungannya meliputi langit dan bumi di mana langit dan bumi penuh dengan kepujiannya”.

5. Di dalam Kitab Ashi’ya (42/11-13) berbunyi: “ Supaya  berkumandang di padang pasir dan Bandar-bandar akan suaranya. Itulah negeri-negeri yang didiami oleh Qaidar, tempat tinggal seorang yang perkasa. Supaya mereka melaungkan dari puncak-puncaknya dan mengagungkan seorang pemimpin serta mereka menzahirkan kepujiannya di seluruh kepulauan. Sesungguhnya pemimpin itu akan keluar sebagai seorang yang perkasa dan menyebarkan keberanian sebagai pahlawan perang. Dia akan disebut-sebut dan dilaungkan namanya. Dia akan mendapat kemenangan ke atas musuh-musuhnya”.

Di sini terdapat isyarat menunjuk kepada peribadi Qaidar yang merupakan anak lelaki Nabi Ismail as di mana dari kalangan anak cucunya adalah bangsa Quraish yang lahir daripadanya Nabi saw. Juga terdapat isyarat yang menunjukkan kepada azan dan penyebutan Nabi saw di dalam azan dan pengagungan terhadapnya, juga tentang perang jihadnya dan kemenangannya mengalahkan musuh-musuhnya di dalam peperangan-peperangannya itu. Sesungguhnya catatan sejarah tidak mengetahui seorang nabi daripada bumi yang didiami Qaidar yang dilaungkan namanya dari puncak-puncak bukit yang terlibat di dalam peperangan-peperangan dan mendapat kemenangan ke atas musuh-musuhnya melainkan Rasulullah saw. Jika ianya bukan Baginda saw maka cubalah penafsir-penafsir Kitab Perjanjian Lama sebutkan kepada kami siapakah yang dimaksudkan itu?!!

6. Di dalam Kitab Ashi’ya (60-1-2, 6-7) berbunyi: “Bangkitlah! Sesungguhnya telah tiba cahayamu, keagungan tuhan telah terbit ke atasmu. Inilah dia kegelapan yang menyelubungi bumi dan sekelian umat. Adapun engkau sesungguhnya cahaya daripada tuhan menyelubungimu dan memperlihatkan keagungan ke atasmu, lalu seluruh umat akan berjalan di dalam cahayamu dan raja-raja di dalam cahaya ketibaanmu. Akan meliputi kepadamu unta-unta dalam bilangan yang banyak, unta-unta negeri Madyan dan Aiyfa, semuanya datang dari Syaiba membawa emas dan haruman. Semua kambing biri-biri Qaidar berkumpul kepadamu dan binatang-binatang Kibas dari Nabayut akan berkhidmat kepadamu di mana ianya diterima naik ke atas tempat penyembelihanKu, dan nanti akan dimuliakan rumah keagunganKu”.

Ini adalah khabar gembira yang menyebut tentang kambing biri-biri Qaidar yang akan diterima sebagai sembelihan kerana Allah dan akan dimuliakan rumah keagunganNya (Kaa’bah). Manakah kambing biri-biri Qaidar yang disembelih di sisi rumah yang mulia yang telah lama usia di Baitullah Al-Haram Mekah selain apa yang berlaku pada zaman Nabi saw.

7. Di dalam kitab Ashi’ya (21/13-17) berbunyi: “Sesungguhnya wahyu dari pihak negeri-negeri Arab pada bumi yang berlekuk-lekuk (tanah tidak rata). Pada negeri-negeri Arab terdapat golongan Tabietien, wahai rombongan-rombongan dari tempat yang berhampiran! berilah air ketika bertemu orang yang dahaga, wahai penghuni-penghuni bumi padang pasir! dan berikanlah roti kepada orang yang lari. Sesungguhnya mereka telah melarikan diri daripada pedang-pedang dan busur-busur panah yang diikat dan daripada huru-hara peperangan. Sesungguhnya beginilah seperti yang dikatakan oleh tuhan, pada tempoh setahun (seperti tahun pekerja yang diberi upah) akan gugur semua keagungan Qaidar dan segala busur panah daripada pahlawan-pahlawan keturunan Qaidar akan lenyap”.

Di sana terdapat ikatan yang jelas di antara dua perkhabaran ini dan di antara apa yang disebut di dalam Kitab At Tasmiyyah dahulu yang membicarakan tentang cahaya yang bergermelapan. Sesungguhnya Nabi Ismail as telah mendiami bumi Faran yang dilahirkan padanya Qaidar yang merupakan datuk yang teratas bagi bangsa Arab. Telah ditetapkan ke atas anak cucu Qaidar bahawa mereka akan didatangi wahyu daripada Allah swt dan akan dipersembahkan binatang-binatang korban sebagai mengagungkan rumah Allah swt kerana sesungguhnya kegelapan telah meliputi bumi pada kurun-kurun yang lampau, sebagaimana juga yang telah ditetapkan ke atas anak cucu Qaidar dan pemanah-pemanah serta pahlawan-pahlawan mereka bahawa mereka semua akan lenyap di antara tahun pertama selepas hijrah di hadapan pedang yang terhunus dan busur panah yang diikat. Adakah di sana peribadi yang lain yang dimaksudkan daripada perkataan ini selain Muhammad saw? Seperti itu juga kisah sepuluh ribu orang-orang suci yang tersebut di dalam kitab At-Tasniyyah yang mengandungi maksud yang penting. Ini kerana peristiwa pembukaan Mekah adalah satu-satunya peristiwa penting di dalam sejarah bumi Faran yang membuktikan kebenaran kisah berkenaan, di mana Rasulullah saw memasuki Mekah dengan mengetuai sepuluh ribu pengikut-pengikutnya yang beriman menuju ke Baitullah sedang pada tangan kanannya kesudahan segala Syariat.

8. Ketika Bani Israel pulang ke tempat peribadatan (Baitul Muqaddis) setelah mereka bebas daripada tawanan bangsa Babylon dan mendapat keizinan Raja Kisra Qaurus berbangsa Parsi yang telah membebaskan mereka dan menguasai Baitul Muqaddis ketika itu, Allah telah mengutuskan Nabi Hijie untuk memberi berita gembira kepada perhimpunan manusia tentang perutusan yang penting berbunyi: “Akan Daku goncangkan seluruh umat dan akan datang Hamadah kepada seluruh umat dan akan Daku penuhi rumah ini dengan kemuliaan, demikianlah yang dikatakan oleh tuhan semesta alam. Hanya bagiku emas dan perak, demikianlah yang dikatakan oleh tuhan  semesta alam. Sesungguhnya kemuliaan rumah yang akhir adalah lebih agung daripada kemuliaan rumah yang pertama, demikianlah yang dikatakan oleh tuhan semesta alam. Di tempat inilah akan Daku kurniakan Syalum, demikianlah yang dikatakan oleh tuhan semesta alam.” Kitab Hijie (9/7-9).

Di dalam terjemahan Kitab Suci, perkataan Hamadah dan Syalum yang merupakan dua perkataan di dalam bahasa Ibrani (Hebro) telah diterjemahkan dengan erti keamanan dan kesejahteraan secara berturut-turut. Ini adalah sesuatu yang tidak tepat, jika tidak nescaya perkhabaran ini menjadi suatu harapan yang penuh kesamaran dan tidak mempunyai mesej yang jelas. Sesungguhnya perkataan Hamadah dan Syalum sebenarnya memberi gambaran yang halus kepada makna perkataan Ahmad dan Islam. Teks di dalam bahasa Ibrani (Hebro) berbunyi: “Fie Ya Fu Hamadah Kaul Hajuyiem” yang bermaksud: “Akan datang Hamadah kepada seluruh umat.”

9. Pada bahagian akhir segala Kitab Perjanjian Lama kita akan dapati perkhabaran yang lain daripada Kitab Mulakhi (3/1) berbunyi: “Akan Daku utuskan rasulKu lalu dia akan menyediakan jalan di hadapanKu dan secara tiba-tiba dia akan mendatangi Haikal (Baitul Muqaddis). Dialah pemimpin yang kamu mencari-carinya, rasul yang dijanjikan yang mana kamu sukacita terhadapnya. Sesungguhnya dia pasti akan tiba. Demikianlah yang dikatakan oleh tuhan semesta alam”.

Tidakkah terbukti kebenaran perkhabaran tentang kedatangan pemimpin yang dimaksudkan secara tiba-tiba ke tempat Haikal (Masjidil Aqsa) melainkan ketika Nabi Muhammad saw menziarahinya di malam Israk dan Mikraj di mana Baginda berhimpun dengan sekelian para nabi di tempat berkenaan. Maka inilah bukti yang membenarkan perkhabaran tersebut.

10.  Di dalam Kitab Danial (7/14) mengisyaratkan tentang Nabi saw     dan keluasan kerajaannya di mana ia berkata: “Sekelian bangsa dan umat di bumi akan tunduk kepada Barnashya”.

Di sana tidak ada seseorang yang menguasai negeri-negeri dan menyebarkan agamanya di mana segala jenis bangsa dan umat di muka bumi termasuk Rom dan Parsi tunduk kepadanya selain Nabi Muhammad saw.

11. Di dalam Kitab Danial (7/27) lagi mengisyaratkan tentang kekuasaan orang-orang yang beriman selepas Nabi saw, di mana ia berkata: “Kerajaan dan kekuasaan di bawah langit akan diberikan kepada bangsa-bangsa di kalangan orang-orang yang beriman”.

12. Kami sudahi perkhabaran-perkhabaran daripada Kitab Perjanjian Lama dengan Kitab Armiya (9/28), ketika mana Armiya ditanya tentang Nabi yang sebenar beliau menjawab: “Sesungguhnya dia adalah Nabi yang akan membawa khabar gembira mengenai agama Islam”.

Tidak pernah ada seorang nabi yang membawa suatu ugama dengan nama ugama Islam melainkan Nabi saw.

Bersambung ke……. ‘Siri kedua’……

DARIPADA MAJALAH “AN-NUR AL-MUHAMMADI”     Bilangan ke-4, 2007M / 1428H)

Keluaran : Maktabah Darul Jawamiul Kalim

 

Penterjemah:

                   Nik Mohd Shahrail Bin Nik Ibrahim

                  Jun 2009M / Jumada Akhir 1430H 

Hari Kekasih rosakkan aqidah dan akhlak

Oleh Mohd Fadly Samsudin

ISLAM tidak pernah meng iktiraf Hari Kekasih atau Valentine’s Day malah sambutannya adalah perbuatan keji kerana menjurus kepada pelbagai perlakuan dosa termasuk zina.

Kasih sayang dalam Islam diwujudkan bagi mengerat kan hubungan silaturahim, melawat ketika ada di antara mereka yang sakit, membantu ketika ditimpa kesusahan serta menyatukan mereka yang bertelagah.

Jika ada umat Islam yang pernah atau bercadang untuk meraikan sambutan Hari Kekasih yang diadakan pada 14 Februari itu, mereka perlu segera bertaubat!

Amat menyedihkan kerana segala maklumat serta seruan Islam berkaitan pengharaman sambutan Hari Kekasih itu sudah diperjelaskan dan disebarkan tetapi mereka tetap ingkar.

Bukti dapat disaksikan apabila terdapat sejumlah daripada mereka dicekup pihak berkuasa kerana memadu asmara di hotel, rumah sewa atau rumah tumpangan.

Biasanya sambutan itu diraikan pasangan dengan penuh unsur maksiat seperti keluar berdua-duaan, berpeleseran sehingga membawa pasangan melakukan hubu ngan seks.

Perbuatan yang mereka lakukan itu diibaratkan sebagai ‘persembahan’ membuktikan kesetiaan cinta mereka. Tarikh itu dianggap hari ‘meraikan’ kisah cinta mereka dan sudah tentu apa saja kemahuan serta pujuk rayu akan dipenuhi pasangan masing-masing.

Kenapakah anak muda di negara ini terlalu ghairah meraikan hari itu? Barangkali mereka merasakan itu hanya perbuatan bagi mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari berkenaan.

Cukuplah kerana sambutan Hari Kekasih yang dibawa oleh orang Barat itu tanpa disedari boleh merosakkan akidah serta akhlak umat Islam terutamanya golongan remaja.

Meraikan hari tertentu tanpa memeriksa latar belakang perayaan itu pastinya menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Jelas budaya perayaan itu mempunyai unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di Malaysia, larangan me nyambut Hari Kekasih selaras dengan fatwa hasil Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 20-21 Syawal 1426H bersamaan 22-24 November 2005 di Kuching, Sarawak, yang menetapkan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.

Islam melarang umatnya terbabit secara langsung dengan sambutan itu atau duduk dalam majlis yang mempersendakan Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mende ngar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka ja nganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguh nya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam” (Surah An-Nisa ayat 140).

Memberikan hadiah bersempena Hari Kekasih  menjadi haram malah mengirim ucapan cinta atau kasih sempena Valentine juga dilarang oleh ulama.

Berdasarkan sejarah, Valentine ialah seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol.

Dia antara individu yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.

Sebab itu, ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kemenangan Kristian terhadap Islam. Sesiapa yang merayakannya seolah-olah mereka gembira dan merestui kekalahan umat Islam di Sepanyol.

Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun. Itu sebabnya umat Islam perlu sensitif dan mengambil berat isu ini supaya ia tidak dijadikan amalan atau jalan untuk cuba meraikannya walau dengan apa cara sekalipun.

Sepatutnya budaya negatif Barat seperti menikmati hiburan dan keseronokan secara berlebih-lebihan itu tidak wajar diikuti. Jangan dibiarkan budaya dan tatacara Islam dipinggirkan dengan mengagung-agungkan budaya ciptaan yang boleh meruntuhkan bangsa dan identiti negara.

Ibu bapa perlu memainkan peranan memantau aktiviti dan hubungan sosial anak-anak dalam memastikan mereka tidak menghadiri sebarang sambutan Hari Kekasih.

Pendapat lain mengaitkan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, iaitu upacara pe nyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari.

Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bernama Juno Februata. Pada hari itu, pemuda Rom memilih nama gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak, kemudian mereka mencabut nama daripada kotak itu secara rawak.

Nama gadis yang dicabut akan menjadi pasangan dan hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindu ngan Dewa Lupercalia daripada gangguan serigala dengan menyembelih anjing dan kambing.

Kemudian mereka memilih dua pemuda Rom paling gagah bagi menyapukan darah binatang itu ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Selepas itu, perarakan besar-besaran diketuai dua pemuda itu akan memukul orang ramai di laluan dengan kulit binatang dan wanita berebut menerima pukulan kerana menganggapnya bagi menambah kesuburan mereka.

Justeru, remaja Islam negara ini diharap tidak mengagung-agungkan sambutan Hari Kekasih kerana ia mendorong mereka terjerumus ke lembah maksiat.

Masyarakat Barat mungkin beranggapan dengan cara itu umat Islam boleh dilalaikan dan mereka akan terdorong melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan maksiat dengan pasangan tanpa batasan.

Agenda itu memberi kejayaan besar kepada mereka kerana mampu mengatur umat Islam mengikut acuan mereka. Situasi itu akan mendorong kepada pembentukan akhlak dan peribadi yang buruk kepada generasi muda apabila terdedah de ngan perbuatan tidak sihat.

Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah yang benar selagi itulah anasir luar cuba memesong kan hala tuju ummah agar kecundang.

Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Rani Awang Besar berkata, paling dibimbang kan kini ialah kurangnya ketahanan ilmu dan rapuhnya akidah umat Islam sehingga begitu mudah mereka diperdayakan.

“Sambutan Hari Kekasih ini datangnya dari Barat yang mahu merosakkan akidah, fahaman serta budaya umat Islam. Pesan Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan itu.”

“Tidak kiralah sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau wanita, mereka perlu sedar supaya tidak mudah terikut-ikut dengan budaya salah yang dibawa dari Barat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai umat Islam mereka perlu meletakkan kasih kepada Allah dan Rasul sebagai yang paling utama di samping berhak mengasihi mereka yang hampir seperti ibu bapa.

“Semua pihak perlu bergandingan dalam memperluaskan jaringan dakwah supaya umat Islam lebih faham apa yang mereka lakukan itu perlu diteliti sedalam-dalamnya kerana dibimbangi akan meng gugat akidahnya.

“Di Malaysia, alhamdulil lah maklumat mengenai sambutan Hari Kekasih ini jelas dan tersebar dengan cukup meluas. Diharapkan umat Islam mengambil serius pengharaman sambutan itu dan ia tidak dijadikan sebahagian daripada budaya kita,” katanya.

Mohamad Rani berkata sebutan ‘Valentine’ cukup indah diungkap namun ia tersingkap misi dan matlamat tersembunyi daripada musuh Islam.

“Musuh Islam sentiasa berusaha untuk memesongkan akidah serta jati diri umat Islam supaya kita menjadi umat yang kacau-bilau. Kembalilah mengamal kan perintah Allah dan memantap kan keimanan kita kepada ajaran Allah s.w.t.

“Untuk memantapkan akidah Islamiah, setiap individu perlu menyalurkan usaha secara berterusan dalam menuntut ilmu dengan menghadiri kelas pengajian dan sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, lekas menuding jari kepada golongan yang melakukan kesilapan juga satu kesalahan kerana kita dituntut untuk terus membimbing mereka dengan menggunakan pendekatan berbeza.

“Untuk menarik minat orang lain menerima apa yang kita sampaikan bukannya dengan cara kekerasan atau hanya tahu menyatakan kesalahan yang mereka lakukan.

“Tetapi semua itu hanya dapat dicapai melalui pendidikan secara berperingkat serta contoh teladan yang ditonjolkan daripada individu yang menyampaikan itu,” katanya.

4 Punca hati gelap atau terang

Empat faktor hati gelap

Perut sentiasa kenyang dan melebihi had kekenyangan;

Bersahabat dengan orang zalim:

Lupa dosa-dosa silam dan;

Panjang angan-angan

Empat faktor hati terang

Perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati;

Bersahabat dengan orang salih;

Mengingati dan menyesali dosa-dosa silam dan:

Pendek angan-angan

Hayati perjuangan Rasulullah s.aw , buang Valentine Day

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) selaku badan mahasiswa yang sentiasa menggerakkan isu-isu kemahasiswaan ingin mengajak seluruh mahasiswa, pemuda-pemudi dan umat Islam sekalian untuk tidak membudayakan sambutan Valentine Day.
Presiden Karisma, Khairul Fadhli Ismail berkata, mahasiswa sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan sambutan itu bahkan perlu turun padang memberikan penerangan kepada masyarakat tentang fakta-fakta yang sebenar.
Menurutnya, 14 Februari menjadi tarikh keramat buat pemuda-pemudi tidak kurang juga yang sudah bergelar suami mahupun isteri untuk meraikan dek publisiti dan promosi yang menguntumkan kemanisan.
Katanya, fakta menunjukkah salah satu kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahanan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine.
Lalu 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim.
“Bukankah dengan menyambutnya kita sendiri menghina agama kita yang suci?
“Kejinya jika begitu, lagi parah jika mahasiswa yang merupakan golongan intelektual turut terjebak dalam kehinaan ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada umat Islam sehingga mengikuti agama mereka membuktikan serangan dan doktrin itu akan berterusan.
Malah, ujarnya racun-racun hedonisme sudah berjaya menembusi umat Islam dan akibatnya turut menyebabkan kepada gejala sosial, percampuran lelaki perempuan, zina, pembuangan bayi dan lain-lainnya.
Tambahnya lagi, tanggal 14 Februari dicanang sehingga dijadikan kemestian untuk disambut dan diraikan menjerumuskan anak-anak muda ke jurang kebinasaan.
Jelasnya, seperti yang semua sedia maklum, antara sejarah lain menyebut sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine setiap 14 Februari sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.
Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau sebagai seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi agama kristian.
Walau apapun sejarahnya, tegasnya tetap tiada kepentingan dan bukan ciri-ciri orang beriman mencontohi budaya negatif orang musyrik.
“Malah dengan kehadiran Hari Maulidurrasul yang disambut di negara kita pada 15 Februari (12 Rabiul Awal) adalah jauh lebih bagus kita bersama-sama menghayati pengorbanan junjungan besar Rasulullah s.a.w serta para sahabat dalam mengubah ketamadunan dunia yang memberikan kemanisan sehingga ke detik ini.
“Malah keimanan kepada Nabi ini merupakan antara teras sebagai Muslim,” ujarnya.
Justeru, katanya Karisma juga mengambil inisiatif kesedaran dengan mengadakan kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ), pengedaran risalah, task force, perkhemahan dan sebagainya sebagai alternatif aktiviti bermanfaat kepada mahasiswa dan remaja pada tarikh-tarikh sebegitu.
Malah, ujarnya Karisma juga bersedia untuk membantu dan keterhadapan bersama mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan IIKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) dan lain-lain dalam menganjurkan program-program kesedaran Islamik dan bercorak motivasi.
“Maka marilah sama-sama kita buang istilah valentine ini daripada memori setiap daripada kita dan kita lebihkan penghayatan kepada perjuangan dan misi agung menegakkan Islam yang diwariskan oleh insan agung Muhammad bin Abdullah s.a.w. Nabi dan Rasul yang terakhir,” ujarnya

Kelebihan Diri Rasulullah s.a.w

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسوله المؤيد ببرهان القرآن, سيدنا و حبيبنا محمد و على آله و أصحابه أجمعين

PENDAHULUAN
Kesilapan dan keterlanjuran bukanlah suatu perkara yang asing bagi setiap orang sehingga para ulama yang merupakan pewaris nabi sekalipun. Ini adalah suatu hakikat yang telah dinyatakan oleh agama bahawa sifat maksum (terpelihara daripada kesilapan) hanyalah milik para nabi dan rasul. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Thobarani dengan sanad yang hasan berbunyi:
” ما من أحد إلا يؤخذ من قوله و يترك غير رسول الله “

Ertinya: “ Tiada seorang pun melainkan diambil dan ditinggalkan perkataannya selain Rasulullah صلى الله عليه وسلم “.

Imam Malik رحمه الله berkata:
” كل أحد يؤخذ من قوله و يرد عليه إلا صاحب هذا القبر يعنى رسول الله“

Yang bererti: “Setiap orang dipegangi perkataannya dan ditolak melainkan tuan empunya makam ini ( iaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم ).

Para ulama silam ditegur dan dikritik oleh ulama yang sezaman atau kemudian, merupakan realiti yang diketahui umum, malah perkara ini pun berlaku di zaman para sahabat رضى الله عنهم . Kritikan dan teguran itu bukanlah bertujuan memburuk-burukkan dan mengaibkan peribadi tetapi sebagai menzahirkan kebenaran yang wajib dianuti demi amanah ilmu yang dipikulkan ke atas bahu ahli ilmu.

Di antara mereka yang menerima teguran dan kritikan hebat daripada para ulama setiap zaman ialah Ibnu Taimiyah disebabkan fatwa-fatwanya yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fatwanya yang mengharamkan bermusafir untuk menziarahi Maqam Rasulullah صلى الله عليه وسلم jelas sekali bertentangan dengan nas syarak lagi membawa kepada merendah-rendahkan kehormatan Nabi s.a.w.

Sesungguhnya umat ini tidak dapat menerima apa-apa sahaja yang boleh mengurangkan kemuliaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana sejak daripada zaman salaf lagi mereka diasuh dan dididik agar mencintai baginda صلى الله عليه وسلم . Apabila perasaan ini semakin malap daripada jiwa umat Islam, maka para ulama bertungkus lumus mengarang dan menyusun kitab-kitab sirah dan maulid di samping para umara (pemerintah) menghidupkan majlis sambutan kelahiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan tujuan supaya perasaan kasih sayang terhadap baginda tidak terhakis.Para ulama mengambil perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana kehidupan yang berlandaskan syariat dan sunnah tidak akan tertegak di kalangan muslimin tanpa wujudnya sifat mahabbah kepada Nabi s.a.w.

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, berbunyi:
” لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب اليه من أهله وماله والناس أجمعين “Ertinya: “ Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dikasihinya daripada keluarganya, hartanya dan manusia sekaliannya.”

Kecintaan yang subur di dalam diri para sahabat r.a.d adalah melalui pergaulan mereka dengan Nabi s.a.w. Mereka menyaksikan sendiri ketinggian dan keluhuran peribadi baginda. Jenerasi terkemudian memupuk sifat tersebut dengan mendengar serta menghayati kelebihan dan keistimewaan Nabi s.a.w, seperti yang dilakukan di dalam majlis Maulid.
Keistimewaan Rasulullah s.a.w amat banyak sekali, memadailah firman Allah Taala (Al-Anbiyaa 107) menjadi bukti bagi hati-hati yang bersih daripada syak dan keraguan:

” وما أرسلناك الا رحمة للعالمين “

Adakah kemuliaan lain lagi setelah baginda diutuskan sebagai rahmat ke seluruh alam dan bagaimanakah dapat digambarkan sekiranya alam ini tidak dinaungi rahmat ilahi?Sungguhpun Nabi s.a.w dibangkitkan dari kalangan manusia, akan tetapi martabat baginda melebihi kedudukan manusia biasa seperti kata pujangga:محمد بشر لا كالبشر* بل الياقوت بين الحجر

Bermaksud:

“Muhammad itu seorang manusia tidak seperti segala manusia
Bahkan dia permata delima Di antara batu-batu biasa”Kelebihan Nabi Muhammad s.a.w bermula sejak di alam ruh lagi dimana baginda sudah bergelar seorang nabi seterusnya dalam kandungan, selepas kelahiran, di zaman kanak-kanak dan di alam dewasa sehingga baginda dilantik sebagai Rasul akhir zaman, bahkan kelebihannya mengatasi para malaikat dan para rasulNya yang lain. Maka bagaimanakah mungkin disamakan baginda dengan manusia biasa?

Di Alam Ruh Nabi Muhammad s.a.w ketika di alam ruh dipanggil ‘Nur’ dimana Allah Taala telah pun memberi pangkat kenabian kepadanya.Perlantikan baginda sebagai nabi di alam ruh adalah termasuk di antara sifat-sifat keistimewaan (خصوصيات) yang dikhususkan kepada Nabi akhir zaman ini.Daripada Nur inilah, dijadikan perkara-perkara lain dan dengannya, Allah Taala mengikat perjanjian dengan para nabi yang lain.

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُمْ مِنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُمْ مِنْ الشَّاهِدِينَ * آل عمران (81)

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”.

Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”.Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.

”قال على: ” لم يبعث الله نبيا من آدم فمن بعده الا أخذ عليه العهد في محمد صلى الله عليه وسلم لئن بعث وهو حي ليؤمنن به ولينصرنه ويأخذ العهد بذلك على قومه.”

Ertinya: Saidina Ali Abi Talib berkata: “Tidak pernah sebelum ini, Allah Taala mengutuskan nabi semenjak daripada Adam dan para nabi selepasnya melainkan Allah Taala mengikat perjanjian keatas mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w iaitu jika ia dibangkitkan semasa hidup maka hendaklah kamu beriman dengannya serta membantunya.Allah juga akan mengikat perjanjian tersebut keatas umatnya.

”عبدالرزاق عن معمر عن ابن المنكدرعن جابر قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أول شيء خلقه الله تعالى؟ فقال : هو نور نبيك يا جابر! خلقه الله ثم خلق فيه كل خير و خلق بعده كل شيء….”

Ertinya: Abdul Razzak meriwayatkan daripada Mua’ammar daripada Ibnu Munkadir seterusnya daripada Jabir berkata:” Aku bertanya kepada Rasululallah S.A.W tentang seawal-awal sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala? Baginda menjawab: “Iaitu Nur nabi engkau wahai Jabir! Allah Taala telah menjadikannya kemudian menjadikan padanya segala kebaikan dan menjadikan selepas itu setiap sesuatu……..

”عن ابن عباس ان قريشا كانت نورا بين يدي الله تعالى قبل أن يخلق آدم بألفى عام و يسبح ذلك النور و تسبح الملائكة بتسبيحه فلما خلق الله آدم ألقى ذلك النور فى صلبه فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فأهبطنى الله الى الأرض فى صلب أدم
وجعلني فى صلب نوح وقذف بى فى صلب ابراهيم ثم لم يزل الله تعالى ينقلني من الأصلاب الكريمة والأرحام الطاهرة حتى أخرجنى من بين أبوي لم يلتقا على سفاح قط.”

Ertinya: Daripada Ibnu Abbas: ” Sesungguhnya bangsa Quraish adalah ia satu nur di sisi Allah Taala sebelum Dia menjadikan Adam di antara jarak dua ribu tahun. Nur tersebut bertasbih memuji Allah dan para malaikat bertasbih dengan sebab tasbihnya itu. Setelah Allah mencipta Adam, Dia melontarkan nur itu ke dalam sulbinya, maka Rasulullah S.A.W bersabda: Allah menurunkan daku ke muka bumi kepada sulbi Adam dan Dia menjadikan daku ke dalam sulbi Nuh seterusnya melontarkan daku ke sulbi Ibrahim. Kemudian sentiasalah Allah Taala memindahkan daku daripada sulbi-sulbi orang yang mulia dan rahim-rahim perempuan yang suci sehinggakan Dia mengeluarkan daku daripada keturunan kedua ibubapaku yang terpelihara daripada zina.

”عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى وَجَبَتْ لَكَ النُّبُوَّةُ قَالَ وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجَسَدِ قَالَ أَبو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ…..

Ertinya: Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: ” Nabi S.A.W pernah ditanya: Bilakah ditetapkan bagi engkau pangkat kenabian? Baginda menjawab: Ditetapkan bagi ku kenabian antara diciptakan Adam dan ditiupkan ruh padanya.” Imam Turmizi menyatakan:” Hadis ini Hadis Hasan-Sahih yang Gharib…..

”عن ميسرة الفجر قال: قلت : ” يا رسول الله ! متى كنت نبيا؟ قال: وآدم بين الروح والجسد.

”Ertinya: Daripada Maisarah Al-Fajri katanya :” Kataku : Wahai Rasulallah! Bilakah engkau jadi nabi? Baginda menjawab: Aku menjadi nabi sedangkan Adam masih di antara ruh dan jasad.

”رواه أبو نعيم في الدلائل وغيره من حديث أبى هريرة مرفوعا :” كنت أول النبيين في الخلق وآخرهم في البعث.”

Ertinya:”Abu Nu’aim meriwayatkan di dalam kitab Ad-Dalaail dan selainnya ada meriwayatkan daripada hadis Marfu’ Abu Hurairah: ” Aku adalah seawal-awal kejadian di kalangan para nabi dan terakhir diutuskan di kalangan mereka.”Abdul Razzaq berkata: “ Ibnu Uyainah mengkhabarkan kepadaku daripada Malik yang sentiasa berselawat :

اللهم صل على سيدنا محمد السابق للخلق نوره

Ertinya: “ Ya Allah! Rahmatkan keatas Saidina Muhammad yang terdahulu Nurnya daripada makhluk lain.”Imam Qasthallani menerangkan tentang sifat ketentuan baginda: “Adalah Muhammad s.a.w sudah menjadi nabi ketika Adam masih di antara ruh dan jasad.Para nabi yang lain tidak dilantik menjadi nabi melainkan pada ketika perlantikan sebagai nabi dan waktu diutuskan menjadi rasul.”

Dalam Kandunganعن إبن عباس أن أمنة بنت وهب قالت لقد علقت به تعني رسول الله صلى الله عليه وسلم فما وجدت له مشقة حتي وضعته

Ertinya: Daripada Ibnu Abbas: ” Bahawa Siti Aminah Binti Wahb berkata: Demi Allah! Sesungguhnya Aku mengandungkannya (yakni Rasulullah s.a.w) maka aku sedikitpun tidak merasai kesulitan sehinggakan aku melahirkannya”.

ورؤيا أمي الذي رأت حين حمل بي كأنه خرج منها نور أضاءت له قصور الشام

Ertinya: ” Mimpi bondaku yang melihat ketika mengandungkan daku, seolah-olah keluar daripadanya cahaya yang menerangi istana-istana negeri Syam”.Siti Aminah Mengetahui Kandungannya Adalah Nabi
عن يزيد بن عبد الله بن زمعة عن عمته قالت كنا نسمع أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما حملت به آمنة بنت وهب كانت تقول إني ما شعرت أني حملت به ولا وجدت له ثقلا كما تجد النساء الا أني أنكرت رفع حيضي وربما كانت ترفعني وتعود وأتاني آت وأنا بين النائم واليقظان فقال هل شعرت أنك حملت فكأني أقول ما أدري فقال انك قد حملت بسيد هذه الأمة ونبيها وذلك يوم الإثنينErtinya:” Daripada Yazid Bin Abdullah Bin Zam’ah daripada ibu saudaranya berkata:” Kami mendengar bahawa Rasulullah صلى الله عليه و سلم ketika dalam kandungan ibunya, Aminah Binti Wahb berkata:” Aku tidak terasa mengandungkannya dan tidak merasa bebanannya (seperti yang dirasai oleh perempuan-perempuan yang mengandung) melainkan aku tidak mengetahui berhentinya haidku, barangkali ia berhenti daripadaku dan kembali pula. Aku telah didatangi seseorang ketika antara tidur dan sedar, ia berkata:” Adakah engkau sedar bahawa engkau sedang mengandung? Seolah-olah aku menjawab: Aku tidak tahu! Lantas ia berkata: Sesungguhnya engkau mengandungkan penghulu dan nabi umat ini. Demikian itu pada hari Isnin.” (Hadis ini telah dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad)

Saat kelahiranلما كانت الليلة التي ولد فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم إرتجس إيوان كسرى وسقطت منه أربع عشرة شرفة وخمدت نار فارس ولم تخمد قبل ذلك بألف عام وغاضت بحيرة ساوة ورأى الموبذان إبلا صعابا تقود خيلا عرابا قد قطعت دجلة وانتشرت في بلادها

Ertinya:” Ketika malam kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bergoncang istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung serta padam api yang disembah oleh penganut Majusi Negeri Parsi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun dan kering tasik bandar Sawah (sebuah tempat di negeri Parsi), di mana seorang Pendita Majusi yang bijaksana bermimpi unta-unta yang tidak ditunggangi, diekori belakangnya oleh kuda-kuda arab merentasi sungai Dajlah dan bertebaran keseluruh pelusuk negerinya.

”فلما فصل مني خرج معه نور أضاء له ما بين المشرق والمغرب ثم وقع على الأرض معتمدا على يديه ثم أخذ قبضة من تراب فقبضها ورفع رأسه إلى السماء: أخرجه أبن سعد

Ertinya:” Tatakala ia dilahirkan, keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian ia duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit.” (Dikeluarkan oleh Ibnu Saad)

عن أنس قال: ” قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من كرامتي على الله أني ولدت مختونا و لم ير سوأتى أحد ” رواه ابن عساكر
Ertinya:” Daripada Anas berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara kemuliaanku di sisi Allah bahawa aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan tidak seorang pun melihat auratku.” (Riwayat Ibnu Asaakir)

عن ابن عباس عن أبيه العباس قال: ” ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم مختونا مسرورا ” رواه أبو نعيم

Ertinya:” Riwayat Ibnu Abbas daripada bapanya berkata: “Dilahirkan Nabi صلى الله عليه و سلم berkeadaan sudah berkhitan dan tertanggal tali pusat.” (Riwayat Abu Nu’aim)

Di Zaman Kanak-Kanak

 ” فما هو الا أن أخذته فجئت به إلى رحلي فأقبل عليه ثدياى بما شاء من لبن فشرب حتى روي وشرب أخوه حتى روي وقام صاحبي الى شارفنا تلك فاذا انها لحافل فحلب ما شرب وشرب حتى روينا فبتنا بخير ليلة فقال صاحبي يا حليمة والله ! اني لأراك قد أخذت نسمة مباركة ألم ترى ما بتنا به الليلة من الخير والبركة حين أخذناه ؟ فلم يزل الله عز وجل يزيدنا خيرا حتى خرجنا راجعين الى بلادنا فوالله لقطعت أتاني بالركب حتى ما يتعلق بها حمار حتى أن صواحباتي ليقلن ويلك! يا إبنة أبي ذؤيب ! هذه أتانك التي خرجت عليها معنا؟ فأقول نعم والله ! انها لهي فقلن والله ان لها لشانا حتى قدمنا أرض بني سعد وما أعلم أرضا من أرض الله أجدب منها فان كانت غنمي لتسرح ثم تروح شباعا لبنا فنحلب ما شئنا وما حولنا أحد تبض له شاة بقطرة لبن….

”Ertinya: “Aku (Halimatus-Sa’diah) mengambilnya (Muhammad) dan membawa ke tempat singgahanku. Kedua buah dadaku (yang kekeringan) menjadi penuh lalu ia meminumnya sehingga puas dan adik susuannya meminum pula sehingga puas juga. Suamiku pergi kepada unta betina tua kepunyaan kami tiba-tiba penuh labu susunya lalu dia memerah serta meminumnya, aku juga meminumnya sehingga puas. Kami bermalam di dalam kebaikan. Suamiku berkata: “Wahai Halimah! Demi Allah! Sesungguhnya aku berpendapat bahawa engkau telah mengambil seseorang diberkati.Tidakkah engkau melihat apa yang kita dapati pada malam ini daripada kebaikan dan keberkatan?”Sentiasalah Allah menambah kepada kami dengan kebaikan sehingga kami keluar pulang ke negeri kami. Demi Allah! Keldai tungganganku mendahului tunggangan-tunggangan lain sehinggakan teman-temanku berkata: “Wahai anak perempuan Abu Zuaib!Inikah keldai yang engkau tunggangi ketika keluar bersama kami tadi?” Aku menjawab: “Ya! Demi Allah! Lalu mereka berkata: “Demi Allah! Ia sungguh bertuah.” Sehinggalah kami sampai perkampungan Bani Saad. Tidak pernah aku ketahui suatu kawasan daripada bumi Allah yang terlebih gersang daripadanya. Sesungguhnya kambing-kambingku keluar mencari makan dan balik dalam keadaan gemuk kekenyangan lagi penuh dengan susu, lalu kami memerahnya sekehendak kami.Adapun penduduk sekitar kami , tidak ada seorang pun kambingnya mengeluarkan setitik susu……

”فبينما أنا مع أخ لي خلف بيوتنا نرعى بهما إذ أتاني رجلان عليهما ثياب بيض بطست من ذهب مملوءة ثلجا ثم أخذاني فشقا بطني واستخرجا قلبي فشقاه فاستخرجا منه علقة سوداء فطرحاها ثم غسلا قلبي و بطني بذلك الثلج حتى أنقياه ثم قال أحدهما لصاحبه زنه عشرة من أمته فوزنني بهم فوزنتهم ثم قال زنه بمائة من أمته فوزنني بهم فوزنتهم ثم قال زنه بألف من أمته فوزنني بهم فوزنتهم فقال دعه فوالله لو وزنته بأمته لوزنها

Ertinya: ” Sedang aku (nabi s.a.w) mengembala ternakan bersama saudaraku di belakang rumah kami, tiba-tiba didatang kepadaku dua orang lelaki berpakaian putih membawa bekas daripada emas yang dipenuhi salji, kemudian kedua-duanya memegangku lalu membelah perutku dan mengeluarkan jantungku. Mereka membelahnya lalu mengeluarkan satu darah hitam dan membuangnya. Mereka kemudiannya membasuh jantung dan perutku dengan salji tersebut sehingga bersih, kemudian salah seorang daripada mereka berkata kepada rakannya:” Timbanglah ia dengan sepuluh orang umatnya.” Lalu ia menimbang aku dengan mereka maka bersamaan timbangan aku dengan mereka itu, kemudian ia berkata:” Timbanglah ia dengan seratus orang umatnya.” Lalu ia menimbang aku dengan mereka maka bersamaan timbangannya, kemudian ia berkata lagi:” Timbanglah ia dengan seribu orang umatnya lalu ia menimbang aku dengan mereka maka timbangannya bersamaan. Kemudian ia berkata:” Tinggalkan dia, demi Allah! sekiranya engkau menimbangnya dengan sekalian umatnya nescaya timbangan bersamaan dengan mereka itu.

”قال الواقدي…: ” لما توفى عبد المطلب قبض أبو طالب رسول الله صلى الله عليه وسلم فكان يكون معه وكان أبو طالب لا مال له وكان يحبه حبا شديدا لا يحبه ولده وكان لا ينام الا الى جنبه ويخرج فيخرج معه وصب به أبو طالب صبابة لم يصب مثلها بشىء قط وكان يخصه بالطعام وكان اذا أكل عيال ابي طالب جميعا أو فرادى يشبعوا واذا أكل معهم رسول الله صلى الله عليه وسلم شبعوا….”Al-Waqidi menyebut: “Tatakala Abu Muttalib meninggal dunia, Rasulullah s.a.w diambil oleh Abu Talib lalu sentiasalah ia bersamanya. Adalah Abu Talib tidak mempunyai harta dan ia sangat menyayangi Rasulullah melebihi anaknya sendiri, dia tidak tidur melainkan baginda di sisinya. Apabila baginda keluar, ia pun turut keluar bersamanya. Abu Talib menyayanginya di mana tidak pernah dia menyayangi suatu pun seperti itu sebelum ini. Abu Talib mengkhususkan makanan kepada baginda. Apabila keluarga Abu Talib makan beramai-ramai atau berasingan, mereka tidak kenyang, tetapi bila Rasulullah makan bersama-sama, mereka kekenyangan.

”وذكر الواقدي بأسانيده أن النبي صلى الله عليه وسلم خرجت به أمه الى المدينة ومعها أم أيمن وله ست سنين فزارت أخواله قالت أم أيمن فجاءني ذات يوم رجلان من يهود المدينة فقالا لي أخرجي الينا أحمد ننظر اليه فنظرا اليه وقلباه فقال أحدهما لصاحبه هذا نبي هذه الأمة وهذه دار هجرته وسيكون بها من القتل والسبي أمر عظيم فلما سمعت أمه خافت وانصرفت به فماتت بالأبواء وهى راجعة“Al-Waqidi menyebut dengan sanad-sanadnya bahawa Nabi s.a.w keluar bersama ibunya ke negeri Madinah, menyertai bersamanya Ummu Aiman, bertujuan menziarahi ibu-ibu saudaranya sedangkan ketika itu baginda berumur enam tahun. Ummu Aiman berkata: “Suatu hari aku didatangi oleh dua lelaki daripada kalangan yahudi Madinah. Mereka berkata kepadaku: “Bawakan Ahmad kepada kami, ingin kami melihatnya.” Maka mereka melihat kepadanya dan membeleknya lalu salah seorang daripada mereka berkata kepada rakannya: “Ini adalah nabi umat ini! Di sinilah tempat hijrahnya.Akan berlaku padanya peperangan dan tawanan yang dahsyat!” Tatakala Ibu baginda mendengar, ia merasa takut lalu membawanya beredar dan dia meninggal dunia di Abwa’ ketika perjalanan pulang ke Mekah.”

Pemeliharaan Allah Taala

 عن علي ابن أبي طالب: ” قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ما هممت بشىء مما كان أهل الجاهلية يهمون به من النساء الا ليلتين كلتاهما عصمني الله عز وجل فيهما قلت ليلة لبعض فتيان مكة ونحن في رعاء غنم أهلها فقلت لصاحبي أبصر لي غنمي حتى أدخل مكة أسمر فيها كما يسمر الفتيان فقال بلى قال فدخلت حتى جئت أول دار من دور مكة سمعت عزفا بالغرابيل والمزامير فقلت ما هذا؟ قالوا تزوج فلان فلانة فجلست أنظر وضرب الله على أذني فوالله ما أيقظني الا مس الشمس فرجعت الى صاحبي فقال ما فعلت؟ فقلت ما فعلت شيئا ثم أخبرته بالذي رأيت ثم قلت له ليلة أخرى أبصر لي غنمي حتى أسمر ففعل فدخلت فلما جئت مكة سمعت مثل الذي سمعت تلك الليلة فسألت فقيل نكح فلان فلانة فجلست أنظر وضرب الله على أذني فوالله ما أيقظني الا مس الشمس فرجعت الى صاحبي فقال ما فعلت؟ فقلت لا شىء ثم أخبرته الخبر فوالله ما هممت ولا عدت بعدهما لشىء من ذلك حتى أكرمني الله عز وجل بنبوته“

Ertinya: Daripada Ali bin Abi Talib berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Tidaklah aku ingin kepada apa yang digemari oleh masyarakat jahiliah terhadap hiburan yang dimainkan oleh kaum perempuan mereka, kecuali dua malam sahaja, di mana Allah memeliharaku daripadanya. Suatu malam, aku berkata kepada sesetengah pemuda Mekah ketika kami sedang menggembala kambing penduduk Mekah. Ujarku kepada temanku: “Tolonglah tengok-tengokkan kambingku, aku ingin memasuki Mekah untuk bersiar-siar seperti pemuda-pemuda lain.” Lalu ia menjawab: “Baiklah!” Maka aku pun memasuki Mekah, sampai saja aku pada rumah yang pertama di sekitar Mekah, aku mendengar bunyi gendang dan seruling, lalu aku bertanya: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Sifulan telah berkahwin dengan sifulan, lantas aku pun duduk melihat, tiba-tiba Allah menutup kedua telingaku dan demi Allah!tidaklah aku sedar melainkan cahaya matahari mengenaiku. Maka aku kembali kepada temanku, lalu ia bertanya: “Apa yang engkau buat?” Jawabku: “Aku tiada buat suatu pun.” Kemudian aku ceritakan kepadanya apa yang aku lihat. Di malam lain pula, aku berkata kepadanya: “Tolong tengok kambingku, aku ingin pergi bersiar-siar.” Tatakala aku memasuki Mekah, aku mendengar seperti yang telah aku dengar pada malam sebelumnya. Aku bertanya lalu dijawab bagiku: “Sifulan telah berkahwin dengan sifulan, lantas aku pun duduk melihat, tiba-tiba Allah menutup kedua telingaku dan demi Allah! Tidaklah aku sedar melainkan cahaya matahari mengenaiku. Maka aku kembali kepada temanku, lalu ia bertanya: “Apa yang engkau buat?” Jawabku: “Aku tiada buat suatu pun.” Demi Allah aku tidak ingin lagi dan tidak akan mengulangi selepas dari peristiwa itu sehingga Allah memuliakan daku dengan kenabian.”Rasulullah Mengetahui Dirinya Nabi
عن أبي ذر الغفاري قال: ” قلت: يا رسول الله! كيف علمت أنك نبي حين علمت ذلك واستيقنت أنك نبي؟ قال: يا أبا ذر أتاني ملكان وأنا ببعض بطحاء مكة فوقع أحدهما على الأرض وكان الآخر بين السماء والأرض فقال أحدهما لصاحبه أهو هو؟ قال هو هو؟ قال زنه برجل فوزنني برجل فرجحته“

Daripada Abu Zar Al-Ghifari berkata: “Aku bertanya: Wahai Rasulallah! Bagaimanakah engkau mengetahui bahawa engkau seorang nabi dan merasa yakin tentangnya? Nabi menjawab: “ Wahai Abu Zar! Aku didatangi oleh dua orang malaikat ketika aku di suatu kawasan di Mekah, yang mana salah seorang daripadanya berada di atas tanah manakala seorang lagi di antara langit dan bumi, maka salah seorang berkata kepada rakannya: “Adakah ini orangnya?” Lalu ia menjawab: “Dialah orangnya.” Ia berkata lagi: “Timbanglah dia dengan seorang lelaki.” Maka ia menimbang aku dengan seorang lelaki, lalu aku melebihi timbangannya…….”

Hukum merendahkan martabat Nabi s.a.w

Al-Qadi Eiyad menegaskan: “Sesiapa yang mencela Nabi s.a.w atau mengaibkannya atau menghubungkan kekurangan pada dirinya, keturunannya, agamanya dan salah satu daripada kelakuan-kelakuannya atau dengan sindiran atau menyamakannya dengan sesuatu bertujuan untuk mencela dan meremehkannya atau mengurangkan kedudukkannya, merendahkan dan mengaibkannya maka orang tersebut dikira sebagai mencela, sama ada secara kiasan atau terang-terangan.Seperti juga orang yang melaknat atau mendoakan sesuatu yang tidak baik terhadapnya atau mengharapkan berlaku kemudharatan ke atasnya atau menyandarkan kepadanya perkara-perkara yang tidak layak dengan martabatnya sebagai menghinanya atau berseloroh terhadapnya dengan perkataan yang tidak sopan atau dengan sesuatu musibah atau ujian yang pernah menimpanya ataupun merendah-rendahkannya dengan suatu daripada sifat-sifat kemanusiaan pada dirinya, nescaya orang yang melakukan perbuatan tersebut mesti dihukum bunuh (kerana murtad). Ini merupakan pendapat yang disepakati oleh para ulama dan imam-imam yang mengeluarkan fatwa semenjak zaman sahabat r.a.d hingga ke zaman seterusnya.”As-Syarqawi menyatakan dalam kitab Hasyiah Tahrirnya: “Di antara perkara-perkara yang menjatuhkan di dalam kekufuran ialah seseorang itu berkata: Nabi s.a.w telah kalah (peperangan). Sekiranya ia bertaubat nescaya dilepaskannya, jika tidak bertaubat maka dihukum dengan dipenggalkan lehernya. Para ulama mazhab Maliki dan Hanafi berpendapat bahawa tetap dihukum bunuh sebagai Hukum Had sekali pun dia bertaubat (serta taubatnya diterima).Jika ia berkata: Nabi berpaling lari atau cabut lari atau bertempiran lari atau lari bersembunyi atau umpamanya maka jelasnya, hukum perkataan tersebut samalah seperti perkataan: Nabi telah kalah (peperangan) kerana sama dari segi pergertiannya. Kemudian aku merujuk pendapat As-Syeikh Ali Syabramalisi di dalam syarah Mawahib dimana beliau menerangkan perkara itu serta membuat alasan bahawa perkataan tersebut adalah sama dari segi membawa kekurangan kepada Nabi s.a.w.”

Keterangan

1) Apabila nyata kelebihan dan kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w itu semenjak dari alam ruh lagi hingga seterusnya, tidak seharusnya mengeluarkan perkataan yang menyamakan baginda setaraf dengan manusia biasa. Ini boleh membawa kepada mengurangkan pangkat kemuliaan dan kelebihannya yang tertinggi di sisi Allah Taala.

2) Hubungan kita sebagai makhluk Allah dengan Nabi Muhammad s.a.w bermula semenjak daripada Nur baginda. Ini kerana setiap kejadian dicipta daripada Nurnya s.a.w malah Allah Taala telah mengikat suatu perjanjian di antara Nabi Adam dan sekalian nabi-nabi dengan Nur tersebut. Perjanjian ini bertujuan supaya para anbia beriman dengan Nur Muhammad s.a.w serta membantunya jika diutuskan ke dunia.

3) Sambutan Maulidurrasul telah difatwakan keharusannya oleh para ulama yang muktabar seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani yang bergelar ‘Amirul Mukminin’ dalam ilmu hadis, Al-Hafiz Abu Syamah (guru Imam Nawawi), Al-Hafiz Imam Suyuti, Al-Allamah Ibnu Hajar Haitami dan lain-lain. Penekanan para ulama sebagai pewaris nabi terhadap keperluan mengadakan sambutan maulid ini ialah untuk menanamkan rasa kecintaan ke dalam jiwa umat Islam terhadap Rasulullah s.a.w seterusnya membawa kepada menjunjung syariat Allah Taala serta dapat mengalahkan golongan musyrikin. Perasaan cinta yang sangat mendalam terhadap baginda adalah sifat yang sebati dalam diri para salafussoleh dan merupakan kesempurnaan iman bagi mereka yang memilikinya.

4) Kesan daripada sambutan maulid adalah terletak di atas individu umat islam itu sendiri. Ianya bergantung kepada cara pengisian dan sejauhmana penghayatannya untuk melahirkan kecintaan terhadap baginda s.a.w. Keberkesanan sambutan ini boleh diumpamakan dengan nilai solat lima waktu terhadap individu kaum muslim itu sendiri. Bagaimanakah cara ia melaksanakannya serta sejauh mana penghayatannya terhadap solatnya itu. Adakah solatnya berkesan pada mencegah dirinya daripada melakukan perkara mungkar?? Walaubagaimana sekalipun, solat itu mesti dilaksanakan.

5) Di antara upacara sambutan maulid ialah membaca sejarah Nabi akhir zaman dan peristiwa-peristiwa yang berkenaan dengan kerasulanNya seperti penurunan Al-Quran, Israk Mikraj, Hijrah dan lain-lain. Kesemuanya itu terkandung di dalam Al-Quran dengan secara umum. Dengan mengadakan sambutan maulid yang mengandungi di dalamnya perkara-perkara tersebut, secara tidak langsung ianya berhubung rapat dengan Al-Quran itu sendiri. Oleh yang demikian, tidak timbullah saranan bahawa ‘Hari Nuzul Al-Quran’ terlebih utama disambut daripada ‘Maulidurrasul’.Justeru Nabi s.a.w yang diutuskan bersamanya Al-Quran dan ajaran syariat maka seolah-olah peribadi baginda s.a.w merupakan Al-Quran dan syariat itu sendiri. Ini terbukti di mana segala tingkah-laku dan akhlak Nabi s.a.w adalah gambaran serta terjemahan daripada isi kandungan Al-Quran untuk dijadikan contoh tauladan.Haram hukumnya mengeluarkan perkataan yang boleh menjejaskan ketinggian martabat Nabi Muhammad s.a.w serta boleh merosakkan akidah, sekalipun tanpa niat.
وان الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله ما يظن أن تبلغ به ما بلغت, فيكتب الله عليه بها سخطه الى يوم القيامة
Ertinya: “Sesungguhnya seseorang lelaki yang berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah dimana dia tiada menyangka perkataannya boleh pergi sejauh itu (mengundang kemurkaanNya), lalu Allah menetapkan kemurkaanNya dengan sebab perkataan itu hingga hari Qiamat kelak.”(Al-Hadis)

Kesatuan UmmahSebagai peringatan dan muhasabah bagi pihak-pihak yang berkenaan supaya berhati-hati dalam segala tindakan dan mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan dan merenggangkan perpaduan di kalangan umat Islam di kala mereka sedang berusaha menegakkan ‘Kalimah Allah Taala’ di atas muka bumi ini.Jangan membangkitkan isu-isu sensitif yang menafikan kesahihan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan isu-isu yang ternyata menyalahi syara’ atau boleh merosakkan akidah. Kita patut mengambil iktibar dengan isu yang pernah ditimbulkan yang meresahkan sebahagian umat Islam yang beraqidah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti isu ‘Tidak Wajib Pelajari Sifat Dua Puluh’, ‘Sifat Dua Puluh Ialah Falsafah Yunani’ dan sebagainya.Hendaklah kita memberikan penekanan terhadap apa-apa jua sambutan yang dapat membangkitkan semangat keagamaan di dalam diri umat Islam seperti Israk Mikraj, Nuzul Al-Quran, dan lain-lain, lebih-lebih lagi Maulidurrasul s.a.w kerana di dalamnya melengkapi sambutan-sambutan yang lain.Adakah wajar mengatakan sambutan maulid itu bukanlah perkara penting dan menganggap sama sahaja samada ianya diraikan ataupun tidak sedangkan baginda semulia-mulia Nabi untuk dijadikan model yang sempurna. Allah Taala berfirman:
” لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر “(Al-Ahzab : 21)

Ertinya: “ Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah merupakan contoh tauladan yang begitu baik untuk mereka yang mengkehendaki Allah dan hari akhirat.”Kita sepatutnya mengwar-warkan tentang kelebihan Nabi s.a.w sebagai membenarkan firman Allah Taala:

” ” ورفعنا لك ذكرك (Al-Insyirah:4)

Ertinya: “Kami meninggikan sebutan tentang diri engkau.”

Tersebut di dalam tafsir Qurtubi: “Ditafsirkan ayat ini: “Kami meninggikan sebutan tentang dirimu di kalangan para malaikat, di kalangan orang mukmin di atas muka bumi dan Kami meninggikan sebutan tentang dirimu di Akhirat dengan mengurniakan kedudukan yang terpuji dan darajat-darajat yang mulia.”Siapakah lagi yang akan membela Nabi s.a.w dan mengagungkan kedudukannya ketika musuh Islam mencemar kehormatannya dengan tohmahan-tohmahan yang biadap sekiranya kita sebagai umatnya sendiri memandang remeh terhadap kemuliaannya?

DISEDIAKAN OLEH:
MAJLIS AHLI ILMU KESATUAN MADRASAH ISLAMIYAH MALAYSIA (ITMAM)
JUN 2008M/JUMADAS SANIYAH 1429H