Poster undang-undang syariah ditampal di Britain

SEORANG aktivis, Anjem Choudary
menunjukkan poster mengenai larangan perbuatan menyalahi undang-undang
syariah di Leyton, timur London baru-baru ini.

LONDON – Golongan pendakwah Islam melancarkan kempen poster untuk
memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan
undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki
zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar
hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

“Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan,” menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta
dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan
dadah.

Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

“Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup
meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon
berkenaan,” kata Anjem.

“Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain,” tambahnya.

Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan
tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang
bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: