Doa Hari Pertama Ramadhan

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Yaa Allah, Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku

Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca

Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Kepada Semua

Pengasih

2 Golongan sambut Ramadhan

Apapun Ramadan telah melahirkan dua jenis manusia yang mempunyai cara berbeza dalam penampilan mereka selepas Ramadan, justeru marilah sama-sama kita renung secara mendalam untuk kita tentukan golongan mana yang patut dicontohi.

Golongan Pertama

Golongan yang dapat disaksikan dalam bulan Ramadan begitu ghairah melakukan apa ahaja amal ibadat selagi sanggup melakukannya, solat ketika orang lain juga bersolat, ruku’, sujud, bertadarus dengan berlinangan air mata kerana takutkan azab Allah ketika membaca al-Quran.

Agak sukar untuk melihat dalam diri mereka akhlak yang terkeji, kerana satu bulan Ramadan diisi dengan pelbagai ketaatan kepada Allah, menjauhkan diri dari segala maksiat dan perkara yang melalaikan.

Namun setelah sebulan dua ditinggalkan Ramadan, ketaatan, ibadat dan segala apa yang dilakukan hanya menjadi kenangan manis yang berlalu pergi bersama pertukaran bulan-bulan yang lain, surau dan masjid bukan lagi menjadi tempat destinasi persinggahan, al-Quran bukan lagi menjadi bahan bacaan harian, bulan berganti bulan hingga terbit Ramadan pada tahun berikutnya, inilah golongan yang hanya beribadat secara bermusim, seolah-olah Allah hanya wujud di bulan Ramadan sahaja, sedangkan pada bulan-bulan yang lain kehangatan beribadat semakin pudar.

Golongan Kedua

Golongan yang merasa amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan merasa hiba dengan pemergian bulan yang mulia ini, kerana mereka merasa seronok dengan kemanisan dan janji-janji yang ada padanya.

Ramadan bagi mereka adalah peluang untuk menambah koleksi pahala sebanyak mungkin, kerana mereka mengetahui, bahawa Ramadan bulan kesabaran, persamaan, berkasih-sayang, terpadat padanya Lailatul Qadr, solat Tarawih, rahama, keampunan, pelepasan dari api neraka, Nuzul al-Quran, tadarus, tazkirah, pengeluaran Zakat Fitrah, peristiwa Badr al-Kubra, pembukaan kota Mekah dan seribu macam pahala yang tersedia untuk direbut.

Mereka beramal dengan sepenuh hati bagi menjana diri sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa menerusi ibadat puasa, mereka akan menangis jika Ramadan hampir melabuhkan tirainya kerana mungkin tidak akan bertemu dengannya pada tahun-tahun yang mendatang.

Kesimpulannya

Terserah kepada anda untuk menentukan kedudukan yang mana satu yang harus anda pilih di antara dua golongan yang disebutkan di atas.

Andalah sebagai hakim untuk memastikan masa depan di akhirat lebih terjamin untuk mendapatkan syafaat baginda Rasulullah s.a.w ketika ada di kalangan manusia yang tercicir namanya dalam senarai mereka yang dimasukkan dalam syurga Allah yang kekal abadi dengan segala nikmat yang membahagiakan.

FAM Iktiraf Yahudi-Israel kerana bola sepak

Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Contohnya negara sekarang masih demam bola walau pun  tewas 4-6 kepada Singapura dalam pusingan kelayakan  Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Beberapa perlawanan persahabatan denga kelab-kelab Inggeris termasuk Chealse yang bukan kali pertama dikaitkan denga salah seorang pemainnya adalah yahudi Israel. Kita jangan dibuai oleh jarum halus yahudi ini dengan suatu peringatan bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Cuba perhatilah apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama yahudi di Palestin di mana ketika dunia sedang berseronok dengan Piala Dunia, mereka terus menyerang umat Islam termasuk membunuh ketua keselamatan kerajaan Palestin. Begitu juga tindakan kejam Amerika yang terus memburu dan membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pergolakan di Selatan Thailand yang terus berlaku bagaikan tiada tanda untuk berhenti. Ketika Piala Dunia  berlangsung di Jerman maka kita dapat lihat bagaimana zionis yahudi tidak pernah memadamkan api permusuhan terhadap Islam termasuk mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai “holocaust” iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II lalu. Sebelum ini berapa ramai tokoh penulis dan politik yang diambil tindakan atas hasutan zionis yahudi kerana menyatakan bahawa pembunuhan terhadap yahudi terutama oleh Hitler dan tentera Nazi Jerman itu hanya rekaan untuk menarik simpati dunia terhadap yahudi sedangkan kejahatan zionis yahudi terutama di bumi Palestin adalah lebih teruk dan ganas di mana ia terus berlaku hingga hari ini. Inilah yang berlaku apabila pengganas cuba berlagak baik maka pelbagai cara digunakan untuk menutup kejahatan dan keganasan yang dilakukan.

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

Amat malang bila atas nama sukan kita boleh mengiktiraf kekejaman yahudi dan negara haram Israel yang dibina atas perampasan dan darah umat Islam Palestin….

Di bawah ini petikan kenyataan FAM iktiraf yahudi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

 

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

 

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Poster undang-undang syariah ditampal di Britain

SEORANG aktivis, Anjem Choudary
menunjukkan poster mengenai larangan perbuatan menyalahi undang-undang
syariah di Leyton, timur London baru-baru ini.

LONDON – Golongan pendakwah Islam melancarkan kempen poster untuk
memaklumkan kepada orang awam mengenai kewujudan zon penguatkuasaan
undang-undang Islam di serata Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Poster berkenaan memberitahu para pengunjung bahawa mereka memasuki
zon undang-undang Islam dan dilarang melakukan aktiviti yang melanggar
hukum syarak seperti meminum alkohol atau melanggan pelacur.

“Anda memasuki zon kawalan syariah, lokasi undang-undang Islam dikuatkuasakan,” menurut tulisan pada satu poster itu di sini.

Poster berwarna kuning terang itu turut tertera amaran meminta
dilarang berjudi, tidak dibenarkan mengadakan konsert, merokok dan
dadah.

Sejumlah poster berkenaan ditampal di stesen bas dan tiang lampu beberapa kawasan di sini.

Seorang pendakwah, Anjem Choudary mengaku bertanggungjawab melancarkan kempen poster syariah itu.

“Kami memiliki beribu-ribu orang di seluruh Britain yang sanggup
meronda untuk memastikan undang-undang syariah dikuatkuasakan di zon-zon
berkenaan,” kata Anjem.

“Kami memiliki antara 10,000 hingga 50,000 poster untuk diedarkan di kawasan penduduk Islam di Britain,” tambahnya.

Bagaimanapun, pihak Scotland Yard bekerjasama dengan majlis kerajaan
tempatan untuk menanggalkan poster-poster itu dan mencari dalang yang
bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. – Agensi

Ubat perasaan cemburu

Oleh ZUHAYATI YAZID
 
SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’ adalah bidalan Melayu yang membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian.
Rumah tangga perlu ditegakkan atas dasar cinta dan kasih sayang.

 

Perselisihan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh diperbaiki, dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi.

Banyak sebab yang menjadi punca perselisihan. Antaranya kerana mentua, jiran, teman-teman, anak-anak, malah perkara asas dalam kehidupan juga mampu mencetuskan pergaduhan dalam rumah tangga sehingga lauk yang terlupa dimasukkan garam, atau air kopi yang terlupa ditambah gula.

Paling meruncing ialah apabila masing-masing mula cemburu terhadap satu sama lain, sama ada mereka mempunyai bukti nyata atau hanya berupa prasangka sahaja.

Perkara sedemikian jika dibiarkan berterusan akan melarat sehingga tercipta penceraian dalam rumahtangga.

Ada di kalangan masyarakat yang menganggap perselisihan rumah tangga sebagai garam di dalam lauk. Tanpa perselisihan, rumah tangga hambar dan tawar, umpama lauk tidak bergaram.

Namun, garam itu hendaklah diletak secara berpada-pada supaya tidak terlalu banyak sehingga boleh merosakkan lauk sebelanga.

Perkara inilah yang harus diperhatikan oleh setiap insan yang bertekad mahu mendirikan rumah tangga. Ia juga perlu menjadi renungan pasangan suami dan isteri yang menerajui bahtera hidup berumah tangga.

Sesungguhnya, perkahwinan adalah satu cabaran yang harus dihadapi oleh setiap kaum lelaki. Dalam perkahwinan, suami akan berkongsi hidup dengan isteri.

Biarpun seburuk mana isteri namun seharusnya terimalah seadanya seperti yang terungkap semasa akad.

Kata pujangga, perempuan bagaikan angin, lembutnya melenakan, ributnya pula mampu menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang malah adakalanya mereka seperti anak yang ingin dibelai, minta dimanjakan seperti anak kecil namun adakalanya mereka seperti nenek yang sering berleter seadanya, merungut semahunya.

Namun, bahagia dan derita hanya kita yang mencorakkan sendiri

Mendirikan sebuah rumah tangga biarpun untuk ke sekian kali namun memerlukan kematangan dan kedewasaan fikiran dan perasaan.

Kematangan bererti kemampuan seseorang menahan marah dalam suasana krisis dan perselisihan serta dapat menyelesaikan masalah tanpa menggunakan kekerasan dan menjauhi segala cara yang boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan itu.

Sebagai bukti kepada kematangannya, seseorang itu sanggup mengaku salah apabila benar-benar bersalah dan tidak cuba menyalahkan orang lain apabila berpeluang berbuat demikian.

Bagi Islam, rumah tangga perlu ditegakkan atas asas cinta dan kasih sayang.

Perkara ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara keterangannya juga, bahawa ia menjadikan isteri bagimu yang sebangsa dengan kamu, supaya kamu boleh diam bersama-sama dengan dia, serta berkasih sayang dan cinta menyintai.” (Surah Ar Rum, ayat 21).

Cinta dan kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah hasil daripada cinta pandang pertama tetapi ia lahir daripada rasa tanggungjawab mengikut amanah dan kepercayaan, serta tidak dipengaruhi oleh kehendak kebendaan atau nafsu.

Rasa cinta sebegini boleh membawa suami sentiasa bersikap matang dan sihat dalam segala layanannya terhadap isteri dan di kala menghadapi krisis rumah tangga yang tidak dapat dielakkan.

Suasana rumah tangga akan menjadi lebih mesra dan ceria apabila suami mengenali diri isterinya sebagai manusia yang mudah tersinggung dan mudah terasa.

Suami jangan sekali-kali cuai dan lupa memberi penghargaan kepada peranan isteri sebagai suri rumah tangga yang benar-benar bertanggungjawab.

Sebenarnya, tidak susah bagi suami membisikkan kata-kata pujian ke telinga isterinya setiap kali menikmati masakan atau melihatnya berpakaian baru. Berilah hadiah, walaupun kecil, sebagai tanda penghargaan suami terhadap isteri apabila menyambut hari jadinya.

Termasuk dalam penghargaan juga ialah memberi sangkaan baik terhadap tingkah laku isteri, tidak memperlihatkan apa-apa kecurigaan terhadap kejujuran dan keikhlasan isteri, tidak cuba mengintip gerak- gerinya kerana didorong rasa cemburu yang melulu.

Sesungguhnya, rumah tangga yang bahagia dapat diwujudkan hasil kerja keras, saling mengerti, tolong menolong dan persefahaman antara suami dan isteri.

Dalam mengemudi bahtera sebuah rumah tangga, suami berperanan sebagai nakhoda kapal yang bertanggungjawab mengendali dan menjaga keselamatan seisi anak kapal.

Manakala isteri pula berperanan sebagai jurumudi yang mengawal haluan bahtera. Paduan erat antara keduanya mampu menyelamatkan bahtera dan seluruh isinya daripada tenggelam dilanda badai dan gelora.

Cara pendaftaran pengajian bulan Ramadhan 1432H

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1432H maka pihak Pondok Pasir
Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang
penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat
Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama
sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun keempat setelah
program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini  berjaya diadakan dengan sambutan
menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan. Sebarang maklumat lanjut
berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian
09-7657786 / 019-9388902

Pendaftaran dibuka sepanjang masa mulai 2 Ogos 2011

Jika mahu kepada penempatan

  1. Pelajar bujang lelaki boleh daftar penginapan sekali dengan pendaftaran di pejabat pondok mulai 2 Ogos 2011 nanti (RM 10 daftar dan RM 10 elektrik)
  2. Pelajar muslimat bujang minta hubungi 09-7652193 (Ustazah Fauzah) atau 09-7650228 (Ustazah Fadhilah) untuk kepastian tentang sewa rumah  dan bayaran berkaitan
  3. Pasangan kelamin diminta datang berbincang dengan pemilik rumah sewa sekitar pondok kerana pihak pejabat tidak mengurus urusan tersebut

Jika pelajar mahu Pengajian secara berulang alik maka mereka hanya perlu datang belajar sahaja. Bagi muslimat Pendaftaran dan kitab boleh dibuat melalui ajk muslimat yang dilantik atau hubungi pejabat pondok

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Terbuka kepada seluruh muslimin dan muslimat tanpa had umur
  • Pendaftaran RM 5 sahaja (tanpa kitab)
  • Harga Kitab – Edisi jawi RM 3.00 ( 1 buah )

Tarikh & Masa Daftar Diri

Mulai 2 Ramadhan 1432H bersamaan 2 Ogos 2011 (Selasa)
jam 8.30 pagi

JADUAL AKADEMI PONDOK 1432H

TARIKH MASA PENGISIAN

Mulai

9.00– 11.00 am Kitab : Wisyah Afrah 

2 Ogos 2011M

   

2 Ramadhan 1432H

   
Hingga25 Ogos 2011M

25 Ramadhan 1432H

3.00 – 4.00 pm Kitab : Wisyah Afrah
(sambungan) 

Setiap Jumaat cuti

# Kitab Wisyah Afrah melibatkan kitab bab Feqah

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah,
Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Hubungi :

Tel :09-7657786 H/P :
019-9388902

(Ust. Ahmad Shairazi )

5 kategori marah

RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Ada lima kategori marah iaitu [1] cepat marah atau marah tidak bertempat, [2] marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat), [3] marah sederhana, [4] tidak tahu marah  [5] dan marah keterlaluan.

Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.
Lima lagi puncanya ialah gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.
Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.
Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.
Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.
Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.
Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.
Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.
Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.
Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

Adab bermunajat kepada Allah

Oleh DR. MOHD AFENDI MAT RANI
 
KITA tidak hanya dituntut menjaga adab dengan manusia sahaja, bahkan juga dengan Allah SWT. Seorang wali Allah, Wahab r.a. mengatakan: “Aku telah membaca dalam sebahagian kitab suci, bahawa Allah SWT berkata: Hambaku, patuhlah kepadaku terhadap apa yang telah aku perintahkan kepadamu, dan jangan kamu mengajar aku dengan sesuatu demi kemuslihatanmu
 
Kita disuruh berdoa sebagai tanda perhambaan kepada Allah yang Maha Kuasa. – Gambar hiasan

 

.

“Aku akan memuliakan kepada sesiapa sahaja yang memuliakan aku, sebaliknya aku akan menghina sesiapa yang merendah-rendahkan perintahku, dan Aku tidak melihat pada hak seseorang hamba sehingga hamba itu melihat pada hak-Ku”.

Manusia mengharapkan pertolongan Allah apabila berhadapan dengan kesusahan, mala petaka, musibah dan lain-lain.

Manusia bermohon kepada Allah agar kehendak dan keinginannya tercapai. Jika sebaliknya, maka tidak ada apa dilakukan kerana tidak ada apa-apa tujuan.

Manusia yang tidak bermohon kepada Allah, adalah orang yang sombong.

Sikap manusia ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: ...dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina. (al-Mukmin: 60)

Inilah sikap manusia. Apabila ditimpa apa jua musibah yang tidak menguntungkan dirinya akan berhubung dengan Allah, jika sebaliknya Allah tidak dihajati lagi.

Sikap sebegini menampakkan manusia tidak memahami adab dengan Allah. Ini kerana berdoa bukan untuk memohon agar Allah perkenankan hajat, tetapi ia menunjukkan sifat perhambaan manusia kepada Allah sebagai merendah diri kepada-Nya.

Sepatutnya kita bermohon kepada Allah, tetapi Dia yang berhak menentukan pada apa yang kita pilih. Ini kerana kita tidak mengetahui hakikat yang sebenar adakah yang kita pilih baik atau buruk di sisi Allah SWT.

Menjadi tanggungjawab Allah untuk memperkenankan bila dan apa yang kita pohon. Apa yang kita kehendaki tidak bermakna Allah menghendaki. Kita suka tidak semestinya Allah suka.

Allah perkenankan doa

Menurut Ibn ‘Ataillah, terdapat tiga jenis manusia dalam berdoa kepada Allah:

1. Manusia yang tidak pernah berpaling daripada Allah. Sentiasa menyerah diri kepada-Nya dengan harapan mencapai reda Allah. Menerima apa sahaja ketentuan Allah dan sentiasa bersangka baik sama ada Allah perkenan doanya atau tidak.

2. Manusia yang berdoa kepada Allah dan yakin bahawa Allah tetap dengan janji-Nya dan sesekali tidak menyalahi janji-Nya.

Jika hajatnya belum tercapai dan doanya lambat diperkenankan, dia beranggapan positif bahawa kemungkinan cara dan kaedah, atau pelakuannya yang tidak mengikut perintah Allah. Masih melakukan maksiat sama ada disedari atau tidak.

Harapannya sentiasa tinggi agar Allah memperkenan doanya, lalu dia gembira apabila diperkenankan-Nya dan disyukuri.

3. Manusia yang tidak pernah putus harapan berdoa kepada Allah untuk memohon apa yang dihajati.

Namun pada masa yang sama meninggalkan perintah Allah, mengerjakan larangan dan tegahan Allah dan hatinya tidak sejajar dengan apa yang didoakan. Doa orang seperti ini lambat dimakbulkan.

Apabila doanya lambat diperkenankan hatinya menjadi ragu-ragu dan timbul kebimbangan.

Wirid dan warid

Dua perkara ini saling berkait di dalam perhubungan manusia dengan Allah. Bagi mencapai reda Allah dan syurga-Nya maka seseorang hamba itu perlu berwirid.

Wirid adalah segala amal soleh yang dilakukan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wirid ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan jika tertinggal maka segera diqada.

Hasil daripada usaha dan ketekunan wirid ini, maka Allah akan menganugerahkan warid. Warid adalah sesuatu yang dianugerahkan atau kemuliaan yang diberi Allah kepada seseorang hamba berkat amal solehnya.

Anugerah dan kemuliaan ini yang datang daripada Allah dalam bentuk nur. Ia tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati akan dilimpahi dengan ilmu tentang ketuhanan dan menjadikan imannya semakin bertambah.

Ini bermakna warid adalah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat dan patuh serta tunduk kepada-Nya. Wirid adalah kewajipan kita yang dituntut oleh Allah ke atas kita. Ibn ‘Ataillah al-Askandari menyebutkan bahawa: “Datangnya bantuan Allah adalah berdasarkan kepada sejauh mana persiapan hamba-Nya”.

Wirid adalah menjadi hak Allah untuk ditunaikan oleh manusia dengan mengerjakan segala yang wajib dan menampungnya dengan amalan sunat.

Inilah akhlak orang yang beriman dan menjadi jalan ahli ibadat bagi menambah dan meningkatkan imannya kepada Allah SWT. Inilah yang dianjurkan oleh Nabi SAW di dalam sabda-Nya yang bermaksud: “Sebaik-baik amal kepada Allah ialah amal yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.”

Doa malaikat, pahala besar buat saf depan

KITA biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat
jemaah di  masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan
warga emas. Kalau  ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung
dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa
bersolat  di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika
kita bersolat di  saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh
malaikat dan mendapat ganjaran  pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah
SWT dan  malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang
pertama.” (Hadis  riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam
menggalakkan umat agar  berebut untuk menunaikan solat di barisan
pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia
mengetahui  fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka
berebut-rebut untuk mendapatkan  tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Seandainya manusia mengetahui keutamaan  yang ada dalam azan dan saf
pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus  mengundi, nescaya
mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat  Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada
di saf  depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita
secara jujur  meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang
menunjukkan betapa ramai di  kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan
pesanan Nabi kita agar mengambil  peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan
daripada kita  sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan
ketika menunaikan solat.  Apa yang penting, asalkan solat berjemaah
saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali
mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak
ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita
segera ke  masjid untuk solat berjemaah.
Marilah kita hayati
peringatan Nabi SAW ini:  “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang
pertamanya dan yang paling buruk ialah  yang terakhir, dan saf wanita
yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang  paling buruk ialah yang
paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud,  At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam
mengerjakan  solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa
Rasulullah SAW mendapati  ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan
diri mereka untuk menyertai saf  pertama, lantas Baginda SAW
mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan
datang  selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan
saf yang  pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam
neraka.” (hadis riwayat  Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi
SAW itu. “….akan datang selepas  kamu satu kaum yang berterusan
meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah  kaum yang dikatakan
Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat
Jumaat, dan  hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan
berterusan  menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki
syurga walaupun ia  memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya
tidak  membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di
masjid. Jangan  biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di
saf belakang, sebaliknya  mulalah memilih dan segera mara ke saf paling
depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti
ialah  solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang
didoakan  malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di
sisi Allah

Nikmat bersin, bahana menguap tanpa tutup mulut

Oleh  Ibrahim Abdullah
ANAS bin Malik  RA bercerita, ada
dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan  (tasymit)
seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain.
Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan
‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis
riwayat  Bukhari).
Jadi orang bersin dan tidak membaca
alhamdulillah  tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang
Allah SWT kurniakan.  Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada
Allah yang manfaatnya sangat  besar dan mustajab.

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari
dalam otak yang jika  dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya.
(Kitab Zadul Ma’ad). Bersin  adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk
mencegah masuknya zat luar ke dalam  tubuh. Ketika bersin, udara kotor
keluar dengan keras melalui hidung dan mulut  berkecepatan sekitar 161
kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan  Cleveland Clinics
menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi  membersihkan
faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh
Riyadhus Salihin,  mengutarakan bagaimana bersin dapat menggiatkan otak
dan  meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti
bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika
seorang di  antara kamu bersin, ucapkanlah ‘alhamdulillah’ (segala puji
bagi Allah). Di  samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan
ucapan ‘yarhamukallah’  (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin
tadi membaca doa ‘yahdikumullahu  wa yusilhu balakum’ (semoga Allah
memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.”  (Hadis riwayat Bukhari).

Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan,
hamdalah  mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu
menyanjung dan mengingat  Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan
agar nikmat ditambah.

Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada
diminta.  Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih
sibuk megingati-Ku  (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia
akan Aku berikan sesuatu  melebihi orang yang memohon.”

Lain bersin, lain pula menguap (tatha’ub) bererti layu dan malas.
Menguap  terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang
menguap apabila  tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW
bersabda bermaksud: “Menguap  itu daripada syaitan. Oleh itu jika
menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab  jika orang menguap hingga
terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis  riwayat
Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan
amat  menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar
dari mulut  seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai
kemalasan dan  kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan
dan menganjurkan umatnya  untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun
selalu berlindung daripada sifat  kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika
orang  bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu,
maka  disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan
tangannya atau  pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda
menutup  wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian
Baginda merendahkan  suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu
yang bersin sebanyak tiga  kali, kalau lebih daripada tiga maka dia
sedang flu (selesema).”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata:
“Seorang  Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi
mengucapkan untuknya  yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah:
‘yahdikumullah wa yuslihu  balakum.’”

Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka
bertahmid  setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada
keimanan, dan tidak  mendoakan mereka dengan rahmat.

dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala
orang yang  bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun
tidak boleh bagi orang  yang mendengarnya mendoakannya dengan
mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk
perkara  kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang
mereka ucapkan  setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas
mereka. Maka dengan bersin  itu mereka saling mendoakan rahmat dan
memohon kepada Allah hidayah dan baik  keadaannya.

Dari al-Barra’ bin ‘Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada
kami dengan  tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka
Baginda menyebutkan,  menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah,
mendoakan orang bersin, membalas  salam, menolong orang yang dizalimi,
memenuhi jemputan, dan memperhatikan  keinginan orang yang bersumpah.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim).