Islam galakkan doa kebaikan untuk orang lain

  

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

DOA adalah cabang ibadah yang penting dalam Islam dan melambangkan sikap kehambaan terhadap Allah. Biasanya kita hanya memanjatkan doa memohon sesuatu hajat tatkala berhadapan dengan permasalahan hidup.

 

Berdoa sebenarnya adalah satu rutin yang seharusnya dijadikan acara wajib dalam diri setiap mukmin. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Doa itu adalah otaknya ibadah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kenyataan Rasulullah SAW ini merujuk hakikat doa sebagai ibadah yang jelas memperlihatkan unsur perhambaan kepada Allah.

Ada satu kehebatan dalam ibadah berdoa itu ialah bagaimana Islam menganjurkan umatnya sentiasa berdoa untuk orang lain. Ini bermakna doa tidak terhad kepada diri sendiri dan ahli keluarga kerana Islam melebarkan anjuran berdoa untuk kebaikan semua.

Apabila kita berdoa untuk orang lain, doa akan diaminkan oleh malaikat dan sangat mustajab dikabulkan seperti doa untuk kedua ibu bapa, teman, guru dan saudara muslim lain yang berada jauh dari kita.

Mereka tidak tahu pun kita mendoakan untuk mereka, namun doa dalam kategori ini sangat mustajab dan cepat dimakbulkan Allah. Contohnya, apabila mendapat tahu ada teman ditimpa kesusahan atau penyakit, maka sangat afdal untuk kita mendoakan teman itu.

Berdoa untuk orang lain melambangkan ikatan silaturahim yang kuat dan mantapnya roh kasih sayang dalam jiwa seseorang mukmin. Bayangkan bagaimana harmoni dan indahnya kehidupan masyarakat dan negara, jika semua mukmin saling berdoa untuk kesejahteraan saudara yang lain.

Ini sekali gus menghakis rasa dengki dan menghidupkan kehidupan ukhuwah. Berdoa untuk insan lain juga satu manifestasi iman dan takwa, lambang keprihatinan dalam hubungan sosial yang perlu ditonjolkan umat Islam.

Umat Islam diingatkan supaya berlumba melakukan kebaikan dan satu cara mudah untuk membuat kebaikan ialah mendoakan orang lain. Doa ada tautan kasih sayang kerana apabila berdoa kita akan terbayang wajah pihak yang didoakan.

Bagaimanapun, janganlah pula mendoakan sesuatu yang buruk terutama apabila berlaku salah faham atau atas dasar kepentingan tertentu kerana bercanggah dengan suruhan Allah.

Jangan kita memperlekehkan kepentingan berdoa dalam usaha meringankan penderitaan orang lain kerana doa adalah senjata ampuh yang bermustajab selain mampu membina nilai kasih sayang sesama mukmin.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 17,332 other followers

%d bloggers like this: