Hak persaudaraan – memelihara lidah dalam ucapan

Persaudaraan itu bukanlah semata-mata dengan menutup mulut dari menyebut-nyebut segala yang dibenci oleh saudara itu, malah menyebut-nyebut segala yang disukai dan digemarinya juga, bahkan yang akhir ini lebih utama lagi. Sebab jika memadai dengan berdiam diri saja, maka lebih baiklah kita bersahabat dengan ahli-ahli kubur.

Jadi nyatalah, bahawa tujuan utama persaudaraan itu, ialah supaya kita menimbulkan kebaikan kepada saudara kita, dan bukanlah dengan semata-mata menghindarkan dirinya dari gangguan atau bahaya yang mungkin kita lakukan terhadapnya.

Sememangnya berdiam diri dari menyebut-nyebut keburukan kawan itu, seperti menolak bahaya daripadanya, tetapi yang patut dilakukan juga ialah menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji-mujinya.

Tambahan lagi. Sewajarnyalah kita bertanyakan hal-ehwalnya seperti bertanyakan kalau ada sesuatu halangan yang mungkin menimpa dirinya, lalu kita melahirkan perasaan kurang senang dan mengambil berat mengenainya.

Ataupun jika kawan sakit, kita tunjukkan perasaan dukacita kalau terlalu lambat sembuh dari penyakit itu. Ataupun jika berlaku lain-lain hal yang mungkin tiada menyenanginya, maka hendaklah kita turut melahirkan perasaan simpati terhadapnya dengan ucapan dan perbuatan.

Sebalikya jika hal yang berlaku itu mendatangkan rasa gembira dan senang dalam hatinya, maka hendaklah kita turut melahirkan perasaan yang sama terhadapnya dengan ucapan, ataupun kita turut bersama-sama bergembira kerana peristiwa atau sempena itu.

Pendek kata pengertian persaudaraan itu ialah bersama-sama berkongsi jiwa dalam kesenangan dan kesusahan.

Berkta Rasulullah s.a.w dalam sabdanya.

“Kiranya seseorang kamu mencintai saudaranya, maka hendaklah diberitahukan kepadanya.

Sebabnya Rasulullah s.a.w. menyuruh kita memberitahukannya kerana hal itu akan melahirkan perasaan kasih sayang yang lebih. Jika kawan anda mengetahui, bahawa anda mencintainya, tentulah ia akan mencintai anda sama, bahkan barangkali lebih dari itu.

Demikianlah cinta antara keduanya itu akan terus bertambah dari masa ke semasa dan cinta antara Mu’min dengan Mu’min yang lain, adalah amat dituntut di dalam syariat dan paling dikasihi oleh Agama Islam.

Oleh itu juga, maka Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita jalan ini, dengan sabdanya:

“Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan cinta-mencintai antara sesama kamu”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: