• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Asal Usul Taqwim Hijrah

Manusia memang berhajat kepada taqwim bagi mengatur kehidupan seharian agar lebih teratur dan tersusun. Di sini kita dapat lihat bagaimana telah wujudnya taqwim yang berbeza yang telah digunakan oleh bangsa Cina, Babli dan Firaun dan selain mereka. Kita juga dapat melihat bagaimana Allah telah menetapkan bilangan bulan dalam setahun sebagaimana ayat 36 surah at-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.

Manusia telah membahagikan bulan dalam setahun sebanyak dua belas bulan yang mana jumlah hari dalam sebulan antara 28 hingga 31 hari dan dalam seminggu pula ada tujuh hari. Sesetengah bangsa mengira taqwim mereka berdasarkan pergerakan matahari dan setengah yang lain termasuk bangsa arab dan umat Islam mengira taqwim mereka berdasarkan pergerakan bulan.Taqwim arab sebelum Islam 412 Masihi Bangsa arab telah menggunakan taqwim pada tahun 412 Masihi di mana arab yang berada di jazirah (kepulauan) arab mengira taqwim qamari iaitu berdasarkan pergerakan bulan. Di sisi mereka ada 12 bulan dalam setahun tetapi masih tidak berpegang kepada taqwim khas malah banyak bergantung kepada sejarah perjalanan hidup mereka berdasarkan beberapa peristiwa penting yang berlaku terhadap mereka. Sebagai contohnya adalah seperti berikut :

Pertama : Pembinaan Ka’bah oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail A.S kira-kira pada tahun 1855 Sebelum masihi.

Kedua : Runtuhnya Empangan Ma’rib pada tahun 120 Sebelum Masihi.

Ketiga : Kewafatan Ka’ab bin Luai iaitu datuk ketujuh bagi Rasulullah S.A.W pada tahun 59 Sebelum Masihi.

Keempat : Tahun Uzur pada 461 Masihi kerana berlakunya paksaan pada tahun ini dalam memberi persembahan kepada Ka’bah oleh raja dan manusia pada tahun ini bertelagah sesama mereka.

Kelima : Tahun Gajah iaitu apabila tentera bergajah Abrahah cuba menyerang Mekah pada tahun 571 Masihi.

Keenam : Berlakunya Peperangan Fujjjar yang berterusan sehingga empat tahun bermula daripada 586 Masihi. Para qabilah arab berperang sesama mereka termasuk pada bulan haram yang mana dilarang berperang dalamnya. Oleh sebab itu ia dinamakan peperangan Fujjar kerana arab melanggar larangan bulan haram.

Ketujuh : Pembinaan semula Ka’bah yang siap pada masa Abdul Muttalib iaitu datuk Rasulullah S.A.W menjadi ketua dan ketika itu baginda S.A.W berusia 35 tahun. Ini bermakna ia berlaku pada tahun 605 Masihi.

Perkiraan bulan mengikut bangsa arab berdasarkan masa yang berlaku antara dua anak bulan. Tahun Qamariah mempunyai 354.25 hari dalam setahun yang terdiri daripada 12 bulan. Bulan-bulan haram sebagaimana yang telah digarapkan oleh Allah dalam ayat 36 surah at-Taubah yang bermaksud :Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.

Daripada ayat ini kita dapat fahami bahawa bulan-bulan itu adalah Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Sebarang perbuatan maksiat pada bulan-bulan ini akan menerima azab yang pedih dan bagi amalan soleh pula akan diganjarkan dengan pahala dan balasan yang berganda.Arab menamakan bulan-bulan yang ada dalam setahun dengan nama yang berbeza dengan sebab yang berbeza iaitu :

MUHARRAM: Disebabkan pengharaman berlakunya sebarang peperangan padanya di sisi bangsa arab.

SOFAR : Kawasan tempat tinggal kosong daripada penduduknya kerana mereka keluar berperang bagi menghabiskan sisa-sisa bulan halal sebelum masuk bulan haram.

RABIUL AWWAL : Manusia meresa seronok dan lapang padanya dan duduk di tempat tinggal ketika ini.

RABIUL AKHIR : Juga kerana manusia berseronok dan lapang pada bulan ini.

JAMADIL AWWAL : Bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu sejuk dan bekunya air.

JAMADIL AKHIR : Mereka mendakwa bahawa kebanyakan peristiwa-peristiwa yang besar berlaku pada bulan ini sehingga mereka berkata :” Ajaib bagi segala yang ajaib itu ialah antara Jamadi yang dua dan Rejab”.

REJAB : Dibesarkan dan dikatakan juga pekak kerana tidak terdengar suara bising dan suara pedang yang berlaga. Dipanggil bagi bulan ini lebih disukai kerana Allah menurunkan padanya rahmat dam keampunan kepada hamba-hambanya.

SYA’ABAN : Bertembung kepanasan yang terik pada awal waktu dan ia merupakan bulan berkat kerana semua kitab samawi (wahyu kepada nabi-nabi) diturunkan pada bulan ini termasug suhuf nabi Ibrahim, Taurat, Injil dan al-Quran al-Karim. Waktu berubah mengikut peredaran zaman yang mana bulan ini selepas berlalunya setiap 25 dan 16 tahun berpindah daripada musim panas kepada musim sejuk.

SYAWAL : Bulan di mana diberi minum unta dan kerana ia merupakan awal bulan haji.

ZULKAEDAH : Kerana arab berhenti daripada berperang pada bulan ini dan ia juga merupakan awal bulan haram.

ZULHIJJAH : Kerana arab mengerjakan haji pada bulan ini.

Taqwim hijrah 17 Hijrah bersamaan 638 Masihi

Sebab yang mula mencetuskan taqwim ini adalah apabila Sayyidina Umar yang merupakan khalifah pada masa itu telah menghantar surat perintah kepada pekerjanya di Basrah iaitu Abu Musa al-Asy’ari di mana dalam surat itu ditulis Sya’aban. Abu Musa al-Asy’ari telah menghantar surat kepada Sayyidina Umar untuk mengetahui masa yang sebenar tentang bulan Sya’ban itu samada yang sedang mereka berada sekarang atau pun Sya’aban yang telah lalu. Melihat perkara ini maka Sayyidina Umar terus memberi pandangan agar diadakan taqwim khas untuk panduan umat Islam. Pada tahun 17 Hijrah, Sayyidina Umar mencadangkan agar umat Islam mengadakan suatu pembaharuan bagi memulakan tarikh perjalanan hidup mereka berdasarkan taqwim khas. Beliau telah menghimpun umat Islam pada masa itu dan berbincang dengan mereka mengenai taqwim ini. Ada di kalangan mereka yang mencadangkan agar dimulakan mengikut tahun kenabian S.A.W tetapi beliau menolaknya sehinggalah ada yang mencadangkan agar dimulakan dengan mengambil tarikh hijrah Rasulullah S.A.W sebagai titik permulaan kepada taqwim umat Islam yang mana cadangan terus ini diterima.

Para muslimin telah dinamakan tahun pertama hijrah merupakan Tahun disunnahkan Azan dan tahun kedua Tahun disunnahkan Peperangan. Manakala tahun ketiga Tahun Penyelidikan, tahun keempat Tahun Perjanjian, tahun kelima Tahun Gempa, tahun keenam Tahun Keizinan, tahun ketujuh Tahun Kekerasan, tahun kelapan Tahun Persamaan, tahun kesembilan Tahun Berlepas diri dan tahun kesepuluh ialah Tahun Perpisahan.

Keistimewaan taqwim hijrah

Keistimewaan atau pun perbezaan taqwim hijrah adalah dengan tibanya bulan puasa dan haji dalam setiap musim yang empat mengikut peredaran tahun. Islam telah mengharamkan tilik bintang sebagaimana pengharaman       kerana ia membawa kepada perubahan waktu-waktu ibadat. Oleh kerana itu, umat Islam mengikut penetapan bulan berdasarkan anak bulan mengikut sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Berpuasalah kerana melihatnya dan berbukalah(hari raya) kerana melihatnya.

Dalam zaman pra-Islam, memang menjadi kebiasaan untuk orang Arab menyesuaikan bulan dari semasa ke semasa agar sejajar dengan tahun bulan dengan tahun matahari. Majlis Makkah iaitu Nidwali membuat keputusan untuk menyesuaikannya dalam sesuatu tahun tertentu dan ini diisytiharkan dalam majlis Ukaz atan Mina. Amalan ini dilarang oleh Allah sebagaimana tercatat dalam al-Quran. Islam melarang  mereka yang cuba mengubah sebarang hari kebesaran dalam agama dengan taqwim matahari sebagaimana yang pernah dibuat oleh arab ketika zaman jahiliah dan perkara ini telah diberitahu oleh Allah dalam ayat 36 dan 37 surah at-Taubah yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan. Dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan haram. Itulah ketetapan agama yang lurus maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum musyrikin itu kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya dan ketahuilah bahawa Allah beserta mereka yang bertaqwa.Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur menidurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah haramkannya maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. (Syaitan) menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka yang buruk itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.

Pemilihan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W dalam memilih Muharram sebagai permulaan tahun hijrah adalah tepat. Jika kita lihat dalam buku-buku sejarah Islam tentang sirah Nabawiyyah di mana tarikh penghijrahan Rasulullah S.A.W berlaku pada bulan Rabiul Awwal bukannya Muharram.Pada zaman Sayyidina Umar maka bermulanya penggunaan tarikh berdasarkan hijrah bukannya tahun kelahiran bagi mengelakkan sama dengan Kristian yang berasaskan tahun kelahiran nabi Isa yang dikenali Tahun Masihi. Begitu juga tidak dimulakan dengan tahun mula-mula turunnya wahyu kepada Rasulullah S.A.W. Pemilihan hijrah sebagai taqwim Islam bagi menghidupkan suasana hijrah itu sendiri agar umat Islam tidak alpa dan lupa terhadap tujuan utama nabi S.A.W berhijrah ke Madinah iaitu untuk mencari kuasa dalam membina dan melaksana perundangan dan sistem kehidupan berdasarkan Islam.Hijrah merupakan perubahan besar kepada kehidupan umat Islam dan Islam itu sendiri yang mana sebelum ini tertindas tetapi berubah ke arah kegemilangan dan keagungan setta merubah peradaban dunia kepada tamadun yang tinggi seiring antara material dan ruhani tidak sebagaimana pembangunan material yang berjaya dibina oleh kafir Quraisy di Mekah dan juga 2 kuasa utama pada masa itu iaitu Parsi dan Rom.Pemilihan Muharram sebagai bulan permulaan taqwim hijrah bukannya Rabiul Awwal pula dibuat  adalah mengikut sebab-sebab berikut iaitu :

Pertama : Bulan Muharram merupakan bulan pertama bagi bulan-bulan yang lain dalam setahun mengikut perkiraan arab di mana telah berlaku pembaharuan dalam tarikh bermula pada bulan ini.

Kedua : Bai’ah Aqabah antara Rasulullah S.A.W dengan rombongan daripada Yathrib(Madinah) telah berlangsung pada bulan Zulhijjah. Selepas itu baginda S.A.W menyuruh muslimin berhijrah ke Madinah bagi mendapat pertolongan daripada saudara mereka yang digelar golongan Ansar di sana.

Ketiga : Muharram merupakan bulan haram dan ia berada selepas bulan Zulhijjah di mana para haji pulang ke rumah masing-masing.

Semoga dengan penjelasan yang ringkas ini mampu sedikit sebanyak menambahkan lagi pengetahuan kita mengenai perkara ini.

Bibliografi :

1.Al-Quran al-Karim

2.Majalah al-Manar Muharram 1420H

3.Akhbar mingguan As-Sabil

3. Nur al-Yaqin, karangan Muhammad al-Khudri, dar al-Khair

9 Kesan bahaya akibat dosa

Oleh Zawawi Yusoh

MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.

Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusah­kan orang lain.

Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melang­gar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.

Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:

1. Dicabut daripadanya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

2. Tertutup daripada kebenaran. Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

3. Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Mereka tidak meng­inginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang.

4. Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.  Sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

5. Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.

6. Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hati­nya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu.

7. Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

8. Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

9. Dosa penyebab turunnya bala Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab

4 amalan elak hati jadi ‘batu’

Oleh Mohd Fadly Samsudin

SESEORANG yang keras hatinya akibat terlalu kotor menghitam pasti tidak lagi merasakan kemanisan dan keseronokan beribadat.

Lebih membimbangkan ialah apabila hati ke tahap tidak ‘bernyawa’ lagi (mati), pasti tiada lagi perasaan insani dalam diri mereka.

Akibatnya, mereka tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan. Hatinya terpadam sifat manusia yang bertamadun, mempu nyai peraturan hidup, belas ihsan dan perasaan takutkan kemurkaan Allah s.w.t.

Melakukan kemungkaran dan kejahatan tidak sedikit pun memberi perasaan bersalah dalam diri. Maka sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja bentuk jenayah atau kekejaman di dunia ini.

Hati ialah organ paling utama dalam tubuh manusia. Ia kelak akan menjadi penilaian terpenting Allah terhadap hamba-Nya. Bayangkan, setiap kemungkaran dan kejahatan menerbitkan satu titik hitam pada hati manusia jika dilakukan tanpa bertaubat.

Berdasarkan hadis Rasulul lah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin ayat 14)

Oleh itu, manusia perlu sentiasa menjaga hati mereka sama seperti anggota badan yang lain supaya sentiasa sihat dan mendorong mereka melakukan kebaikan.

Hati kotor dan keras perlu dibersihkan kerana kegagalan memulihkannya berfungsi dengan baik kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah az-Zumar ayat 22)

Sucikanlah ia dengan banyak mengingati Allah iaitu berdoa meminta keampunan daripada-Nya setiap hari serta menghitung kesilapan diri. Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Jika seorang berasa senang, berbangga melakukan maksiat selain tiada langsung penyesalan selepas melakukan dosa, itu adalah tanda hati mereka bermasalah. Renungilah kehidupan di dunia ini pasti ada penamatnya. Sudahkah kita bersiap sedia menghadapi fasa seterusnya?

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta ba nyak berdoa kepada Allah.

“Jika solat lima waktu tidak dijaga ia menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

“Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu, ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.

“Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah,” katanya.

Menurutnya, hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Diskusi Addin sempena Karnival Gegaria Harian Metro di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Turut hadir, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood yang membincangkan topik ‘Hati Mati, Keluarga Sengsara’, Ia dipengerusikan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Ustaz Zamanuddin Jusoh.

Siti Nor Bahyah berkata, baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.

“Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.

“Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: “Wahai Luqman sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.” Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

“Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.

Menurutnya berlebihan dalam berkata-kata menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa.

“Dalam sebuah kisah ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar. Nabi menjawab: “Beristighfar dahulu sebelum bercakap.”

“Jika makanan terisi de ngan banyaknya menyebab kan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati. Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”

“Luqman memberi petua, perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” katanya.

Siti Nor Bahyah mengingatkan kepada suami supaya memastikan mereka membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.

“Kisah seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh.

Rasulullah berkata: “Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.”

“Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber haram,” katanya.

Beliau berkata, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.

“Sebagai suami, contohnya mereka perlu bertanya diri mereka adakah sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Binalah keluarga sehingga ke syurga apabila menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan.

“Melakukan solat berjemaah dapat menambah keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.

“Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari,” katanya.

Program Pondok Intensif Sesi 2 telah ditutup pendaftaran

Istimewa Musim Cuti Sekolah/IPT

Tarikh : 10– 24 Disember 2011

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / sms)

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki dan perempuanberumur 11 – 24 tahun (terhad 100 orang sahaja)
  • RM 225 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)

10 Disember 2011 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg

Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Pelita Penuntut
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

  • Diletakkan dalam kelas khusus
  • Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
  • Tekan pembelajaran Iqra’
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (wajib jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakaian solat (wajib jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Hubungi :

019-9388902 (Ust Shairazi)

Tel: 09-7126708 (P) / 016-9381870 (Ust. Azmi)-Pondok Tunjung

e-mail : bakriah1954@gmail.com

Pendaftaran Halaqah Ilmu (sempena cuti sekolah) sudah penuh dan ditutup

Melihat kepada pendaftaran melalui mesej dan email yang begitu memberangsangkan pada hari ini maka pendaftaran bagi program Halaqah Ilmu di Pondok Pasir Tumboh pada 26 November hingga 10 Disember iaitu sempena cuti sekolah 2011 sudah ditutup kerana jumlah peserta telah cukup 100 orang.

Manakala pendaftaran program sama yang dinamakan Pondok Intensif di Pondok Tunjung, Wakaf Che Yeh bagi sesi 1 mulai 19 November hingga 3 Disember 2011 masih terbuka untuk pelajar lelaki manakala peserta perempuan telah tutup kerana bilangan telah cukup 40 orang

Program Pondok Intensif sesi 2 bermula 10 hingga 24 Disember masih banyak kekosongan.

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Ustaz Shairazi 019-9388902

Peristiwa bersejarah sepanjang Zulhijjah

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.

Antara peristiwa tersebut adalah:

1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

sumber: http://zhuliana.blogspot.com/

 

Khutbah Aidil Adha 1432H

aidil adha1432H – rumi

خطبة عيدالأضحى 1432 – jawi

Air liur anjing mengandung virus

Oleh: papabran

Anda akan terkejut manakala hal ini sudah diberitahukan pada kita sejak 1400 tahun yang lalu. Ilmuwan membuktikan jika Virus anjing itu sangat lembut dan kecil. Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat pada dinding sebuah wadah.

Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair. Dalam hal ini tanah berperan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada wadah. Perhatikan kata Rosulullah berikut : Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, Apabila anjing menjilat wadah seseorang, maka keriklah (bekasnya) lalu basuhlah wadah itu tujuh kali. (HR. Muslim) Tanah, menurut ilmu kedokteran modern diketahui mengandung dua materi yang dapat membunuh kuman-kuman, yakni: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman. Eksperimen dan beberapa hipotesa menjelaskan bahwa tanah merupakan unsur yang efektif dalam membunuh kuman.

Anda juga bakal terkejut ketika mengetahui tanah kuburan orang yang meninggal karena sakit aneh dan keras, yang anda kira terdapat banyak kuman karena penyakitnya itu, ternyata para peneliti tidak menemukan bekas apapun dari kuman penyakit tersebut di dalam kandungan tanahnya. Menurut muhammad Kamil Abd Al Shamad, tanah mengandung unsur yang cukup kuat menghilangkan bibit-bibit penyakit dan kuman-kuman. Hal ini berdasarkan bahwa molekul-molekul yang terkandung di dalam tanah menyatu dengan kuman-kuman tersebut, sehingga mempermudah dalam proses sterilisasi kuman secara keseluruhan. Ini sebagaimana tanah juga mengandung materi-materi yang dapat mensterilkan bibit-bibit kuman tersebut.

Para dokter mengemukakan, kekuatan tanah dalam menghentikan reaksi air liur anjing dan virus-virus di dalamnya lebih besar karena perbedaan dalam daya tekan pada wilayah antara cairan (air liur anjing) dan tanah. Dr. Al Isma’lawi Al-Muhajir mengatakan anjing dapat menularkan virus tocks characins, virus ini dapat mengakibatkan kaburnya penglihatan dan kebutaan pada manusia. Fakta tentang anjing yang tak banyak diketahui dr. Ian Royt menemukan 180 sel telur ulat dalam satu gram bulunya, seperempat lainnya membawa 71 sel telur yang mengandung jentik-jentik kuman yang tumbuh berkembang, tiga di antaranya dapat matang yang cukup dengan menempelkannya pada kulit. Sel-sel telur ulat ini sangat lengket dengan panjang mencapai 1 mm. Data statistik di Amerika menunjukan bahwa terdapat 10 ribu orang yang terkena virus ulat tersebut, kebanyakan adalah anak-anak.

Secara ilmiah, anjing dapat menularkan berbagai macam penyakit yang membahayakan karena ada ulat-ulat yang tumbuh berkembang biak dalam ususnya. Para dokter menguatkan bahaya ulat ini dan racun air liur yang disebabkan oleh anjing. Biasanya penyakit ini berpindah pada manusia atau hewan melalui air liur pembawa virus yang masuk pada bekas jilatannya atau pada luka yang terkena air liurnya. Ketika ulat-ulat ini sampai pada tubuh manusia, maka ia akan bersemayam di bagian organ tubuh manusia yaitu paru-paru. Ulat yang bersemayam di paru-paru, yang bertempat di hati dan beberapa organ tubuh bagian dalam lainnya, mengakibatkan terbentuknya kantong yang penuh dengan cairan.

Dari luar, kantong ini diliputi oleh dua lapisan dengan ukuran kantong sebesar bentuk kepala embrio. Penyakit tersebut berkembang dengan lambat. Ulat Echinococcosis dapat tumbuh berkembang di dalam kantong itu selama bertahun-tahun. SUBHANALLAH…. lebih dari 1400 tahun yang lalu Nabi SAW telah menyarankan untuk tidak bersentuhan dengan anjing dan air liurnya, dan telah memerintahkan untuk membasuhnya (jika terkena) dengan tujuh kali siraman yang salah satunya menggunakan tanah. “