Hiburan barat rosakkan jiwa manusia

 

Oleh Mohd Fadly Samsudin

TIDAK TERKAWAL...apabila hiburan dinikmati secara berlebihan menyebabkan seseorang itu tidak lagi berasa malu melakukan kemungkaran.
TIDAK TERKAWAL…apabila hiburan dinikmati secara berlebihan menyebabkan seseorang itu tidak lagi berasa malu melakukan kemungkaran.

BERDASARKAN kepada laporan yang dikeluarkan The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, negara Uncle Sam berkenaan menghadapi masalah keganasan kanak-kanak, belia dan remaja disebabkan pengaruh hebat program televisyen.

Jelas sekarang kita sedang berdepan budaya berhibur luar biasa yang boleh menggugat kedudukan umat Islam. Jika dibuat perbandingan, program televisyen berbentuk keagamaan atau pendidikan masih terlalu kecil peratusannya berbanding program hiburan.

Justeru, perlu ada keseimbangan dalam membentuk jiwa dan pemikiran umat Islam agar mereka tidak terus hanyut dalam dunia keseronokan yang ‘dicipta’ musuh Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’ ayat 89).

 

Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya supaya tidak meniru budaya orang kafir demi menjaga keperibadian sebagai seorang Muslim.

 

Hiburan melampau ialah menjadikan hidup sentiasa bergelumang dengan keseronokan.

Ia masuk dan mendominasi kehidupan umat Islam secara sedar atau tidak terutama di kalangan remaja. Ke mana hilangnya jati diri remaja Muslim jika hari-hari mereka sentiasa memburu keseronokan dunia?

Mereka lebih berminat dan khayal dalam konsert muzik berentak keras, memuja artis kesayangan secara fanatik, bermain permainan komputer sehingga meninggalkan ibadat wajib serta membiarkan lelaki dan wanita bukan mahram bebas bergaul sesama sendiri.

Islam sebenarnya tidak melarang umatnya berhibur selagi mana ia menurut garis syariat. Namun, kebanyakan hiburan yang disajikan kini melalaikan, boleh mengeraskan hati dan jiwa serta tidak mustahil mampu membangkitkan nafsu berahi.

Hiburan juga tidak hanya terhad kepada konsert semata-mata malah lambakan filem lucah, berjudi, meminum arak, menggunakan bahan terlarang seperti dadah dan pil khayal antara bentuk hiburan cukup berpengaruh kepada umat Islam sekarang.

Dunia tanpa sempadan juga menjadikan hiburan lebih menonjol dan dalam bentuk yang berbeza-beza. Contohnya, ada kalangan masyarakat kita yang ketagihan menonton gambar dan video lucah yang boleh diakses di mana-mana saja tanpa sekatan.

Hiburan yang patut dinikmati ialah bertujuan menghiburkan untuk mententeramkan jiwa. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya daripada pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan. Maka mereka mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan hiburan.

Semua itu agenda Yahudi bagi merosakkan akhlak umat Islam. Paling ditakuti, jika matlamat mereka itu tidak disekat maka ia pasti mengakibatkan akidah umat Islam terjejas teruk.

Memang tidak dapat disang kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.

Bagi remaja yang bermasalah seperti itu, mereka pasti ‘tempang’ dari segala sudut termasuk pendidikan, akhlak, hubungan dengan masyarakat sekeliling, malah hubungan mereka dengan ibu bapa sendiri juga bermasalah.

Mana mungkin mereka berupaya menjadi teladan kepada adik-beradik lain jika mereka terjebak dengan masalah sosial. Tentu sekali luluh sama sekali perasaan ibu bapa jika mendapati anak gagal dalam kehidupan mereka.

Bolehlah dirumuskan, jika hiburan diangkat ke tahap melampau pasti ia membawa kesan buruk kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.

Malah, keruntuhan keba nyakan tamadun Islam pada zaman dulu juga berpunca daripada amalan berhibur secara melampau.

Keruntuhan Khalifah Abbasiyyah contohnya bertitik tolak daripada amalan gaya hidup suka berfoya-foya dan mewah.

Oleh itu, kemuncak ketena ngan hati ialah dengan mengi ngati Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah Al-Ra’d, ayat 28, yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia.”

Segala bentuk hiburan perlu membawa mesej mendidik serta menyedarkan masyarakat. Amalan mungkar dan ditegah agama seperti membuat fitnah, menjatuhkan maruah individu lain, permusuhan serta perbuatan maksiat wajib dihindarkan.

Islam jelas memisahkan antara perkara halal dan haram. Hiburan yang diketengahkan Barat sebenarnya sarat dengan adegan ganas, gila kuasa, arak, mengeksploitasi wanita serta imej lelaki samseng yang ternyata jauh menyimpang daripada peradaban manusia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am ayat 32)

Semua paparan itu dijadikan ‘alat tersembunyi’ untuk menyelinap secara halus dalam misi menghanyutkan umat Islam. Manakala hiburan dalam Islam adalah sederhana, terkawal, positif dan mempunyai proses tarbiah kepada umatnya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menang gung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak menguranginya sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka”. (Hadis riwayat Muslim Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam ruang lingkup yang lebih luas, hiburan Islam itu mampu mencapai kepuasan, ketenangan selain dapat mencegah diri daripada melakukan perkara mungkar.

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata jika dirujuk kepada hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, secara jelas Rasulullah s.a.w menyebut berkenaan gaya hidup generasi kini.

“Baginda menjelaskan bagaimana agama diketepikan sebagai nilai asas dalam kehidupan. Bahkan kita boleh rumuskan daripada hadis berkenaan bahawa manusia akhir zaman akan menjalani kehidupan yang bertentangan dengan nilai fitrah mereka sendiri.

“Dalam konteks hiburan pula, Baginda dengan jelas menggambarkan bagaimana golongan penghibur akan di agung-agungkan bahkan menjadi ikutan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata Islam sama sekali tidak menghalang umatnya berhibur kerana secara fitrahnya ia menjadi satu keperluan bagi setiap individu.

“Ketenangan jiwa itu perlu untuk menjadikan mereka manusia sempurna. Maka, hiburan yang dibenarkan secara asasnya mestilah membawa kepada ketenangan jiwa.

“Bukan menjadikan jiwa bertambah kacau. Ia mestilah tidak melalaikan manusia daripada realiti kehidupannya kerana Islam mahu manusia memberi fokus sepenuhnya kepada tindakan yang dilakukan.

“Segala tingkah laku dalam hiburan itu mestilah berada dalam lingkungan syarak tanpa membabitkan unsur haram,” katanya.

Rahimi berkata amalan atau aktiviti hiburan mestilah dikawal dengan ketat selain tidak pertimbangkan nilai komersial semata-mata sehingga memandang ringan kesan sosial terhadap aktiviti hiburan yang dijalankan.

“Hakikatnya, dunia hiburan memberikan keuntungan kepada golongan kapitalis tertentu. Ia perlu didedahkan kepada masyarakat khususnya generasi muda.

“Kita perlu bertindak menyediakan bentuk hiburan alternatif yang selaras dengan kehendak Islam. Kita tidak mampu menghalang secara keseluruhan hiburan dibawa daripada barat, tetapi perlu menyediakan alternatif yang mampu menarik perhatian masyarakat,” katanya.

Beliau berkata kawalan pada ruang yang mampu kita laksanakan juga perlu dilakukan supaya dapat menyekat impak negatif daripada hiburan sedia ada.

“Kita bimbang bala Allah akan menimpa kehidupan masyarakat kita sama ada bala itu dalam bentuk yang boleh kita nampak atau tidak nampak.

“Jika tidak dikawal, dibimba ngi masyarakat akan menjadi rosak asasnya manakala masa depan mereka juga sangat kabur kerana generasi yang bakal memimpin masa depan mulai hanyut dalam dunia hiburan tanpa batasan,” katanya

Advertisements

Satu Respons

  1. Assalamualaikum…terima kasih atas maklumat di atas kerana memberi dorongan dan isi yang bermanfaat untuk menyiapkan esei sya .. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: