Ramai Lepasan SPM, STAM dan STPM Masuk Pondok

Cuti IPT dan sekolah dimanfaatkan sebaiknya oleh sebahagian pelajar dengan memilih Pondok Pasir Tumboh dan pusat pengajian pondok yang lain sebagai tempat menimba dan menambah ilmu agama. Jika sebelum ini ramai mahasiswa IPT dan pelajar sekolah menggunakan cuti akhir tahun untuk datang belajar maka kini tiba giliran lepasan SPM, STAM dan STPM yang baru menamatkan peperiksaan masing-masing untuk datang belajar di pondok sementara menunggu keputusan peperiksaan keluar nanti

Pelajar yang berminat wajib membawa surat akuan sekolah dan surat akuan tidak terlibat daripada sebarang kes jenayah daripada imam Mukim atau penghulu kampung masing-masing semasa pendaftaran. Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang. Sebarang masalah boleh hubungi pejabat 09-7657786 bagi lelaki dan 09-7652193 bagi perempuan

Proses pendaftaran dan kemasukan pelajar kategori ini terus dibuka selagi ada tempat penginapan yang dicari sendiri oleh mereka yang berminat dengan bantuan pelajar senior. Buat masa sekarang hampir 100 orang pelajar terbabit samada lelaki mahupun perempuan yang telah mendaftar diri sebagai pelajar sementara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: