• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,345,209 orang
  • Kandungan Blog

Doa malaikat, pahala besar buat saf depan

KITA biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat
jemaah di  masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan
warga emas. Kalau  ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung
dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa
bersolat  di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika
kita bersolat di  saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh
malaikat dan mendapat ganjaran  pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah
SWT dan  malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang
pertama.” (Hadis  riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam
menggalakkan umat agar  berebut untuk menunaikan solat di barisan
pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia
mengetahui  fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka
berebut-rebut untuk mendapatkan  tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Seandainya manusia mengetahui keutamaan  yang ada dalam azan dan saf
pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus  mengundi, nescaya
mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat  Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada
di saf  depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita
secara jujur  meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang
menunjukkan betapa ramai di  kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan
pesanan Nabi kita agar mengambil  peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan
daripada kita  sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan
ketika menunaikan solat.  Apa yang penting, asalkan solat berjemaah
saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali
mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak
ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita
segera ke  masjid untuk solat berjemaah.
Marilah kita hayati
peringatan Nabi SAW ini:  “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang
pertamanya dan yang paling buruk ialah  yang terakhir, dan saf wanita
yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang  paling buruk ialah yang
paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud,  At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam
mengerjakan  solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa
Rasulullah SAW mendapati  ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan
diri mereka untuk menyertai saf  pertama, lantas Baginda SAW
mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan
datang  selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan
saf yang  pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam
neraka.” (hadis riwayat  Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi
SAW itu. “….akan datang selepas  kamu satu kaum yang berterusan
meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah  kaum yang dikatakan
Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat
Jumaat, dan  hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan
berterusan  menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki
syurga walaupun ia  memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya
tidak  membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di
masjid. Jangan  biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di
saf belakang, sebaliknya  mulalah memilih dan segera mara ke saf paling
depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti
ialah  solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang
didoakan  malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di
sisi Allah

2 Respons

  1. saya nak minta dikongsi penulisan ini, saya akan linkkan ke sini 🙂

  2. kenapa saf perempuan di belakang yg terbaik ???

Tinggalkan komen