Aceh sebat 14 main nombor ekor

ACEH 21 Mei – Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin.

Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali.

Kes lain termasuklah empat pegawai awam dari Aceh Besar yang ditahan pada Januari lalu kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah.

“Walaupun keempat-empat pegawai itu telah didapati bersalah, tetapi pelaksanaan hukuman mereka ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan,” kata Irvon kepada Jakarta Globe.

Undang-Undang Syariah buat pertama kalinya dilaksanakan di Aceh pada Ogos 2003 selepas wilayah ini memperolehi pemerintahan autonomi sebagai sebahagian daripada perjanjian mengurangkan konflik pejuang pemisah.. – AGENSI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: