Kerapnya Gerhana amaran qiamat


Annular Solar Eclipse

Gambar Gerhana Matahari Cincin di yang dirakamkan di bandar Selatan India [Reuters]

Annular Solar Eclipse

Gambar gerhana yang dirakam di China

 

Firman Allah dalam ayat 6-13 surah al-Qiamah :

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ   فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ   وَخَسَفَ الْقَمَرُ   وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ   يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ   كَلَّا لَا وَزَرَ   إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ  يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Bumi semakin uzur dan hampir ke penghujungnya di mana pelbagai peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita telah menunjukkan dengan nyata tentang betapa hampirnya dunia ini dengan saat kehancuran yang dinamakan Qiamat. Ketika merenungi bagaimana banyak peristiwa akhir-akhir ini berlaku pada hari Jumaat antaranya hari raya haji lepas, awal Muharram 1431H, Krismas 25 Disember, 1 Januari 2010 dikuti dengan gerhana bulan pada malam tahun baru dan disusuli gerhana petang 15 Januari lalu yang mengingatkan kita tentang Qiamat yang bakal berlaku pada hari Jumaat. Malah kekerapan berlakunya gerhana bulan dan matahari akhir-akhir ini mengingatkan kita tentang kaitannya dengan tanda-tanda Qiamat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ : اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ السَّاعَةَ ، قَالَ : إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Maksudnya : Nabi saw muncul ketika kami sedang berbincang, lalu baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu

[1] keluar asap,

[2]muncul Dajjal,

[3] keluar binatang Dabbah,

[4]matahari terbit dari barat

[5]turunnya nabi Isa Ibni Mariam,

[6]muncul Ya’juj Makjuj

 berlaku tiga gerhana iaitu

[7]satu gerhana di timur,

[8] satu di barat

[9]dan satu lagi di Semenanjung Arab

[10] dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: