Cara menunai hak persaudaraan – membela kehormatan dan diri sahabat

Bersambung dari Cara menunai hak persaudaraan – memelihara ucapan.

Lebih berkesan lagi dalam menarik rasa cinta kawan anda, ialah membela dirinya pada masa ia tidak berada dalam majlis yang apabila ada orang mengecam kehormatannya, sama ada dengan ucapan yang terang-terangan ataupun sindiran. Sebab hak persaudaraan itu ialah menyegerakan diri untuk melindungi kawan dalam segala hal, dan menolongnya menentang orang yang mencacinya, sehinggakan jika perlu boleh dikeraskan suara dalam menangkis kecaman dan cacian orang itu.

Mendiamkan diri dalam persoalan seumpama ini akan menyempitkan dadanya, dan menyebabkan kawan melarikan diri tidak ingin bersahabat terus dengan anda. Ini merupakan suatu kecacatan dalam hak persaudaraan.

Jadi membiarkan saja orang lain mencemarkan kehormatan kawan tanpa membuat sesuatu, samalah seperti membiarkan orang lain mengoyak-ngoyakkan dagingnya di hadapan anda.

Sejelek-jelek kawan, ialah bila ia melihat kawannya sedang diserang oleh anjing, dagingnya digigit-gigit oleh anjing tadi, padahal dia berdiam diri saja menonton kejadian itu berlaku di hadapan matanya. Dia tiada mempunyai belas kasihan atau simpati untuk mempertahankannya. Dan sudah memang diakui, bahawa mencemarkan kehormatan diri itu pada tekanan jiwa, adalah lebih berat ditanggung daripada dagingnya dikoyak-koyak oleh gigitan anjing.

Sebab itulah Allah s.w.t. telah menyamakan orang yang mencemarkan kehormatan orang lain itu dengan memakan daging saudaranya yang sudah mati.

Firman Allah Ta’ala:

“Sukakah seseorang kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? (al-Hujurat: 12)

Jelaslah, bahawasanya melindungi kawan dengan menolak celaan musuh-musuhnya dan menentang orang-orang yang mencacinya itu adalah wajib dalam ikatan persaudaraan yang tulen.

Setengah orang berkata: Setiap kali kawanku dicaci orang, melainkan aku gambarkan dirinya berada di hadapanku, maka akan aku ucapkan apa-apa yang patut didengarnya, jika ia hadir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: