Permainan komputer yang ganas perlu dikawal

Tulisan SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya sentiasa berjaga-jaga dalam usahanya untuk mengawal ancaman permainan komputer dan telefon bimbit yang ganas ke atas masyarakat.

Banyak kajian sedia ada yang mengaitkan permainan online ganas dengan sikap keagresifan dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat juga kajian, tetapi amat sedikit yang mendakwa sebaliknya.

Bagaimanapun penyelidik yang berkelayakan dan mereka yang membiayai kajian seharusnya memberitahu kita yang boleh diyakini.

Adalah sesuatu yang logik dan munasabah iaitu siapa sahaja terutama sekali kanak-kanak pada usia yang mudah terpengaruh dengan melihat atau melakukannya atau apa sahaja perkara yang negatif yang memenuhi masa mereka mempunyai kesan yang akan memberikan kesan merosakkan ke atas jiwa mereka.

Kita telah melihat banyak jenayah remaja di negara barat yang dicetuskan oleh permainan komputer dan video ganas. Menafikan hakikat ini sepertilah menyembunyikan perkara sebenar dan tidak mempedulikan bahaya sebenar.

Dalam masyarakat hari ini, termasuk Malaysia, kita mempunyai terlalu banyak “tindak balas” keganasan malah kepada insiden kecil seperti dalam kes pembuli jalan raya.

Di Thailand, beberapa tahun yang lalu, seorang penjenayah telah meniru permainan komputer menyebabkan pengedar tunggal yang sah permainan itu telah menghentikan penjualan permainan itu dan memutuskan untuk tidak mengimport versi yang seterusnya, yang keempat daripada siri itu.

Kini masyarakat sedang memasuki satu lagi dimensi dengan bidang baru berupa permainan melalui telefon bimbit.

Di Korea, peratusan besar lebih daripada 700,000 kanak-kanak dengan telefon pintar menggunakannya untuk bermain permainan online, oleh itu telah membawa kepada kira-kira 50 persatuan ibu bapa di sana menggesa supaya larangan bermain permainan komputer online pada waktu malam bagi mereka yang berusia di bawah 16 tahun dikenakan juga kepada telefon bimbit.

Tindakan proaktif untuk melindungi masyarakat Malaysia juga perlu jalan yang pintar, sebagai ganti melaksanakan sikap “tunggu dan lihat” untuk melihat jika jenayah seperti itu berlaku atau menuntut kaitannya sebelum mengambil langkah.

“Sampah masuk, sampah keluar” jelas menunjukkan kesan permainan ganas yang kini dengan mudah boleh diperolehi daripada komputer riba, i-Phones dan telefon pintar lain.

CAP menggesa pihak Kementerian mengambil langkah segera untuk menghapuskan permainan yang sama dan memberi amaran kepada pengguna terutama sekali ibu bapa akan pengaruh negatif terhadap anak-anak mereka.

Aluan YB ADUN Pasir Tumboh

Ucapan YB ADUN Pasir Tumboh

Buku Cenderamata Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua bagi menjayakan sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

Terlebih dahulu patik menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Sultan Muhammad V mencemar duli bagi merasmikan majlis yang bersejarah ini

Ucapan Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Pondok Pasir Tumboh terutama tenaga pengajar dan pendokong yang ikhlas meneruskan perjuangan Tuan Guru pengasas sebelum ini sehingga memungkinkan berlangsungnya sambutan Jubli Emas pada kali ini

Sambutan Jubli Emas dan Perhimpunan bekas-bekas pelajar pada hari ini diharapkan dapat membuahkan hasil terbaik ke arah mengembangkan lagi ilmu dan dakwah Islam di samping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan dan sumbangan institusi pondok dari dahulu hingga kini. Semoga tradisi ilmu melalui institusi pengajian pondok yang telah melahirkan tokoh-tokoh ulama’, ilmuan yang tersebar ke seluruh Nusantara terus berjalan dengan lebih lancar dan tersusun

Aluan Ketua Jajahan Kota Bharu

Ucapan Ketua Jajahan Kota Bharu

Buku Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rahmatnya kepada kita semua bagi menjayakan sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

Terlebih dahulu patik menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Sultan Muhammad V mencemar duli bagi merasmikan majlis yang bersejarah ini

Tradisi ilmu melalui institusi pengajian pondok yang telah lama bertapak di negara ini khususnya di negeri Kelantan telah mencapai zaman kegemilangannya sesuai pula dengan gelaran Kelantan sebagai serambi Mekah. Lahirnya tokoh-tokoh ulama’, ilmuan yang tersebar ke seluruh Nusantara telah meletakkannya begitu dikenali sejak dahulu hingga kini

Jajahan Kota Bharu antara jajahan yang mempunyai bilangan institusi pengajian pondok yang paling banyak sejak dahulu hingga kini termasuk Pondok Pasir Tumboh yang berjaya mengadakan sambutan Jubli Emas pada kali ini hasil kesungguhan dan kecekalan tenaga pengajar dan pendokong yang ikhlas meneruskan perjuangan Tuan Guru pengasas sebelum ini

Semoga sambutan Jubli Emas dan Perhimpunan bekas-bekas pelajar pada hari ini dapat membuahkan hasil terbaik ke arah memperkasakan ilmu dan dakwah Islam di samping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan dan sumbangan institusi pondok dari dahulu hingga kini. Syabas dan tahniah atas sambutan Jubli Emas

Kutuk dan Gesa kerajaan bertegas permainan hina Islam

  

KUALA LUMPUR, 29 April: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu (Devil May Cry 3) didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Rohayu Rusli menggesa tindakan tegas harus diambil dengan serius oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib.

Katanya, difahamkan permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

“Jadi, saya mewakili mahasiswa mahasiswi Islam UM menggesa pihak berwajib meneliti dengan lebih terperinci ‘keadaan’ permainan ini sebelum dipasarkan kepada pelanggan terutamanya remaja.

“Permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan permainan seperti itu boleh menggugat keimanan dan akidah seseorang terutama apabila ‘mempermainkan’ agama Islam.

Tambahnya, tindakan dan sebaran harus dibuat secepat mungkin bagi menyedarkan semua sebelum terlambat.

“Saya rasa isu ini sudah lama keluar, mungkin ramai lagi yang tidak tahu tentang permainan ini,” ujarnya.

Kata Aluan Exco Pendidikan dan Dakwah

Ucapan Exco Pendidikan dan Dakwah

Buku cenderamata Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

Kelantan terkenal dengan jolokan Serambi Mekah hasil daripada kesungguhan Ulama’ dahulu hingga kini yang telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu dan dakwah Islam kepada masyarakat melalui pelbagai cara termasuk melalui pusat Pengajian Pondok yang sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Kelantan malah di Nusantara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar dan pendokong yang bekerja keras dalam meneruskan perjuangan Tuan Guru pengasas sehingga Pondok Pasir Tumboh berjaya mengadakan sambutan Jubli Emas pada kali ini

Masyarakat terus dahagakan ilmu dan bimbingan daripada para Ulama’. Oleh itu menjadi kewajipan institusi pondok untuk bergabung dengan institusi yang lain bagi bergerak secara bersepadu dalam menangani masalah masyarakat terutama dalam menyuburkan cara hidup Islam dalam setiap aspek kehidupan. Kita tidak mahu kekosongan jiwa umat Islam pada hari ini diisi dengan pelbagai racun musuh sebaliknya para pendokong Islam wajib berperanan secara lebih aktif dan efektif bagi menyuburkan ilmu dan Zikrullah dalam dada umat Islam. Kefahaman yang jelas terhadap Islam dapat memberi kesedaran kepada mereka agar tidak tertukar antara ubat dan racun, antara kawan dan musuh, antara pahala dan dosa.

Semoga sambutan Jubli Emas dan Perhimpunan bekas-bekas pelajar pada hari ini dapat merapatkan lagi saf serta mewujudkan hubungan yang lebih kemas dan teratur dalam memperkasakan ilmu dan dakwah Islam di samping memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan dan sumbangan institusi pondok dari dahulu hingga kini. Selamat menyambut Jubli Emas

Kata Aluan Menteri Besar Kelantan dalam Buku Cenderamata Jubli Emas

Kata-kata Aluan

MENTERI BESAR KELANTAN

 

Buku Cenderamata

Sempena Majlis Jubli Emas

Pondok Pasir Tumboh

 

 

 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

          Segala puji bagi Allah SWT yang merupakan Pentadbir bagi seluruh kerajaan di langit dan di bumi, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta seluruh penyambung risalah yang suci ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia kerana memberikan peluang kepada saya untuk merakamkan sedikit kata-kata aluan di dalam buku cenderamata ini.

          Pengajian pondok merupakan antara institusi pengajian yang terawal dalam mengembangkan ilmu dan dakwah Islam di Tanah Melayu khususnya di negeri Kelantan khususnya sehingga negeri ini dikenali dengan jolokan Serambi Mekah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar dan pendokong yang meneruskan usaha murni ketiga-tiga Tuan Guru yang mengasaskan pondok ini pada tahun 1954 berjaya mengadakan sambutan Jubli Emas pada kali ini

Adalah menjadi harapan Kerajaan Kelantan agar pengajian pondok terus melahirkan orang-orang berilmu, beriman dan rajin berdakwah sebagaimana kejayaan Rasulullah SAW yang telah berjaya mendidik generasi sahabat sehingga mereka bukan sahaja lahir sebagai ahli ilmu malah sebagai pejuang Islam yang hebat.

          Syabas dan tahniah sekali saya rakamkan di atas kejayaan mengadakan program ini pada hari ini.

Sekian, wassalam.

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 13 Jamadil Awal 1432H bersamaan 16 April 2011M

Jaminan syurga bagi umat seimbangkan tuntutan dunia, akhirat

 

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah kamu (kepada orang lain) seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Kehidupan dunia pada kaca mata Islam bukanlah satu matlamat yang dicari-cari dan dikejar oleh insan yang mengaku dirinya beriman kepada Allah. Sebaliknya, dunia hanyalah wasilah atau wadah menuju ke arah kehidupan lebih abadi yang diredai Allah iaitu kehidupan akhirat.

Seseorang yang bertakwa menjadikan dunia persinggahan sementara untuk dia membuat persediaan menghadap Allah sesuai sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bandingan aku dengan dunia adalah seumpama seorang pengembara yang singgah beristirehat di bawah teduhan sepohon pokok, kemudian setelah bersiap sedia dia pun beredar dan berlalu pergi meninggalkan tempat itu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dunia menurut kaca mata Islam bukanlah satu perkara yang terlarang kepada umatnya untuk mencari dan merebutnya kerana cintakan kepada dunia adalah sifat semula jadi yang sememangnya ada pada semua manusia.

Cinta dunia yang dilarang Islam ialah cinta keterlaluan dan berlebihan sehingga meminggirkan ajaran Islam. Islam adalah agama seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Barangkali inilah amaran Allah kepada umat Islam mengenai hakikat dunia.

Firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), dan (juga hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Islam daripada awal lagi memperingatkan umatnya supaya jangan terlalu mementingkan kehidupan dunia sehingga melupakan kehidupan akhirat. Begitu juga, Islam melarang umatnya hanya menumpukan akhirat dan meminggirkan dunia yang menjadi jambatan menuju akhirat yang abadi.

Sejarah silam merakamkan detik-detik kebinasaan kaum Bani Israil akibat terpesona kepada dunia iaitu wanita seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Dunia ini penuh pesona lagi mengasyikkan dan Allah mengamanahkan kepada kamu untuk mengimarahkan dunia. Allah akan melihat dan memerhati terhadap apa yang telah kamu kerjakan di dunia. Maka hendaklah kamu takutkan dunia dan takutkan juga wanita. Sesungguhnya fitnah besar yang pertama menimpa kepada kaum Bani Israil ialah kerana wanita.” (Hadis riwayat Ahmad)

Maka, tidak hairanlah Rasulullah SAW sering mengingatkan umatnya sentiasa berhati-hati dengan kehidupan dunia dan jangan mudah terpedaya pesona indah digembar-gemburkan oleh dunia. Syaitan tidak ketinggalan menjadikan dunia perangkap untuk menyesatkan umat manusia.

Orang yang cintakan dunia digambarkan sebagai orang yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju kehidupan. Rasulullah SAW membuat perumpamaan orang yang cintakan dunia seperti buih di lautan, mudah dibawa arus tanpa arah tujuan dan matlamat untuk menghempas di tepian pantai.

Sebenarnya tidak salah jika seseorang itu ingin mencari kekayaan dan harta benda melimpah ruah di dunia ini, tetapi alangkah baiknya segala kekayaan dan harta benda itu digunakan sebagai jalan atau tiket untuk menempah tempat di syurga nanti.

Khasiat Halia

Oleh Marzucxe

Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.

Kandungan kimia

Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.

Kandungan & Manfaat

Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.

   

Kegunaan lain

Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.

Khasiat Halia
  1. Membantu untuk menghadamkan makanan.
  2. Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
  3. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
  4. Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
  5. Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
  6. Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
  7. Menghilangkan bau busuk mulut.
  8. Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:

“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.”

Hiburan barat rosakkan jiwa manusia

 

Oleh Mohd Fadly Samsudin

TIDAK TERKAWAL...apabila hiburan dinikmati secara berlebihan menyebabkan seseorang itu tidak lagi berasa malu melakukan kemungkaran.
TIDAK TERKAWAL…apabila hiburan dinikmati secara berlebihan menyebabkan seseorang itu tidak lagi berasa malu melakukan kemungkaran.

BERDASARKAN kepada laporan yang dikeluarkan The American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, negara Uncle Sam berkenaan menghadapi masalah keganasan kanak-kanak, belia dan remaja disebabkan pengaruh hebat program televisyen.

Jelas sekarang kita sedang berdepan budaya berhibur luar biasa yang boleh menggugat kedudukan umat Islam. Jika dibuat perbandingan, program televisyen berbentuk keagamaan atau pendidikan masih terlalu kecil peratusannya berbanding program hiburan.

Justeru, perlu ada keseimbangan dalam membentuk jiwa dan pemikiran umat Islam agar mereka tidak terus hanyut dalam dunia keseronokan yang ‘dicipta’ musuh Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)” (Surah An-Nisa’ ayat 89).

 

Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya supaya tidak meniru budaya orang kafir demi menjaga keperibadian sebagai seorang Muslim.

 

Hiburan melampau ialah menjadikan hidup sentiasa bergelumang dengan keseronokan.

Ia masuk dan mendominasi kehidupan umat Islam secara sedar atau tidak terutama di kalangan remaja. Ke mana hilangnya jati diri remaja Muslim jika hari-hari mereka sentiasa memburu keseronokan dunia?

Mereka lebih berminat dan khayal dalam konsert muzik berentak keras, memuja artis kesayangan secara fanatik, bermain permainan komputer sehingga meninggalkan ibadat wajib serta membiarkan lelaki dan wanita bukan mahram bebas bergaul sesama sendiri.

Islam sebenarnya tidak melarang umatnya berhibur selagi mana ia menurut garis syariat. Namun, kebanyakan hiburan yang disajikan kini melalaikan, boleh mengeraskan hati dan jiwa serta tidak mustahil mampu membangkitkan nafsu berahi.

Hiburan juga tidak hanya terhad kepada konsert semata-mata malah lambakan filem lucah, berjudi, meminum arak, menggunakan bahan terlarang seperti dadah dan pil khayal antara bentuk hiburan cukup berpengaruh kepada umat Islam sekarang.

Dunia tanpa sempadan juga menjadikan hiburan lebih menonjol dan dalam bentuk yang berbeza-beza. Contohnya, ada kalangan masyarakat kita yang ketagihan menonton gambar dan video lucah yang boleh diakses di mana-mana saja tanpa sekatan.

Hiburan yang patut dinikmati ialah bertujuan menghiburkan untuk mententeramkan jiwa. Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya daripada pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan. Maka mereka mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan hiburan.

Semua itu agenda Yahudi bagi merosakkan akhlak umat Islam. Paling ditakuti, jika matlamat mereka itu tidak disekat maka ia pasti mengakibatkan akidah umat Islam terjejas teruk.

Memang tidak dapat disang kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.

Bagi remaja yang bermasalah seperti itu, mereka pasti ‘tempang’ dari segala sudut termasuk pendidikan, akhlak, hubungan dengan masyarakat sekeliling, malah hubungan mereka dengan ibu bapa sendiri juga bermasalah.

Mana mungkin mereka berupaya menjadi teladan kepada adik-beradik lain jika mereka terjebak dengan masalah sosial. Tentu sekali luluh sama sekali perasaan ibu bapa jika mendapati anak gagal dalam kehidupan mereka.

Bolehlah dirumuskan, jika hiburan diangkat ke tahap melampau pasti ia membawa kesan buruk kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.

Malah, keruntuhan keba nyakan tamadun Islam pada zaman dulu juga berpunca daripada amalan berhibur secara melampau.

Keruntuhan Khalifah Abbasiyyah contohnya bertitik tolak daripada amalan gaya hidup suka berfoya-foya dan mewah.

Oleh itu, kemuncak ketena ngan hati ialah dengan mengi ngati Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah Al-Ra’d, ayat 28, yang bermaksud: “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati manusia.”

Segala bentuk hiburan perlu membawa mesej mendidik serta menyedarkan masyarakat. Amalan mungkar dan ditegah agama seperti membuat fitnah, menjatuhkan maruah individu lain, permusuhan serta perbuatan maksiat wajib dihindarkan.

Islam jelas memisahkan antara perkara halal dan haram. Hiburan yang diketengahkan Barat sebenarnya sarat dengan adegan ganas, gila kuasa, arak, mengeksploitasi wanita serta imej lelaki samseng yang ternyata jauh menyimpang daripada peradaban manusia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik orang-orang yang bertakwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah al-An’am ayat 32)

Semua paparan itu dijadikan ‘alat tersembunyi’ untuk menyelinap secara halus dalam misi menghanyutkan umat Islam. Manakala hiburan dalam Islam adalah sederhana, terkawal, positif dan mempunyai proses tarbiah kepada umatnya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menang gung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak menguranginya sedikit pun dosa itu dari dosa-dosa mereka”. (Hadis riwayat Muslim Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam ruang lingkup yang lebih luas, hiburan Islam itu mampu mencapai kepuasan, ketenangan selain dapat mencegah diri daripada melakukan perkara mungkar.

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata jika dirujuk kepada hadis berkenaan peristiwa akhir zaman, secara jelas Rasulullah s.a.w menyebut berkenaan gaya hidup generasi kini.

“Baginda menjelaskan bagaimana agama diketepikan sebagai nilai asas dalam kehidupan. Bahkan kita boleh rumuskan daripada hadis berkenaan bahawa manusia akhir zaman akan menjalani kehidupan yang bertentangan dengan nilai fitrah mereka sendiri.

“Dalam konteks hiburan pula, Baginda dengan jelas menggambarkan bagaimana golongan penghibur akan di agung-agungkan bahkan menjadi ikutan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata Islam sama sekali tidak menghalang umatnya berhibur kerana secara fitrahnya ia menjadi satu keperluan bagi setiap individu.

“Ketenangan jiwa itu perlu untuk menjadikan mereka manusia sempurna. Maka, hiburan yang dibenarkan secara asasnya mestilah membawa kepada ketenangan jiwa.

“Bukan menjadikan jiwa bertambah kacau. Ia mestilah tidak melalaikan manusia daripada realiti kehidupannya kerana Islam mahu manusia memberi fokus sepenuhnya kepada tindakan yang dilakukan.

“Segala tingkah laku dalam hiburan itu mestilah berada dalam lingkungan syarak tanpa membabitkan unsur haram,” katanya.

Rahimi berkata amalan atau aktiviti hiburan mestilah dikawal dengan ketat selain tidak pertimbangkan nilai komersial semata-mata sehingga memandang ringan kesan sosial terhadap aktiviti hiburan yang dijalankan.

“Hakikatnya, dunia hiburan memberikan keuntungan kepada golongan kapitalis tertentu. Ia perlu didedahkan kepada masyarakat khususnya generasi muda.

“Kita perlu bertindak menyediakan bentuk hiburan alternatif yang selaras dengan kehendak Islam. Kita tidak mampu menghalang secara keseluruhan hiburan dibawa daripada barat, tetapi perlu menyediakan alternatif yang mampu menarik perhatian masyarakat,” katanya.

Beliau berkata kawalan pada ruang yang mampu kita laksanakan juga perlu dilakukan supaya dapat menyekat impak negatif daripada hiburan sedia ada.

“Kita bimbang bala Allah akan menimpa kehidupan masyarakat kita sama ada bala itu dalam bentuk yang boleh kita nampak atau tidak nampak.

“Jika tidak dikawal, dibimba ngi masyarakat akan menjadi rosak asasnya manakala masa depan mereka juga sangat kabur kerana generasi yang bakal memimpin masa depan mulai hanyut dalam dunia hiburan tanpa batasan,” katanya

5 Cara selamatkan diri daripada melakukan maksiat

 

Oleh Hashim Ahmad

JIKA kita sedar betapa tingginya nikmat Allah yang anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya.

Sejak bangun daripada tidur sehingga tidur kembali, bahkan dalam tidur itu sendiri, semuanya itu tidak akan dapat dilakukan tanpa kuasa dan izin Allah s.w.t.

Apa yang ada pada diri kita mulai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah pemberian Allah. Segala pemberian yang ada di sekeliling kita seperti keluarga, sanak saudara hingga harta benda adalah kurniaan Allah.

Tidak ada satu detik pun yang dijalani oleh seorang hamba dalam kehidupannya di dunia ini, melainkan ia berada di bawah kurniaan dan anugerah Allah.

 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)

 

Mengetahui hakikat yang agung ini, apakah yang harus kita lakukan sebagai seorang hamba lemah yang tidak memiliki daya upaya apa pun untuk mewujudkan sesuatu melainkan kerana pertolongan daripada-Nya?

Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberian-Nya? Mengapa kita melalaikan-Nya kerana kesombongan kita dengan mengatakan bahawa segala yang kita capai adalah kerana usaha kita belaka.

Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!

Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”

Maka orang itu berkata: “Apakah itu? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”

Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!

Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang ketiga? Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!”

Orang itu berkata: “Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?” Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?

Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang keempat? Ibrahim berkata: “Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!

Orang itu berkata: “Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku). Ibrahim berkata: “Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?

Orang itu berkata: Lalu apa yang kelima? Ibrahim berkata: “Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!

Orang itu berkata: “Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.” Ibrahim berkata: “Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?

Orang itu pun berkata: “Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.”

Percakapan di atas adalah sebuah dialog yang dapat menggugat hati kita yang semakin beku dan keras.

Nasihat ulama mulia itu membuktikan semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun.

Syukur kita adalah bentuk nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah-Nya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 172)

Sesungguhnya syukur harus dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan. Syukur dengan hati adalah kita me ngakui dan meyakini bahawa apa pun nikmat yang kita peroleh datangnya dari Allah.

Syukur dengan lisan adalah kita selalu membasahi lisan ini dengan zikir dan ucapan syukur kepada-Nya. Syukur dengan anggota badan pula adalah kita menggunakan segala bentuk nikmat yang Dia anugerahkan kepada kita sebagai saranan untuk menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Gunakan nikmat yang diberikan-Nya untuk merealisasikan tujuan utama kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t

Sesungguhnya, kebahagiaan tidaklah diukur dengan limpahan harta dunia.

Ketenangan jiwa hanya akan diraih oleh orang mukmin yang selalu bersyukur kepada-Nya. Syukurilah segala nikmat-Nya sekecil apa pun nikmat itu menurut kita, kerana Allah menjanjikan pahala bagi orang yang mahu bersyukur, dan mengancam dengan seksa bagi orang yang kufur.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan ingatlah tat kala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim ayat 7).