Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

 2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

p/s : kekasih sejati tidak akan membiarkan pasangannya dibinasakan oleh api neraka.

Imam Muda Nazrul

Satu Respons

  1. Bagaimana dgn bekas suami? Ia membiarkan anak perempuan dan anak lelaki yg dlm jagaan bekas isteri terutama dlm soal solat dan ilmu agama. Walaubagaimanapun bekas isteri tetap berusaha memberi didikan agama semampu yg dapat atas sebab kemampuan yg terhad. Sedangkan bekas suami adalah lebih dr mampu dan bermewah dgn pelbagai brg mewah dan bejenama dan memiliki 2-3 h/phone, i-pad dll. Walau beliau ada memberi nafkah tetapi ia tidak dpt memenuhi keperluan hidup anak2 nya walau bekas isteri bekerja tp pendapatan tidak seberapa. Ini menyebabkan bekas isteri terpaksa mendahulukan perkara utama utk anak2. Utk mengaji alQuran 3 org anaknya terpaksa di hentikan bila wang tidak mencukupi. Tetapi si ibu tetap bertahan dan mengajar sendiri mengaji dll yg mana termampu. Jika ada lebihan wang barula dihantar mengaji. Baru2 ni bekas suami tidak lg membayar duit kereta yg diguna utk pengangkutan anak2 kemana2 selain dr kegunaan isteri ketempat kerja utk menyara anak2nya. Ansuran kereta 5 bulan tidak dibayar. Duit air letrik juga telah menjankau ratusan dan ribuan ringgit. Dan terbaru ini diabaikan bayaran ansuran rumah yg dibeli atas nama bekas suami tetapi bekas isteri dan anak2 tetap tinggal disitu sejak berkahwin lg.
    Beginila, pendapatan isteri bekerja hanya sekitar 1300 bersih sebulan. Bekas suami lebih kurang RM 15 k tidak temasuk tambahan lain). Tetapi bekas suami hanya memberi 1500 sahaja sebulan. Dgn anak 3 yg satu bersekolah men dan 2 sek rendah. Bayaran kereta 600 sebulan, rumah dlm 1500-2k. Belanja sek anak2,transport anak, makanan harian anak dll melebihi kemampuan ibu. Oleh itu byk pekara terutama berkaitan agama dll tambahan kos tidak dpt diberikan. Isteri telah mendpt hak jagaan sementara setelah berjaya membuktikan bekas suami minum arak, sering balik lewat, menjalinkan hubungan dgn isteri org hingga bercerai dan hingga kini masih lg dlm kes prosiding mahkamah utk tuntutan hadanah anak dll yg lebih dr 2 tahun. Oleh itu bekas isteri terpaksa menanggung smua ini. Masalahnya adalah, apakah bekas isteri td turut berdosa dlm didikan anak2nya sedangkan bekas suami lebih dari mampu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: