Pesanan berharga Imam Syafi’e

1.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba mencerobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

2 .Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

3.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah orang pilihan di sisi Allah.

4.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

5.Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan ‘A’uzubillahi minashaitanirrajim”. Kita perlu bersabar jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat dari perang sabil.

6.Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

7.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

8.Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

9.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

10.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

11.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang salih.

12.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Advertisements

Zikir Mencerdaskan Otak

Nukilan Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi

erngiang-ngiang bayangan Masjid Pondok Pasir Tumboh, masjid yang menjadi tempat solatku sejak umur lima tahun lagi, kali ini saya hendak berkongsi pengalaman ketika belum terbang ke Mesir lagi.

Selepas solat Subuh di masjid itu, ada majlis berzikir sehingga pukul lapan pagi. Sememangnya pada permulaannya malas juga hendak berzikir lama-lama tetapi ketika berada dalam keadaan menganggur di rumah semasa menunggu result SPM, saya cuba juga kuatkan diri ini menyertai majlis zikir ini.

Beberapa minggu selepas itu, aku merasai seperti ada kelainan selepas aku menyertai majlis zikir itu. Biasanya selepas solat Subuh aku terus tidur tetapi tidak dapat lelapkan mata ini walaupun aku tidur lewat malam.

Tetapi jika hari itu aku tidak menyertai majlis tersebut, letak sahaja kepala atas bantal, pasti terlelap. Aku pelik mengapa berlaku seperti itu, sehinggalah aku mendapat maklumat tentang kelebihan berzikir dalam sudut Sains ini.

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

Kopi kurangkan risiko kanser kulit

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.

Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

“Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini,” kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus. – AFP

Pengisian program kursus musim cuti sekolah

Di sini diberi contoh jadual program samada Pondok Intensif atau Halaqah Ilmu iaitu kursus pendek dalam musim cuti sekolah nanti

TENTATIF PROGRAM

TARIKH

MASA

PENGISIAN

  2.00– 3.00 pm Pendaftaran dan Pembahagian penempatan

 

3.15– 3.50 pm Taklimat untuk ibubapa & peserta

Sabtu

4.30– 5.00 pm Solat Asar berjemaah

19 Nov 2011

5.10 – 6.00 pm Taklimat program & keselamatan kepada peserta

Atau

6.05 – 6.30 pm Khidmat diri

Sabtu

6.35 – 6.55 pm Makan malam

26 Nov 2011

7.00 – 7.15 pm Solat Maghrib berjemaah

 

7.20 – 8.20 pm Pengajian Kitab Pelita Penuntut
  8.25 – 8.55 pm Solat Isya’ berjemaah
  9.00 – 9.25 pm Tadarrus al-Quran
  9.30 – 10.30 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain
  10.35 – 11.00 pm Minum malam
  11.05 – 11.45 pm Khidmat diri dan tidur

 

5.00 –  5.50 am Khidmat diri & Qiamullail*

 

5.55 –  7.00 am Solat Subuh berjemaah

Ahad

7.40 – 8.30 am Khidmat diri dan Sarapan pagi

 

8.35 – 8.55 am Solat Dhuha berjemaah

 

9.00 – 10.00 am Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain

Hingga

10.05– 10.25 am Rehat

 

10.30– 11.30 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain

Jumaat

11.35 – 12.50 pm Khidmat diri & Makan Tengahari

 

1.00 – 1.55 pm Solat Zohor berjemaah

 

2.00 – 2.55 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain

 

3.00 –  4.00 pm Hafazan wirid dan surah pilihan

 

4.05 –  4.55 pm Khidmat diri &  Solat Asar

 

5.00 – 6.00 pm Pengajian Risalah Masbuq Muafiq / Amali Fardhu ‘ain

 

6.05 – 6.55 pm Khidmat diri & Makan Malam

 

7.00 – 7.15 pm Solat Maghrib berjemaah

 

7.20 – 8.20 pm Pengajian Kitab Pelita Penuntut / Amali Fardhu ‘ain

 

8.25 – 8.55 pm Solat Isya’ berjemaah

 

9.00 – 9.25 pm Tadarrus al-Quran

 

9.30 – 10.30 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain

 

10.35 – 11.00 pm Minum malam

 

11.05 – 11.45 pm Khidmat diri dan tidur

 

5.00 –  5.50 am Khidmat diri & Qiamullail*

 

5.55 –  7.00 am Solat Subuh berjemaah

Sabtu

7.05 – 8.30 am Khidmat diri dan Sarapan pagi

3 Dis 20011

8.35 – 8.55 am Solat Dhuha berjemaah

atau

9.00 – 11.55 am Majlis Penutup dan Penyerahan Sijil

10 Dis 20011

12.00 – 12.30 pm Jamuan ringan dan bersurai 

Catatan :

  • Ceramah motivasi akan diadakan setiap petang Jumaat dan waktu pilihan mengikut kesesuaian

+ Kursus jenazah akan dijalankan pada Jumaat minggu pertama

Beberapa kisah kewara’an para siddiqin

Sedutan Kitab Bimbingan Mukmin

Diceritakan suatu peristiwa dari Ibnu Sirin, bahawasanya ia telah menolak untuk menerima dari kongsinya wang sebanyak 4,000 dirham, kerana terlintas di dalam hatinya bahawa orang itu tidak bersih, meskipun para alim ulama dalam zamannya telah bersepakat mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang harus diragukan tentang wang tersebut.

Peristiwa lain yang diceritakan oleh setengah orang, bahawa seorang ahli salaf harus menerima wang yang diberi pinjam sebanyak 100 dirham dari seseorang yang berhutang. Apabila hutang itu mahu diselesaikan, dia hanya menerima 99 dirham saja, dibiarkan satu dirham yang baiki pada si putang, kerana dikhuatiri barangkali dengan menerima secukupnya 100 dirham itu nanti terdapat kelebihan dari hak yang mesti diterimanya.

Ada setengah mereka pula, bila dalam perniagaan, mereka sentiasa menerima kurang sebutir dalam timbangan dan bila menjual mereka sentiasa melebihkan sebutir pula.

Di antaranya ada pula yang menjaga betul-betul tentang barang-barang yang direlakan oleh orang, sama ada yang berupakan kelebihan atau kekurangan, kerana jika telah direlakan memanglah halal hukumnya. Tetapi dikhuatiri cara begitu akan membuka pintu, atau menjadi tabiat baginya untuk membuat perkara yang serupa kepada orang lain, sehingga tabiat itu menjadi biasa pula; iaitu bila memberi suka mengurangkan dan bila menerima suka dilebihkan. Dengan begitu, tidak dapat tidak jiwanya akan jauh dari bersifat wara’.

Membicarakan tentang kewara’an lagi, ada setengah orang sampai enggan mengambil debu dari tembok rumahnya sendiri, bila rumah itu disewakan, kerana dikhuartiri dia tiada berhak di atas debu itu.

Pernah diceritakan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada suatu masa ketika beliau menyukat minyak wangi bagi kaum Muslimin, beliau menutup hidung supaya tidak tercium baunya. Setelah selesai menyukat, beliau lalu berujar kepada orang ramai di situ: Ya bukankah minyak wangi itu tidak ada manfaatnya selain dari baunya saja.

Cerita yang lain tentang kewara’an ialah ada seorang yang sedang menunggu orang yang sakit tenat, lalu pesakit itu pun meninggal dunia pada malamnya. Maka berkatalah orang yang menunggu itu tadi: Kini matikanlah lampu-lampu yang ada, kerana lampu-lampu dan minyaknya sekarang telah berpindah milik kepada para waris.

Yang lain lagi ialah mengenai peristiwa al-Hasan bin Ali r.a. ketika masih kecil, telah memakan sebiji kurma sedekah, maka Rasulullah s.a.w. pun mengorek mulutnya seraya berkata: Kakh…Kakh, yakni keluarkan ia… keluarkan ia!

Pernah diceritakan sebelum ini bahawa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah memuntahkan susu yang diberi minum oleh hamba sahayanya, semata-mata kerana ia hasil upah dari ramalan yang dibuatnya oleh hamba sahayanya itu.

Beliau telah melakukan itu kerana takut perutnya dimasuki sesuatu yang haram, ataupun yang haram itu akan menambah kekuatan dalam badannya, padahal bila meneguknya beliau tiada mengetahui sumber minuman itu dari mana, dan menurut hukum tidak wajib memuntahkannya semula. Akan tetapi membersihkan perut dari segala yang jelek itu adalah suatu sifat wara’ para siddiqin.

Sebagai kesimpulan mengenai perkara yang dibicarakan ini maka setiap kali seseorang hamba itu menjaga diri dengan tegas dari yang diragukan kebersihannya, setiap itulah bebanannya akan menjadi ringan kelak di Hari Kiamat, dan ia akan terjauh dari neraca kejelekan, manakala neraca kebajikannya akan menjadi lebih berat pula.

Kini anda telah mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka terserahlah kepada anda untuk membuat pilihan. Anda boleh mengambil sikap berhati-hati dan memelihara diri, ataupun boleh juga mengambil sikap mempermudah dan meringankan.

Tetapi sebaliknya hendaklah anda berjaga-jaga kalau perkara itu bagi kepentingan diri sendiri dan tidak mengapalah dipermudahkan kalau perkara itu menyentuh kepentingan orang lain.

Keutamaan sedekah yang disembunyikan

Sedutan Kitab Bimbingan Mukmin

Allah telah berfirman:

Jika kamu menampakkan sedekah itu, maka itu pun baik juga. Tetapi jika kamu menyembunyikan sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-orang fakir, itu adalah lebih utama.” (al-Baqarah: 271)

Dalam mengeluarkan sedekah secara bersembunyi-sembunyi itu ada lima maksud tujuannya:

1. Memberikannya secara bersembunyi  itu akan menutupi rahsia orang yang menerimanya. Jika ia mengambilnya secara terang-terangan akan jatuhlah marwahnya di muka ramai, dan terdedahlah keperluannya di mata merka. Dengan itu terkeluarlah ia dari golongan orang-orang yang hidupnya ‘afif, iaitu tidak suka meminta-minta dan memelihara dri dari menunjukkan kesusahan di hadapan orang ramai sebagaimana yang dianjurkan oleh agama, hingga ke darjat orang yang tak tahu bila melihatnya, disangkanya ia tidak memerlukan apa-apa.

2. Memberikanya secara sembunyi-sembunyi itu akan menyelamatkannya dari sangkaan tak baik di dalam hati orang ramai, atau dari bencana lidah mereka. Sebab mungkin mereka akan menaruh hasad terhadapnya atau mengumpatnya, atau menyangka orang itu berani mengambil meskipun ia tidak perlu. Padahal hasad, sangkaan yang buruk dan mengumpat itu adalah di antara dosa-dosa besar, sedangkan memelihara orang ramai dari dosa-dosa ini adalah lebih utama.

Berkata Ayub as-Sakhtiani: Aku tidak suka memakai pakaian yang baru, kerana bimbang kalau-kalau akan berlaku hasad pada diri jiranku. Dan pada riwayat yang lain: kerana takut kalau-kalau saudara-maraku akan berkata: Dari mana dia dapat pakaian baru itu?

3. Menggalakkan si pemberi untuk merahsiakan pemberian itu, sebab keutamaan memberi secara rahsia atau bersembunyi-sembunyi adalah lebih banyak pahalanya dari memberi secara terang-terangan dan menggalakkan untuk menyempurnakan sesuatu yang baik adalah baik.

Adalah diceritakan bahawa ada seorang telah membawa sesuatu pemberian kepada seorang alim dan diberikannya secara terang-terangan maka orang alim itu menolak pemberian itu. Kemudian di masa yang lain, datang pula seorang lain memberinya sesuatu pemberian secara rahsia, dia pun menerimanya. Bila ditanya tentang sebabnya orang alim itu berkata: Orang ini telah menyempurnakan pemberiannya dengan penuh adab, sebab diberinya aku dengan rahsia, maka aku terimalah pemberian itu daripadanya. Tetapi orang yang pertama itu tidak tahu menjaga kesopanan bila dia memberikan pemberiannya di muka ramai maka aku tidak mahu menerimanya.

Setengah orang pula, bila diberikan kepadanya sesuatu pemberian secara terang-terangan di muka orang ramai, dia akan mengembalikannya seraya berkata: Engkau telah mengsyariatkan pemberian ini dengan selain dari Allah Azzawajalla dan engkau tidak memadai dengan Allah semata-mata kerana itu aku akan kembalikan kepadamu kesyirikanmu itu.

4. Sesungguhnya mengambil zakat atau sedekah di muka khalayak ramai adalah suatu penghinaan dan kerendahan moral dan tidak seharusnya seorang Muk’min menghina saudaranya dengan pemberian zakat serupa itu.

5. Untuk memelihara diri dari syubahat pengkongsian, kerana ada sebuah Hadis yang berbunyi:

“Barangsiapa yang menerima sesuatu hadiah di hadapan khalayak ramai, maka orang-orang itu berkongsi dalam hadiah itu.”

Maksudnya: Memberikannya bukan semata-mata kerana Allah, tetapi meminta kepujian orang ramai.

Setiap amalan itu adalah bergantung dengan niat maka sewajarnyalah seseorang yang benar-benar ikhlas di dalam amalanya itu berhati-hati terhadap kelakuan dirinya supaya tidak terkecoh oleh rasa kemegahan yang membendung diri atau terganggu oleh tipu daya syaitan.

Kita memohon Allah yang Maha Mulia supaya memberikan kita pertolongan dari taufiqNya yang sempurna, Amin.

TV tak sesuai untuk budak

NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.

Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.

Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.

Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain.

Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik.

Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat.

AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. – AFP