Pintu masuk kawasan pelajar lelaki

Pintu Masuk Utama Pondok Pasir Tumboh

3 cara pemimpin perintah negara

Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya sentiasa mengingatkan kita bagaimana keamanan dan kemajuan sesebuah negara atau tamadun banyak bergantung kepada dua elemen atau tonggak utama iaitu umara’ atau pemimpin dan juga ulama’. Jika keduanya baik maka baiklah negara tetapi apabila rosaknya mereka maka binasalah segala kemakmuran yang dikecapi. Ibnu Khaldun membahagikan kepimpinan kepada 3 jenis iaitu yang pertama pemimpin yang menggunakan hukum rimba iaitu yang kuat menguasai yang lemah. Kepimpinan jenis ini semakin kurang pada hari ini. Yang kedua ialah kepimpinan yang menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yang dicipta sendiri oleh manusia dengan mengenepikan hukuman Allah di mana kepimpinan jenis ini pada permulaannya memang baik dan mampu mentadbir dengan teratur. Tetapi lama kelamaan sistem yang diguna pakai mula dirobek satu persatu tanpa menghirau lagi erti kemanusiaan dan ketaatan kepada sistem yang dicipta itu. Akhirnya mereka mula menggunakan semula hukum rimba yang bertopengkan sistem perundangan yang dilaksana selama ini. Akhirnya kepimpinan jenis ini turut hancur disebabkan perundangan yang diguna hanya dikawal oleh manusia yang bernafsu di mana pada permulaannya ia dihormati tetapi setelah mengambil masa yang lama maka mereka sendiri akan melanggarinya tanpa segan silu. Kepimpinan jenis ini kita dapat lihat di merata tempat termasuk di negara kita. Para pemimpin hebat bercakap tentang perundangan dan hak asasi manusia tetapi dalam masa yang sama merekalah jaguh yang melampaui batas kemanusian. Rakyat yang lemah dianggap penjenayah merbahaya yang mesti disekat suara dan tuntutan mereka sedangkan penjenayah dijadikan rakan kerana mengenyangkan perut mereka dengan rasuah. Negara dikatakan huru hara dan rakyat didakwa berpecah agar sokongan yang diberikan kepada mereka terus utuh. Perasaan takut dan bimbang disumbat melalui media massa yang dikuasai agar rakyat terus tunduk dan tidak berani menentang kemungkaran politik yang dilakukan. Pemimpin jenis ini lebih rela melihat rakyat menjadi bodoh daripada melihat rakyat lahir sebagai bangsa yang cerdik kerana ilmu akan mrnyebabkan rakyat bangkit menentang sebarang penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin. Senjata dan kekuatan tentera lebih banyak dihalakan kepada rakyat yang bangkit bersuara menuntut agar hak mereka diberi secara saksama yang menyebabkan pertahanan negara menjadi lemah dan mudah diceroboh oleh musuh negara yang sebenar. Dunia menjadi terbalik apabila lebih ramai mereka yang tidak bersalah ditahan dilokap sedangkan penjenayah sebenar bergembira dalam meneruskan agenda jahat mereka.

Kepimpinan jenis ketiga ialah yang menggunakan sistem Islam berdasarkan wahyu Allah dalam mentadbir dunia demi mencapai kebahagian akhirat. Inilah kepimpinan yang dirindui dan ditunggu-tunggu kedatangannya. Ia semakin hampir tetapi hanya menunggu kesediaan dan persiapan kita untuk melihat ia terlaksana. Kemenangan Islam bukan datang dengan jalan mudah tetapi mesti melalui onak ranjau berduri di sepanjang perjalanan dalam melaksanakannya. Cubaan, godaan, dugaan, cabaran, mehnah, tribulasi merupakan sunnah dalam memperjuangkan Islam untuk menobatkannya disinggahsana yang sebenar. Dalam merealisasikan perkara ini maka golongan umara’ atau pemimpin dan ulama’ mesti selari bergerak berasaskan Islam. Jangan pemimpin berdegil dan ulama’ pula lebih rela menjadi pengampu daripada menjalankan tugas sebagai pewaris para nabi. Rosak dua golongan ini maka akan turunlah bala yang lebih besar yang menyeluruh.Jangan biarkan kedua golongan ini rosak jika kita mahu hidup aman dan damai serta mencapi kebahagian dunia dan akhirat.

Antara pemimpin amanah dan rasuah

Sudah sunnatullah di mana setiap yang bernyawa pasti menemui mati tanpa mengira darjat dan pangkat, usia dan harta. Setiap sesuatu pertemuan turut ada waktu perpisahnya. Pemimpin pula ada yang datang dan ada pula yang pergi di mana yang datang dirai dan yang pergi ditangisi. Pemimpin ada perbezaan dari banyak sudut keperibadiannya terutama dari segi sikap dan akhlaknya di mana pemimpin yang amanah disanjung tinggi dan yang zalim dimaki dan dibenci.Rakyat juga ada pelbagai ragam dan keadaannya di mana bagi yang bijak sentiasa peka dengan keadaan negara di mana mereka sedia bangun mengkritik apabila ada kesilapan pemimpin dan bersedia berkhidmat dalam membangunkan negara. Ada pula rakyat hanya sanggup menjadi pak turut sehingga mereka turut bersekongkol dengan pemimpin yang zalim. Sesebuah negara tidak mampu membina tamadun yang tinggi jika rakyat terkongkong dan terpenjara daripada menegur apa yang silap sedangkan pemimpin terus bermaharajalela melakukan pembaziran dengan duit amanah rakyat

Pemimpin terdiri daripada beberapa golongan di mana yang pertama daripada kalangan orang kaya sebelum menjadi pemimpin dan terus kaya selepas dilantik menjadi pemimpin.Pemimpin jenis ini ada yang amanah dan ramai juga yang tidak jujur ketika melaksanakan amanah kepimpinan. Golongan kedua ialah pemimpin yang miskin sebelum menjadi pemimpin sebaliknya menjadi orang kaya baru selepas berada di atas takhta kepimpinan sesebuah negara. Pemimpin jenis ini begitu merbahaya serta mempunyai bilangan yang ramai pada hari ini di mana pemimpin dari jenis ini kebanyakannya tidak amanah kerana membina kekayaan hasil rompakan terhadap harta rakyat jelata. Pemimpin jenis ketiga pula ialah pemimpin yang kaya sebelum memimpin dan menjadi miskin selepas dilantik kerana begitu mengambil berat terhadap kebajikan dan amanah rakyat sehingga kekayaannya turut disumbangkan kepada rakyat. Pemimpin jenis ini agak kurang jumlahnya pada hari ini dan begitu sukar dilahirkan pada akhir zaman ini yang sememangnya penuh dengan pelbagai fitnah dunia.Jenis pemimpin yang keempat ialah pemimpin yang keadaanya miskin sebelum dan selepas menjadi pemimpin di mana tidak terdetik di hatinya untuk membina kekayaan bagi melarikan daripada kemiskinan yang membelenggunya selama ini sebaliknya dia lebih rela memimpin dalam keadaan miskin asalkan rakyat terus kaya dan Allah sentiasa redha dengan kepimpinannya. Oleh itu fikir dan timbangkanlah kita dengan keadaan pemimpin kita pada hari ini di manakah kedudukan dan jenis mereka. Jika dioa seorang yang amanah maka berjuanglah bersamanya tetapi jika dia seorang pengkhianat maka nasihatkannya agar segera bertaubat atau ditarik daripada tampuk pemerintahan jika terus berdegil.

Pemimpin adalah salah satu golongan yang bakal duduk di bawah bayangan ‘Arasy pada hari di mana tiada lagi bayangan lain yang mampu melindungi manusia daripada kepanasan terik mentari di tengah-tengah padang mahsyar. Kelebihan ini hanya mampu diraih oleh pemimpin yang adil dan bertaqwa yang mampu memberi khidmat dan menunaikan amanah kepada rakyat sesuai dengan kedudukan pemimpin itu sendiri sebagai khadam bagi rakyat bukannya rakyat menjadi hamba abdi kepada pemimpin.Kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah begitu tinggi sesuai dengan amanah besar kepemimpinan yang terpaksa dipikul. Tetapi perlu diingat bahawa daripada 3 orang pemimpin atau hakim hanya seorang sahaja yang terpilih sebagai orang yang benar-benar layak untuk merasai nikmat Syurga Allah sedangkan 2 yang lain bakal menghuni neraka yang begitu berat siksaannya. Oleh itu bagi mereka yang benar-benar memahami tugas berat yang bakal menimpa pemimpin di mana dalam kehidupan dunia ini terpaksa memikul betapa beratnya tanggungjawab dan di akhirat pula terpaksa menjawab segala soalan yang begitu hebat terhadap segala amanah yang telah dilaksanakan. Jika benar amanah maka beruntunglah dia sebaliknya jika mengkhianati amanah maka betapa ruginya dia. Melihat kepada besarnya tanggungjawab sebagai  seorang pemimpin di dunia dan akhirat maka bagi mereka yang begitu memahaminya di mana dia sentiasa lari daripada dilantik menjadi pemimpin sebaliknya bagi mereka yang jahil tentangnya serta hanya tahu mengejar takhta demi mengumpul kekayaan dunia maka dia sentiasa mengejar pangkat dan jawatan yang ada tanpa memikir tentang pahala dan dosa.

Setelah melihat betapa penting dan besarnya amanah kepimpinan maka kita mestilah berhati-hati dalam memilih pemimpin kerana kita turut akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti tentang sebab kita memilih seseorang  itu sebagai pemimpin. Jika kita memilih pemimpin yang soleh dan adil maka kita akan bahagia dunia dan akhirat sebaliknya apabila tersilap memilih pemimpin sesat dan zalim maka kita akan tersiksa dunia dan akhirat di mana di dunia kita akan tertindas dengan kezalimannya manakala di akhirat pula kita mungkin akan digolongkan bersama pemimpin zalim kerana terpedaya dengan fatwa palsu mereka semasa di dunia sehingga kita mengenepikan hukum Allah. Ingatlah bahawa kepimpinan dan amanah buka semata-mata amalan dunia tetapi ia akan ditanya di hadapan Allah pada hari akhirat nanti. Tepuklah dada tanyalah siapakah pemimpin yang benar dan siapa pula yang salah dari segi agama bukannya mengikut selera nafsu kita.

Majlis Silaturrahim Pondok Se-Malaysia kali ke-5

Aturcara Program
5 Mac 2011(Sabtu)
9.00 pagi
Bacaan Burdah

9.30 pagi
Pengajian 1 – Tuan Guru Mahmud b Tuan Soh (Madrasah Darul Muttaqin, Tanah Merah, Kelantan)

12.30 t/hari
Makan T/hari & Solat Zuhur

2.30 ptg – MAJLIS PERASMIAN
– Bacaan Qur’an
– Bacaan Qasidah
-Ucapan Aluan oleh Dato Syd Umar Abdul Qadir Al-Aidrus
-Ucapan Aluan oleh Tuan Guru Hj. Salleh Musa, Sik, Kedah
-Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Baba Aziz Al-Fathani

4.30 ptg
Khidmat diri & Solat Asar

5.00 ptg
Pengajian 2 – Ustaz Zaidi, Lubuk Tapah

7.30 mlm
Solat maghrib

7.40 mlm
Qasidah

8.00 mlm
Kuliah oleh Baba Li, Sekam Budi, Pattani

9.15 mlm
Solat Isya’

6 Mac 2011(Ahad)

6.15 pg
Solat Subuh

7.30 pg
Pengajian 3 – Syikh Rohimuddin

9.00 pg
Sarapan pagi

10.00 pg
Pengajian 4 – Syeikh Fahmi Zam Zam

12.30 t/hari
Makan t/hari & Solat Zuhur

2.30 ptg
Pengajian 5 – Syeikh Rohimuddin

4.30 ptg
Khidmat diri & Solat Asar

5.00 ptg
Pengajian 6 – Syeikh Fahmi Zam Zam

6.30 ptg
Aktiviti bbas

7.30 mlm
Solat Mahgrib

MAJLIS PENUTUP & MAULIDUL RASUL

8.00 mlm
Bacaan Qasidah

8.15 mlm
Tausiyah oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid (murid kepada habib Umar, ulama Yaman)

8.45 mlm
Tausiya olh Habib Hassan Al-Attas (Imam besar Masjid Ba’ Alawi, Singapura)

9.00 mlm
Bacaan Qasidah

9.20 mlm
Tausiyah oleh Syeikh Fadhil Al-Jailani, Turki (keturuana Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani)

10.10 mlm
Doa munajat & selawat bramai-ramai

Majlis Berakhir

Bandaraya di Russia haramkan Hari Valentine

 

Pihak berkuasa di bandaraya Belgorod mendesak sekolah-sekolah dan institusi-institusi milik pemerintah untuk menahan diri dari menyambut hari valentine, satu perayaan menandakan bercuti berbentuk hati,

Media Russia melaporkan tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada arahan baru kepada “langkah-langkah untuk menyediakan keselamatan rohani,” dalam mengharamkan sambutan hari tersebut dan perayaan Halloween di pusat-pusat pendidikan serta budaya di wilayah ini, media Rusia melaporkan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/belgorod1.jpg

(Gambar – Sebuah gereja ortodok di tengah bandaraya Belgorod)

“Suasana sambutan hari valentine’s sangat tidak menggalakkan pembentukan spiritual dan nilai-nilai moral dikalangan muda-mudi, dan hanya menguntung organisasi komers mereka terutama manfaat organisasi komersil,” kata seorang perunding kerajaan wilayah Belgorod, Grigory Bolotnikov,

Arahan tersebut telah ditandatangani Timbalan Gabenur Belgorod.Oblast.

dan “diberkati” oleh biskop Ortodoks Rusia di wilayah itu.

Wilayah Belgorod yang terletak 600 letak km (380 batu) ke selatan MoscowBanyak kelab malam dan perniagaan lain di wilayah 600 letak km (380 batu) selatan Moscow, juga telah mendesak kelab-kelab malam dan perniagaan lain untuk tidak merancang sambutan khusus untuk bercuti pada 14 Februari

Masyarakat Gereja Ortodoks Rsusia semakin dominan dan berkembang pesat sejak runtuhnya Kesatuan Soviet Rusia (USSR) yang menganut ajaran komunis (tidak berugama) pada tahun 1991.

Bagaimana pun usaha yang akan mempengaruhi sektor pendidikan dan carIts usaha untuk mempengaruhi pendidikan dan cara hidup sekular itu telah dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia dan ahli-ahli agama minoriti.

Bercuti gaya Barat seperti Hari Valentine dan Halloween juga telah popular sejak Soviet Rusia runtuh yang ‘membuka pintu’ negara itu kepada dunia luar – (Terjemahan bebas dari Reuters)

Antara Mukjizat nabi Muhammad s.a.w

Mukjizat Muhammad adalah kemampuan luar biasa yang dimiliki nabi Muhammad untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam, mukjizat terbesar Muhammad adalah Al-Qur’an. Selain itu, Muhammad juga diyakini pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekkah dan melakukan Isra dan Mi’raj tidak sampai satu hari. Kemampuan lain yang dimiliki Muhammad adalah kecerdasannya mengenai ilmu ketuhanan. Hal ini tidak sebanding dengan dirinya yang ummi atau buta huruf. Walau begitu, umat Islam meyakini bahwa setiap hal dalam kehidupan Muhammad adalah mukjizat. Hal itu terbukti dari banyaknya kumpulan hadits yang diceritakan para sahabat mengenai berbagai mukjizat Muhammad. Berikut ini adalah mukjizat-mukjizat yang dimiliki nabi Muhammad :

Masa Kecil Muhammad S.A.W.

1. Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.

2. Saat melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.

3. Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

4. Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah bisa dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

5. Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susuan Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad karena yatim. Namun, karena alasan ia tidak ingin dicemooh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup nomaden bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

6. Abdul Muthalib, kakek Muhammad menuturkan bahwa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud saat kelahiran Muhammad. Ia juga menuturkan bahwa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

7. Dikisahkan saat Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi di ketika Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badui. Setelah kejadian itu, Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran detai bahwa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salju.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad diisra’kan ke Yerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.

8. Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai tampak setelah ibu dan kakeknya meninggal. Dikisahkan bahwa Muhammad pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa lelah dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut.

9. Pendeta Bahira menuturkan bahwa ia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad. Muhammad saat itu berusia 12 tahun sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syiria. Pendeta Bahira menceritakan bahwa kedatangan Muhammad saat itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad dan menyaksikan adanya sebuah “stempel kenabian” (tanda kenabian) di kulit punggungnya.

10. Mukjizat lain adalah Muhammad pernah memperpendek perjalanan. Kisah ini terjadi saat pulang dari Syiria. Muhammad diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah saat perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad.

 

Karisma Muhammad S.A.W.

1. Tatapan mata yang menggetarkan Ghaurats bin Harits, yaitu seorang musuh yang sedang menghunus pedang kearah leher Muhammad.

2. Menjadikan tangan Abu Jahal kaku.

3. Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah Muhammad, kemudian jin itu diganti namanya menjadi Abdullah bin Abhar.

 

Menghilang Dan Menidurkan Musuh

1. Menghilang saat akan dibunuh oleh utusan Amr bin at-Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijriah atau Tahun Utusan.

2. Menghilang saat akan dilempari batu oleh Ummu Jamil, bibi Muhammad ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.

3. Menghilang saat akan dibunuh Abu Jahal dimana saat itu ia sedang shalat.

4. Menidurkan 10 pemuda Mekkah yang berencana membunuhnya dengan taburan pasir.

 

Binatang, Tumbuhan, Alam Dan Benda Mati.

1. Seekor srigala berbicara kepada Muhammad.

2. Berbicara dengan unta yang lari dari pemiliknya yang menyebabkan masyarakatnya meninggalkan shalat Isya’.

3. Berbicara dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahwa hadiah tersebut bukan untuk Abu Jahal melainkan untuk Muhammad.

4. Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.

5. Dua Sahabat Nabi saw dibimbing oleh cahaya.

6. Mimbar menangis setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah.

7. Pohon kurma dapat berbuah dengan seketika.

8. Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad.

9. Pohon menjadi saksi dan dibuat berbicara kepada Muhammad.

10. Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad.

11. Mendatangkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau tahun 6 Hijriah di Madinah yang saat itu mengalami kekeringan.

12. Berbicara dengan gunung untuk mengelurkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan.

13. Berbicara dengan gilingan tepung Fatimah yang takut dijadikan batu-batu neraka.

14. Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.

15. Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.

16. Tubuh Muhammad memancarkan petir ketika hendak di bunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pda Perang Hunain.

 

Makanan Dan Minuman.

1. Makanan yang di makan oleh Muhammad mengagungkan Nama Allah.

2. Makanan sedikit yang bisa dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq.

3. Roti sedikit cukup untuk orang banyak.

4. Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.

5. Makanan yang dimakan tidak berkurang justru bertambah tiga kali lipat.

6. Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badui Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari.

7. Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad.

8. Air memancar dari sela-sela jari. Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air.

9. Susu dan kencing unta bisa menyembuhkan penyakit atas ijin Allah.

 

Mendoakan Dan Menyembuhkan.

1. Menyembuhkan betis Ibnu Al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa meresakan sakit sedikit pun.

2. Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya.

3. Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang rontok sewaktu perang.

4. Mendo’akan Anas bin Malik dengan banyak harta dan anak.

5. Menyembuhkan daya ingat Abu Hurayrah yang pelupa.

6. Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.

7. Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekah.

8. Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya.

9. Menyambung tangan Badui yang putus yang dipotongnya sendiri setelah menampar Muhammad.

10. Mendoakan supaya Kerajaan Kisra hancur, kemudian do’a tersebut dikabulkan.

11. Mendoakan Ibnu Abbas menjadi orang yang faqih dalam agama Islam.

 

 

Hal Ghaib dan Ramalan.

1. Mengetahui siksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya karena dua orang tersebut selalu shalat dalam keadaan kotor karena kencingnya selalu mengenai pakaian shalat.

2. Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya.

3. Meramalkan seorang istrinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan disekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada saat Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad.

4. Meramalkan istrinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad.

5. Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapak para khalifah” yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.

6. Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.

 

Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad S.A.W.

1. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.

2. Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.

3. Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.

Syukur diutuskan nabi Muhammad s.a.w

Kelahiran Rasulullah s.a.w merupakan suatu penerusan kepada usaha dakwah dan pelaksanaan Islam setelah begitu lama bumi ini terhenti daripada pengutusan kenabian dan kerasulan sehingga hanya tinggal segelintir umat manusia sahaja yang masih berpegang teguh dengan ajaran nabi-nabi sebelum ini. Usaha dalam menyebarkan dakwah Islam dan pelaksanaan syariatnya bukanlah suatu yang baru dan asing atau hanya dimulai oleh nabi Muhammad s.a.w sebaliknya kedatangan baginda adalah bagi meneruskan perjuangan dan tugasan para nabi dan rasul sebelumnya. Baginda juga merupakan pelengkap dan penyempurna kepada tugasan para nabi dan rasul sebelum ini  bertepatan dengan pengutusan baginda sendiri sebagai penutup segala nabi dan rasul yang diutuskan bukan sahaja untuk sesuatu bangsa tertentu malah meliputi seluruh umat akhir zaman. Kehadiran baginda begitu ditunggu-tunggu setelah begitu lama bumi yang gersang daripada siraman iman. Ketibaan baginda begitu dinanti-nanti setelah bumi ini hampir mati akibat begitu lama tidak diisi dengan ruh Islam. Kemunculan baginda begitu dirindui setelah dunia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan akibat manusia sudah lama tidak disuntik dengan ubat mujarab keadilan Islam. Kelahiran baginda disambut penuh gembira oleh seluruh alam buana di mana kesesatan jahiliah mula berlalu digantikan dengan kebenaran Islam, kegelapan akibat kekufuran yang mencengkam mula beransur hilang diganti dengan sinaran cahaya keimanan. Benarlah janji Allah bahawa kedatangan baginda adalah untuk membawa rahmat kepada seluruh alam.

           Manusia tidak mampu hidup dalam kebenaran tanpa ada petunjuk daripada Allah. Manusia memang memerlukan kehadiran seorang nabi dan rasul bagi menerangkan segala suruhan dan larangan Allah agar kehidupan mereka sentiasa terjaga serta hak mereka terbela. Sesungguhnya Allah tidak akan mengazabkan sesuatu kaum sehinggalah mereka bertindak melawan dan menderhaka Allah setelah diutuskan kepada mereka nabi atau rasul berserta wahyu dari langit. Sebagaimana manusia tidak menafikan keperluan mereka terhadap makanan, air dan udara bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini maka begitulah juga mereka perlu yakin bahawa kehadiran nabi dan rasul berserta wahyu adalah lebih penting dalam memastikan mereka beroleh petunjuk yang sebenar sehingga mampu mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kita sudah maklum bahawa hidayah atau petunjuk ada 4 jenis. Hidayah Pertama ialah hidayah ilham di mana ia bukan sahaja dianugerahkan kepada manusia malah turut diberi kepada binatang sehingga jika kita hanya ada hidayah jenis ini maka kita belum mampu mengetahui yang hak dan batil. Kadang-kadang melalui hidayah ilham maka binatang lebih hebat daripada manusia di mana burung mampu keluar jauh pada waktu pagi dan boleh pulang semula ke sarangnya tanpa ada ilmu tetapi sekadar ada ilham. Begitu juga penyu boleh berenang begitu jauh tetapi apabila tiba masanya ia dapat datang semula ke tepian pantai tempat biasanya ia bertelur tanpa perlu ada tanda jalan sebagaimana manusia.  Hidayah Kedua ialah hidayah pancaindera termasuk sentuhan, rasa, pendengaran, penglihatan tetapi melalui hidayah ini juga manusia belum mampu mengetahui tentang hakikat kebenaran dan kesesatan ditambah lagi binatang turut dianugerahkan juga dengan hidayah jenis ini. Banyak keadaan jika ada ada hidayah pancaindera maka binatang lebih hebat daripada manusia sebagaimana deria bau seekor anjing yang dilatih khas dapat menghidu bau pencuri dan dadah sedangkan manusia belum tentu mampu berbuat demikian. Hidayah Ketiga ialah hidayah akal di mana manusia memilikinya tetapi binatang tidak. Namun begitu jika setakat ada hidayah akal maka manusia belum mampu mencapai tahap makrifat tentang agama dan ajarannya kerana akal itu terbatas sedangkan agama bukan suatu yang boleh direka oleh akal kerana dalam banyak keadaan arahan dan larangan Allah tidak mampu difikir oleh akal manusia yang serba lemah. Oleh itu seluruh manusia yang inginkan kehidupan berlandaskan kebenaran Islam mestilah dianugerahkan dengan hidayah keempat iaitu wahyu barulah mereka dapat mengenali dengan cara yang betul tentang hakikat Islam.

          Setelah mengetahui secara lebih jelas tentang pentingnya hidayah wahyu maka kita wajib bersyukur kepada Allah yang mengutuskan nabi Muhammad s.a.w yang datang bersama wahyu al-Quran yang merupakan yang mukjizat paling besar dan kekal sehingga hari qiamat walau pun baginda telah wafat begitu lama meninggalkan kita. Sebab itulah kita sentiasa berselawat dan juga mengingati baginda terutama apabila tibanya bulan Rabiul Awwal yang diserikan dengan pelbagai majlis dalam menyuburkan lagi rasa kasih dan sayang kita kepada baginda. Kadang-kadang kita lebih mengingati hari lahir baginda berbanding dengan tarikh lahir ayah dan ibu kita sebagai tanda kita menyanyanginya. Kita lebih membesarkan baginda dengan sentiasa menyambut hari lahirnya walau pun baginda telah wafat lebih 1400 tahun yang lalu berbanding kita menyambut hari lahir ibubapa kita sendiri walau pun mereka masih hidup bersama kita. Walau pun kita bukan berketurunan nabi, bukan sebangsa dengan nabi, bukan senegara dengan baginda namun kita tetap mengingati baginda kerana baginda adalah nabi bukannya manusia biasa serta jasanya terhadap umat manusia begitu besar sehingga tidak terbalas. Ini semua adalah antara tanda kasih dan cintanya kita kepada manusia agung yang membawa sinar bahagia kepada umat manusia walau pun terpaksa menghadapi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran dalam mengembangkan dakwah Islam. Semoga kita menjadi umat yang banyak menyebut nama dan jasa Rasulullah s.a.w serta dalam masa yang sama kita bersungguh dalam mengikuti segala jejak langkah baginda sehingga Islam kembali merajai dunia.

Madrasah Tuan Guru Hj Mustafa (Balaisah Tengah)

Madrasah Tuan Guru Hj Abdul Aziz (Balaisah Tinggi)