Kena gantung kerja kerana solat

SEATTLE 8 Okt. – Seramai 34 pemandu beragama Islam yang bekerja untuk sebuah syarikat kereta sewa, Hertz Global Holding Inc. mendakwa mereka digantung kerja kerana mengerjakan solat ketika waktu kerja.

Mereka bersama kesatuan buruh mengadakan demonstrasi di luar kaunter Hertz di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di sini baru-baru ini,

”Ia merupakan satu tindakan yang melanggar hak pekerja dan bersifat diskriminasi terhadap agama kepercayaan mereka,” kata Setiausaha/Bendahari kesatuan itu, Teamsters Local 117, Tracey A. Thompson dalam satu kenyataan.

Hertz berkata, pekerja berkenaan digantung kerja pada minggu lepas kerana melanggar peruntukan perjanjian bersama di bawah Suruhanjaya Peluang Hak Sama Rata Pekerjaan yang dicapai dua tahun lalu.

”Mereka melanggar waktu rehat yang diperuntukkan selain rehat yang diambil melewati waktu solat.

”Beberapa kakitangan beragama Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka tidak melanggar peraturan. Ia bukan kerana solat atau agama,” ujar jurucakap syarikat kereta sewa itu, Rich Broome.

Broome berkata, kakitangan perlu mencatatkan waktu rehat selama 10 minit yang telah diperuntukkan.

”Pengurus telah bertemu dengan pekerja terbabit dan mempamerkan arahan tersebut sebelum tindakan gantung kerja diambil,” ujarnya.

Bagaimanapun, kesatuan buruh itu berkata, pihak pengurusan Hertz dalam perjanjian tahun lepas bersetuju tidak akan mengarahkan pekerja mencatatkan waktu rehat apabila mereka pergi mengerjakan solat. – AGENSI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: