Wanita memandu galakkan zina?

Wanita memandu galakkan zina?

RIYADH – Satu laporan diberikan kepada Majlis Syura di Arab Saudi mendakwa, membenarkan golongan wanita di negara itu memandu boleh menggalakkan zina, menurut aktivis, kelmarin.

Laporan itu dilihat sebagai tekanan kepada pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah supaya mengekalkan undang-undang yang melarang wanita di negara itu daripada memandu sebarang kenderaan.

Aktivis Arab Saudi berkata, laporan disediakan ahli akademik terkenal negara itu, Kamal Subhi diberikan kepada Majlis Syura, iaitu badan yang bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin negara.

“Membenarkan wanita memandu akan menggalakkan percampuran jantina dan boleh membawa kepada seks di luar perkahwinan,” menurut laporan itu.

Wanita Arab Saudi mengadakan beberapa protes, tahun ini, bagi menuntut pembubaran larangan memandu ke atas mereka di negara itu.

Raja Abdullah juga sejak kebelakangan ini dilihat mula bersedia untuk melakukan beberapa perubahan di Arab Saudi termasuk membenarkan wanita mengundi dalam pilihan raya bermula 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: