6 Gerhana Tahun 2011 Amaran Dekatnya Qiamat

4 Gerhana Matahari dan 2 Gerhana Bulan pada tahun ini 2011

gerhana bulan di sydney Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Gerhana Bulan Di Sydney 16 Jun 2011

gerhana bulan di malta Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011

gerhana bulan di frankfurt Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Gerhana Bulan Di Frankfurt 15 Jun 2011

gerhana bulan di marsascala Video Dan Gambar Gerhana Bulan 16 Jun 2011

Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011

Tahun
2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya
ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.

Untuk
kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini
iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33
malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana
matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.

Waktu berikut adalah waktu di Malaysia.

Jan    04     Selasa    16:52   Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)

Jun    02     Khamis    05:17    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)

        16     Khamis    04:13    Gerhana Bulan Penuh

Jul     01    Jumaat    16:39    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)

Nov    25    Jumaat    14:22    Gerhana Matahari Separa (tidak kelihatan di Malaysia)

Dis    10    Sabtu    22:33    Gerhana Bulan Penuh                                                            

 

Firman Allah dalam ayat 6-13 surah al-Qiamah :

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ   فَإِذَا بَرِقَ
الْبَصَرُ   وَخَسَفَ الْقَمَرُ   وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ   كَلَّا لَا وَزَرَ
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ  يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ
يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari
kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila
pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut), Dan bulan
hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka)
pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke
manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada
lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja
terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu
akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Bumi semakin uzur dan hampir ke penghujungnya di mana pelbagai
peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita telah menunjukkan dengan
nyata tentang betapa hampirnya dunia ini dengan saat kehancuran yang
dinamakan Qiamat. Ketika merenungi bagaimana banyak peristiwa
akhir-akhir ini berlaku pada hari Jumaat antaranya hari raya haji lepas,
awal Muharram 1431H, Krismas 25 Disember, 1 Januari 2010 dikuti dengan
gerhana bulan pada malam tahun baru dan disusuli gerhana petang 15
Januari lalu dan gerhana bulan 16 Jun mengingatkan kita tentang Qiamat yang bakal berlaku
pada hari Jumaat. Malah kekerapan berlakunya gerhana bulan dan matahari
akhir-akhir ini mengingatkan kita tentang kaitannya dengan tanda-tanda
Qiamat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رضي الله عنه
قَالَ : اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا
وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ
السَّاعَةَ ، قَالَ : إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا
عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ
الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ
وَمَأْجُوجَ وَثَلاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ
بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ
تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Maksudnya : Nabi saw muncul ketika kami sedang berbincang, lalu
baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita
berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku
sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu

[1] keluar asap,

[2]muncul Dajjal,

[3] keluar binatang Dabbah,

[4]matahari terbit dari barat

[5]turunnya nabi Isa Ibni Mariam,

[6]muncul Ya’juj Makjuj

berlaku tiga gerhana iaitu

[7]satu gerhana di timur,

[8] satu di barat

[9]dan satu lagi di Semenanjung Arab

[10] dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul

Satu Respons

  1. salam. diantara 10 tanda itu, bukanlah gerhana. akan tetapi apa yang berlaku di timur, di barat dan di tanah arab itu adalah pemendapan bumi yakni gempa bumi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: