Islam dan kedudukan wanita

Siri Pertama         

Islam merupakan agama langit yang diturunkan oleh Allah melalui nabiNya untuk kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Islam bukan setakat menekankan sistem ibadat sahaja tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk politik, sosial, kebudayaan, kehakiman dan lain-lain. Islam turut menekankan konsep keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan bagi menjamin keamanan dan keharmonian disamping mencegah daripada kezaliman dan penindasan yang boleh membawa kepada kehancuran dan kerosakan. Islam merupakan agama yang bersesuaian dengan setiap masa dan tempat di mana ia merobohkan benteng bangsa dan geografi sehingga ia mampu tersebar dan diterima oleh semua orang. Keadilannya bukan sahaja dapat dirasai dan diterima oleh pemeluknya sahaja tetapi turut merangkumi seluruh makhluk yang berada di bawa naungan keadilannya.     Wanita merupakan antara mahkluk yang diciptakan oleh Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri dan pembantu bagi kaum lelaki. Setiap kejadian Allah ada hikmat dan tujuannya yang tersendiri samada mampu diterokai atau pun tidak mampu dijangkau oleh ilmu dan akal manusia. Islam sentiasa menghormati dan mengangkat martabat wanita ke tempat yang sepatutnya dan kita wajib menjaga kehormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah ini tanpa cuba mengkhianati dan menafikannya. Kedudukan wanita dalam Islam begitu tinggi nilainya berbanding pandangan masyarakat bukan Islam sehingga mereka setanding dengan kaum lelaki walau pun di sana ada sedikit perbezaannya sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

      Pada hari ini, masyarakat mula mencari-cari suatu formula dan kaedah di dalam menjaga martabat kaum wanita daripada diperkosa dan dinafikan haknya dalam masyarakat. Pelbagai seminar samada peringkat nasional mahu pun antarabangsa dengan resolusinya yang tersendiri telah dijalankan di mana pelbagai keputusan dan peraturan telah  digariskan dalam memartabatkan kembali penghormatan terhadap kaum wanita. Hari-hari yang berasaskan kepada menanamkan sifat kasih dan menghormati jasa wanita turut dianjurkan setiap tahun seperti Hari Wanita Sedunia, Hari Ibu dan sebagainya. Namun begitu hasil yang mampu dicapai tidak begitu memberangsangkan memandangkan kepada keputusan yang dibuat tidak berlandaskan sumber dan asas yang kukuh dan benar. Kebanyakan keputusan yang dibuat hanya berdasarkan dan ilmu yang terkongkong dengan idealisme yang sempit yang menyebabkan pencapaian kepada matlamat yang digariskan kebanyakannya gagal. Ramai dikalangan pemimpin kesatuan wanita samada peringkat nasional atau  antarabangsa mengakui tentang kemampuan Islam dalam menangani masalah yang dihadapi tetapi disebabkan kurang keyakinan dan juga sikap permusuhan terhadap Islam maka mereka menolak sistem yang dianjurkan oleh Islam dalam memartabatkan kembali kedudukan wanita dalam masyarakat.
 
     Di sini akan dikupaslan mengenai   konsep keadilan dalam Islam dan juga kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam serta pandangan agama lain terhadap kaum wanita. Penjelasan juga akan menyentuh bagaimana Islam memartabatkan kaum wanita dengan menetapkan sistem dan perundangan yang tertentu samada khusus untuk wanita atau pun umum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: