Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah
manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan
perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang
masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.
Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan
untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.
Petua mengekalkan sifat romantik
Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting
menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini
dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik
yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di
hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang
menyenangkan. Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika
berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di
celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami
dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa
gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik
yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam
kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah
tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas
di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga
yakni orang luar.
Sikap romantik yang perlu dilahirkan
Ciuman mesra – Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri
mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah.
Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami
meneruskan kehidupan.
Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan
kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”,
“I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada
lama atau sekejap, jauh atau dekat.
Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang
disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang
amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.
Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.
Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal
perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan
bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin
bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan,
seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan
tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda
melindungi.
Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri –
Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya
sensitif.
Filed under: Amalan & Doa | Leave a comment »