PM New Zealand: Tiada diskriminasi wanita Islam pakai purdah

WELLINGTON 5 Julai – Perdana Menteri New Zealand, John Key hari ini menyatakan bahawa wanita Islam yang memakai purdah tidak sepatutnya berhadapan dengan diskriminasi.

Kenyataan itu dibuat selepas dua wanita Arab Saudi yang memakai purdah dilaporkan telah diarah turun dari sebuah bas di negara itu.

Ekoran kejadian di Auckland itu, diplomat Arab Saudi di New Zealand telah menyuarakan kebimbangan mereka kepada kerajaan negara ini, lapor akhbar Dominion Post.

Menurut akhbar itu, dalam kes pertama, seorang pelajar Arab Saudi dibiarkan menangis di tepi jalan selepas seorang pemandu bas mengarahkannya turun dan menutup pintu bas sebelum meninggalkannya.

Key berkata, beliau juga tidak selesa dengan wanita yang memakai purdah, tetapi bertegas tindakan itu tidak menyinggung perasaannya.

“Ia adalah sebahagian daripada kepercayaan manusia dan New Zealand adalah sebuah negara yang bertoleransi serta terdiri daripada pelbagai masyarakat.

“Saya tidak fikir pemakaian purdah di khalayak ramai perlu diharamkan di negara ini seperti yang dilakukan oleh Perancis,” katanya.

Tambah beliau, semua orang perlu menghormati budaya dan kepercayaan orang lain.

Bagaimanapun tegas Key, ada kalanya pemakaian purdah tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan, contohnya ketika di bank dan kerajaan akan melaksanakan langkah itu mengikut keperluan.

“Namun di kebanyakan tempat ia patut dibolehkan kerana kita adalah sebuah negara yang didiami pelbagai kaum dan perlu menghormati kepercayaan antara satu sama lain,” jelas Key.

Sementara itu pengendali bas terbabit dengan kedua-dua insiden itu, NZ Bus memberitahu kedua-dua pemandu mereka telah dihantar menjalani program kaunseling tetapi tidak dipecat kerana tindakan mereka tidak bermotifkan agama. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: