• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio

  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 1,205,009 orang
  • Tetamu Online

6 persimpangan pilihan manusia

Dari Abu Bakar r.a yang
bermaksud : “Sesungguhnya……

· IBLIS berdiri di depanmu,

· JIWA di sebelah kananmu,

· NAFSU di sebelah kirimu,

· DUNIA berada di belakangmu,

· Semua ANGGOTA TUBUH berada
disekelilingmu

· Sedangkan ALLAH s.w.t di atasmu.

Maka IBLIS (kutuk Allah tertimpa ke atasnya)
mengajakmu meninggalkan agama.

JIWA mengajakmu ke arah maksiat

NAFSU mengajakmu supaya memenuhi kehendak
syahwat.

DUNIA mengajakmu supaya memilihnya daripada
akhirat.

ANGGOTA TUBUHmu mengajak melakukan dosa.
Dan…..

TUHANmu mengajak engkau masuk syurga serta
mendapatkan keampunanNya.Sebagaimana
firmanNya yang bermaksud : “Dan Allah mengajak
ke syurga serta menuju keampunanNya.”

Dan siapa yang memenuhi ajakan IBLIS, maka
hilanglah agama dari dirinya.Siapa yang memenuhi
ajakan JIWA maka hilanglah darinya nilai
nyawanya.Siapa yang memenuhi ajakan
NAFSUnya, hilanglah akal dari dirinya.Siapa yang
memenuhi ajakan DUNIA, maka hilanglah akhirat
dari dirinya.Siapa yang memenuhi ajakan
ANGGOTA TUBUHnya, maka hilanglah syurga
darinya.Dan…. siapa yang memenuhi ajakan
ALLAH s.w.t, maka hilang dari dirinya semua
kejahatan serta ia memperolehi semua kebaikan