Menunjukkan kepada saudara berkenaan keaiban

Oleh kerana itulah maka Umar Ibnul-Khattab r.a. meminta para sahabatnya untuk menunjukkan keaibannya. Beliau berkata: Moga-moga Allah merahmati orang yang menunjukkan keaiban saudaranya.

Salah seorang para salaf menulis kepada saudaranya, katanya: Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa orang yang selalu membaca al-Quran sedangkan hatinya amat terpikat kepada harta kekayaan dunia, maka saya belum yakin bahawasanya ia tiada tergolong orang-orang yang suka mengejek-ejek keterangan-keterangan Allah Ta’ala.

Allah s.w.t telah mensifatkan orang-orang yang suka berbohong itu dengan sikap orang yang membencikan orang-orang yang menyampaikan nasihat, firmanNya:

“Akan tetapi kamu tiada menyukai orang-orang yang memberikan nasihat.” (al-A’raf: 78)

Ini sekiranya keaiban itu dilakukan secara tidak sengaja atau secara lalai. Akan tetapi sekiranya keaiban itu dilakukan dengan sengaja, maka hendaklah mengambil sikap lemah-lembut dalam menyampaikan nasihat atau teguran. Sekali dengan sindiran dan sekali lagi dengan terang-terangan, dengan syarat tidak sampai menimbulkan kebosanannya.

Jika anda dapati bahawa nasihat itu tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya, malah semakin dinasihati semakin menjadi-jadi kelakuan tidak baik itu ditunjukkannya, maka berdiam diri itu adalah lebih utama. Itu semua jika berkaitan dengan maslahat-maslahat kawanmu dalam hal-ehwal agama dan dunianya.

Adapun jika berkaitan dengan kepentingan diri kamu, di mana ia telah dicuaikan oleh kawan, maka hendaklah kamu menanggungnya dengan sabar dan cuba memaafkan dan melupakan saja, ataupun pura-pura tidak melihat.

Melibatkan diri dalam menegur orang serupa itu tidak ada gunanya. Ya, jika keterlaluan kelakuan buruknya itu mungkin akan menyebabkan putus perhubungan antaranya dengan anda, maka memarahnya dengan secara rahsia itu lebih baik daripada menegur secara terus terangan, ataupun menulis surat kepadanya adalah lebih utama daripada mencelanya dengan lisan.

Walaupun begitu, yang lebih utama dari ini semua ialah menahan diri dari bertindak, jika boleh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: