Mutiara Kata berharga dari Habib Zain Sumaith

Oleh: tgmamir

Al habib Zein memberi ucapan di masjid negeri shah alam pada 12 jun 2011

Antara yg saya ingat adalah

1. Majlis dimulakan dengan bacaan beberapa petikan ayat al-Quran oleh Imam Masjid. Antara yg saya ingat adalah

Firman Allah s.w.t bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan

sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan

berserah diri (muslim)“. (Surah Al-Imran:102).

Setelah pembacaan biodata al-Habib, majlis dimulakan.

2. al-Habib menegaskan kepada semua para hadirin utk mengambil iktibar dari Surah al-Asr terutamanya ayat kedua da ketiga

Firman

Allah, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang

yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan

kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Para sahabat

tidak akan bersurai selagi tidak dibaca surah ini dan mereka sentiasa

mengamalkan apa yg Allah khabarkan pada surah ini.

3.

Menurut Abdullah Ibn Abbas, sabar itu ada 3 peringkat. Pertama, 300

darjat pahala (Sabar dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah). Kedua, 600

darjat pahala (menahan dan mencegah diri dari melakukan maksiat baik

maksiat mata, telinga, hati dan lain2). Ketiga, 900 darjat pahala (Sabar

ditimpa musibah di saat pertama kali kena kepadanya. Samada musibah itu

pada diri sendiri, keluarga ataupun sahabat2nya dan di saat itu dia

mengucapkan Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun)

4. Hati menjadi keras kerana banyaknya dosa dan makan makanan haram.

5. Sentiasalah menderma ke jalan Allah dan berusaha utk menahan marah bg mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah

الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسني

“Iaitu

orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan

orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan

kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang

berbuat perkara-perkara yang baik;“(Surah ali-Imran ayat 134)

6.

Dalam satu hadis Nabi, mafhumnya (saya masih tercari2 matannya. Kalau

ada yg tahu, harap dapat berkongsi) “Allah mempunyai anugerah yang

diberikan setiap hari. Hendaklah kamu mencarinya”

7. Antara cara2 utk peroleh anugerah itu ialah sentiasa melazimi diri dgn berdoa, berzikir dan menghadiri majlis2 ilmu

8.

Allah mempunyai malaikat khas utk mencatat pahala buat org2 yg

menghadiri masjlis ilmu dan diampunkan dosanya. Malaikat bertanya kepada

Allah, “Bagaimana pula dengan hamba Allah yg ke majlis ilmu itu tp

dirinya seorang yg sentiasa melakukan maksiat dan banyak melakukan

dosa2?” Allah menjawab, itupun akan diampunkan olehNya.

9.

Menjadi kewajipan bagi kita membersihkan dan menghilangkan segala

perkara yg boleh menutup anugerah Allah itu dari sampai kepada kita.

Antara perkara yg menghalang itu ialah derhaka kpada ibu bapa dan

bermusuhan sesama saudara.

10. al-Habib menekankan juga

akan kepentingan perpaduan sesama umat Islam. Sabda Nabi, ” Seorang

mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya

menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

11.

Perpaduan itu perlu dibina atas dasar ketakwaan. al-Habib memetik kata2

Abdullah Ibn Mas’ud, “Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar

taqwa, hendaklah Allah ditaati dan tidak diderhakai, diingat tidak

dilupai, disyukuri tidak diingkari”. Seterusnya Saidina Ali apabila

ditanya tentang taqwa, kata Saidina Ali,

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل

Maksudnya

: Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan, redha

dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

Di

akhirat nanti, semua manusia akan dibangunkan di pergi ke padang

Mahsyar. Allah akan bertanya, siapakah dikalangan hambanya yang

bertaqwa? Maka sedikit sahaja yg bangun dan kemudiannya mereka diberi

panji2 dan dimasukkan ke syurga tanpa dihisab.

Al-Habib

memberi amaran keras tentang perpecahan sesama Islam amat dinanti2kan

oleh orang kafir. Tambahan pula dgn budaya kafir mengkafirkan yg wujud

dalam masyarakat Islam kini.

12. Buah/hasil dari taqwa itu ada empat menurut al-Habib.

a)

Ilmu Laduni ( ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa

dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi

s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu

dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita

kepada Allah.) Firman Allah;

وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللّهُ وَاللّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Dan

bertakwalah kepada Allah, nescaya Allah akan memberi ilmu kepada kamu.

Allah adalah maha mengetahui tentang segala sesuatu”. (al-Baqarah, ayat

282)

b) Rezeki yang tidak disangka-disangka. Firman Allah,

Makusdnya,

“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya

dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya

jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya”(at-Talaq ayat 2-3)

c) Kemudahan dan ganjaran yg besar semasa hidup

d)

al-Furqan (menurut penerangan al-Habib, al-Furqan di sini bererti

cahaya di dalam hati utk membezakan antara yg hak dan yang batil)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: