Nasihat Tok Kenali

PERBAHASAAN SIA-SIA.

Adalah setengah daripada perbahasaan seperti tutur kata atau kelakuan yang sia-sia itu demikiannya :-

Pertama – Marah atau sombong kepada orang yang tiada takut atau malu ke kita.

Kedua – Merajuk kepada orang yang tiada kasih sayang ke kita.

Ketiga – Menangis kepada orang yang tak kasihan ke kita.

Keempat – Meminta kepada orang yang tiada daya upaya atau tiada jalannya pada menghasilkan permintaan kita.

33) ALAMAT EMPAT

1) Bukan ahli kebajikan

2) Pembohong

3) Kurang pandai dan sedikit pengetahuan

4) Tak cukup berani

Adalah boleh dikatakan sebahagian daripada alamat-alamat pada mengenal manusia atas jalan empat bilangan itu demikiannya :-

Jikalau
orang itu mengaku mudah pada sesuatu kebajikan, alamat ia bukan sebenar
ahli kebajikan atau ia orang yang semakin terhindar daripadanya.

Jikalau orang itu seumpama pemergiannya kadar sesuku batu, pandangannya tiga empat batu, alamat ia pembohong.

Jikalau
orang itu banyak percakapan atau panjang tulisan, pada hal sedikit atau
tidak berpadanan kehendak atau bukunya, alamat ia kurang pandai dan
sedikit pengetahuan.

Jikalau orang itu suka menakut-nakut orang kepadanya atau suka menjelak-jelak, alamat ia tak cukup berani.

34) TIMBANG RASA

Setengah daripada perkara yang menjadi timbang rasa itu, empat kehendak-kehendak larangan seperti ini :-

1) Jangan tamak atau loba di antara sama manusia.

2) Jangan dengki mendengki.

3) Jangan aniaya atau khianat.

4) Jangan membiarkan kesusahan atau kedukaan yang wajib atau yang harus ditolong

2 Respons

  1. assalamu’alaikum,blh ana tahu,nasihat tok kenali ni ada d bukukan tak?maksudnya boleh d peroleh dlm bntk kitab?

  2. Sy rasa sgt kagum dgn kelebihan atau karamah yg telah diberikan oleh yg Maha Kuasa’ALLAH’ kpd Wali Allah itu yakni’tok kenali’..
    Dan sy rasa sgt bersemangat utk truskn perjuangan sy as a student.TAKBIR!! ALLAHU AKBAR!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: