3 cara pemimpin perintah negara

Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya sentiasa mengingatkan kita bagaimana keamanan dan kemajuan sesebuah negara atau tamadun banyak bergantung kepada dua elemen atau tonggak utama iaitu umara’ atau pemimpin dan juga ulama’. Jika keduanya baik maka baiklah negara tetapi apabila rosaknya mereka maka binasalah segala kemakmuran yang dikecapi. Ibnu Khaldun membahagikan kepimpinan kepada 3 jenis iaitu yang pertama pemimpin yang menggunakan hukum rimba iaitu yang kuat menguasai yang lemah. Kepimpinan jenis ini semakin kurang pada hari ini. Yang kedua ialah kepimpinan yang menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yang dicipta sendiri oleh manusia dengan mengenepikan hukuman Allah di mana kepimpinan jenis ini pada permulaannya memang baik dan mampu mentadbir dengan teratur. Tetapi lama kelamaan sistem yang diguna pakai mula dirobek satu persatu tanpa menghirau lagi erti kemanusiaan dan ketaatan kepada sistem yang dicipta itu. Akhirnya mereka mula menggunakan semula hukum rimba yang bertopengkan sistem perundangan yang dilaksana selama ini. Akhirnya kepimpinan jenis ini turut hancur disebabkan perundangan yang diguna hanya dikawal oleh manusia yang bernafsu di mana pada permulaannya ia dihormati tetapi setelah mengambil masa yang lama maka mereka sendiri akan melanggarinya tanpa segan silu. Kepimpinan jenis ini kita dapat lihat di merata tempat termasuk di negara kita. Para pemimpin hebat bercakap tentang perundangan dan hak asasi manusia tetapi dalam masa yang sama merekalah jaguh yang melampaui batas kemanusian. Rakyat yang lemah dianggap penjenayah merbahaya yang mesti disekat suara dan tuntutan mereka sedangkan penjenayah dijadikan rakan kerana mengenyangkan perut mereka dengan rasuah. Negara dikatakan huru hara dan rakyat didakwa berpecah agar sokongan yang diberikan kepada mereka terus utuh. Perasaan takut dan bimbang disumbat melalui media massa yang dikuasai agar rakyat terus tunduk dan tidak berani menentang kemungkaran politik yang dilakukan. Pemimpin jenis ini lebih rela melihat rakyat menjadi bodoh daripada melihat rakyat lahir sebagai bangsa yang cerdik kerana ilmu akan mrnyebabkan rakyat bangkit menentang sebarang penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin. Senjata dan kekuatan tentera lebih banyak dihalakan kepada rakyat yang bangkit bersuara menuntut agar hak mereka diberi secara saksama yang menyebabkan pertahanan negara menjadi lemah dan mudah diceroboh oleh musuh negara yang sebenar. Dunia menjadi terbalik apabila lebih ramai mereka yang tidak bersalah ditahan dilokap sedangkan penjenayah sebenar bergembira dalam meneruskan agenda jahat mereka.

Kepimpinan jenis ketiga ialah yang menggunakan sistem Islam berdasarkan wahyu Allah dalam mentadbir dunia demi mencapai kebahagian akhirat. Inilah kepimpinan yang dirindui dan ditunggu-tunggu kedatangannya. Ia semakin hampir tetapi hanya menunggu kesediaan dan persiapan kita untuk melihat ia terlaksana. Kemenangan Islam bukan datang dengan jalan mudah tetapi mesti melalui onak ranjau berduri di sepanjang perjalanan dalam melaksanakannya. Cubaan, godaan, dugaan, cabaran, mehnah, tribulasi merupakan sunnah dalam memperjuangkan Islam untuk menobatkannya disinggahsana yang sebenar. Dalam merealisasikan perkara ini maka golongan umara’ atau pemimpin dan ulama’ mesti selari bergerak berasaskan Islam. Jangan pemimpin berdegil dan ulama’ pula lebih rela menjadi pengampu daripada menjalankan tugas sebagai pewaris para nabi. Rosak dua golongan ini maka akan turunlah bala yang lebih besar yang menyeluruh.Jangan biarkan kedua golongan ini rosak jika kita mahu hidup aman dan damai serta mencapi kebahagian dunia dan akhirat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: