• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Merry Christmas Bukan Hari Kelahiran Jesus Tetapi Hari Memperingati Berhala

Oleh: zharifjenn

Tulisan ini bukanlah untuk mengajak pembaca merayakan perayaan natal (krismas), tetapi untuk memberikan pengetahuan dan fakta di sebalik natal, sebagai umat Islam kita semua meyakini tentang Nabi Isa ‘alaihissalam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.Umat ​​kristian percaya bahawa 25 Disember adalah tanggal hari kelahiran Jesus (dalam keyakinan umat Islam adalah Nabi Isa ‘alaihissalam). Adakah benar dakwaan itu?. Adakah natal adalah ajaran yang dinyatakan di dalam Bible.

 

Sejarah Krismas
 
Kata Christmas (Natal) bermaksud Mass of Christ atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran “Jesus”. Perayaan yang disambut oleh sesetengah bukan Kristian dan semua orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katolik Rom. Tetapi dari manakah mereka mendapatkan ajaran itu? Krismas bukan dari ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaan yang terkandung di dalam ajaran Kristian Katolik Rom pada abad ke-4 ini berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala.
 
Kerana perayaan Krismas yang diadakan di seluruh dunia ini berasal dari Katolik Rom, dan tidak mempunyai dasar dari kitab suci, maka marilah kita melihat penjelasan dari Katolik Rom dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul: Christmas. Anda akan menemui ayat yang dinyatakan seperti di bawah: :
 
“Christmas was not among the earliest festivals of Church … the first evidence of the feast is from Egypt . Pagan customs centering around the January calends gravitated to Christmas “.
 
Maksudnya: “Krismas bukanlah upacara Gereja yang pertama …. Upacara ini dipercayai berasal dari Mesir. Perayaan yang diadakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari “.
 
Populariti Santa Claus mendominasi Hari Krismas melebihi kisah Jesus

Dalam Ensiklopedia itu juga menyatakan di dalam judul Christmas Day, Paderi Katolik pertama mengakui bahawa:

 
“In the Scriptures, no one is recorded to have kept a feast or held a great banquet on his birthday. It is only sinners (like Pharaoh and Herod) who make great rejoicings over the day in which they were born into this world ” .
 
Bermaksud: “Di dalam kitab suci, tidak ada seorang pun yang mengadakan upacara atau mengadakan perayaan untuk merayakan hari kelahiran Jesus. Hanya orang-orang kafir (seperti Firaun dan Herodes) yang berpesta merayakan hari kelahirannya di dunia ini “.
 
Encyclopedia Britanica terbitan tahun 1946 menjelaskan seperti berikut:
 
“Christmas was not among the earliest festival of the church …. It was not instituted by Christ or the apostles, or by Bible authority, it was picked up afterward from paganism “.
 
Bermaksud: “Krismas bukanlah upacara gereja abad pertama. Perkara ini tidak pernah diajarkan oleh Jesus, dikalangan muridnya, ataupun Bible. Upacara ini diambil oleh gereja dari kepercayaan penyembah berhala”.
 
Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan hal yang sama:
 
“Christmas …. It was, according to many authorities, not celebrated in the first centuries of the Christian church, as the Christian usage in general was to celebrate the death of remarkable persons rather than their birth … “(The” Communion “, which is instituted by New testament Bible authority, is a memorial of the death of Christ). “… A feast was established in memory of this event [Christ ‘s birth] in the fourth century . In the fifth century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the birth of Sol , as no certain knowledge of the da of Christ ‘s birth existed “.
 
Maksudnya: “Menurut kebanyakan pakar sejarah Kristian, Krismas tidak pernah dirayakan oleh gereja Kristian pada awal abad. Secara umumnya, umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka sahaja, dan tidak pernah merayakan hari kelahrian orang tersebut … “. (“Perjamuan Suci” yang tertera di dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang hari kematian Jesus). “… Perayaan Krismas yang dianggap sebagai hari kelahiran Jesus, mula dirayakan pada abad keempat Masihi. Pada abad kelima Masihi, Gereja Barat memerintahkan umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Rom yang merayakan hari Kelahiran Sol (Dewa Matahari). Ini disebabkan tidak ada seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus “.
 
Fakta sejarah telah mendedahkan kepada kita bahawa mulai lahirnya gereja Kristian pertama sehinggalah dua atau tiga ratus tahun kemudian, upacara Krismas tidak pernah disambut dan dirayakan oleh umat Kristian. Baru setelah abad keempat, perayaan ini mula dirayakan oleh orang-orang Kristian Barat, Kristian Rom, dan Gereja.Menjelang abad kelima, Gereja Rom memerintahkan untuk merayakan sebagai hari raya umat Kristian yang rasmi.
 
Jesus Tidak Lahir Pada Tarikh 25 Disember
 
Sungguh sangat mustahil jika Jesus dilahirkan pada musim sejuk (Di wilayah Yudea, setiap bulan Disember adalah musim hujan dan suhunya sangat sejuk). Injil Lukas 2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Jesus:
 
“Di kawasan itu terdapat gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternakan mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan berdekatan dengan mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. Lalu kata malaikat itu kepada mereka: “Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kegembiraan yang besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu penyelamat, iaitu Kristus, di bandar Daud”.
 
Lokasi Yudea (Judaea)

Tidak mungkin para penggembala itu berada di padang Yudea pada bulan Disember. Kebiasaannya mereka melepaskan binatang ternakan ke padang dan lereng-lereng gunung. Paling lambat ternakan tersebut dimasukkan ke dalam kandang untuk mengelakkan hujan dan cuaca sejuk ialah pada 15 Oktober. Bible sendiri dalam Perjanjian Lama, kitab Kidung Agung 2 dan Ezra 10:9,13 menjelaskan bahawa bila musim sejuk tiba, tidak mungkin para gembala dan ternakannya berada di padang terbuka pada malam hari.

 
Cuaca di Jerusalem (terletak di dalam kawasan Yudea)
Salji di Jurusalem pada bulan Disember (Berlaku walaupun tidak kerap)

Adam Clarke berkata:

 
“It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the field and desert about Passover (early spring), and bring them home at commencement of the first rain” [Adam Clarke Commentary, Vol. 5, Page 370, New York].
 
Maksudnya: “Adalah kebiasaan sejak dari dahulu lagi, orang-orang Yahudi menggiringi kambing-kambing mereka ke padang menjelang Paskah (awal musim bunga), dan membawanya pulang pada permulaan hujan pertama”.
 
Adam Clarke meneruskan:
 
“During the time they were out, the shepherds watch them night and day. As …. The first rain began early in the month of Marcheshvan, which answers to part of our October and November (begins sometimes in October), we find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer. And, as these shepherd had not yet brought home their flocks, it is presumptive argument that October had not yet commenced, and that, consequently, our Lord was not born on the 25th of December, when no flock were out in the fields; nor could He have been born later than September, as the flocks were still in the fields by night. On this very ground, the Nativity in December should be given up”.
 
Maksudnya: “Semasa kambing-kambing berada di luar, penggembala akan mengawasinya siang dan malam. Apabila hujan pertama mulai turun pada bulan Marchesvan (antara bulan Oktober dan November), ternakan-ternakan itu mula dimasukkan ke dalam kandangnya. Kita mengetahui bahawa kambing-kambing itu dilepaskan di padang terbuka semasa musim panas. Disebabkan para penggembala belum membawa pulang kambing-kambingnya, ini menunjukkan bulan Oktober belum tiba. Disini dapat disimpulkan bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember, ketika tidak ada kambing ternakan yang berkeliaran di padang yang terbuka. Juga tidak mungkin beliau dilahirkan selepas bulan September kerana di bulan September inilah kambing-kambing masih berada di padang waktu malam. Dari pelbagai bukti yang ada, kemungkinan beliau lahir di bulan Disember amatlah mustahil.
 
Kambing-kambing meragut di padang pada musim panas

Dalam ensiklopedia yang bertaburan di seluruh dunia mahupun di laman-laman web dan dalam kitab suci Kristian sendiri mengatakan kepada kita bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember. Catholic Encyclopdia sendiri secara tegas dan terang-terangan mengakui fakta ini.

 
Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah hari kelahiran Isa yang sebenarnya. Jika kita meneliti dari bukti-bukti sejarah dan kitab suci Kristian sendiri, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Jesus lahir pada awal musim gugur (yang dianggarkan jatuh pada bulan September), atau sekitar 6 bulan selepas hari Paskah.
 
Jika Tuhan menghendaki kita untuk mengingat-ingat dan merayakan hari kelahiran Jesus, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan hari kelahirannya.
 
Proses Krismas Masuk ke Gereja
 
New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge dalam artikelnya yang bertajuk “Christmas “menghuraikan dengan jelas seperti berikut:
 
“How much the date of the festival depended upon the paganBrumalia (Dec. 25) following the Saturnalia (Dec. 17-24), and celebrating the shortest day of the year and ‘the new sun’ … can not be accurately determined. The pagan Saturnalia and Brumalia were too deeply entrenched in popular custom to be set aside by Christian influence … The pagan festival with its riot and marrymaking was so popular that Christians were glad of an excuse to continue its celebration with little change in spirit and in manner . Christian preachers of the West and the Near East protested against the unseemly frivolity with which Christ ‘s birthday was celebrated, while Christians of Mesopotamia accused their Western brethren of idolatry and sun worship for adopting as Christian this pagan festival”.
 
Maksudnya: “Sunguh banyak tarikh perayaan yang berkaitan pada kepercayaan pagan dan penyembah berhala Brumalia (25 Disember) sebagai lanjutan dari perayaan Saturnalia (17-24 Disember), dan perayaan menjelang akhir tahun, serta perayaan menyambut kelahiran matahari baru …. Tidak dapat ditentukan secara pasti (jumlahnya). Adat kepercayaan pagan Brumalia dan Saturnalia sudah berakar dan popular dalam adat istiadat masyarakat ketika itu dan telah diambil oleh Kristian. Perayaan ini dirayakan oleh Kristian dengan mengubah sedikit tata caranya. Para paderi Kristian di Barat dan Timur menentang perayaan kelahiran Jesus ini yang meniru agama berhala ini. Di samping itu,Kristian Mesopotamia menuding jari kepada Kristian Barat yang telah menerima model penyembahan terhadap dewa Matahari”.
 
Menjelang abad pertama hingga abad keempat Masihi, dunia dikuasai oleh empayar Rom yang mengamalkan dan mempercayai agama Pagan. Sejak agama Kristian masih di awalan sehinggakan berkembang pesat, para pemeluknya diseksa oleh penguasa Rom. Setelah Constantine menaiki tahta menjadi maharaja, kemudian memeluk agama Kristian pada abad keempat Masihi, dan meletakkan agama sejajar dengan agama pagan Rom, rakyat Rom beramai-ramai memeluk agama Kristian.
 
Constantine I

Disebabkan mereka sudah terbiasa meraikan hari kelahiran dewa-dewa pada 25 Disember, menyebabkan adat tersebut sukar dibuang. Perayaan ini adalah pesta yang penuh dengan kemeriahan dan sangat disukai oleh rakyat. Mereka tidak mahu kehilangan hari kegembiraan seperti itu. Oleh kerana itu, walaupun sudah memeluk agama Kristian, mereka tetap memelihara upacara adat itu. Di dalam artikel yang sama, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana maharaja Constantine tetap merayakan hari “Sunday” sebagai hari kelahiran dewa matahari. Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan sifat Anak Tuhan (Jesus) dengan Sun Gods. Kemudian pada abad keempat masihi, kepercayaan itu telah memasuki ke dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-God (Dewa Matahari) yang jatuh pada tarikh 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Jesus).

 
Demikianlah asal-usul “Christmas” atau Krismas yang diciptakan oleh dunia barat dan dirayakan sehingga sekarang. Walaupun namanya ditukar menjadi selain Sun-Day, Son of God, Christmas, dan Krismas, pada hakikatnya tujuannya tetap sama iaitu meraikan hari kelahiran dewa matahari. Sebagai contoh, kita boleh menamakan arnab dengan nama singa, tetapi fizikalnya tetap arnab.
 

source: The Plain Truth About Christmas oleh Herbert W. Armstrong (1892-1986 – Worldwide Church of God, California USA 1984).

Mendepani ramalan qiamat 2012

A.LATAR BELAKANG
Kiamat dalam bahasa Indonesia adalah hari kehancuran alam semesta.Pengertian hari qiyamat adalah hari kebangkitan (qiyam = bangun,berdiri). Di mana pada saat itu alam semesta dibentuk lagi oleh Allahdalam wujud barunya yang disebut kampung akherat yang terdiri darisurga dan neraka. Setelah itu manusia dikumpulkan di padang mahsyaruntuk diperhitungkan amal perbuatannya selama hidup di dunia,
Sepertiyang telah di jelaskan dalam Al-Qur’an Surat Al-Zalzalah :
Artinya :
1.Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),
2.dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yangdikandung)nya,
3.dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”,
4.Pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
5.Karena Sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya.
6.Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam Keadaanbermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka(balasan) pekerjaan mereka
7.Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun,niscaya Dia akan melihat (balasan)nya.
8.dan Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, niscaya Dia akan melihat (balasan)nya pula.
B.MITOLOGI DUNIA
Dikisahkan didalam beberapa mitologi-mitologi tentang berbagaibangsa di dunia bahwa bumi ini pernah dilanda banjir dahsyat yangmengerikan. Hampir semua peradaban-peradaban zaman dulu,terdapat cerita tentang bencana yang satu ini, misalnya diantaralebih dari 130 suku Indian di Benua Amerika hampir tidak ada sukuyang tidak memitoskan banjir dasyat sebagai topik. Kalau mau lebih mudahnya, coba ingat-ingat Kisah Nabi Nuh .Dikisahkan didalamAl-Qur’an maupun Bible,bahwa seluruh peradaban manusia pada saat itu musnah, terkecuali bagi orang-orang yang percaya pada ajaran Alllahyang disampaikan oleh Nabi Nuh yang selamat dari bencana air bah yang maha dasyat itu.
Pernah beberapa waktu lalu sempat tersiar sebuahartikel menarik, menurut penuturan dari Mister Li Hongzi (pendiri FulunGong/Fulun Dafa) dalam ceramah Alam Semesta-nya, Beliau menuturkanbahwa peradaban dimuka bumi ini setidaknya telah dihancurkan kurang lebih sebanyak empat kali oleh Tuhan Pencipta.Dan,pada saat era dimana kita hidup sekarang ini, merupakanmasa kehidupan peradaban umat manusia ke-5 dibumi.Pada saat ini, dimana tanda-tanda zaman kebejatan telah dapatterlihat dengan begitu jelas, mungkin kembali saatnya peradaban padasaat ini harus kembali diakhiri, dan akan digantikan dengan sebuahperadaban baru yang tidak ada hubungannya sama sekali dengan peradaban sebelumnya (kecuali kepercayaan Islam, Nasrani, dan Yahudi, karna didalam kitab suci sudah dinyatakan bahwa agama-agama tersebut akan bertahan hingga akhir zaman). Mungkin manusia-manusia yang akan datang akan mengenal sisa-sisa peradaban kitasebagai sebuah peradaban maju yang hilang ditelan masa,sepertihalnya kisah mengenai peradaban Atlantis dan Lemuria yang tenggelamdimasa silam
BAB II PEMBAHASAN
A. KIAMAT 2012 (END OF TIME)1.KALENDER MAYA
Pada sistem penanggalan didalam Kalender Bangsa Maya/MayanCalendar yg merupakan Kalender paling akurat hingga sekarang yangpernah ada di bumi. (Perhitungan Mayan Calendar dari 3113 SM sampai2012 M)Mereka (Bangsa Maya) menyatakan pada tahun 2012, tepatnyatanggal 21 Desember 2012, merupakan “End of Times”. (Dalam karyatulis ini, kami tidak menyatakan hal itu sebagai kepastian atau suaturamalan —jelas sekali ramalan adalah suatu yang sesat— melainkanhipotesis atau teori/dugaan yang sangat ilmiah dan rumit yangsebisanya kami jelaskan dengan kemampuan kami yang masih sangatminim).Dalam kalender bangsa Maya yang sangat tersohor itu, dikatakanbahwa pada periode 1992-2012 bumi akan dimurnikan, selanjutnyaperadaban manusia sekarang ini akan berakhir dan mulai memasukiperadaban baru.Dalam sejarah peradaban kuno dunia, bangsa Maya dikenalmenguasai pengetahuan tentang ilmu falak yang khusus danmendalam, sistem penanggalan yang hamper sempurna,penghitungan perbintangan yang rumit serta metode pemikiranabstrak yang tinggi. Kesempurnaan dan akurasi dari padapenanggalannya membuat orang takjub.
Dalam karya Arguelles, The Mayan Factor: Path Beyong Technologyyang diterbitkan oleh Bear & Company pada 1973, disebutkan dalampenanggalan Maya tercatat bahwa sistem galaksi tata surya kita sedangmengalami ‘The Great Cycle’ (siklus besar) yang berjangka lima ribu duaratus tahun lebih. Waktunya dari 3113 SM sampai 2012 M. Dalam siklusbesar ini, tata surya dan bumi sedang bergerak melintasi sebuah sinargalaksi (Galatic Beam) yang berasal dari inti galaksi. Diameter sinar secara horizontal ini ialah 5125 tahun bumi. Dengan kata lain, kalaubumi melintasi sinar ini akan memakan waktu 5125 tahun lamanya.Orang Maya percaya bahwa semua benda angkasa padagalaksi setelah selesai mengalami reaksi dari sinar galaksi dalam siklusbesar ini, akan terjadi perubahan secara total, orang Maya menyebutnya,penyelarasan galaksi (Galatic Synchronization). Siklus besar ini dibagimenjadi 13 tahap, setiap tahap evolusi pun mempunyai catatan yangsangat mendetail. Arguelles dalam bukunya itu menggunakan banyaksekali diagram-diagram untuk menceritakan kondisi evolusi pada setiaptahap. Kemudian setiap tahap itu dibagi lagi menjadi 20 masa evolusi.Setiap masa itu akan memakan waktu 20 tahun lamanya.Dari masa 20 tahun antara tahun 1992-2012 itu, bumi kita telahmemasuki tahap terakhir dari fase Siklus Besar, bangsa Mayamenganggap ini adalah periode penting sebelum masa pra-GalaticSynchronization, mereka menamakannya: The Earth Generetion Priod(Periode Regenerasi Bumi). Selama periode ini bumi akan mencapaipemurnian total. Setelah itu, bumi kita akan meninggalkan jangkauansinar galaksi dan memasuki tahap baru: penyelarasan galaksi.
Menurut ramalan, pada tanggal 21 Desember 2012 akan menjadihari berakhirnya peradaban umat manusia kali ini, dalam perhitungankalender Maya. Sesudah itu, umat manusia akan memasuki peradabanbaru total yang tidak ada hubungannya sama sekali (kecuali sepertiyang disebutkan diatas) dengan peradaban sekarang. Pada hari itu,tepatnya musim dingin tiba, matahari akan bergabung lagi dengantitik silang yang terbentuk akibat ekliptika (jalan matahari) denganekuator secara total.Saat itulah, matahari tepat berada di tengah-tengah selasistem galaksi, atau dengan kata lain galaksi terletak di atas bumi,bagaikan membuka sebuah “Pintu Langit” saja bagi umat manusia.Mulai 1992, bumi memasuki apa yang oleh bangsa Maya disebut’Periode Regenerasi Bumi”. Pada periode ini, Bumi dimurnikan,termasuk juga hati manusia, (ini hampir mirip hipotesis orang IndianAmerika-Utara terhadap orang sekarang ini), subtansi yang tidakbaik akan disingkirkan, dan substansi yang baik dan benar akan dipertahankan, akhirnya selaras dengan galaksi (alam semesta), iniadalah singkapan misteri dari gerakan sistem galaksi kita yangdiperlihatkan oleh bangsa Maya.
2. KEMUNCULAN PLANET X (NIBIRU)
Bagian luar Tata Surya masih memiliki banyak planet-planet minoryang belum ditemukan. Sejak pencarian untuk Planet X dimulai padaawal abad ke 20, kemungkinan akan adanya planet hipotetis yangmengorbit Matahari dibalik Sabuk Kuiper telah membakar teori-teoriKiamat dan spekulasi bahwa Planet X sebenarnya merupakan saudaraMatahari kita yang telah lama hilang.Tetapi mengapa cemas duluan akanPlanet X/Teori Kiamat ini? Planet X tidak lain hanya merupakan obyekhipotetis yang tidak diketahui?Teori-teori ini didorong pula dengan adanyaramalan suku Maya akan kiamat dunia pada tahun 2012 (MayanProphecy) dan cerita mistis Bangsa Sumeria tentang Planet Nibiru, danakhirnya kini memanas sebagai ramalan kiamat 21 Desember 2012.Planet X juga dikenal dengan nama Nibiru, atau disebut “Wormwood”, merupakan benda angkasa luar yang paling sering disebut sejak jamankuno. Setelah mengorbit selama 3600 tahun, planet ke 10ini akan datang lagi. Dampak kedatanganPlanet X terhadap bumi, sudah dicatat nenek moyang kita ribuan tahunlalu. tahun lalu. Ilmu Geologi dan Arkeologi juga mencantumkannya.Kalangan “orang dalam” di NASA, DoD (badan inteligensi militer),SETI maupun CIA sudah memprediksikan, kalau 2/3 dari penduduk planetbumi akan punah, ketika terjadi pergantian kutub, yang disebabkankedatangan Planet X. Sisa populasi yang bertahan hidup, terancambahaya kelaparan dan radiasi elemen, dalam jangka waktu 6 bulansetelah kejadian ini.Massa Planet X begitu besar, dengan kutub magnetis yang memilikikadar plasma tinggi dan pancaran energi yang begitu dahsyat, pastimengakibatkan kerusakan hebat pada planet yang dilewatinya. Biasanyabeberapa tahun sebelum kedatangan Planet X, gelombangelektromagnetik Planet X mengakibatkan perubahan-perubahan besarpada planet yang akan dilewatinya. Ini bias dilihat pada perubahan iklimdahsyat yang melanda Planet Bumi yang lebih disebabkan oleh kedatangan Planet X (Nibiru) dan bukan oleh Global Warming (PemanasanGlobal).
B. KIAMAT 2012 MENURUT PANDANGAN ISLAM
Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslimdan yang hanya diketahui oleh Allah swt saja seperti banyak disebutkandidalam Kitab-Nya maupun Sunnah Nabi saw, diantaranya :“
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itutidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya.Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat ituadalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui
”.(QS. Al A’raf : 187)
Ibnu Katsir mengatakan bahwa firmanAllah,”Katakanlah:’Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalahpada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktukedatangannya selain Dia.” Adalah perintah Allah swt kepada nabi-Nya saw apabila beliau saw ditanya tentang waktu terjadinya kiamat makahendaklah beliau saw mengembalikan pengetahuan tentang itu kepadaAllah swt. Sesungguhnya Dia lah yang menjelaskan waktu kedatangannyaatau mengetahui kejelasan perkara itu dan kapan kepastian waktunya.(Tafsir Ibnu Katsir juz III hal 518)“
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah:“Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh Jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya
.” (QS. Al Ahzab : 63)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”
Kunci-kunci ghaib itu lima,’Sesungguhnya hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkanhujan, dan mengetahui apa yang ada didalam rahim. Dan tiadaseorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akandiusahakannya besok, dan tiada yang seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah MahaMengetahui lagi Maha Mengenal
.” (HR. Bukhori)
Al Qurthubi menyebutkan pendapat Ibnu Abbas yang mengatakanbahwa kelima kunci-kunci ghaib tersebut tidaklah ada yangmengetahuinya kecuali Allah swt. Hal itu juga tidak diketahui oleh paramalaikat, para Nabi yang diutus. Maka barangsiapa yang menganggapbahwa dirinya mengetahui sesuatu tentang itu semua maka orang itutelah mengingkari Al Qur’an dikarenakan ia telah menyalahinya. (Al JamiLi Ahkamil Qur’an juz XIV hal 400)Dan juga jawaban Rasulullah saw ketika ditanya oleh Malaikat Jibriltentang kapan terjadinya kiamat maka beliau saw besabda,”Orang yangditanya tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya.” (HR. Muslim)Hadits tersebut menjelaskan bahwa diri Rasulullah saw dan juga orangyang bertanya (Jibril) tidaklah mengetahui tentang waktu terjadinyakiamat.Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya tentang akan hancurnyaalam ini pada tahun 2012 ?! Beliau menjawab bahwa ini termasukpembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masayang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada andabesok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecualiAllah swt.“
Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok
.” (QS. Luqman : 34)
Seseorang mungkin mengetahui sesuatu dengan berbagaiindikatornya akan tetapi hal itu hanyalah sebatas dugaan bukanlahkepastian.“
dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana diaakan mati
.” (QS. Luqman : 34)Ramalan akan adanya kiamat pada 2012 dari suku Mayasebenarnya belum diketahui dasar perhitungannya. Tetapi issu ini sudahmenyebar luas lewat media Internet. Sebagai Muslim, saya hanya yakinbahwa Kiamat ada dan PASTI akan datang. Dan waktunya, kita tidak adayang tahu, apalagi sampai menyebut tanggal. Tentang waktu, kapan kiamat terjadi, ummat Islam hanyadiberi
sign
, berupa tanda2 datangnya kiamat yang sesuai dengan Al-Qur’an dan Hadits. Bila tanda-tanda sudah ada, maka hari yang dimaksudmemang sudah dekat. Tetapi tepatnya kapan, kembali ke konsep dasar,Ummat Islam tidak ada yang boleh menyebut waktu, baik hari, tanggal,bulan maupun tahunMengenai Planet X (Nibiru) bukti-bukti astronomis yang digunakan untuk teori-teori Planet ini benar-benar melenceng.
Pada 18 Jun ,peneliti-peneliti Jepang mengumumkan berita bahwa pencarian teoretis mereka untuk sebuah massa besar di luar Tata Surya kita telah membuahkan hasil. Dari perhitungan mereka, mungkin saja terdapatsebuah planet yang sedikit lebih besar daripada sebuah obyek Plutoid atau planet kerdil, tetapi tentu lebih kecil dari Bumi, yang mengorbit Matahari dengan jarak lebih dari 100 SA. Tetapi sebelum kita terhanyut pada penemuan ini, planet ini bukan Nibiru, dan bukan pula bukti akanberakhirnya dunia ini pada 2012. Penemuan ini penemuan baru danmerupakan perkembangan yang sangat menarik dalam pencarian planet-planet minor dibalik Sabuk Kuiper.Allah lah yang mengetahui kebenaran hakikinya bahkan terhadapberbagai penafsiran tentang alam semesta ini, perkembangan alam maupun kehidupan yang seluruhnya merupakan teori-teori, seperti halnyateori ledakan besar, teori ini dan itu. Dan sebagaimana sebuah teori makaada pula sebagian ilmuwan lainnya yang melakukan penyanggahanterhadapnya dengan berbagai teori lainnya dan begitulah selanjutnya.Adapun hakekat kebenarannya didalam permasalahan ini tidaklahada yang mengetahuinya kecuali Allah swt sebagaimana disebutkandidalam Al Qur’an.

BAB III KESIMPULAN
Sebagai seorang muslim kita percaya bahwa kiamat pasti akan terjadi. Kapanterjadinya? Hanya Allah SWT Yang Maha Tahu. Kita hanya tahu lewat tanda-tandaakan datangnya hari Kiamat itu. Pada manuskrip peninggalan suku Maya yangtinggal di selatan Meksiko atau Guatemala yang dikenal menguasai ilmu Falak,disebutkan bahwa kiamat akan terjadi pada 21 Desember 2012. Disebutkan jugapada waktu itu akan muncul gelombang galaksi yang besar-besaran sehinggamengakibatkan terhentinya semua kegiatan di muka Bumi ini.Serta kemunculanPlanet X (Nibiru) ke system tata surya kita yang menjadi penyebab terjadinyaberbagai bencana pada Planet-planet yang dilewatinya.
Adanya ramalan bahwa dunia akan berakhir pada tanggal 21 Desember 2012 tentunya tidaklah membuat risau apalagi ketakutan didalam diri seorang mukminyang mengimani perkara-perkara yang ghaib, yang mengimani bahwa segalasesuatu yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah swt dan apabila Dia swt tidak berkehendak maka sesuatu itu tidak akan terjadi. Tentang waktu, kapan kiamat terjadi, ummat Islam hanya diberi berupa tanda2 datangnya kiamat yang sesuai dengan Al-Qur’an dan Hadits. Bila tanda-tanda sudah ada, maka hari yang dimaksud memang sudah dekat. Tetapi tepatnya kapan, kembali ke konsep dasar, Ummat Islam tidak ada yang boleh menyebut waktu, baik hari, tanggal, bulan maupun tahun.

Tahun 2011 dan cabaran terhadap aqidah dan akhlak umat Islam

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Foto

MEMURTADKAN UMAT ISLAM….gerakan dan misi giat dilakukan oleh mubaligh Kristian yang menjadikan bantuan kewangan serta bimbingan sebagai strategi utama
HARI INI genap setahun kita pada 2011. Sepanjang tempoh itu, pastinya pelbagai kisah suka duka mewarnai kehidupan kita.

Diharapkan kedatangan tahun baru 2012, kita menggunakan seluas-luasnya peluang yang terhidang bagi melunaskan impian yang belum terlaksana serta membaiki kelemahan ke tahap yang lebih membanggakan.

Jika menyorot kembali, 2011 ditinggalkan dengan beberapa peristiwa yang perlu dijadikan pedoman buat kita semua.

Peristiwa paling mengejutkan berlaku di negara ini ialah pada Ogos lalu (Ramadan) apabila 12 individu Islam hadir dalam majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya.
Bayangkan, ketika umat Islam sedang menyambut bulan paling mulia ada dalam kalangan orang Islam sanggup hadir dalam acara yang boleh mengancam akidah serta memurtadkan mereka.
Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan mereka diarah hadir di Bahagian Penguatkuasaan Jais untuk siasatan. Serbuan ke atas gereja itu dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selepas mendapat maklumat terdapat orang Islam menghadiri majlis di situ.

Ketika serbuan pada jam 9 malam itu, ada seorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

Kebanyakan mereka yang hadir pada malam itu mendakwa mereka mempunyai masalah kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga selain gagal mendapat bantuan daripada pihak berkuasa.

Malah, gerakan seperti itu didakwa sedang berkembang ke seluruh negara secara ‘bawah tanah’.

Cara yang dilakukan cukup lembut dan halus iaitu dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Jelas kepada kita itu semua ancaman kepada akidah umat Islam. Mereka perlu berasa bimbang kerana murtad adalah jenayah yang cukup berat.

Sememangnya kita mengetahui gerakan dan misi memurtadkan umat Islam sedang giat dilakukan yang menjadikan bantuan kewangan serta bimbingan sebagai strategi utama.

Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati serta menjauhi daripada menerima pujukan dan apa saja bentuk bantuan yang diberi kerana ia mempunyai misi tersembunyi.

Jelas kepada kita, Artikel 3(1) iaitu status agama Islam sebagai agama rasmi negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan larangan menyebarkan agama lain kepada umat Islam negara dilihat sudah dicabuli dan diperlekehkan.

Selain itu, kes pembuangan bayi dilihat terus ‘mengungguli’ carta gejala sosial dalam kalangan umat Islam negara ini.

Jika tidak dibendung punca kepada kelahiran bayi hasil hubungan luar nikah itu, struktur dan institusi kekeluargaan pastinya kian bercelaru.

Bayangkan, bulan pertama 2011 saja sudah menunjukkan bilangan yang mengejutkan apabila terdapat 34 kes pembuangan bayi dicatatkan.

Kini pelbagai cara pembuangan bayi dilakukan dengan harapan ia dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai selain memastikan perbuatan itu mampu ‘menutup’ malu atas perbuatan keji yang mereka lakukan.

Mungkin dulu, kita mungkin berdepan penemuan bayi masih hidup yang ditinggalkan di masjid, tempat pembuangan sampah, dalam tandas awam dan longkang.

Namun akhir-akhir ini, fenomena itu bertambah buruk apabila bayi yang langsung tidak berdosa ditemui sudah tidak bernyawa lagi malah dibuang dan dicampak dalam keadaan sungguh tragis.

Benarlah, si penzina itu apabila sudah mati hatinya sanggup melakukan apa saja. Jelas kepada kita, tiada manusia yang sempurna akalnya sanggup bertindak membuang serta membunuh dengan kejam bayi dalam kandungan mereka melainkan anak itu hasil hubungan haram.

Antara kes paling menyayat hati ialah yang berlaku pada Oktober lalu apabila seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang belum berkahwin tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan dari tingkat dua flat kediamannya di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, Gombak.

Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu ditemui jiran di dalam longkang dalam keadaan tertiarap dengan kecederaan teruk di bahagian kepalanya.

Remaja itu mengaku bayinya itu sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu dia membuangnya ke dalam longkang. Sebelum itu, dalam kejadian yang lebih kejam berlaku pada Jun lepas apabila seorang bayi lelaki ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, Kuala Lumpur.

Lebih mengharukan, bayi itu dipercayai masih hidup sebelum dicampak ke bawah. Sememangnya tindakan dan perbuatan terkutuk mereka itu mendapat balasan setimpal kelak.

Namun, kita mengharapkan sebahagian cerita itu mampu memberi keinsafan dan kesedaran kepada yang lain tidak bertindak sedemikian rupa.

Mungkin dari satu sudut lain, jika individu itu berjaya mengekang nafsu syaitan daripada bermaharajalela sudah pasti kejadian itu tidak akan menimpa dirinya.

Didiklah nafsu sebaiknya, berkawanlah dengan mereka yang boleh membawa kita dekat dengan pencipta dan pastikan mereka yang belum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri terhindar daripada melakukan perkara sedemikian sebelum pada waktunya.

Sebagai ibu bapa, pantaulah anak sekerap mungkin dengan mengetahui ke mana dan dengan siapa anak mereka berkawan. Walaupun tugas itu agak sukar tetapi buatlah sesuatu yang boleh membuatkan diri mereka dan anak sentiasa bertaut.

Jika terlepas hukuman dunia jangan rasa kita mampu hidup senang dan tenang kerana detik hitam itu akan sentiasa menghantui diri dan menjadikan kita jadi serba tidak kena dan hilang arah tujuan.

Namun jika ada rasa penyesalan, segeralah bertaubat dengan sebenar-benarnya supaya dosa terdahulu diampunkan Allah s.w.t. Tanamkan tekad untuk mengubah kesilapan yang dilakukan itu supaya tidak berulang kembali.

Didikan agama yang kukuh dan mantap teguh sejak kecil akan dapat membantu menghalang anak daripada melakukan perkara yang tidak baik apabila mereka dewasa.

Begitu juga dengan episod hitam apabila golongan yang mendakwa mereka perlu diberikan hak asasi benar-benar menyentap perasaan seluruh umat Islam di negara ini malah turut ditolak banyak pihak yang melihat tindakan mereka berlebihan dan menyalahi tatacara, budaya masyarakat di negara ini.

Umat Islam di negara ini menerima ancaman daripada golongan yang mendesak untuk mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dengan penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011.

Program itu diadakan kononnya memperjuangkan kesamarataan dalam pengamalan seks dan menentang diskriminasi ke atas golongan LGBT.

Program itu mendapat sokongan golongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Mereka membuat tuntutan itu untuk mengadakan perhimpunan serta kempen kesedaran mengenai LGBT kepada masyarakat.

Malah, kumpulan itu dilihat turut mengadakan gerakan sulit bagi mempromosi aktiviti di kediaman tertutup dan kondominium di sekitar Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang serta Damansara.

Bagaimanapun, tindakan yang tidak memikirkan sensitiviti masyarakat itu mendapat bantahan keras daripada badan bukan kerajaan (NGO) selain membuat laporan polis selepas mereka terus mendesak mengadakan perhimpunan itu.

Semua pihak tanpa mengira ideologi dan agama bersatu menentang tuntutan berkenaan. Perhimpunan itu jelas memperlihatkan minda masyarakat yang tidak bertamadun dan tersasar daripada norma hidup manusia.

Polis mengharamkan semua aktiviti dalam penganjuran program berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 4 hingga 13 November itu dengan amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan penganjur dan peserta.

Pastinya imej Malaysia sebagai negara Islam yang dihormati akan terjejas jika barah baru masyarakat itu tidak dibanteras serta ditangani secara bijaksana.
Jika tidak dikawal ia boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan dalam masyarakat di negara ini dan boleh melemahkan jati diri seseorang apabila sanggup memilih pasangan sejenis sebagai teman hidup.

Di Barat memang sudah ada yang memilih berkahwin dengan pasangan sejenis. Hak itulah yang sedang dituntut di seluruh dunia dan jika berjaya, runtuhlah institusi keluarga yang mahukan manusia mengembangkan zuriat dengan cara yang betul

Cara insafkan pemuda ‘Punk’ di Acheh

Kena rendam dalam sungai


DENGAN mengenakan pakaian seragam polis, 65 pemuda punk itu berjalan dalam tiga barisan lurus. Mereka bergerak menuju ke dataran Kompleks Sekolah Polisi Negara (SPN) Seulawah di Aceh Besar, Sumatera, Indonesia.

Melangkah penuh disiplin, mereka kemudian duduk bagi mengikuti sesi kaunseling membina jati diri yang dikelolakan oleh Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU).

Di situ, mereka tidak dilayan sebagai pesalah sebaliknya digelar pelatih memandangkan mereka dikehendaki mengikuti sebuah modul pemulihan akhlak dan jati diri dalam tempoh tertentu.

Pada sesi itu, beberapa remaja kelihatan menundukkan kepala sambil mengesat air mata. Selama 10 hari mengikuti kem motivasi diri itu, mereka diajar menguruskan kehidupan dengan lebih baik yang semestinya berteraskan agama Islam.

Sama ada terpaksa atau atas kerelaan sendiri, rata-rata komuniti punk Aceh itu mengaku menyesal atas kealpaan mereka selama ini.

Pada 10 Disember lalu, 65 remaja dan belia punk itu ditahan ketika mereka menghadiri konsert punk di Banda Aceh.

Golongan punk umumnya tidak diterima oleh masyarakat Aceh.

Malah, lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang di wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah itu apatah lagi membuat rambut tercacak.

Rantai anjing

Semasa ditahan, kesemua mereka didapati memiliki elemen budaya liar punk. Kebanyakan mereka mempunyai tatu di badan, bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang-camping, berseluar ketat dan berambut trojan.

Budaya sebegitu sememangnya tiada toleransi di Banda Aceh. Sejurus ditahan, mereka dikurung di dalam sebuah lokap. Pakaian, subang tindik dan rantai anjing mereka dibuang.

Selepas itu, kepala lelaki punk itu dicukur sehingga botak, manakala rambut perempuan dipotong pendek seperti polis wanita.

Pelatih lelaki juga diarahkan mandi beramai-ramai di dalam sungai.

Daripada 65 orang yang ditahan, 30 daripadanya berasal dari Aceh manakala selebihnya datang dari wilayah lain di Indonesia seperti Lampung, Palembang, Jambi, Batam, Riau, Sumatera Barat, Jakarta, Bali dan Jawa Barat.

Seorang remaja punk yang dikenali sebagai Riyan berkata, latihan membina jiwa yang dijalaninya di SPN sangat berguna.

“Banyak perkara yang diajar kepada kami terutamanya mengenai disiplin dan peranan kami sebagai anggota masyarakat.

PEMUDA punk yang telah dibotakkan kepala direndam di sebatang sungai di Banda Aceh bagi membersihkan diri mereka.

“Secara peribadi, kini saya merasakan saya mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik.

“Lebih penting lagi, kami dididik untuk mendirikan solat lima waktu,” katanya kepada portal berita tempatan.

Pendapat Riyan itu disokong rakannya, M. Fauzi.

“Selain disiplin, kami didedahkan dengan latihan fizikal untuk menjaga kecergasan tubuh.

“Saya juga menghargai usaha kumpulan ulama yang datang ke sini untuk memberi kefahaman akidah kepada kami,” katanya.

Selain suapan rohani dan jasmani, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.

Hasil pemeriksaan mendapati tiga pelatih mempunyai gejala hepatitis dan seorang disahkan positif penyakit itu.

“Jika ada pelatih yang tidak sihat, dia akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti fizikal,” kata Fauzi lagi.

Syariah

Seorang pelatih perempuan, dikenali sebagai Sarah, 18, memberitahu, sepanjang berada di kem tersebut, dia menjadi lebih berdisiplin dan mendapat banyak pengetahuan agama.

Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah berkata, pengaruh kawan telah mengheretnya kepada budaya punk.

“Saya sedar saya silap. Selepas keluar dari sini, saya mahu ke sekolah dan berazam menjadi anak yang baik,” ujarnya.

Walaupun SPN bertujuan mendidik kumpulan yang telah rosak akhlak, masih ada pihak di Indonesia yang menganggap penahanan itu sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf mempertahankan tindakan tersebut.

“Mereka terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.

“Didikan disiplin, akidah dan moral ini merupakan keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia,” jelas Irwandi.

Menurut beliau, lebih 700 pengikut punk tinggal di Aceh. Mereka biasanya makan dan tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan.

RIAK sedih remaja punk apabila rambutnya dipotong pendek oleh pihak berkuasa.

Mereka tidak mempunyai pekerjaan bahkan tidak mendapat pendidikan di sekolah agama mahupun sekolah biasa.

“Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka.

“Bolehkah mereka sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka pada masa akan datang?” tanya Irwandi.

Selepas tempoh latihan di SPN tamat, pihak berkuasa akan membantu pelatih terbabit mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka juga diberi biasiswa bagi meneruskan persekolahan.

Wajar

“Kami menahan mereka bukan disebabkan cara mereka berpakaian. Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti kumpulan punk.

“Ramai juga yang mengaitkan penahanan ini dengan undang-undang syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung,” kata Irwandi.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Malah, mahkamah syariah Aceh mempunyai bidang kuasa yang berbeza berbanding mahkamah syariah yang terdapat di wilayah lain.

“Perundangan syariah memang wajar dilaksanakan bukan sahaja di Aceh tetapi di seluruh Indonesia kerana 95 peratus penduduknya beragama Islam.

“Bahkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia,” kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia, Mansur Usman.

Mansur yang sudah 28 tahun berhijrah ke Malaysia menyifatkan penahanan komuniti punk baru-baru ini sebagai wajar.

“Punk adalah budaya liar yang mengancam sosiobudaya masyarakat Aceh. Sebelum pengaruhnya terus menular, ia perlu disekat.

“Sekurang-kurangnya kehidupan mereka masih boleh dibetulkan dan menjadi pengajaran kepada orang lain,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PEMUDA bertatu dididik supaya mendirikan solat secara teratur.

Bukan untuk menzalimi, katanya lagi, undang-undang syariah dianggap pelengkap ke arah kesempurnaan Islam.

Menurut peniaga makanan, Fida, 38, masyarakat Aceh menerima baik pelaksanaan undang-undang tersebut.

“Sebelum ini, gadis bebas memakai pakaian ketat dan tidak bertudung, begitu juga pergaulan lelaki dan perempuan. Namun, sekarang keadaan berubah.

“Mereka patuh kepada undang-undang kerana enggan dimalukan di khalayak umum,” katanya yang pulang ke Aceh setahun sekali.

Hukum ucap Selamat sempena hari raya bukan Islam

Oleh: tazkirah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

 

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
  4. Keputusan (English):
The Ruling On Muslim Wishing and Greeting On Non Muslim Religious Festival

Decision:
The 78th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 12th June 2007 has discussed on the ruling on Muslims wishing and greeting on non Muslim religious festivals. The Committee has decided that:
1. Any Muslim practice or behaviour with respect to non-Muslim festivals and celebrations that involve the questions of aqida or conviction such as acknowledging other religion or believing that all religions are same, are prohibited in Islam
2. However, if the stated practice or behaviour is done on the basis of societal or social relationship between Muslims and non-Muslims for the purpose of harmony is permitted in Islam
3. To give congratulatory and good wishers or to send greetings using cards or telecommunication devices such as e-mails, short messaging system (sms) or etc to non Muslims during their religious festivals is permissible, on the condition that the greetings do not recognise, praise, glorify the religion of non-Muslims and also do not use any of their religious symbols in the greetings sent.

Susuk hanyalah sihir mata

 


KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

“Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa.

“Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan,” kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Ungkap Abdul Rahman lagi, selain kecantikan seseorang itu memakai susuk untuk kekebalan, kekuatan, ilmu penunduk, keberanian malah, ada juga yang memakai susuk di kemaluan untuk kekuatan nafsu syahwat.

Walaupun ada antara kita tahu bahawa susuk dilarang dalam Islam namun, masih ada yang khilaf mengenainya kerana terlalu mengikut nafsu duniawi untuk cantik. Lebih menyedihkan ada yang percaya susuk boleh dipakai selepas bertemu dengan bomoh yang menggunakan potongan ayat al-Quran sedangkan hakikatnya ia hanyalah untuk menutup ilmu hitam mereka.

“Benda-benda sebegini syirik semuanya walaupun menggunakan ayat al-Quran. Kaedah memasukkan susuk ayat ini dilakukan dengan membacakan beberapa potong ayat al-Quran beberapa ribu kali pada air kemudian dibasuhkan pada muka, ia seolah-olah memasukkan susuk tersebut ke dalam wajah,” katanya.

Tambahnya, antara ayat-ayat yang biasa digunakan untuk susuk ayat ialah Surah Yusuf, ayat 4 yang dibacakan sebanyak 4,444 kali untuk kecantikan, manakala untuk tujuan kuat atau kebal pula dibacakan Surah Al-Hadid sebanyak 1,000 kali.

“Semua ini amalan syaitan walaupun dengan menggunakan ayat al-Quran. Susuk diharamkan kerana dua perkara iaitu ada unsur penipuan yang dipanggil gharar dan ada unsur mengubah ciptaan Tuhan walaupun dengan mata kasar kita tidak dapat lihat fizikalnya berubah.

“Orang yang banyak membaca al-Quran, mukanya akan nampak berseri disebabkan amalan tersebut dan ia berbeza dengan susuk ayat kerana susuk ayat mempunyai bacaan ayat-ayat khusus untuk mencantikkan diri dan ini dilarang Islam disebabkan ada pendustaan serta gharar,” katanya.

Berunsur pemujaan

SUSUK sering dipakai di wajah, dada atau kemaluan untuk tujuan kecantikan, sedangkan hakikatnya si pemakai didampingi jin yang mengubah bentuk wajah manusia.

Ditanya sama ada susuk yang dimasukkan itu sekadar material sahaja atau mempunyai ‘penjaganya’, Abdul Rahman memberitahu bahawa pemakaian susuk itu adalah sesuatu yang berbentuk pemujaan.

“Ia akan menyeru jin-jin yang akan berdamping dengan si pemakai. Jin inilah yang akan mengubah wajah secara spiritual bentuk wajah.

“Orang bukan tengok wajah si pemakai tetapi, melihat jin yang berada di sekitar kawasan muka si pemakai kerana jin mampu mengubah bentuk seseorang,” jelasnya sambil memberitahu susuk merupakan sihir mata dan biasanya si pemakainya tergolong dalam orang yang melakukan maksiat.

Menurutnya, susuk merupakan amalan sihir yang dipelopor pada zaman Firaun atau lebih tepat ia mula tercipta pada zaman kerajaan Firaun lagi.

“Apabila turunnya ayat sihir di Babylon, orang Yahudi mengambil ayat-ayat sihir itu untuk dijadikan amalan. Maka, amalan-amalan sihir ini dipelajari oleh orang Firaun apabila orang Israel pergi ke Mesir.

“Ia berlaku sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Jenis susuknya sama, cuma amalan susuk ini disesuaikan di setiap generasi. Contohnya, pengamalan dan bahan yang digunakan sama tetapi, disesuaikan dengan keadaan semasa serta tujuannya.

Walaupun susuk dipakai untuk pelbagai tujuan namun, ia paling kerap disinonimkan dengan kecantikan atau sebagai pemikat.

Betis memukau

Lina (bukan nama sebenar), 42, mula memakai susuk emas dan berlian ketika usianya 14 tahun.

“Ibu mengesyorkan saya memakai susuk sedangkan saya tidak tahu kegunaan dan untuk tujuan apa. Susuk emas diletakkan di betis, manakala susuk berlian di kening,” katanya yang nekad membuang susuk kerana seringkali mengalami mimpi ngeri dan tidak boleh tidur malam.

Menceritakan betapa hebatnya penangan susuk tersebut, mana-mana lelaki yang melihat betis Lina akan mengikutnya hingga ke rumah.

“Kini, saya sudah insaf dan menasihatkan agar orang di luar sana terutamanya wanita supaya tidak terjebak dalam pemakaian susuk kerana kesannya akan tiba apabila meningkat usia selain berdosa,” ujarnya.

Kemaluan bernanah

Seorang lagi pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, susuk dipakai oleh lelaki dan wanita tetapi selalunya menjadi amalan kaum wanita.

“Ada seorang wanita mengaku memakai susuk untuk tujuan kecantikan. Dia memakainya di kening dan pipi menyebabkan ramai lelaki tergila-gilakannya walaupun rupanya tidak secantik mana pun.

“Apabila sudah meningkat usia dan menopaus, sendi-sendinya mula bengkak dan dia sukar untuk tidur malam akibat gangguan,” katanya.

Ceritanya, ada seorang wanita berusia dalam lingkungan usia 60-an mengalami kesukaran untuk tidur selama empat tahun, sakit sendi hingga keluar ulat.

PEMAKAIAN susuk biasanya disusuli dengan ritual pemujaan yang bercanggah dengan hukum Islam. – Gambar hiasan

Apabila ditanya, wanita tersebut mengaku bahawa dia memakai 10 susuk di seluruh bahagian badannya antaranya di kemaluan, buah dada, lengan, betis dan bibir.

“Cerita wanita tersebut kepada saya, walaupun pada usia 50 tahun ramai yang tergila-gilakannya. Apabila putus haid pada usia 55 tahun, badannya mula rasa sakit-sakit dan mengalami pelbagai masalah selain kemaluannya bernanah.

“Sebaik sahaja susuk dikeluarkan mukanya mula berkedut,” ujarnya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai pantang larang pemakai susuk, Shamsuri mengakui memang terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu diikuti oleh si pemakai.

“Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk ini tidak boleh lalu di bawah ampaian besi bukannya ampaian tali. Selain itu, mereka juga tidak boleh memakan pisang emas, sate dan makanan bercucuk yang lain.

“Air zam-zam juga tidak boleh diminum oleh mereka. Jika pantang larang dilanggar muka mereka akan bernanah. Ada seorang wanita yang terlupa akan pantang larang tersebut menyebabkan kemaluannya bernanah selama dua tahun selain darah haid tidak putus-putus keluar selama empat tahun,” katanya.

Setiap perbuatan pasti ada akibatnya dan penggunaan susuk tidak terkecuali. Mereka yang memakai susuk berhadapan dengan saat azab sewaktu berdepan dengan sakaratulmaut malah, fizikalnya akan sakit jika melanggar pantang larang yang perlu dipatuhi.

Ramai Lepasan SPM, STAM dan STPM Masuk Pondok

Cuti IPT dan sekolah dimanfaatkan sebaiknya oleh sebahagian pelajar dengan memilih Pondok Pasir Tumboh dan pusat pengajian pondok yang lain sebagai tempat menimba dan menambah ilmu agama. Jika sebelum ini ramai mahasiswa IPT dan pelajar sekolah menggunakan cuti akhir tahun untuk datang belajar maka kini tiba giliran lepasan SPM, STAM dan STPM yang baru menamatkan peperiksaan masing-masing untuk datang belajar di pondok sementara menunggu keputusan peperiksaan keluar nanti

Pelajar yang berminat wajib membawa surat akuan sekolah dan surat akuan tidak terlibat daripada sebarang kes jenayah daripada imam Mukim atau penghulu kampung masing-masing semasa pendaftaran. Pendaftaran dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad dari jam 10 pagi hingga 3.30 petang. Sebarang masalah boleh hubungi pejabat 09-7657786 bagi lelaki dan 09-7652193 bagi perempuan

Proses pendaftaran dan kemasukan pelajar kategori ini terus dibuka selagi ada tempat penginapan yang dicari sendiri oleh mereka yang berminat dengan bantuan pelajar senior. Buat masa sekarang hampir 100 orang pelajar terbabit samada lelaki mahupun perempuan yang telah mendaftar diri sebagai pelajar sementara.

Gerhana bulan penuh 10 Disember

KUALA TERENGGANU 4 Dis. – Gerhana bulan penuh dengan pemandangan seakan-akan bola raksasa kuning tembaga terapung di angkasa selama lebih 40 minit dijangka berlaku pada malam 10 Disember ini.

Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu kenyataan hari ini berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena itu dan melakukan solat sunat gerhana.

“Gerhana kali ini berlaku pada awal malam. Meriahkanlah fenomena ini dengan bacaan selawat dan tasbih serta solat sunat gerhana di masjid.

“Kejadian itu amat besar hikmatnya supaya manusia melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan Allah dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut bahawa melalui paparan takwim pada petang Sabtu (10 Disember), bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada pukul 6.44 petang, kira-kira 12 minit sebelum matahari terbenam.

Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.

Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.

“Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar,” jelas kenyataan itu lagi.

Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

“Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, solat sunat gerhana bulan di negara ini boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.

Telefon pintar punca sakit tengkuk, jari

LONDON: Pengguna telefon pintar dan komputer tablet kini dilaporkan mula mengalami masalah dikenali high-tech blues berikutan meningkatnya kecanggihan teknologi yang menyebabkan kesakitan termasuk sakit leher hingga kepada kecederaan ibu jari.

Pakar kesihatan di Britain memberi amaran kecederaan itu berpunca daripada penggunaan skrin kecil dalam tempoh terlalu lama dan menaip dengan papan kunci yang kecil.
Kecederaan itu menjadi menjadi semakin kerap berlaku kerana alatan berteknologi tinggi menjadi semakin popular.
Semakin ramai penduduk Britain menggunakan telefon pintar kerana ia didapati lebih mudah untuk dibawa untuk melayari internet berbanding membuat panggilan telefon.

Berdasarkan satu kajian pendapat yang dibuat oleh YouGov baru-baru ini, sebanyak 44 peratus penduduk di Britain menggunakan telefon bimbit mereka untuk aktiviti lain berbanding membuat panggilan iaitu antara 30 minit dan dua jam sehari. Kajian berkenaan dilakukan terhadap 2,034 pengguna dewasa pada bulan September. – AFP

Awas! mee segera dilapisi lilin

Oleh Posmen
Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.
Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.
Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.
Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.
Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:
· Masak mee segera dalam periuk.
· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
· Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.
Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan.
Contohnya…apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.
Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.
Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.
Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.
Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.
Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:
· Masak mee segera dalam periuk.
· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
· Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.
Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya…apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari.